CINTA & HARAPAN
assalamualaikum, selamat hari raya...
pagi pagi raya nih, seronok gak kalau tulis weblog nih... semalam, sehari aku tak sempat nak membuka weblog nih... busy la bang... hari jumaat malam hari tu aku gi bangi, ada urusan kerja sikit, pastu 'tersinggah' ke kajang, apa lagi, pekena satay kajang la heheheh... aku pergi sana dengan cord, biasa la... dekat gerai satay kajang tu, aku tengok yg conquer area tu is satay kajang hj samuri... tapi dekat situ ada lagi sebenarnya haji² yg lain... apa yg menghairankan kami, walaupun memang ternyata yg saingan sate kat situ amat kuat, terutama dari hj samuri, tapi sate sate yg lain, mcm sate emas kajang (sekadar menyebut beberapa nama) tetap tak berganjak dari gerainya... maju ke? itulah perkataan yg terlintas kat bibir aku ni malam tu...
org kata, rezeki tu ada di mana²... campaklah dekat pulau yg takde org sekalipun, kalau kita yakin yg allah akan tolong kita, insya allah akan ada kemudahan bagi setiap urusan... tapi, nak sampai pada peringkat keyakinan yg tinggi padaNya ni, bukannya senang... penghayatan perlu dibuat... 'keyakinan' tu pun bersandarkan padaNya jugak... kita selalu cuba untuk yakin bahawa allah akan sentiasa membantu kita... tapi seringkali kita takut akan kehilangan sesuatu, terutama bila menyentuh pada perjuangan... kita yakin yg allah akan menjanjikan ganjaran yg hebat, tapi kita takut utk 'melabur' utk mendapatkan ganjaran yg hebat itu...
heheheh, terbagi khutbah raya la pulak... ok la, di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat hari raya idul adha, maaf zahir dan batin... doakan kita semua sentiasa kekal dalam keadaan iman dan islam, dan semoga kita tergolong dalam golongan orang² yg terpilih... semoga Dia memudahkan segala urusan yg akan aku lakukan, pada hari isnin ini, dan hari² yg lain...
wallahu a'lam... cya l8er (*.*)/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment