Monday, February 09, 2004

BUAT BAIK?

assalamualaikum,

hari ni balik awal ke rumah, mungkin sebab kerja yg tak siap tu semuanya dalam bentuk xls, so bolehla buat kat rumah...

hari ni quite ok la, mungkin sebab hari ni aku ceria pagi² nih kot, ntah la.... tp yg pastinya, aku bersyukur kepadaNya kerana masih memberikan aku nikmat iman dan islam; nikmat yg tak boleh disangkal oleh sesiapa pun...

hari ni aku cek la akaun aku masa study dulu... rupa²nya mmu hutang aku rm2450 lagi... isk, banyak tu, terima kasih pada en fadil dgn kak ina yg bersusah payah meng'access' akaun aku lagi... aku dah email kat pn azlena yusof kat melaka tu... ari tu kak ina dah call dia, dia kata refund tu dah dibagi secara 'manual'... heheheh, aku tak dapat ape² pun sampai la ni... takpe la, kita tunggu episod akan datang...

sebenarnya dalam hidup kita, proses timbal balik berlaku pada diri kita... maksudnya, sbg contoh kalau kita buat baik kat org, ada org akan buat baik pada kita, kalau kita buat org gembira, insyaallah kegembiraan akan datang pada kita, dan sebagainya... cuma persoalannya di sini ialah, setakat mana kita meyakini yg proses timbal balik ini berlaku? sering kita terdengar org kata, "aku buat baik kat dia, nih yg dia balas kat aku?" pada aku, kita kena cek balik diri kita sebenarnya, adakah apa yg kita buat kat org tu 'baik' pada dia, ataupun kita je rasa kita buat tu baik... kena periksa lah diri kita... segalanya bergantung pada diri kita, dgn kuasaNya...

semoga kita terus tergolong dalam golongan yg sentiasa mendapat redhaNya, insya allah...

wsalam, cya l8er (*.*)/

No comments: