Thursday, February 26, 2004

-21HB FEB-

Assalamualaikum,

Sambung balik… hari sabtu, 21hb.. aku dgn cord pergi makan roti tampal dkt batu berendam pukul 7 lebih… banyak benda nak kejar hari nih… then lepas tu, kitorang balik bukit beruang balik, siap2 semua then pergi ke sg udang tu… hari nih, aku dgn cord rasa semacam, macam ada benda yg akan berlaku kat kitorang…

Dijadikan cerita, on the way ke sg udang, kitorang dilanggar kereta… nak kata teruk, tak la teruk sangat tapi sakit jugak la sampai sekarang… cord injured kat tangan dgn kaki, aku dkt lutut sebab sempat melutut, tahan motor dari jatuh dekat kaki cord… motor calar dkt lampu, signal pecah… org yg langgar kitorang hantar kitorang pergi klinik, tanggung semua belanja medical dgn repair motor cord… ok la, dia tau dia salah… tapi aku sakit la jugak…

Lepas tu, terus ke sg udang… program tetap program… sakit sakit pun pergi gak… aku berharap agar kejadian tu adalah satu kifarah atas dosa2 yg aku dah lakukan… nak masuk tahun baru, semoga allah mengampunkan dosa aku…

Malamnya, masuk 1 muharam 1425… kami baca doa akhir tahun sama2… doa awal tahun, aku baca dgn cord dgn anas dkt chalet… aku dgn cord tak mampu nak solat dalam keadaan berdiri buat masa ni…

Malam tu pengisian oleh ustaz (lupa nama dia) dari kem sg udang… pengisian dia ok, tak terlampau serius, tetapi diselitkan dgn lawak utk mereka2 yg dah ngantuk… pengisian berkisar tentang akhlak, tapi banyak jugak tersasar, keluar tajuk…

Lepas tu ada aktiviti utk peserta… the objective is nak tengok setakat mana diorang bagi wala’ pada ketua diorang… kami yg jadi fasi nih macam biasa, kacau dan kacau dan kacau diorang… habis program lebih kurang pukul 1.30 pg….

Cya l8er (*.*)/

No comments: