Sunday, February 29, 2004

(NO SUBJECT)

assalamualaikum,

aku sampai kl dari melaka pukul 5.30 ptg, lepas tu pergi makan dekat NZ cafe... sampai rumah pukul 7 ptg...

banyak perkara yg berlaku dalam hidup aku selama aku dekat melaka... banyak juga keputusan yg aku ambil masa dekat melaka nih... cuma aku harap, tindakan aku tu menyenangkan semua pihak dan paling penting, mendapat redha dariNya... rugilah aku kalau ape yg aku buat, tindakan yg aku ambil, tak dapat redha dari allah...

semoga allah meredhai segala urusanku... dunia akhirat...

-------

(copy from iza's weblog)

macamana nak tau samada petunjuk atau gerak hati tu datang dari Allah (melalui ilham, mungkin) ataupun, ia datang dari bisikan syaitan...

kalau bisikan syaitan tu, dia datang sekejap, lepas tu hilang...and kemudian datang lagi, and hilang.. maksudnya, ia datang macam angin lalu. and of course, bisikan syaitan ni selalunya yang jahat-jahat... kadang-kadang datang gak bisikan syaitan yang kita rasa baik, tapi ada maksud jahat. and biasanya, bisikan syaitan sampai di waktu kita tengah tak tenang...marah, sakit hati dan mungkin kita akan rasa berdebar-debar.

ilham dari Allah ni, biasanya lebih konsisten. kita sendiri akan rasa yakin dan tenang dengan petunjuk tu. and of course... bisikan ni datang tak seperti angin lalu. maybe datang berulang kali, tapi bukan sekejap-sekejap...

-------

wsalam, cya l8er (*.*)/

Saturday, February 28, 2004

MALAM SESUCI KASIH

assalamualaikum,

hari ni aku outstation, kat melaka... pukul 9.30 pg ada meeting utk staff finance kat melaka nih, dkt sri rubi... tup tup, meeting start kul 10.30 pg.. bos terlambat sikit...

meeting tadi ok, macam yg dah dibuat kat cyberjaya, dia announce new structure... before that aku berbual dgn beberapa staff STAD tentang current situation... ada la beberapa perkara yg aku tak senang, rasanya biarlah aku simpan sendiri je... takut nanti kalau² weblog nih dibaca oleh pihak² yg tertentu, susah pulak aku... overall meeting, ok...

lepas tu pukul 12 tgh hari aku pergi chancellery, ada launching STMS untuk kampus melaka pulak... habis lebih kurang pukul 1 lebih, nak dekat pukul 2, campur lunch sekali dgn prof... en syukur nampak panik masa buat presentation tadi, sampai keyboard hang la... nasib baik dapat diatasi problem tu, then the presentation dapat diteruskan...

lepas tu, aku jumpa kak raha dekat CITS, discuss sikit pasal scope of work aku nih... aku cuba sampaikan apa yg aku terpikir buat masa tu... aku rasa macam nak stay kat melaka, mungkin utk 1 minggu, utk aku belajar dari sini benda yg patut aku belajar... dkt sini pun ada en adanan, officer utk unit aku nih... system analyst kat melaka nih ada 3 org, compare kat cyber ada 2 org... itu aku tak kisah sangat, tapi aku sebenarnya nak sangat belajar pasal ICEMS nih, pasal aku memang tak clear pasal nih...

petang sikit, pergi minum dgn hadi dll dkt RSI, biasalah, bila dah jumpa gang, semua citer keluar... aku teringat zaman aku belajar dulu... memang best sebenarnya, siapa yg tak tau menghargai zaman belajar (universiti), itu aku no comment la...

mungkin dalam beberapa hari nih, akan berlaku sesuatu yg besar dalam hidup aku, sesuatu yg menentukan perjalanan hidup aku... tunggu dan lihat, apa yg berlaku, yg aku rasa tak perlu aku jelaskan di sini...

malam nih ada konsert nasyid, Malam Sesuci Kasih... semoga apa yg berlaku pada malam nih dipermudahkan oleh allah... insyaallah...

wallahu a'lam... cya l8er (*.*)/

Thursday, February 26, 2004

SALAM TERAKHIR

assalamualaikum,

hari nih sampai rumah dari ofis agak awal la, pukul 7.35 mlm... balik rumah, solat maghrib, then keluar balik... pergi potong rambut, bagi hensem sikit... dah tak terurus nih... heheheh...

tadi ada launching STMS, STF Management System... macam yg aku cakap tadi, nih system yg dibuat in colaboration with finance division, STAD dgn CITS, utk memudahkan pengurusan student trust fund (STF), yg sebenarnya mmg banyak masalah dari sudut pengurusannya...

tadi punya launching hanya utk kampus cyberjaya, hari sabtu nih insyaallah kat melaka pulak... CFO suruh aku pergi sekali, ok la tu, boleh la aku jumpa kak raha sekali, tanya pasal system... dia kata nak bagi aku document, tapi tu la, kena gi sana la... so terlanjur aku kat sana, aku boleh la ambik sekali dari dia... kebetulan pulak kat melaka hari sabtu nih, ada staff meeting... ntah² aku terlibat sekali kot... tak kisah la, yg penting aku tak perlu rush utk pergi konsert malam nih heheheh...

i hope that i have the strength to take all the responsibilities which have been given to me... sometimes i really feel that i cant make it, hope He will bless me in every single thing i do...

wsalam, cya l8er insya allah (*.*)/
PENGERUSI?

assalamualaikum,

hari nih bermula dgn ceria, walaupun malam tadi balik lewat, sampai umah pukul 12 tgh mlm lebih... pagi pagi seawal pukul 9 pg, ada meeting utk exec (pada mulanya), tapi dianjakkan jadi meeting staff finance, utk (1) announce new structure - hey, i'm in-charge of financial system unit, (2) operation management - lebih pada perjalanan finance utk 2004 nih, (3) planning for 2004 - lebih kurang macam no (2) tu la...

abis je agenda, masuk la pada benda yg others nih... diorang proposed sambung balik club utk finance staff... tup tup, pn select aku jadi pengerusi... isk isk isk, aku tak terkata la, dah la umur kat mmu nih tak sampai sebulan, tapi aku cuba hayati apa yg dia harapkan... insya allah, aku cuba belajar seberapa banyak dari senior yg lain... secretary utk club tu is en fadil, then treasurer is kak ju... dari melaka, we can call the position as asst treasurer, is ms lau...

aku dah nampak banyak la boleh buat, cuma tak tau boleh ke implement... kena bantuan semua pihak yg berwajib la... memang kena pandai bahagi tugas antara kerja, kerja jemaah, sosial work dll... semoga allah sentiasa bersama aku menghadapi cabaran dan rintangan yg ada kat depan aku nih...

kejap lagi ada launching SMS - STF system yg akan digunakan oleh STAD utk duit stf... pn suruh pergi, sebab relate dgn aku kot...

tu je, wsalam... cyla l8er (*.*)/
-23HB FEB-

assalamualaikum,

sambung lagi sikit... hari isnin 23hb nih, last day utk program mukhayyam penerus... aku bangun awal la jugak, lepas subuh tu lebih kurang pukul 8 lebih, dah keluar dari chalet ke tempat peserta... pagi tu semua peserta ada LDK, pasal tokoh yg diorang idolakan... ok la, banyak nama tokoh keluar, tak kurang juga nama cord, ustad zul, shah dll, menjadi idola diorang... setiap grup ada reason sendiri kenapa diorang pilih nama tu...

habis program lebih kurang pukul 1, then aku naik kereta kurtz, sampai umah ezran... tumpang semalam kat situ... tengok handset yg aku tertinggal, ada jugak la org yg 'missed' aku (missed call la)... msg jgn kira la, berkelip² gambar envelope tu...

malam tu aku rest je, sebab taknak mudaratkan kaki aku lagi... sakit gak tau, walaupun luarannya nampak tak sakit... takut effect lutut je... pastu malam tu keluar gi supper dgn member aku, pastu singgah kat OR bebudak nasyid.... taknak tanye lelebih / cerita lelebih...

esoknya aku balik kl dalam pukul 10.30 pg dari melaka... tetiba je sampai kl kul 12.30 tgh hari (tido la tu, sbb tu tak sedar heheheh)... tanpa berlengah, aku terus balik rumah... on the way ke LRT masjid jamek, aku jumpa mat pen... dia dah abis belajar dah, dia baru sampai dari ireland hari sabtu hari tu... ok la dia, tak banyak berubah fizikal... dia kata dia nak try mintak kat medium firm, and i'm sure dia ada reason sendiri...

that's all for 3 days yg aku takde... hope i can make it more consistently...

wsalam, cya l8er (*.*)/
-22HB FEB-

Assalamualaikum,

Bersambung lagi… hari nih lepas subuh, aku tak larat nak bangun terus… terlepas join peserta pergi memancing… mana taknye, badan aku sakit sangat… memang sakit, mungkin effect semalamnya (accident)… pukul 11 lebih baru aku menggagahkan diri pergi keluar dari chalet… pergi ke tapak program… masa aku ke sana, peserta semua tgh dgr pengisian yg kedua… dari ustaz from UM… aku dgr cerita yg ramai peserta dapat tangkap ikan keli afrika, ikan keli afrika tu besar… sedap la jugak, husna buat sambal ikan keli walaupun dia tak makan ikan keli… ramai jugak yg tak makan ikan keli sebenarnya… kaum lelakinya memang makan, tapi yg perempuannya ada yg tak makan… nanti la korang, bila dah beranak, pastu bersalin, baru la korang tau apa khasiatnya…

Lepas lunch + solat zuhur semua (mcm biasa, aku dgn cord solat kat chalet, buat jama’ qasar, sambil duduk), ada ldk, buat debate… tajuk debate (halim yg cari) mmg menconfusekan peserta, terpaksa la aku terangkan kat dorang (group yg aku kena jadi peng’provoke’)… overall, ok…

Lepas tu, ada treasure hunt… aku kena jaga satu checkpoint, objective checkpoint adalah lebih kepada kepimpinan, bagaimana utk bertindak as a pemimpin, dan juga menghayati jawatan yg dipegang, dan juga sentiasa beware dgn risk yg datang… habis lebih kurang pukul 7…

Malam tu pengisian oleh ‘ustaz’ cord… semua fasi dgn urusetia tak leh dgr, dia tak bagi heheheh… aku memulanya ada kat situ tapi last2 pergi tempat lain gak, sbb lapar heheheh… habis lebih kurang pukul 11, lepas tu sambung balik debat (semifinal dgn final)… lepastu ada bonus round debate, team fasi lawan team peserta… tajuk debate: wajarkah mukhayyam penerus ini diteruskan pada masa akan datang… peserta sbg pencadang (maknanya dorang kena sokong mukhayyam ni) and the fasi jadi pembangkang (maknanya tak nak mukhayyam ni lagi)… interesting n got lotz of idea from the participants… at least they know what we want them to get from the mukhayyam…

Habis lebih kurang pukul 2pg, esok ada aktiviti sikit lagi…

Cya l8er (*.*)/
-21HB FEB-

Assalamualaikum,

Sambung balik… hari sabtu, 21hb.. aku dgn cord pergi makan roti tampal dkt batu berendam pukul 7 lebih… banyak benda nak kejar hari nih… then lepas tu, kitorang balik bukit beruang balik, siap2 semua then pergi ke sg udang tu… hari nih, aku dgn cord rasa semacam, macam ada benda yg akan berlaku kat kitorang…

Dijadikan cerita, on the way ke sg udang, kitorang dilanggar kereta… nak kata teruk, tak la teruk sangat tapi sakit jugak la sampai sekarang… cord injured kat tangan dgn kaki, aku dkt lutut sebab sempat melutut, tahan motor dari jatuh dekat kaki cord… motor calar dkt lampu, signal pecah… org yg langgar kitorang hantar kitorang pergi klinik, tanggung semua belanja medical dgn repair motor cord… ok la, dia tau dia salah… tapi aku sakit la jugak…

Lepas tu, terus ke sg udang… program tetap program… sakit sakit pun pergi gak… aku berharap agar kejadian tu adalah satu kifarah atas dosa2 yg aku dah lakukan… nak masuk tahun baru, semoga allah mengampunkan dosa aku…

Malamnya, masuk 1 muharam 1425… kami baca doa akhir tahun sama2… doa awal tahun, aku baca dgn cord dgn anas dkt chalet… aku dgn cord tak mampu nak solat dalam keadaan berdiri buat masa ni…

Malam tu pengisian oleh ustaz (lupa nama dia) dari kem sg udang… pengisian dia ok, tak terlampau serius, tetapi diselitkan dgn lawak utk mereka2 yg dah ngantuk… pengisian berkisar tentang akhlak, tapi banyak jugak tersasar, keluar tajuk…

Lepas tu ada aktiviti utk peserta… the objective is nak tengok setakat mana diorang bagi wala’ pada ketua diorang… kami yg jadi fasi nih macam biasa, kacau dan kacau dan kacau diorang… habis program lebih kurang pukul 1.30 pg….

Cya l8er (*.*)/
DOK PEHE!!

Assalamualaikum,

Hari nih 25hb feb, maknanya dah 6 hari, selepas 19hb, aku tak tulis weblog… banyak perkara berlaku semenjak 2 menjak nih, yg aku pun tak fhm + confuse…

Hari jumaat hari tu, lepas kerja, aku turun melaka dgn cord, naik motor dari kl… ada program dkt tropical fruit farm, sg udang… nama dia ‘mukhayyam penerus’ anjuran IU mmu melaka… perjalanan malam tu, alhamdulillah selamat, walaupun dekat rumah sebelum tu, mak aku dah ingatkan aku, tak galakkan aku pergi naik motor… tapi as a mother, dia redhakan aku pergi… aku betul2 berharap perjalanan aku selamat…

Masa atas motor dgn cord, antara exit pedas/linggi dgn alor gajah, ada sebuah kereta yg aku kenal plat no dia… kereta ziha… aku cakap cord dan kitorang patah balik… ada izudin, nasrul dgn zue kat dalam kereta tu… kereta diorang takde minyak + bateri weak heheheheh… kitorang temankan nasrul dgn zue, takkan nak biarkan diorang berdua kot kan? Sementara izudin ikut polis Plus pergi beli minyak kat simpang ampat… ada la lebih kurang sejam kat situ, sampai semuanya selamat, then kitorang sambung balik perjalanan… sampai mmu lebih kurang pukul 2 lebih, lepas tu pergi minum kat cahaya dinar…

Esoknya program start lepas zuhur… aku dgn cord pergi pukul 10 lebih…

Cya l8er (*.*)/

Wednesday, February 25, 2004

1ST DAY...

assalamualaikum,

first day kerja setelah accident... ha? accident? ha ah, aku accident hari sabtu lepas... teruk? tak la teruk sangat, tapi doktor bagi MC 4 hari la, sampai semalam...

aku baru lepas meeting dgn contractor, regarding the price negotiation... adhoc punye kerja la nih... file yg diberi kat aku pun aku tak sempat nak baca details, go through jek... objective is to meet the targeted price by puan noraini... satu company je dapat, lagi 2 tak dapat sebab suppliers kata rugi la, itu la ini la, dll... supposed en sofian pergi tapi dia quite busy pagi nih, then aku yg kena on behalf dia, tak kisah la... kalau barang computer tau la jugak tapi bila masuk pada maintenance utk pencawang elektrik, aku pun no comment la heheheh... faham la sesikit masa contractor explain tapi yg tak pahamnye lagi banyak dari yg aku paham...

banyak benda yg berlaku kat life aku 2 3 menjak nih... accident la, itu la, ini la, yg berkaitan dgn family pun ada gak... tapi benda tu biar aku simpan sensorang jek... nanti kalau tulis kat sini, org yg baca nih tau la kan...

28hb ni ada konsert nasyid dekat melaka... insya allah aku pergi kot, naik kereta... bukan tak boleh naik motor, tapi (1) dah ada kereta, (2) kaki aku tak tahan lagi nak lipat lama², still sakit lagi... dr kata jgn urut... aku takut dia effect pada lutut aku sebab masa form 4 dulu, aku pun pernah accident (masa main bola)... aku jatuh pastu memang tak boleh bangun la... ada la seminggu kaki aku tak kuat nak pijak...

aku merasakan yg banyak perkara akan berlaku dalam seminggu 2 nih... perkara yg sedikit sebanyak mengubah life aku... yg penting aku redha dan terus mengharapkan keampunan dariNya... bukan kesempurnaan yg aku mahukan, tapi keredhaan dariNya dan kedua mak dgn abah aku... itu saja... mak dgn abah banyak sebenarnya berkorban utk aku, sejak 23 tahun 1 bulan 10 hari nih... aku la yg kena faham, dan mengerti apa sebenarnya yg perlu aku buat... tindakan yg takkan mengubah terus tanggapan mereka sekarang kepada yg negatif dekat aku... aku sayangkan mereka, anak mana tak sayang mak dgn abah dia kan?

aku sebenarnya dah tulis, apa yg aku nak publish, kat word, tapi aku ingat dah copy masuk kat pendrive nih, tapi tak masuk lagi... takpe la, ada masa nanti kat umah aku copy paste balik kat sinih... biasa la, manusia memang sentiasa lupa...

insya allah, jika kita terus bersandarkan harap dan takut padaNya, dia akan terus bersama kita dan menolong kita utk mencapai apa yg kita impikan, dgn izinNya...

wsalam, cya l8er (*.*)/

Thursday, February 19, 2004

FINANCIAL SYSTEM

assalamualaikum,

jam dkt atas meja kat ofis nih pukul 6.45 mlm... aku balik kul 11 mlm malam nih, ada la keje sikit nak buat...

hari ni aku dah diberitahu unit yg aku kena handle... FINANCIAL SYSTEM!!! kena jaga system semua... kena amik master in IT la pulak nampak gayanya heheheh... tapi bagi aku, mana pun aku diletakkan, aku kena belajar dan aku insyaallah, buat dgn bersungguh²... mcm kat company lama tu pun, aku diberi tugas buat sales... aku buat jugak, tapi sebab environmentnya tak sesuai dgn jiwa aku, aku rasa aku takut makin 'hanyut'... tapi aku tak kata yg dkt mmu ni, boleh jamin aku tak hanyut, tapi keadaannya agak terkawal, ada kawan nak gi solat, kalau nak bincang pasal selain kerja pun ada member... tapi yg penting, kita tau apa yg kita buat, dan selagi kita berserah padaNya, apa saja yg kita buat, insya allah kita akan terjaga...

hari ni sampai pukul 8.30 pg tepat... heheheh, kat pintu masuk, mr kesavan (security) dah tunggu... aku tak tau pasal ape pada mulanya... pastu en saari kata ada 'sport check' (macam sekolah la pulak)... sport check utk staff yg datang lambat... ada ke patut... tapi aku rasa bukan kot, sbb aku dgr ada menteri dari negara mana nak datang kat mmu nih... siap ada red carpet lagi tu...

nanti sambung lagi... dah maghrib...

wsalam, cya l8er (*.*)/
BALADA HATI

assalamualaikum,

goodmorning... ada la 2 hari aku tak tulis weblog ni... semalam bukak bukak weblog orang jek heheheh (jgn marah aa)... semalam aku sampai rumah pukul 7.40 mlm, jalan jammed la jugak, tapi tak heavy sangat...

sampai je rumah, mandi + solat semua, terus pengsan... pastu 'sedar' dari pengsan, tengok jam pukul 11.30 mlm... alamak, tak solat isyak lagi!! terus gi solat pastu turun bawah cari makanan... lapar la pulak rasa perut nih :D

semalam dkt ofis, kitorang kena buat presentation based on report yg kitorang dah hantar kat pn noraini... generally ok la, dia puji sbb kitorang (1) dapat maintain guna english sampai end of the presentation, (2) well prepared, walaupun aku tak prepared heheheh, (3) products of mmu, contoh products mmu yg dibangga² kan, heheheheh... tuh la lebih kurang... en sofian pun ada sekali jadi evaluator utk presentation tu, kira dia nih watak Yg Bbhg Dato' Jason King Jr... banyak jugak la dorang tanye aku at the end of my presentation, tapi aku berjaya menjawap dgn penuh kesopanan dan kesusilaan heheheh, saja je ada beberapa point aku tak present, biar dorang tanya... yes! taktik aku berjaya!!!

semalam aku buat kerja² audit, auditor tanya kat en sofian pasal ada benda tu, pastu en sofian mintak aku cari kenapa dan kenapa... aku pun serang la kak siti tu, sebab dulu dia yg buat posting tu... heheheh, sian kakak aku sorang tu... sampai nampak aku dah terus lari heheheh... dari lepas lunch sampai abis office hours la aku buat audit tu... pastu en sofian kata dia email kat aku satu document, mintak aku asingkan ikut year... kalau ikut pengalaman aku, tak sampai 5 minit pun boleh siap, tapi aku tak tengok lagi document tu camne... so tak tau la berapa lame aku akan amik... buat jap lagi la kat ofis (*-*)

alamak, dah kul 7... kena siap nih, nanti lambat lak... wsalam...

cya l8er (*.*)/

Monday, February 16, 2004

MASTER? PROFESSIONAL PAPER?

assalamualaikum,

hari ni aku bangun pukul 5 pg, setelah alarm handset bunyi kul 4 pg... penat bebeno teman... dah le semalam tak berehat dari kul 12 tgh hari keluar rumah, pastu meeting kat pj, pastu gi umah abby... abby nak fly gi australia, buat master under yayasan telekom malaysia... flight 22hb nih... tapi aku tak dapat hantar sebab ada program kat melaka on that day... at least aku dah jumpa dia semalam... abby, goodluck, jgn lupa kat aku nih, rakan seperjuangan ko yg hensem sikit dari ko ni heheheh...

cakap pasal study, aku mmg teringin nak sambung study... sambung master, bukan professional paper... tapi tak tau la tetiba lagi 2 3 tahun, terberminat nak buat ACCA ke, CIMA ke... mana tau kan? tapi keinginan yg paling kuat is nak buat master... MBA mungkin... tapi dgrnya kena ada 3 tahun pengalaman kerja... pulak dah...

hari ni aku pergi kerja naik ERL... keluar rumah dgn parents aku kul 6:45 pg, pastu sampai Putra LRT wangsa maju pukul 6:50, pastu sampai kl sentral pukul 7:20, pastu naik klia transit kul 7:30, pastu sampai stesen putrajaya/cyberjaya pukul 8, sampai mmu pukul 8:15... fuuuuhhh...

hari nih pn noraini tak datang, nasib baik, dah la aku tak siap lagi assignment masa sampai mmu tadik... pastu menggelabah la aku siapkan assignment tadi, sampai la pukul 11 lebih... pastu lepak² sikit, sementara tunggu nak lunch dgn gang lelaki ofis finance tingkat bawah...

lepas lunch, aku print out bank recon (consol) yg aku dah buat last week, print pun lama sebab banyak page betul... sambil tu aku cek list nama student international yg MarComm nak last week... actually dah siap tapi en sofian mintak buat kat softcopy yg dorang fwdkan... tak kisah la, tak susah pun sebenarnya...

tadi masa kat erl, aku terlihat satu wisdom yg albert einstein cakap... dia kata, try not to become a man of success, rather than a man of value... ha ape lagi? fikir la :D

ok la, nak tido nih... ingatan sebelum tido (thanx iza): bermulanya hayat kita di dunia hanya 3 saat. saat semalam yang telah berlalu, saat yang akan datang yg kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang menemuinya atau tidak. oleh itu, saat mana yg kamu berada dalamnya, pergunakanlah dengan sebaik mungkin kerana kamu tidak memiliki masa kecuali satu saat sahaja, sedang kematian pula dari saat ke saat semakin menghampiri' - isa al-masih...

cya l8er (*.*)/

Saturday, February 14, 2004

UWEK...

assalamualaikum,

lupa nak cerita, kak ina dah bersalin... anak perempuan kalau tak silap... congrate!! best la pulak, rasa nak ada anak la pulak heheheheh.... ("_')i

cya l8er (*.*)/
KERJA KERJA KERJA...

assalamualaikum,

fuh, lama doh tak tulis dkt weblog nih... last tulis hari tu 9hb, skrg dah 14hb... memang teruji la fizikal dan mental aku sejak dkt MMU nih... tapi aku seronok, sbb aku faham apa yg aku buat... faham sebab benda tu relate dgn apa yg aku belajar selama 4 tahun... alhamdulillah, Dia masih kuatkan aku yg sememangnya lemah ni...

ok, apa nak cerita dulu... ha, pasal duit... kesimpulannya, mmu tak hutang, sbb dia dah masukkan duit tu dalam bank, tapi takde details of transaction kat dalam students' financial info kiosk tu... pn azlena dah email balik kat aku... rerupanya dia kenal aku, dgn si kak Yang dah cakap kat pn azlena tu aku dah kerja kat sini... mesti la dia kenal aku sbb aku la antara org yg paling kuat 'menyerang' finance department masa student dulu heheheh... so skrg ni dah satu department...

ok yg kedua, aku dah jumpa dgn pn noraini, CFO mmu tu... ok la dia, dia ada vision, tapi mungkin apa yg nak dia ubah tu tak diterima oleh kebanyakan 'orang lama' kat finance tu... takpe la, bagi aku, apa yg baik tu akan aku sokong, insya allah... kenapa tidak, kan?

yg ketiganya, dia bagi kitorang (staff baru: aku, yati sahlan & cik ryn) assignment utk dibuat... ada ke patut? dia suruh buat business plan... jenuhla jugak aku nak berfikir... yg en sufian berebut² nak aku tolong dia... nak dijadikan cerita, kak zarin MC, apa lagi, aku la kena buat bank consolidation tu... saya budak baru belajar, mmg susah la sebenarnya... mujur ada kak siti tolong ajar (kenapa banyak nama perempuan je ha)... tapi ok la, aku memang belajar buat acc receivable tu ikut step, mula dgn matching AR tacing list dgn gen ledger, pastu matching summary of AR tu dgn bank statement, pastu buat bank reconciliation of current month, pastu baru buat bank reconciliation / consolidation...

en sufian suruh aku siapkan consol tu dulu, pasal assignment tu, dia kata nanti dia cakap kat pn noraini tu... ok la tu, dapat hantar hari isnin... yati sahlan dgn cik ryn kena hantar hari ni, sian diorang... tapi ok la, dorang tak 'dibuli' macam aku kena heheheheh...

aku ingat nak pergi zoo negara malam ni (jgn gelak!) tapi tak jadi kot... sbb member aku taknak gi... nak jugak rasanya pergi zoo negara waktu malam, sbb dia mmg bukak tiap sabtu malam (utk malam punya)...

ok la, nak sambung buat assignment nih... rasa macam student la pulak heheheh... insya allah, kalau kita buat sesuatu tu dgn bersungguh², dosa dosa kecil akan terhapus dari diri kita... so marilah kita bekerja dgn penuh kesungguhan, dapat naik gaji lagi bagus heheheheh...

wsalam, cya l8er (*.*)/

Monday, February 09, 2004

BUAT BAIK?

assalamualaikum,

hari ni balik awal ke rumah, mungkin sebab kerja yg tak siap tu semuanya dalam bentuk xls, so bolehla buat kat rumah...

hari ni quite ok la, mungkin sebab hari ni aku ceria pagi² nih kot, ntah la.... tp yg pastinya, aku bersyukur kepadaNya kerana masih memberikan aku nikmat iman dan islam; nikmat yg tak boleh disangkal oleh sesiapa pun...

hari ni aku cek la akaun aku masa study dulu... rupa²nya mmu hutang aku rm2450 lagi... isk, banyak tu, terima kasih pada en fadil dgn kak ina yg bersusah payah meng'access' akaun aku lagi... aku dah email kat pn azlena yusof kat melaka tu... ari tu kak ina dah call dia, dia kata refund tu dah dibagi secara 'manual'... heheheh, aku tak dapat ape² pun sampai la ni... takpe la, kita tunggu episod akan datang...

sebenarnya dalam hidup kita, proses timbal balik berlaku pada diri kita... maksudnya, sbg contoh kalau kita buat baik kat org, ada org akan buat baik pada kita, kalau kita buat org gembira, insyaallah kegembiraan akan datang pada kita, dan sebagainya... cuma persoalannya di sini ialah, setakat mana kita meyakini yg proses timbal balik ini berlaku? sering kita terdengar org kata, "aku buat baik kat dia, nih yg dia balas kat aku?" pada aku, kita kena cek balik diri kita sebenarnya, adakah apa yg kita buat kat org tu 'baik' pada dia, ataupun kita je rasa kita buat tu baik... kena periksa lah diri kita... segalanya bergantung pada diri kita, dgn kuasaNya...

semoga kita terus tergolong dalam golongan yg sentiasa mendapat redhaNya, insya allah...

wsalam, cya l8er (*.*)/

Sunday, February 08, 2004

HERO

assalamualaikum...

bersama lagi... memang lama aku dah tak menulis kat sini... busy sikit, dgn kerjaya... keluar rumah tak nampak matahari, balik rumah ada bulan je... penat mmg la penat tapi bagi aku, aku rasa 'selesa' dgn kerja yg aku buat, untuk masa ni, sbb apa yg aku buat mmg relate dgn apa yg aku belajar selama 4 tahun dulu, insya allah...

kalau kita lihat pada diri kita, kita boleh dapati yg kita sebenarnya ada berbagai² karakter yg sebenarnya boleh kita 'muncul'kan pada hidup kita... kadangkala bila org memerlukan bantuan kita, kita ber'karakter' sbg seorang yg dapat menolong, walaupun sedikit... bila pula kita memerlukan bantuan, kita ber'karakter' utk meminta bantuan dari org lain... ni semua org tau, kan?

apa yg nak dinyatakan di sini, setakat mana kita ber'karakter' sbg apa yg kita perlu ber'karakter' pada masa yg sesuai... sbg manusia, secara peribadi kita perlu tolerate pada semua keadaan, selagi mana kita pasti yg benda tu tak bertentangan dgn akidah sbg seorang islam... dalam islam juga ada rukhsah (kelonggaran) dan 'azimah (kemestian) masing masing... kita harus identify dan menghadirkan kedua² komponen ini dalam diri kita...

sebenarnya aku rasa sedikit tak selesa dgn apa yg berlaku hari ni... aku rasa sedih, dan aku pernah rasa macam ni beberapa kali sebelum ni... aku paling tak suka perpecahan di kala kesatuan diperlukan!!!

tapi yg pastinya, aku perlu meneruskan perancangan yg sebenarnya dah ada dalam otak ni, tapi tak di'paper'kan... aku yakin sebenarnya ada jalan keluar bagi setiap masalah... yg penting cara kita berusaha untuk mencari jalan keluar dan memilih jalan keluar yg mana yg sesuai dgn kehendak masalah kita...

doakan ketenteraman aku, insya allah... cya l8er...

Thursday, February 05, 2004

THAIPUSAM... WEL WEL!!

assalamualaikum...

hai weblog sayang, lamanya tak tulis... quite busy sikit la... biasa la, bila berada di tempat baru, nak nak bila dah sampai musim audit... banyak la kerja yg perlu dibuat, nak kejar due date katanya...

hari ni cuti, public holiday... tapi selangor je heheheheh, KL kerja... pelik gak, kenapa la member² aku yg kat menara telekom tu kerja... overtime kot heheheheh... aku nih, nama je cuti tapi ada je kerja nak buat sebenarnya, nak dibuat di rumah... takde comp kat umah mmg confirm aku kena kerja gak...

just to share with u guys... Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya... so guys, cuba cek diri kita, adakah kita seorang sahabat yg baik, ataupun tidak... seorang sahabat yg baik akan sentiasa membuatkan sahabatnya berasa senang, gembira dan selesa dgnnya, walaupun dirinya tidak seperti sahabatnya... ("_')/

the quality of mercy is not strain'd, it droppeth as the gentle rain from heaven upon the place beneath: it is twice blest; it blesseth him that gives, and him that takes: this above all: to thine own self be true, and it must follow, as the night the day, thou canst not then be false to any man - william shakespear

cya l8er (*.*)/

Tuesday, February 03, 2004

QAFILAH CINTA SUCI

assalamualaikum...

sekadar ingin dikongsi bersama... thanx sue... ;)

=======

-qafilah cinta sejati-

1
indahnya cinta ini
dicintai dan mencintai

sukar terungkap dengan kata-kata
sukar digambarkan segala rasa
indahnya ...
Maha Suci Tuhan yg Menciptakan *Subhanallah*
fitrah cinta dan perasaan!

2
qalb itu misteri
tak perlu disentuh
ia merasai
tak perlu digugah
ia berbolak-balik
getar dan detarnya
hanya seni maknawi
*wahai Tuhan yg menciptakan hati
teguhkan hati kami dengan cintaMu
jauhkan hati kami dari cinta yg lain*

3
manusia itu istimewa
dengan 'aqal ia meraja
dunia itu medannya
ke pangkuan ar-Rahman
destinasi akhirnya
lahir dari taman cinta
rahim ibu yg mengasuhnya
hidup dalam taman cinta
dunia seluruhnya diciptakan baginya
*moga kembali juga ke taman cinta
jannatullah sebenar-benar ni'mat
agung cintaNya!*

4
cinta itu unik
tak bisa hidup mandiri
perlu ada pemberi
perlu ada penerima
perlu kelangsungan yg bertimbal balik!

selalu manusia berkata
indahnya "jatuh" cinta
jatuh dalam keasyikan
memuja dan dipuja dalam kecintaan

jika begitu akan aku katakan
telah selama-lamanya aku dalam "kejatuhan"
tak ingin sekali-kali bangun lagi!

5
namun...
kata teman,
bagaimana bisa "jatuh" cinta
bila menyusur ma'rifahNya?
bukankah cintaNya
membawamu dekati Dia?
bukankah cintaNya
mengangkat martabatmu sebagai hamba?
bukankah cintaNya
membangunkan jiwamu penuh siap siaga?

nah... bagaimana ya?
bukankah cinta itu ibarat kenderaan
tunggangan menuju destinasi
namun bukan seorang diri
bahkan bersama para kekasih
yang dicintaiNya
dan mencintaiNya
juga semua yg mengharap kasihNya

ayuh!

hebatnya cinta ini
usah ditunggu lagi
"naik"lah ...
kan pasti dibawa pergi
bertemu Pencipta Cinta
cinta hakiki nan selamanya
itulah destinasi kita
yg sentiasa dirindukan jiwa!

khaleel el-wafy

=======

cya l8er (*.*)/

1ST DAY

assalamualaikum,

first day in MMU cyberjaya, as asst manager in finance department... sampai mmu lebih kurang kul 8:10 pg mcmtu, then pergi lapor diri kat HR, jumpa kak shila...

lepas dah isi form semua, aku pergi la kat department aku... kenal la dgn kak wan, en sofian, en fadhil, en shamsul, fuza, dll... pastu naik la kat tingkat 2, tempat aku kat sini... tapi hari ni pn noraini (CFO) cuti, so takde kerja n tak tau aku kena kat unit mane...

then aku pun pergi la jumpa en sofian, tanye ape ape yg patut yg boleh aku buat... first day dah ade keje heheh... aku kena compare general ledger dgn account receivable... kalau diikutkan, ni sebenarnya clerical work la, tapi utk aku yg 'saya budak baru belajar' ni, ok la kot... aku belajar la sesikit apa yg patut aku belajar dan nak belajar...

nih pun amik masa sikit nak tulis weblog ni, lama dah tak tulis... smlm aku gi masjid tanah, ada urusan dunia akhirat... sampai kl kul 8:30 mlm... yg bestnya, bas aku kul 4:45 ptg... kira la baper lama aku atas bas... tak sedar pun sebenarnya (tido la tu :Þ)

ok la, nak sambung kerja... heheheh... wahai blog tersayang, nanti aku sambung ek...

cya l8er (*.*)/

Sunday, February 01, 2004

CINTA & HARAPAN

assalamualaikum, selamat hari raya...

pagi pagi raya nih, seronok gak kalau tulis weblog nih... semalam, sehari aku tak sempat nak membuka weblog nih... busy la bang... hari jumaat malam hari tu aku gi bangi, ada urusan kerja sikit, pastu 'tersinggah' ke kajang, apa lagi, pekena satay kajang la heheheh... aku pergi sana dengan cord, biasa la... dekat gerai satay kajang tu, aku tengok yg conquer area tu is satay kajang hj samuri... tapi dekat situ ada lagi sebenarnya haji² yg lain... apa yg menghairankan kami, walaupun memang ternyata yg saingan sate kat situ amat kuat, terutama dari hj samuri, tapi sate sate yg lain, mcm sate emas kajang (sekadar menyebut beberapa nama) tetap tak berganjak dari gerainya... maju ke? itulah perkataan yg terlintas kat bibir aku ni malam tu...

org kata, rezeki tu ada di mana²... campaklah dekat pulau yg takde org sekalipun, kalau kita yakin yg allah akan tolong kita, insya allah akan ada kemudahan bagi setiap urusan... tapi, nak sampai pada peringkat keyakinan yg tinggi padaNya ni, bukannya senang... penghayatan perlu dibuat... 'keyakinan' tu pun bersandarkan padaNya jugak... kita selalu cuba untuk yakin bahawa allah akan sentiasa membantu kita... tapi seringkali kita takut akan kehilangan sesuatu, terutama bila menyentuh pada perjuangan... kita yakin yg allah akan menjanjikan ganjaran yg hebat, tapi kita takut utk 'melabur' utk mendapatkan ganjaran yg hebat itu...

heheheh, terbagi khutbah raya la pulak... ok la, di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat hari raya idul adha, maaf zahir dan batin... doakan kita semua sentiasa kekal dalam keadaan iman dan islam, dan semoga kita tergolong dalam golongan orang² yg terpilih... semoga Dia memudahkan segala urusan yg akan aku lakukan, pada hari isnin ini, dan hari² yg lain...

wallahu a'lam... cya l8er (*.*)/