Tuesday, December 13, 2005

ANNA NABILA MOHAMAD AZAM...


assalamualaikum,

alhamdulillah, pada jam lebih kurang 3pg (waktu malaysia) 8 december 2005, akak aku selamat melahirkan anak sulung dia dkt portland hospital, london... nama diberi ANNA NABILA BT MOHAMAD AZAM (mana la diorang dapat nama nih)... ikut date, nabila patut lahir on 30th november aritu, tapi sebab pakngah dia pergi london, terus dia malu nak keluar dari perut mak dia heheheh...

nih ada beberapa keping gambar yg abang ipar aku send... lepas jugak la gian aku nak nengok nabila hehehe...


baby... 9 minutes after birth... anak buah aku la wei!!!



anna nabila muhammad azam... 1 day old...



anna nabila dgn opah dia(=mak aku)...



dengan atuk dia (=abah aku) plak...

anak adalah permata keluarga... dilahirkan ibarat kain putih, suci bersih... kitalah yg mencorakkannya menjadi warna apa yg kita mahukan... ;-)

wallahu a'lam...

Wednesday, December 07, 2005

TRIVIA...


assalamualaikum,

ada satu teka-teki yg menarik perhatian aku yg diforwardkan dari ym!... soalannya ialah? (kena ikut flow soalan tau, tak boleh lompat... nanti tak jadi)

1. key-in 3 digit pertama daripada 7 digit nombor handphone korang - bukan 01x - menggunakan calculator.
2. darab nombor tersebut dgn 80.
3. tambah nombor tersebut dgn 1.
4. darab lagi dgn 250.
5. tambah dgn 4 digit terakhir nombor telefon korang.
6. tambah sekali lagi 4 digit terakhir nombor telefon korang.
7. tolak lagi dgn 250.
8. bahagi no tersebut dgn 2.

berapa korang dapat? kalau tak dapat no telefon korang, memang korang tak bijak sifir... kena belajar dgn siti sifir kat rancangan A.L.O.N.G. tu hahahah...

wsalam...

Tuesday, December 06, 2005

I'M BACK!



i'm back! tapi tak sempat nak cerita... nanti la sambung ye? esok nak kerja, so kena tido sekarang jugak!

Wednesday, November 23, 2005

LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN...


assalamualaikum,

doakan kami selamat pergi dan selamat kembali... (will be away from 24th november until 4th december)

=======
Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak kupinta
Pahit dan manis duka menghiris
Kita mengharungi dengan berani

Gurau dan sendapun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan

Entah mengapa dia
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
dia merasa megah

Biar dia mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Kerna akhirnya kita tersingkir jua

Oh... biarku pergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati
=======

wsalam warahmatullah...

Friday, November 18, 2005

CAN'T TAKE MY EYES OFF YOU...


assalamualaikum,

alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur utk hidup di muka bumi ini... semoga allah mengampunkan dosa² kita yang pernah dan akan kita lakukan...

lama jugak aku tak update, semenjak 30 ramadhan hari tu... first of all, rasanya tak lambat utk aku wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada semua yang kenal dan tak kenal aku... adakah kita akan dapat berjumpa dgn ramadhan yang akan datang?

minggu lepas, aku ambik cuti hari isnin dgn hari selasa... pergi walimah fahmi kat kelantan... aku drive! heheheh... dari KL dgn afizan dalam pukul 6 ptg lebih, sampai sana dalam pukul 3 pagi... memang satu perjalanan yg mencabar minda, akal, mata dan kesabaran la... aku hampir² terbabas masa dkt merapoh... dah la jalan licin, hujan renyai² semacam sedih dgn pemergian aku ke kelantan chewah!!

overall, wedding fahmi ok, memang sempoi... katanya memang tradisi kat sana, tak suka utk berlebih²... tapi aku tak sempat nak tengok wife dia, sebab kitorang sampai sana pun dalam kul 12.30ptg, balik kul 2.30ptg dari rumah dia... pengantin perempuan tak sampai² lagi kat umah fahmi tu... takpe, nanti aku pow kat dia gambar wedding diorang...

aku start keje balik hari rabu, dgn banyak gila kerja tunggu aku kat ofis... memang tak sempat langsung nak menulis kat blog nih, apentah lagi nak baca blog org lain... mana taknya, minggu depannya (semalam) ada budget committee meeting, dan aku jadi secretary utk committee tu... ow lupa nak bagi tau, aku tukar unit lagi utk kali yg ke berapa ntah aku pun tak hengat... rasanya ke-3 kot... unit aku nama dia 'Financial Management, Billing and ERM Unit', apehal ntah panjang sangat nama unit dia... apa aku kena buat? aku kena prepare management account for company setiap bulan utk top management, kena monitor budget / business plan, kena pulak handle kerja baru iaitu enterprise risk management - ERM... keje menginvoice aku pada student dibawa atas dasar ada 'longterm relationship' kata boss aku... tapi billing aku sekarang nih bukan pada student je, tapi pada sponsor, dan pada general debtors yang lain...

so balik pada kenduri, ari jumaat sebelah malam ari tu plak ada kenduri sh sarah, dekat shah alam... memang grand la, first time aku pergi majlis yg sebegitu... ok la, dia pun mampu, so takde masalah la utk dia... aku gerak dari ofis terus, sebab kalau balik rumah, confirm tak sempat la nak lepas kat federal highway tu pukul 8mlm...

ujung minggu, ada walimah kak ida / mizi plak kat masjid putrajaya... pun ok jugak, time pun sesuai... aku antara org yg awal jugak la datang walimah tu... lepas tu terus pergi beraya rumah member², sampai la pukul 11 baru balik rumah... memang hari yg penat la kononnya heheheh...

hari isnin, start balik serabut kepala... nak prepare budget nih bukannya senang, kena makesure semua figures tu betul... seb baik aku ada assistant yg boleh tolong aku, sambil aku prepare utk management acct bulan october... itu pun auditor bagi email minta respond utk acct... tuh belum lagi cost centre mintak buat virement, tambah lagi dgn billing process yg dibuat pada minggu tu jugak... berapa kerja aku aaa? jap nak kira... 1 2 3 4 5! hahahah, 5 kerja serentak... memang robot la aku... lama² botak kepala aku... tapi lepas je meeting semalam (from 2.30pm to 7:30pm), rasa lega sket, walaupun tak la lega sangat... banyak lagi benda yg kena buat, cuma aku take time utk rest kejap sambil siapkan write-up utk management acct bulan october nih...

kadangkala, kita kena buat keputusan yang tak berpihak pada kita... mungkin ada kebaikannya pada kita atau org lain, hanya allah yang tahu... bila kita buat keputusan, tak bermakna kita suka dgn keputusan yg kita buat, dan bila kita tak buat keputusan, tak bermakna kita tak suka dgn pilihan yang ada...

semuanya bergantung pada kita... bagi aku, apa yg dah ditetapkan pada kita, mesti ada hikmah dia... at first, mungkin kita sukar utk terima, tapi cuba kita fikirkan perkara yg baik dan elok yg bakal terjadi kalau kita terima benda tu... kalau tak benefit pada kita, mesti benefit pada org lain, kan? so insya allah ada bahagian yg baik utk kita nanti pada masa akan datang... yakin pada janji allah...

tadi, aku pergi la MOSTI nak sign LO diorang... dalam note staff aku bagi, dkt tingkat 3... aku pun confident la naik tingkat 3, Bahagian Kewangan... tanya punya tanya, takde pulak, bila dia dgr aku dari mana, dia suruh aku naik tingkat 4... sampai tngkat 4 jumpa mamat yg minah kat tingkat 3 tu suruh jumpa, dia pulak pelik kenapa aku jumpa dia, sedangkan takde pun projek yg diorang buat dgn MMU... cek punya cek punya cek, dia tolak aku kat bhg pembangunan kat tgkt 3 balik... aku masih sabar lagi, relax, cool je... pegi tgkt 3 jumpa minah kat bhg pembangunan, dia cakap benda tu dah hantar kat tgkt 5... aku dah bengang sket, tapi seb baik cool lagi... last² baru la dapat aku sign LO tu... apa la dorang nih, cek la dulu sebelum tolak kat org lain... yg si bhg kewangan tu pun satu, tak tau buat kerja kot... LO mesti la keluar dari bhg kewangan, mana leh keluar dari unit lain... so by right diorang kena la tau kalau LO utk company mana ke ape ke... ini tak, main taram je suruh pergi kat situ la sini la...

ok habis mengomel... nak sambung kerja balik... next week cuti panjang, yahoO!!!!!

assalamualaikum...

Wednesday, November 02, 2005

SUASANA HARI RAYA


assalamualaikum,

alhamdulillah, segala puji bagi allah yang masih memberi peluang pada aku utk menulis dkt blog nih... selawat dan salam ke atas junjungan baginda SAW...

waktu org lain semua dah ada kat kampung, tak dapat nak baca blog lagi, aku still ada kat ofis buat benda yang ntah apa² kat ofis nih... mana taknya, org semua takde, dah cuti... aku dgn beberapa org je yg sangap kat ofis nih, pergi bilik tu, pergi bilik nih kaco org lain...

sebenarnya, last week ada workshop kat celcom academy pasal FRS... mesti bebudak accountant yg lain dah tau pasal FRS nih yang nak diimplement next year... yg tak bestnya, boleh plak dia suruh submit benda² yg kitorang kena prepare tu by 7th november? gila hapenya... minggu ni dah la 2 hari je kerja, pastu barang semua dapat dalam hari jumaat hari tu... isk isk isk... nasib baik ada team leader lain, so takyah la nak pening² kepala sangat pikir pasal benda nih...

baca blog org tadi, ada yang bercerita pasal raya lah, pasal pergi shopping lah, dll... utk aku pulak, tahun ni punya raya memang takde benda yang aku prepare... even budget utk tahun ni pun memang takde... bukan taknak prepare, tapi memang short of budget... nak beli pun, bila ntah nak pakainya... bukan tak kerja, kerja... kalau nak beli, baik beli kemeja ke, slack ke, leather shoes ke, dll yang boleh dipakai nak pergi kerja nanti...

bukan aku tak pergi mana²... ada la jugak sekali 2 pergi midvalley la, jayajusco, alamanda dll, tapi memang takde langsung rasa nak beli barang + takde duit... bukan sebab aku nak simpan duit nak pergi london, tapi memang budget takde raya nih... kengkadang bila tengok keadaan org yang langsung tak mampu nak beli baju sehelai pun, aku bersyukur sebab at least aku ada duit nak isi minyak kereta nak pergi kerja... nafsu shopping? langsung tak wujud sebenarnya, seriously... sedih? ntah, nak sedih apapun, masih banyak benda yg aku boleh treasure, lagipun umur aku masih muda...

ramadhan kali ini memang membawa banyak kenangan pada aku... kenangan yang hanya aku je yang tahu... banyak perkara yang terjadi yang memerlukan aku utk merenung balik tujuan hidup aku kat dunia Dia ni... adakah aku dah tersasar jauh dari objektif asal aku? kenapa ia terjadi pada aku? mungkin ada hikmah di sebaliknya... ataupun, mungkin itu merupakan sign utk hidup aku yang akan datang? hanya Dia yang tahu...

ada 3 perkara yang menjadi hak mutlak allah, yang telah ditentukan sejak azali lagi: rezeki kita, jodoh kita, dan mati kita... benda nih memang tak boleh nak diubah... yes, kita boleh berusaha, berdoa dsb, utk mencapai apa yang kita inginkan... istikharah, solat hajat dll... semuanya boleh kita lakukan... tapi adakah kita dapat menerima takdir yg ditentukan pada kita?

'bila kita berada dalam situasi yang banyak, itu bermakna kita ada pilihan... dan bila kita sudah memilih satu pilihan, itu bermakna kita sudah membuat keputusan... keputusan kita boleh jadi takdir kita, dan mungkin bukan takdir kita... mungkin keputusan yang dibuat bukan sebab kita nak buat, tapi atas faktor² tertentu... tapi kita tak boleh nak menyalahkan takdir kalau pilihan kita tu tidak memuaskan hati kita... kita masih boleh utk menukar keputusan kita kepada keputusan yang kita akan berpuas hati... mungkin kita belum ada kekuatan utk berbuat sedemikian...'

apa yang pasti, aku tahu matlamat aku, dan aku tahu tujuan aku... semoga allah memberikan kekuatan pada aku utk terus mengharungi hidupNya, hidup yang penuh tipu daya dan ujian... semoga allah memakbulkan apa yang aku hajatkan, kerana Dia sahaja yang boleh memakbulkan hajat kita semua...

SELAMAT HARI RAYA 'IDULFITR, MAAF ZAHIR DAN BATIN... aku minta maaf kalau ada termakan, terminum, terbuat salah dll pada semua... manusia memang tak boleh nak mengelak dari melakukan kesalahan, dan semulia² manusia ialah mereka yg sentiasa bertaubat padaNya...

wallahu a'lam...

Friday, October 28, 2005

SAKINAH


assalamualaikum,

tadi masa nak pergi kerja (tumpang abah aku hantar mak aku), aku baca la akhbar Siasah... ada artikel pasal lirik lagu Mawi - Aduh Saliha... lirik lagu ni ditulis oleh loloq... dalam artikel tu, dia ada komen lirik2 lagu yg loloq tulis nih... aku pun ambik la satu lagu yg dia tulis, nyanyian XPDC... tajuk dia sakinah...

=======
Asalnya
Memang dulu
Aku tak percaya
Sehingga aku jumpa Sakinah

Cinta boleh mencair segala
Biar keras bagai teras buana
Katakan cantik mana aku tak tergoda
Sehingga aku jumpa Sakinah

Pintu hati yang tertutup
Terbuka
Datang azam nak mengolah
Rancak dunia
Berlagu tipu daya
Mustakim semula

Biarlah... orang-orang
Macam aku bahagia
Biarlah... orang-orang
Macam aku merdeka

Tutup mata
Buka mata Sakinah
Dalam lena
Dalam jaga Sakinah

Kenal diri siapa sebenar
Cairlah segalanya
Yang tinggal hanya benar
=======

bila tengok lama² lirik dia, baru aku dapat tangkap maksud dia (rasanyala)... memang mendalam sebenarnya lirik dia... bagi aku, lagu ni bukan lagu yg dibuat atas dasar cinta sesama insan, tetapi lebih dari itu... sakinah = ketenangan... di sebalik itu?

setiap orang ada pandangan masing²... what say you?

Thursday, October 20, 2005

10 CARA RAI RAMADHAN


assalamualaikum,

10 cara meraikan Ramadhan :

1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasiq. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan dahaga. (Riwayat Bukhari).

Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seorang itu berpuasa, maka janganlah dia bercakap lucah, berbuat fasiq dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka hendaklah dia menjawab: "Aku sedang berpuasa.'' (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Menghidupkan malam dengan beribadah (Qiamullail). Sesungguhnya ibadah Qiamullail adalah kegemaran Nabi dan para sahabatnya. Kata Aishah r.a.: ''Janganlah kamu meninggalkan ibadat Qiamullail kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkannya. Apabila Baginda sakit atau keletihan, Baginda bersolat dalam keadaan duduk."

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau membangunkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: "Solat, solat." sambil membaca ayat 132 daripada Surah Thaha yang bermaksud: Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa.

3. Bersedekah. Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Sabda Baginda s.a.w: Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. (Riwayat Tirmizi).

4. Menjamu makanan. Golongan salaf amat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada orang lain dan mendahulukannya daripada ibadat sunat yang lain. Kesan daripada jamuan boleh menimbulkan kasih sayang dan persaudaraan. Ia juga dapat memudahkan seseorang itu masuk ke dalam syurga Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamulah makanan, sambungkanlah silaturahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, kamu akan memasuki syurga dengan selamat.(Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Baginda s.a.w. bersabda lagi di dalam hadis yang lain: Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa itu. (Riwayat Ahmad).

5. Banyak membaca al-Quran dan menangis ketika membacanya. Sebahagian besar para salaf mengkhatam al-Quran ketika mengerjakan Qiamullail padai malam Ramadan tiga hari sekali. Ada juga yang mengkhatamnya seminggu sekali. Terdapat juga mereka yang mengkhatamnya sepuluh hari sekali. Mereka juga sentiasa menangis ketika membaca al-Quran.
Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a. membaca Surah Al-Mutaffifin. Apabila sampai kepada ayat 6 yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam. Beliau menangis sehingga rebah dan tidak berdaya lagi meneruskan bacaan berikutnya.

6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari. Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim bahawa apabila Rasulullah s.a.w. selesai menunaikan solat Subuh, Baginda akan terus duduk di tempat solatnya sehingga terbit matahari.

Menurut sebuah hadis lagi, Baginda s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat Subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah s.w.t. sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna. Kata Albani: Hadis ini sahih.

7. Iktikaf. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf selama 10 hari di dalam bulan Ramadan. Manakala pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.

8. Mengerjakan umrah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Pahala mengerjakan umrah di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

9. Mencari-cari Lailatul Qadar. Nabi Muhammad s.a.w. akan mencari Lailatul Qadar pada bulan Ramadan dan menyuruh para sahabat mencari-cari malam tersebut. Baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadan dengan harapan supaya dapat memperoleh Lailatul Qadar yang penuh keberkatan dan keistimewaan.

Ubay bin Ka'ab berkata: "Antara tanda dan alamat Lailatul Qadar sebagaimana yang telah diberitahu kepada kami oleh Rasulullah s.a.w., ialah matahari terbit pada pagi hari tersebut dalam keadaan redup." (Riwayat Muslim).

Di dalam hadis lain, Aishah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, jika aku bertemu dengan Lailatul Qadar, apa yang patut aku katakan?" Jawab baginda: "Katakanlah: Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul 'afwa fa'fu a'nni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah segala kesalahanku)." (Riwayat Ahmad dan Tirmizi. Kata Albani: Hadis ini sahih).

10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Sesungguhnya siang dan malam pada bulan Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa, maka rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab. Di antaranya ialah: Waktu berbuka, Sepertiga malam yang terakhir, Waktu Sahur dan Hari Jumaat.

Oleh yang demikian, para salaf amat prihatin dalam memantapkan amalan mereka dengan memperbanyakkan zikir, berdoa dan memohon keampunan daripada Allah yang Esa.

Daripada Muhammad bin Wasi, katanya: "Aku melihat beberapa lelaki, di antara mereka ada seorang yang tidur sebantal dengan isterinya dalam keadaan berlinangan air mata, sedangkan isterinya tidak sedar.

Diriwayatkan bahawa Ayyub as-Sakhtayani bangun mengerjakan solat sepanjang malam dalam keadaan yang senyap sunyi. Apabila telah hampir waktu Subuh, barulah terdengar suaranya, seolah-olah beliau baru terjaga dari tidurnya.

Alfatihah... (sumber dari Utusan Malaysia, 20 Oktober 2005)

Sunday, October 16, 2005

WANITA


kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk

didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita berharap pada yang binasa
engkaulah wanita istimewa

sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan

Thursday, October 13, 2005

IMAN


assalamualaikum,

artikel ni panjang, tapi memang bermanfaat... diambil dari email aku sendiri...

=======
Iman

Tiga hal yang akan menjadikan seseorang merasakan manisnya iman, menurut sebuah hadits yang bersumber dari Anas ra, adalah:

1. Mengutamakan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya dari yang lainnya;

2. Tidak mencintai seseorang kecuali karena Allah, dan

3. Takut akan kembali kepada kekufuran sebagaimana takutnya dilemparkan ke dalam neraka.

Iman dan keyakinan bagi seseorang adalah sesuatu yang mutlak diperlukan. Hidup tanpa iman akan terasa hampa, tiada arti dan makna. Sebab tanpa iman seseorang tidak tahu untuk apa dia hidup, mau diapakan kehidupan ini, dan bagaimana setelah hidup. Hidup jadi terombang-ambing oleh situasi dan keadaan. Ke mana arah angin bertiup ke sanalah mereka pergi.

Oleh karena itu iman adalah sumber ketenangan, sumber kebahagiaan, sumber kenikmatan dan kelezatan. Orang yang tak memiliki iman hidupnya dipenuhi oleh kegonca ngan. Tidak stabil. Kadang bergembira ria, tapi dalam waktu yang dekat bersedih hati hingga merana, meratap, menangis, histeris. Saat gembira lupa daratan, saat terkena musibah putus asa. Begitulah corak hidup orang yang tak memiliki iman.

"Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia membelakangi dengan sikap sombong, dan apabila ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa."
(QS. Al-Israa': 83)

Sebaliknya, orang yang hatinya dipenuhi dengan iman hidupnya selalu tenang. Di saat mendapatkan karunia Allah, tidak lupa daratan, tetap merasakan bahwa kenikmatan ini semata-mata dari Allah, karenanya perlu dinikmati, juga disyukuri. Jika terkena musibah atau bencana, maka ia tetap menyadari bahwa semua ini datangnya dari Allah.

Salah satu ciri dari kehidupan orang yang beriman itu adalah tenang. Hidupnya tidak diwarnai dengan kesedihan yang berlebihan, tidak juga kegembiraan yang luar biasa. Tetap optimis menghadapi setiap kondisi. T idak lekas putus asa, sebab dia yakin bahwa Allah berkuasa atas segala sesuatu. Allah kuasa pula mengubah keadaan sewaktu-waktu. Kekuasaan itu terletak di tangan-Nya secara mutlak.

"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah, di samping keimanan mereka (yang sudah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi, dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. Al-Fath: 4)

Anatar iman dan ketenangan punya korelasi yang positip. Jika iman ada, ketenangan musti tumbuh. Jika ketenangan tumbuh di hati seseorang, maka iman akan semakin bertambah. Pertambahan iman akan menambah ketenangan. Dan begitu seterusnya.

Karenanya iman itu pasti dapat dinikmati, bahkan iman adalah kenikmatan yang paling tinggi. Tidak ada kenikmatan yang melebihi iman. Tiada kelezatan yang mengungguli iman. Karenanya bersyukurlah kita yang telah memiliki iman.

Adalah sesuatu yang tidak wajar bila ada orang yang mengaku beriman, tapi hidupnya tidak tenang, tidak merasakan kenikmatan. Orang yang demikian mungkin saja beriman secara salah, atau mungkin iman itu belum sampai menancap dalam dada. Bibirnya saja yang mengaku beriman, sementara hatinya kosong melompong.

Berikut ini ada beberapa amalan utama yang menjadikan seseorang dapat merasakan kelezatan iman. Barang siapa yang hatinya dipenuhi dengan keutamaan ini, dipastikan dapat merasakan manisnya iman. Ada tiga hal yang perlu kita upayakan.

Mengutamakan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi yang lain.

Cinta memang urusan perasaan, tetapi tanda-tandanya nampak dalam perbuatan. Mengaku cinta tanpa memberikan bukti nyata, namanya cinta dusta. Bila persoalannya dengan sesama manusia, kelanjutannya bisa ke pengadilan. Tetapi dalam hubungan dengan Allah, bisa berakibat tertolaknya semua amalan, karena disinyalir imannya bukan iman betulan. Bukti cinta di antaranya adalah dengan menomorsatukan yang dicintai. Selama belum mengutamakan syariat Allah dalam kehidupannya, pengakuan cinta seorang muslim terhadap Allah masih diragukan.

Padahal tanpa dilandasi cinta, pelaksanaan ibadah yang penuh pengabdian, pengorbanan yang disertai keikhlasan tidak akan pernah terjadi. Tanpa cinta, pelaksanaan syariat hanya akan terasa sebagai beban. Ibarat seseorang yang harus memberikan pertolongan di saat terjadi kecelakaan, bila si korban adalah orang yang dicintai, tentu pengorbanan yang diberikan akan terasa lain dibanding bila terhadap orang lain. Begitulah seharusnya membuktikan cinta kepada Allah, yakni dengan begitu gembira, dengan penuh semangat menyambut segala aturan syariat. Tidak ada yang bisa menghalangi, untuk urusan yang menyangkut terlaksananya aturan-aturan Allah dimuka bumi.

Adapun cinta kepada Rasulullah, adalah manifestasi langsung dari kecintaan kepada Allah. Karena lewat Rasul-Nya-lah ajaran Allah sampai kepada segenap manusia. Dan, Rasulullah adalah syariat Allah yang hidup, yang bisa diteladani, ditiru segala sesuatunya. Ajaran-ajaran Islam yang lebih detail, tidak selalu termuat di dalam firman Allah, tetapi bisa dicontohkan langsung pada kehidupan Rasul. Mencintai Rasulullah adalah juga salah satu bukti kecintaan kepada Allah, dan merupakan syarat mutlak bisa terlaksananya aturan-aturan syariat.

Cinta karena Allah

Setelah menempatkan Allah pada urutan pertama yang dicintai, sangatlah wajar bila kelanjutannya adalah mencintai segala sesuatu karena Dia semata. Segala hal yang tidak dicintai-Nya harus dibenci. Dan segala sesuatu yang menjadi kecintaan-Nya, seharusnyalah dicintai. Sebab, bagaimana bisa dikatakan cinta, bila ternyata yang dibenci-Nya itu justru yang menjadi kesenangan kita.

Mencintai segala sesuatu karena Allah, tidaklah akan menghalangi manusia dari kehidupan yang wajar. Justru itulah cara hidup yang paling alamiah. Karena Allah senantiasa menyukai yang baik-baik. Segala sesuatu yang dicintai-Nya pasti baik d an membawa manfaat, bahkan bukan hanya untuk pribadi melainkan juga untuk masyarakat banyak. Sementara yang dibenci Allah adalah sebaliknya, yang tentu saja akan membawa bencana bagi kehidupan manusia dan dunia.

Kadang ada orang yang beralasan, secara fitrah ia sudah menyukai kebenaran dan segala yang baik-baik. Lalu, dengan gegabah ia menyatakan sudah menunjukkan bukti kecintaan kepada Tuhan tanpa harus bersusah payah melaksanakan aturannya yang memberatkan. Orang demikian adalah omong kosong, karena ia mencintai sesuatu bukan didasarkan pada cintanya kepada Allah melainkan pada perasaannya sendiri, pada nafsunya. Nafsunya itulah yang menjadi tuhannya. Buktinya, perintah Allah sekalipun, asal dirasa memberatkan, tidak akan dilakukan. Inilah justru bukti kekafiran yang paling jelas.

Cinta kepada Allah akan melandasi segala tingkah laku seseorang dalam bermasyarakat. Memilih sahabat, lingkungan, istri, pekerjaan, pemimpin, dan semuanya selalu dilandasi pada kecinta an kepada Allah. Mereka yang termasuk dalam kategori orang yang dibenci Allah, tidak akan diambil menjadi orang dekat, apalagi dipentingkan.

TAKUT KEMBALI KEPADA KEKUFURAN

Begitu menjadi muslim, kita harus mengucapkan selamat tinggal kepada kejahiliyahan, selamat tinggal tradisi lama, selamat tinggal segala yang berbau budaya jahiliyah. Kita kubur dalam-dalam masa silam. Kini yang ada hanya Islam. Kita mulai sejarah baru, hidup baru, ketentuan baru dan segalanya yang serba baru.

Tak perlu ragu-ragu, sebab kita yakin Islamlah yang akan mengantar kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Kita mungkin satu saat bisa mengharapkan keuntungan besar dari bisnis yang kita lakukan. Tetapi apalah gunanya bila itu tidak bisa menolong nasib kita di akhirat?

Untuk bisa berbisnis, berbuat, berkarya, mengajarkan ilmu, mendidik dan lain-lain dengan sukses sekaligus punya arti untuk kehidupan akhirat, Islamkan dulu perilaku kita. Tinggalkan kehidupan jahili selekas-lekas nya, dan jangan kembali lagi. Takutlah kepada kekufuran sebagaimana takutnya kita dimasukkan ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Di samping sebagai bukti cinta, sikap meninggalkan kekufuran itu juga akan menjadikan kita mampu merasakan manisnya iman. Artinya, kita justru merasa bahagia, beruntung, senang, dengan meninggalkannya.Selama kita masih merasa eman meninggalkan kekufuran, maka cinta kita kepada Allah belum tulus. Dan, itu akan mempengaruhi perasaan kita, yang justru merasa tertekan dengan segala atribut Islam.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
=======

semoga memberi manfaat... wallahu a'lam...

Wednesday, October 12, 2005

KU SERAH CINTA


assalamualaikum,

alhamdulillah, hari ini masuk 8 ramadhan 1426H, bermakna sudah 8 hari ramadhan meninggalkan kita.... nah, dimana kita sekarang? adakah masih ditahap yg sama seperti sebelumnya? sama³lah kita menilai diri kita, adakah puasa kita ditahap puasa awam, puasa khusus atau khususul khusus...

semalam konon³ aku nak la berbuka kat rumah, sebab hari isninnya aku sempat sampai rumah utk berbuka... hari isnin hari tu, aku keluar dari office tepat pukul 5 (check-out, terus keluar), bawak kereta macam kat litar F1 sepang, ikut seri kembangan (jangkaan dekat besraya jammed teruk), lepastu masuk serdang lama dekat dgn southcity plaza (dekat simpang nak turun besraya dah nampak jammed dia), turun highway sg besi, masuk NPE, ikut bangsar... sangkut la sikit kat depat TNB tu tapi moving... keluar exit mahameru depan klsentral tu, dah terjebak dalam jammed... sampai kat simpang nak exit jalan kuching, aku pun cilok jalan kuching, sekali kantoi jammed!!! tension la sket, tp masa tu jam baru pukul 550 petang, so ok la kot... jammed pun tak lama, sebab moving... aku berjaya sampai rumah pukul 640ptg...

hari selasa pulak, skrip yg sama... ikut seri kembangan, tapi sangkut kat ujung jalan nak masuk kat serdang lama tu... banyak la plak lori sampah... eh by the way, hari isnin hari tu sorang, semalam dgn ofismate aku... sambung balik, dapat jugak la keluar kat serdang lama, dan jalan agak lancar sampai ke exit dia kat highway sg besi... ikut jalan sama, keluar NPE, masuk jalan bangsar tu... skali kat atas flyover tu dah jammed... tension betul... lama la jugak, sampai kat trafficlight depan dataran maybank tu, lepas tu smooth sket... susur ke jalan mahameru, sangkut kat depan jalan duta... tension lagi sekali... agak lama la jugak, masa tu jam dah pukul 6... macam confirm je tak sempat... lepas je jammed, kat area pwtc tu, aku pun jadi la raikonnen, exit dekat bulatan pahang menuju ke jalan genting klang... sangkut lagi!!! arggh!!! jam dah pukul 630 masa tu... last², aku pakat dgn en samsul, berhenti kat memana berbuka kat situ... kitorang tak berjaya nak berbuka kat rumah, dan berbuka dekat masjid dekat taman seri rampai, nasibbaik ada pasar ramadhan sebelah dia, boleh la beli air secawan...

kesimpulannya dekat sini, aku memang confirm tak boleh nak berbuka dekat rumah waktu bulan ramadhan ni... sedih betul...

semalam dan hari ini aku rasa lain macam, tak tau kenapa... nak kata tak sihat, tekak aku agak tidak memberangsangkan la sekarang ni... dengan kepala agak runsing dengan masalah kat ofis yg ntah bila nak setel pun tak tau... cuma aku bersyukur sebab aku dikurniakan dgn ujian ini... ini tandanya Allah masih ingat dekat aku, dia takkan turunkan ujian ni kalau aku tak layak utk menghadapinya...

sekadar ingin berkongsi email yang aku dapat...

=======
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut
serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".
=======

wallahu a'lam... semoga kita berjaya mencari apa yg kita mahukan di bulan ramadhan ini...

"Aku semakin tidak peduli, Apa yang mungkin akan terjadi, Kerana gerak dan tindakanku, Mahu bebas dari masalah"

Monday, October 10, 2005

PASRAH SEGALANYA


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

HIJAB...

assalamualaikum,

video ini diambil dan diapdatasi dari http://cmclub.mmu.edu.my/v2/... (click 'play' utk memainkan klip video)





thanks for the director! ;-)

Thursday, October 06, 2005

DISIPLIN HATI

assalamualaikum,

dicedok dari email sendiri... semoga mendapat manfaat semua...

=======

Disiplin itu bahasa Inggeris maknanya etika atau tata tertib, dari segi syariat kita panggil Adab atau akhlak dan dari sudut bahasa Melayu kita sebut Seni. Kita boleh gunakan ketiga-tiga bahasa ini. Disiplin atau Adab atau Seni ada 2 bahagian, ada jasad, ada roh, ada luar ada dalam ( ada lahir ada batin) ada fizikal, ada Spiritual. Kalau diluar kita boleh nampak disiplin atau seni atau adabnya, macam mana pula yang dalam? Yang luar ini ramai yang boleh berlakon.

Disiplin dalam atau batin atau spritual ini terbahagi kepada 3 bahagian juga iaitu:
Disiplin Hati, Disiplin Akal dan Disiplin Nafsu.

1.DISIPLIN HATI

Hati adalah tempat untuk rasa bertuhan, rasa kasih sayang, rasa pemurah, rasa takut, rasa gerun, rasa cemas dan ribuan lagi rasa.terlalu banyak rasa. Hati sangat sensitif, sangat seni dan disitu jugalah kita sebut "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Hatilah yang mencorakkan kehidupan manusia.

Rasulullah SAW ada menyebut, "Dalam diri manusia ada seketul daging, kalau baik daging itu baiklah seluruh kehidupan manusia, kalau jahat maka jahatlah kehidupan manusia itu, ketahuilah kamu itulah hati". Kalau seorang itu, lahirnya jahat maka jahatlah hatinya. Mengapa seorang itu jadi jahat, mestilah ada sebabnya.

Bagaimana nak mendisiplinkan hati?

1. Cara yang pertama ialah kita kenalah menajamkan Rasa Bertuhan. Apabila manusia ada rasa bertuhan, ia tidak mudah putus asa atau kecewa walaupun orang kafir, cuma lebih elok kalau dia beriman. Untuk ada rasa bertuhan kita mesti kenal Tuhan. Kalau kita tak kenal Tuhan tetapi lebih kenal kuman, batu, kayu katak dll, ini dah kira parah. Macam mana nak kenal dan percaya Tuhan? Kena belajarlah. Kita kena percaya Rukun Iman yang 6 tanpa dicelah oleh jahil, syak, zan dan waham. Orang yang digelar beriman ialah orang yang percaya dan yakin 100%.

Jahil maksudnya golongan tak tahu atau tak berilmu tentang hal-hal iman.

Syak pula golongan yang percaya dan yakin 50%, tak yakin 50%. Akhirat ini ada ke tidak? Kalau tak ada macam mana? Kita bahas ikut logik akal, bukankah elok kita buat baik di tengah manusia dan tak rugi juga sekiranya Akhirat itu tak ada. Kita mesti yakin Akhirat itu ada, dan kita juga selalu berdoa minta kebaikan untuk dunia dan akhirat. Kalau betul-betul Akhirat itu ada kita tak rugi sebab kita dah berbuat. Kita tak buat baik sebab kita rasa Akhirat itu tak ada, kemudian Akhirat itu betul-betul ada, kan kita dah rugi dan tak boleh balik ke dunia untuk buat baik lagi!

Zan pula golongan yang percaya 75%, tak yakin 25%.. dia percaya semua rukun Iman cuma dia tak yakin tentang qadak dan qadar, dia tak yakin tentang rezki, takut masa depan yang susah, takut sakit hingga kena beli insurance dan sebagainya.

Waham pula golongan percaya 25%, tak yakin 75%. upacara nikah kahwin, kematian, naik haji, sembahyang sunat hari raya itu semua dia percaya. Tetapi dia berpendapat orang sembahyang ke tak sembahyang semua sama sahaja, tak sembahyang pun tak apa, entah Tuhan ada ke tidak!

Rukun Iman ada 6:
- Percaya kepada Allah. kita kena belajar ilmu ketuhanan, ilmu rasa namanya.
- Percaya adanya Malaikat, tentera-tentera Allah yang kita tak nampak tetapi ada. Musnah iman kita kalau kita tak percaya.
- Percaya kpd Kitab-kitab Allah
- Percaya kpd Nabi dan Rasul-Rasul dan menjadikan mereka idola dan suri tauladan kita. Kalau kita nak berjuang menegakkan kalimah Allah kenalah kita ikut mereka.
- Percaya kpd hari Kiamat. Kalau tak adalah hari Kiamat seperti yang disebutkan Tuhan sudah tentu beruntunglah orang-orang yang buat jahat di dunia ini.
- Percaya kpd Qadak dan qadar Allah.

2. Cara yg kedua untuk mendisiplinkan hati ialah menebalkan rasa kehambaan kita.

Selagi kita tak kenal kita ini hamba Allah selagi itulah kita tak mempunyai disiplin hati. Kalau kita tak rasa yang kita ini hamba sudah tentulah kita ini rasa kita ini Tuhan. ini merbahaya. Untuk merasakan kita ini hamba kenalah selalu merintih kepada Allah, mengaku yang kita selalu buat silap. Walaupun kita tak buat silap, tetapi sebagai seorang hamba kita kena faham yang Allah suka mendengar hambanya merintih.

Sebagai manusia sememangnya kita tak lepas dengan sifat lalai dari mengingati Allah dan tak terlepas dari dosa maka cepat-cepatlah kita bertaubat dan minta ampun dari Allah. Sekiranya kita tak ada sifat hamba segala yang kita buat di dunia ini kita rasa yang kita yang punya, kita rasa kita yang memiliki. Seorang manusia yang sedar dirinya hamba, dia berasa tidak memiliki apa-apa pun tanpa keizinan Allah. kalau Allah tak jadikan dia manalah dia boleh hidup, oksigen yang Allah beri secara percuma untuk bernafas pun kalau Allah tarik matilah kita.

3. Cara yang ketiga untuk mendisiplinkan hati ialah dengan menyucikan atau menghilangkan rasa cinta dunia. Dunia itu banyaklah. ada yang dapat, ada yang tak dapat dan ada yang terlepas. Cinta Allah itu adalah ibu segala kebaikan. Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan.

4.Cara yang keempat pula ialah dengan memindahkan rasa bertuhan, rasa kehambaan ke dalam hati kita. Macam mana caranya? Katalah semasa kita sembahyang segala perbuatan yang kita lakukan adalah yang fizikal yang kena kita jaga disiplinnya juga, tetapi yang penting adalah apa yang kita rasa didalam hati kita.

Macam mana kita nak hubungkan hati kita dengan Tuhan sewaktu itu sebab Tuhan itu bukan berketul dan tak boleh juga kita bayangkan Tuhan itu hijau atau kuning. itu semua tak boleh. Maknanya hati sewaktu sembahyang kena berdisiplin iaitu sentiasa ingat Tuhan. Ingat Tuhan itu bermacam-macam bentuk pula. ada rasa takut, sayu, sedih, rindu, malu dan bermacam-macam rasa lagi. Rasa-rasa ini sentiasa berpindah-pindah dan berubah. Macam warna langit yang sentiasa bertukar warna. kejap biru, kejap hijau, kejap kuning. Jadi sentiasalah hati itu tidak terlalai dari mengingati Allah, itulah dikatakan disiplin. Ini memang susah nak dibuat.

Katalah kita nak masukkan rasa malu dihati kita. cuba kita bayangkan segala nikmat Tuhan dalam diri, nikmat Tuhan diluar diri kita. Dia bagi kita semua anggota yang bermacam-macam, kita tak payah bayar pun. Allah beri kita rumah, isteri dan anak-anak, kereta dan bermacam-macam lagi. cuba kita tanya ini semua siapa yang punya, siapa yang bagi? Malu tak kalau hari-hari ada orang yang beri kita $10 setiap hari tanpa kita buat apa-apa. sekali dua boleh lagi tetapi kalau lebih 10 kali tentu kita naik malu. Nikmat oksigen juga dah cukup untuk membuat kita rasa malu dengan Alah. Jadi dalam nak mendisiplinkan hati kenalah dalam bentuk rasa dan pada peringkat permulaan kenalah kita menghitung-hitung.

Macam mana pula kita nak masukkan rasa takut didalam hati kita?. Allah boleh matikan dan hidupkan kita, Dia juga boleh sakitkan kita, Allah boleh miskinkan kita, macam-macam Allah boleh buat.

Rasa cemas macam mana pula? Sembahyang yang kita buat, segala ibadah yang kita buat banyak-banyak itu adakah betul semua itu Allah terima? Adakah Allah terima taubat kita? Dosa kita dengan Allah adakah sudah diampun? Sebagai hamba Allah yang beriman kita yakin dengan sifat Allah yang Maha Pengampun, maka kita kena yakin Allah akan ampunkan dosa-dosa kita tetapi kita juga yakin dengan sifat Qahhar dan Jabbar Tuhan yang membuat kita rasa cemas dengan hukuman Tuhan.

Inilah ada-adab atau disiplin atau seni-seni hati yang kita perlu perolehi.

=======

wallahu a'lam, segala yang baik dariNya, dan segala yang tidak baik adalah dari kesilapan aku sendiri... semoga mendapat manfaat...

Wednesday, October 05, 2005

MUHASABAH RAMADHAN


assalamualaikum,

at last, dapat jugak lirik lagu yg tengah on-air ni... selamat menghayatinya... ;-)

=======
Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Illahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilenturkan lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijjab antara hamba dengan Ilahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puas kita?
Adakah masih ditahap lama?

Lalu muhasabah di hujung Ramadan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa dan duri angkara


Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasa kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padaNya segala takdir

Allahu Akbar (3x)
Allahuwalillahillam
=======

DI MANA PUASA KITA? semoga ramadhan kali ini membersihkan jiwa kita yang dah lama tercemar oleh dosa²...

Tuesday, October 04, 2005

PERHITUNG


assalamualaikum,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK... SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA BANYAK KERAHMATAN KEPADA KITA, DAN SEMOGA KITA MENJADI LEBIH 'MANUSIA' DARI SEBELUMNYA...

entah kenapa, bila dengar lagu yg korang dengar ni (sorry, lagu on-air sudah ditukar kepada lagu 'Muhasabah Ramadhan') banyak kali, macam best plak... lirik dia korang boleh tengok kat bawah ni... lagu dari Brothers - Perhitung -> solo by Akbar feat TooPhat and Marcus...

=======

Peperangan yang dilalui dunia
Bagaikan tiada penghujungnya
Bila propaganda menguasai segala-galanya
Nan halusi setiap minda
Apa harus menjadi satu hala tuju baru di jalan penuh berliku
Apa kita akan bertemu dalam impian yang satu

Hari ini aku di sini lagi masih tenang dalam berillusi
Masih bertarung dengan diri
Ku melawan nafsu nafsi
Mana perlu kumelangkah?
Mana betul dan yang mana salah?
Harus hanya rasa indah sedang itu kan memusnah?

Tunggu apa ditunggu, Aku pun tidak tahu
Kini semakin lesu, Beriku petunjuk Mu
Sedar dari lamunan, Mula ternampak jalan
Kiniku dalam barisan, Kuteruskan perjuangan

Semua gerak dihitung, Tiada yang tergantung
Sedar atau tak langsung, Tiada yang melencong
Apa ini kucari, Harus merenung lagi
Cuba berkali-kali, Silap berulang lagi

A year older
Hard experience make a man bolder
A one man soldier lost and trying to stay sober
Erasing highlights of joy inside my life's folder
Trying to find peace through harder days and when the nights are colder
Alotta people never listen
Ask to keep your head up

I've held it long enough I'm getting fed-up
Flashing on the past when I led a simpler life
I'm happy with the progress
Its change that I don't like I was tearing
Sitting contemplating my carreer when
I should be on stage with a few thousand kids cheering

Turned into the heavens
And was shown the forgotten myth that
faith and love can turn a curse into gift
If you think that you've hit rock bottom think about your loved one
Your father was soldier at least you be a tough son
A tough one and when times go rough
you be the rough one
Money, power, respect will come

Aku amati satu persatu
Apa yang terjadi, apa yang berlaku
Kali ini matlamatku jitu
Sinari Impian harapanku
Telah kian lama aku mencari-cari
Di satu hari cahaya kan menyinari
Moga aku tak sendiri lagi
Dalam perjalanan untuk mencari erti

Currently the state of world.. depressing
Everywhere warring and oppression
Currency is king becoming everybody's obsession
Capitalist with animal instinct behavior
Wolves in sheep skin claiming to save you
Far from saviors only contributing to death
The magnitude of their actions
only contribute to their wealth

Word to Condoleezza Rice
These kids kind of need rice
How father and son can bomb the same city twice

I'm mad..
Watch the news at home on CNN
I'm sad..World powers do as they please where and when
It's bad..Countries Join a legion armed with nuclear bombs
The only one without a bomb most probably Saddam

Cause for alarm conspiracy theories taking lives
Ask the Almighty please guide me with the light
Cause for alarm militaries killing children in the night
Ask the Almighty please protect them with your might

=======

wallahu a'lam... semoga allah memakbulkan hajat² kita...

Sunday, October 02, 2005

KEHIDUPAN...


Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berkepanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali


Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

p/s : allah tidak akan memberikan ujian kepada kita, melainkan kita layak utk menerima dan menggalas ujian tersebut...

Saturday, October 01, 2005

SELANGOR!!!


assalamualaikum,

alhamdulillah, segala puji bagi allah kerana aku masih dapat menghirup udaraNya sehingga kini... tahniah kepada team bolasepak selangor sebab menang piala malaysia sebentar tadi, kejuaraan yg ketiganya pada tahun 2005... bermula dengan piala premier, diikuti dgn piala FA pada minggu lepas, dan baru kejap tadi, piala malaysia... apakah itu tanda kebangkitan selangor kembali sebagai gergasi bolasepak? kita tunggu dan lihat... sebagai rakyat yg tinggal kat selangor, dan yg membayar cukai pintu dengan MPAJ, semestinya aku menyokong selangor... hip hip horray!!!

setelah apa yg berlaku pada diri aku beberapa hari ini, aku rasa seperti terpanggil utk tulis blog ini... first of all, aku minta maaf pada sesiapa yg terlibat, jika mereka merasakan yg post aku kali ini agak emosional...

ramai yg tahu, aku pernah bercinta... hubungan yg bertahan selama 4 tahun lebih, yang semestinya memang banyak memori atau kenangan yg berlaku selama tempoh tersebut... perkara yg paling penting yang aku belajar dulu ialah, pergantungan kita hanyalah pada Allah, bukan pada manusia... walau 'bagai nak rak' manapun kita bercinta, walau sekukuh mana pun apa yg kita dah janjikan, yang pastinya, jodoh adalah ditanganNya, dan memang tak dapat disangkal lagi...

bila berlaku masalah dalam perhubungan kita, bagi aku (based on experience) ialah bukannya mencari kesalahan org lain yg menyumbang kepada masalah itu, tetapi apa sebenarnya masalah yg kita lakukan... memang manusia, takkan dapat lari dari melakukan kesilapan, dan sebaik² org yg melakukan kesilapan, adalah org yg bertaubat kepada allah...

kadangkala, kita lebih cepat utk mencari kesalahan org lain dari mencari kesalahan sendiri... ini juga berlaku pada aku dulu... aku cepat menuding org lain sebagai punca kepada masalah... tetapi sebenarnya, mesti ada benda yg kita dah lakukan yg membuatkan allah 'marah' dekat kita, dan turunkan ujian pada kita... mungkin kita tak pernah diuji dengan ujian sebegitu sebelum ini, dan tiba² bila allah test sikit je, kita dah mula menggelabah, habis segala jenis org kita salahkan, habis semua jenis benda kita kata tak kena... itu juga berlaku pada diri aku dulu, dan aku sedar semuanya adalah silap aku juga, bukan silap org lain...

memang betul, aku rapat dengan kawan perempuan aku, dan kalau siapa yang kenal dengan aku, memang tahu aku ni macam mana... aku bukanlah seorang yg suka nak hipokrit... ini diri aku, dan aku nak menjadi diri aku sendiri, bukan org lain... kalau siapa tak boleh nak terima dgn apa yg aku dah buat, aku minta maaf... mungkin korang kena kenal lagi dengan aku lebih rapat... aku boleh terima dengan teguran, tapi kalau aku rasa teguran tu tak tepat, aku rasa aku tetap ada hak utk mempertahankan tindakan aku...

aku bukan ego, cuma kadangkala, pengalaman yg sudah aku rasa dulu banyak mengajar aku... cemburu? aku pernah cemburu... mengongkong? pernah juga... biasalah, kalau kita sayangkan dekat seseorang, kita akan rasa seperti "ko ni aku punya, bukan org lain"... tapi kita kena ingat, selagi kita belum berkahwin, kita tiada hak mutlak ke atas pasangan kita tu... dia juga ada hak utk membuat apa yg dia inginkan... tapi, percayalah pada aku... benda² tu sebenarnya banyak membawa kepada keburukan daripada kebaikan dalam relationship... tak salah cemburu, tapi kalau sampai menuduh tak tentu pasal, itu bukan cemburu yang sihat... bertindak secara professional... sentiasa berfikiran positif... dan jika berlaku benda yg 'menggetarkan' relationship sikit, cepat² cek balik diri, apa yg dah dibuat sampai berlaku macam tu...

-aku bercakap atas benda yang aku experience sendiri, bukan experience orang lain-

isk, terover plak bercerita... semoga allah mengampunkan dosa kita... kita merancang, allah juga merancang... yg pasti, rancangan allah yg akan menjadi kenyataan... apa yg boleh kita buat, kita berdoa semoga rancangan kita adalah selari dgn rancangan allah...

kerja? macam biasa lah, sekali lagi aku kena tukar lagi jobscope... daripada in-charge utk operation cyberjaya, aku ditukarkan kepada financial management unit... buat apa unit tu? erm, basically unit ni kena buat management account utk company... kena maintain business plan company, dan of course kena make sure pergerakan revenue / expenses dalam company tu adalah seiring dgn apa yg dah dibudgetkan... kena la buat analysis sikit², benda yg paling aku malas nak buat heheheh... boss aku baru melamar aku hari tu, dan hujung bulan oktober nih, manager baru masuk utk gantikan head of operations yg sepatutnya manager level yg duduk, bukan aku yg ntah apa² ni...

last 3 weeks gitu aku dah confirmkan flight aku ke london, pada 25hb november ni... aku balik malaysia pada 3hb december... kejap je, tapi family aku yg lain pakat duduk sana sampai 31hb december... isk isk isk, bosan je la aku kat rumah ni nanti... tapi kalau aku lepak london sampai 31hb december pun, macam boss aku nak lepaskan je cuti aku... nasib baik hari tu boss aku okie, dia lepaskan cuti aku nak gi london tu nanti... so ada sesapa nak kirim? kirim kosong tak masuk priority heheh... nak kirim, kena bagi dalam bentuk pound sterling :-Þ

semoga allah meredhai apa yg telah aku lakukan, dan semoga Dia memakbulkan permintaan aku... amin...

wallahu a'lam...

Tuesday, September 20, 2005

AKU DAN ENGKO


assalamualaikum warahmatullah...

alhamdulillah, wa syukrillah... segala puji bagiNya yg masih mengizinkan aku utk menghirup udara ciptaanNya, tatkala aku kurang utk mengingatiNya...

apa citer hari ini? takde cerita kot, cuma banyak benda yg berlaku dalam hidup aku semenjak 2 menjak ini... benda yg membuatkan aku berfikir, ke mana sebenarnya arah tuju yg nak aku pergi... walaupun secara teorinya benda tu nampak mudah, tapi implementasinya memang memerlukan penghayatan yg teliti dan perancangan yg betul² tersusun...

sibuk? macam biasa la, tak sibuk, tak kerja namanya... cuma sekarang nih kerja aku tak nampak betul² focus... semua benda aku kena buat at least sikit... apa yg boleh aku buat, concentrate on my work at that time... mana yg priority, aku buat dulu... bila boss dah sound, baru aku buat heheheh... sometimes we need to take some rest... ntah la, bagi aku sama je kot kalau rest ke tak ke, kalau otak tu dah pergi ofis, baik bawak jasad tu sama pergi ofis, takde la nanti otak tak gang dengan jasad plak...

bila kita bercakap pasal masa depan / future, semuanya mengimpikan masa depan yg indah, yg perfect, yg takde masalah la... pendek kata, tip top la kot... cuma masa kita mimpi² tu, kita consider tak benda yg kita buat utk capai mimpi tu... betul ke atau tak ke benda yg kita buat tu... kita impikan nak hidup senang, tapi apa yg kita dah buat sekarang? setakat goyang kaki pastu condemn org yg tak tau buat keje, agak² bolehtak berjaya nanti?

bagi aku, apa yg aku buat semuanya hanyalah utk mendapatkan redha Dia... gaji yg aku dapat tiap² bulan tu biarlah dari hasil titik peluh aku yg Dia redha, bukan dari benda yg Dia jeling pun taknak... kengkadang aku pelik dgn org² yg mengeluh sebab keje dia banyak sangat (aku pun sama jugak ;-) ) tapi tak pernah terpikir yg imbuhan yg dia dapat tu setimpal ke tak ke dgn kerja dia... tepuk dada, tanya iman... mana kita berada?

hari khamis dgn jumaat ada seminar dkt PD... bolehla jugak aku rest² otak aku yg dha nak tercabut nih... tapi aku kena siapkan dulu assignment aku... tak siap lagi kang tak pasal² boss aku kejar sampai ke PD...

kepada yg sentiasa bersama aku senang atau susah, aku ucapkan terima kasih bebanyak... kepada yg sentiasa faham dgn keadaan aku yg buat² busy ni, terima kasih dan aku minta maaf kalau rasa macam tak dapat nak 'hibur'kan korang... kepada yg masih ingat kat aku lagi walaupun aku dah tak sempat nak ingat kat korang, terima kasih banyak²... bukan aku tak ingat, tapi atas sebab² kat ofis yg tak dapat nak dielakkan, aku kurang berinteraksi dengan korang...

nanti la aku sambung lagi... dah sampai ke mana ntah aku nih, melalut jek heheheh...

wallahu a'lam... assalamualaikum...

Friday, August 26, 2005

BOSAN MODE

assalamualaikum...

di kala org dah kat rumah, aku kat ofis lagi... la ni baru abis buat keje...

======
You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh
And I can't sing
I'm finding it hard
To do anything

You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew
What I'm going through
I just can't smile without you

You came along
Just like a song
And brightened my day
Who'd of believed that
You are a part of a dream
Now it all seems
Light years away

And now you know
I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh
And I can't sing
I'm finding it hard
To do anything

You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew
What I'm going through
I just can't smile

And now some people say
Happiness takes
So very long to find
Well I'm finding it hard
Leaving your love behind me
======

p/s : no hidden meaning aa... saje je sebab suka lagu nih heheh... ;-)

Monday, August 15, 2005

KNOW WHO, NOT KNOW HOW...

assalamualaikum,

bismillah walhamdulillah... segala puji bagiNya atas nikmat yg berterusan... kita je yg tak tahu nak menghargai nikmat yg Dia dah bagi pada kita...

masuk hari nih, dah lebih kurang 2 bulan aku tak update blog aku... busy sey... tak menyempat nak tengok blog org, apentah lagi blog sendiri... bila tengok org lain dah update dgn gambar anak² la, update dgn kad² kahwin la, dll, baru aku terasa yg lama dah aku tak update blog aku nih...

cakap pasal anak, ada la 2 3 org member aku dah dapat anak... tahniah pada ahmad bukhari dgn syikin, yg dapat anak lelaki - ahmad biruni... tahniah in advance pada cord dan nida yg insya allah akan dapat anak lelaki gak - mohd ... heheheh... aku pun tak lama lagi nak jadi pakcik... kakak aku dah pregnant nak masuk bulan ke 5 gitu... tapi tu la, kat london... kalau betul perancangan, aku ke london bulan 12 nih...

pasal kahwin lak... ramai jugak yg dah kahwin dan nak kahwin... tahniah pada member sekolah aku norazmi yg dah berkahwin bulan june ari tu... buat sheeril dgn dayang, pun dah kahwin jugak dan akan buat kenduri kat semenanjung 21hb ogos nih... utk nadrah, pun dah kahwin jugak... dollah pun... hadhrami pun nak kahwin jugak 19hb nih... azam a.k.a. emon pun bulan ni, fuhh... ramai tuh... ada lagi yg tak sempat aku nak tulis dalam blog nih... tahniah semua... semoga berkekalan hingga ke syurga, insya allah...

kerja? jangan ditanya pasal kerja... last month aku dah tukar unit... dah tak jaga financial system dgn general ledger lagi... tapi jaga finance operations dekat cyberjaya... apa benda tu? dalam tu ada la dalam 4 unit... ada account receivable, ada account payable, ada fixed asset & risk management dgn billing unit... nama unit aku, Cyberjaya Operations, Billing and Revenue Assurance - COBRA... hahahah... ape la punya nama... kerja pun makin banyak... matahari pun makin taknampak... lambat la aku kahwin mak... heheheheh...

masalah? memang ada masalah, tapi yg penting kita kena tahu macam mana nak settlekan masalah... kalau tak settle? kena tahu siapa yg tahu utk settlekan masalah... sekarang nih, kalau kita terror macammana pun, tapi tak tahu dgn siapa kita nak deal, serupa macam kita tak tahu apa² la jugak... Know Who, not Know How... kalau kita tak tahu macam mana nak buat, lagi la kena tanya org yg tahu... dalam al-quran pun ada tulis macam tu, kan?

last week, jerebu teruk sangat kat KL nih... CEO aku bagi cuti hari khamis dan jumaat sebab jerebu ni... aku nih punya la seronok... mana taknya, dari khamis sampai ahad duduk kat rumah... anak dara pun kalah... last² hari ahad tu aku gi ofis sebab ada benda yg nak kena setel sebelum hari nih... tapi ok la jugak, sebab dah cuti panjang... nasib baik pulus kering, kalau tak mau pergi holiday aku...

okie lah, dah takde idea nak tulis ape... segala yg berlaku (telah, sedang dan akan) adalah ketentuan Allah... kita boleh merancang, tapi Dia juga yg tentukan... apa yg pasti, kita berdoalah semoga apa yg kita rancangkan itu menjadi kenyataan... semoga rancangan kita selari dgn rancanganNya...

wallahu a'lam... selamat berpuasa bulan Rejab...

Tuesday, June 21, 2005

JUAL DIRI KERANA TERDESAK?


assalamualaikum,

ada komen? (dipetik dari HARIAN METRO - JUNE 19TH, 2005)

=======
JUAL DIRI KERANA TERDESAK...

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.

Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.

Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.

Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.

Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

=======

wallahu 'alam...

Tuesday, June 14, 2005

NO TITLE...


assalamualaikum,

buatlah baik pada org lain, walaupun kita dibalas dgn keburukan... itulah manusia, memang tak pernah dan tak tahu nak menghargai org lain... hanya tahu 'kesenangan' dan 'kelapangan' diri sendiri sahaja...

wallahu a'lam...

(nukilan ini tidak berkaitan dgn org lain, hanya luahan hati penulis)

Wednesday, May 18, 2005

PLUS UNTUNG BERSIH?


(sumber UTUSAN MALAYSIA)
-guna dapat bonus?-

=======
Untung bersih PLUS melonjak 190 peratus

KUALA LUMPUR 17 Mei - Pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan, PLUS Expressway Bhd. (PLUS) telah menjana keuntungan bersih berjumlah RM487.3 juta bagi suku pertama tahun kewangan semasa yang berakhir 31 Mac lalu.

Jumlah keuntungan selepas cukai itu adalah kira-kira 190 peratus lebih tinggi berbanding RM168.3 juta yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu.

PLUS dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia menyatakan, lonjakan keuntungan itu berpunca daripada pembayaran ganti rugi oleh kerajaan serta peningkatan pendapatan tol.

"Kerajaan telah membayar kepada PLUS RM331.7 juta sebagai pampasan untuk penutupan Plaza Tol Senai di Johor mulai 1 Mac yang lalu.

"Pendapatan lain, yang tidak termasuk pampasan tersebut, ialah sebanyak RM405.3 juta, meningkat berbanding, RM393.4 juta pada suku pertama tahun lalu," jelasnya.

Mengulas lanjut, katanya, kenaikan pendapatan itu juga ekoran pertumbuhan 1.6 peratus dalam jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada suku pertama tersebut.

Mengenai jangkaan masa hadapan, ujar PLUS, pihaknya menjangka keputusan kewangan yang lebih baik pada tahun kewangan semasa ekoran kenaikan kadar tol 10 peratus sejak 1 Januari yang lalu.

PLUS mengendalikan Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 772 kilometer dari Utara Semenanjung Malaysia hingga Selatan.
=======

p/s :rakyat sengsara dengan kenaikan tol, PLUS mem'PLUS'kan keuntungannya... isk isk isk...

ANAK AYAM BER'IBU'KAN MANUSIA...


assalamualaikum...

(guna dapat bonus!)

aku ada satu cerita benar nak cerita kat sini... kisah benar ini berlaku di Yuhan, sebuah daerah di China... seorang kanak², yg namanya aku dah lupa, telah membeli 20 biji telur ayam dengan menggunakan wang sakunya yg telah dia simpan sejak beberapa bulan lalu...

sejurus sesudah membelinya, dia mengambil ayam betina kepunyaan ibunya lalu diletakkan di satu tempat... kemudian, dia meletakkan telur² ayam itu utk dieramkan oleh ayam betina tersebut... bagus betul budak nih...

selang beberapa hari, terjadi satu insiden di antara ayam betina tersebut dgn anjing kepunyaan jiran budak tersebut... gaduh punya gaduh, ayam tu mati... maka dengan penuh kesedihan, budak tu pun berfikir la macam mana dia nak dapatkan anak² tu...

dia pun dapat idea... dia ambil telur² tu, lalu dibalut dalam selimut yg tebal, ala² toto gitu... selama beberapa hari, dia tidur bersama telur² itu... boleh dikatakan, tidurnya tak berapa nyenyak, kerana taknak telur itu pecah...

hasilnya, setelah hampir 2 minggu dia tidur tak berapa nyenyak, akhirnya pada satu malam, dia terjaga dari tidur apabila terdengar salah satu antara telur² ayam tersebut menetas... budak tersebut gembira tidak terkata... abis cerita... heheh...

aku pun tak tau berita ni betul ke tak, tapi ada dalam internet... add dia dah lupa.. so pepandai la korang cari nanti ye? jangan marah aaa...

wallahu alam...

Tuesday, May 17, 2005

BOIKOT TEH TARIK!


(ihsan dari Utusan Malaysia - 17 mei 2005)

=======
Harga teh tarik naik

KUALA LUMPUR 16 Mei - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal hari ini mendedahkan ada peniaga yang menaikkan harga teh tarik sebanyak 30 sen ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu tidak masuk akal kerana harga diesel hanya naik 20 sen seliter.

``Sebuah lori boleh mengangkut daun teh yang banyak dan kos dieselnya tidaklah bertambah dengan banyak,'' katanya kepada para pemberita selepas melancarkan produk berasaskan kayu keluaran Ekowood International Berhad di sini.

Teh tarik biasanya dijual antara 80 sen dan RM1.20 segelas bergantung kepada saiz gelas dan lokasi jualan.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna bertindak dengan bijak semasa berbelanja. Turut hadir adalah Pengerusi Ekowood Datuk Kalimullah Hassan. - Bernama

=======

kesimpulan : boikot teh tarik! heheheh... tapi teh tarik sedap... camne ye?

Monday, May 16, 2005

PROMOSI...


assalamualaikum,

anda migrain? sakit kepala? insya allah, segalanya dapat diatasi jika badan kita mempunyai kandungan mineral yang cukup...


trace mineral, supplement yg dapat mengatasi masalah ini... bukan tipu, bukan jual ubat, tapi saya serius sudah mencubanya...

untuk kepastian, sila ke testimonial trace mineral
testimonial lain, sila ke website trace mineral


nak product lain, sila ke http://www.cybershop2u.net/?member=ibn_RF


wallahu alam...

Friday, May 13, 2005

DENDAM


assalamualaikum,

hidup tak baik berdendam... kita buat baik dgn org, insya allah org akan buat baik dgn kita... cuba fahami org lain, insya allah org akan cuba faham dgn kita... sebelum membuat tuduhan melulu, lebih baik periksa dulu... kan?< br/>

BERITA HARI INI...


assalamualaikum,

hari ni masa aku tengah breakfast tadi, aku menjengah la suratkhabar KOSMO! yg member aku beli... ada la satu bahagian tu, semua cerita kat page tu semua cerita pasal org kena hukuman kat mahkamah... apa la nak jadi dengan dunia nih...

di kuala lumpur, penemuan mayat seorang wanita dalam kotak amat memeranjatkan... setelah menemuramah dgn kakak si mati, kakaknya menyatakan yg adiknya ada boyfriend seorang anggota polis yg pernah menyertai Ops Tapis satu masa dulu... sehari sebelum penemuan si mati, kakaknya 'mendapat' SMS dari si mati yg menyatakan bahawa si mati ada masalah... kakaknya juga memberitahu mungkin si adiknya dibunuh atas dasar cemburu...

di putrajaya, pekerja hotel, azman bakar dilepaskan daripada tuduhan membunuh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar... ini kerana, hakim mahkamah tinggi menyatakan yg pihak pendakwa gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan yang munasabah...

di (tak tau kat mane), pengakuan bersalah oleh lelaki bisu yg dituduh merogol seorang wanita bisu tidak diterima oleh hakim kes tersebut... menurut beliau, lelaki tersebut mengaku berzina dgn wanita bisu itu setelah wanita tersebut meletakkan bayaran sebanyak rm50 jika ingin berzina dgnnya... instead of dirogol, perempuan bisu ni rela sebenarnya...

di (tak tau kat mane jugak), seorang lelaki tua berumur 65 tahun dituduh menjadi bapa ayam... semasa pertuduhan itu dibuat, lelaki tersebut yg juga rabun dan tak larat berjalan, dipimpin ke dalam mahkamah oleh anggota polis dalam keadaan terketar² semasa berjalan... isk isk isk...

di shah alam pulak, seorang suri rumah berbangsa india direman untuk siasatan kes penjenayah yg amat dikehendaki abad ini, michael soosai... michael soosai juga amat dikehendaki oleh pihak interpol dan diletakkan dalam kategori 'merah', iaitu senarai paling atas bagi penjenayah yg amat dikehendaki... dia juga pernah memalsukan sijil kematiannya... hebat hebat...

ini baru sikit nih... belum lagi baca paper kat online nih... entah la, aku pun tak tau... semoga allah mengampunkan dosa² kita dan menjauhkan kita dari segala perkara² maksiat...

wallahu alam...

Thursday, May 05, 2005

BELI dan DAPAT DUIT?


assalamualaikum,

nih cek yang aku dapat semenjak aku pakai product company ni dalam 2 bulan... tak percaya? serius, aku pun tak percaya pada mulanya...




aku pun taknak cakap banyak... tapi kalau korang nak dapat macam apa yg aku dapat, click sini...

wallahu a'lam...

Monday, May 02, 2005

HARI BURUH


assalamualaikum,

hari ni hari cuti... hari buruh... hari cuti utk buruh² a.k.a. buruh² kasar dan buruh² lembut @ buruh² yang bekerja di pejabat² kerajaan mahupun swasta atau badan² berkanun... buruh² yang bekerja di telekom, jpa, petronas, lhdn dsb (sekadar menyebut beberapa 'employer')...

semoga kita mengambil peluang utk berehat dari menjadi buruh² lembut ini...

Wednesday, April 27, 2005

ASTORA JABAT... DAN LAGI...


assalamualaikum,

dipetik dari laman web e-Fatwa Negeri Melaka

Kategori : Akidah
Tajuk : Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat

Isu :
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4)Enekmen itu pada 23 Syawal 1424 bersamaan dengan 17 Desember 2003,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2)Enekmen itu.

Fatwa :
Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma' Ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.

Rujukan Pewartaan : No:1083 Jld:57 Bil 1

Tarikh Pewartaan :
29 Julai 2004

untuk keterangan lanjut, sila ke sini

wallahu a'lam...

Thursday, April 21, 2005

CAHAYA SELAWAT


Ya rasulullah...

Kaulah bawa cahaya
Penyinar di alam buana
Bumipun subur kembali
Rasa gembira dihati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh untuk seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman dan sentosa

selawat dan salam ke atas junjungan kita rasulullah s.a.w... selamat menyambut maulidurrasul s.a.w...

(SO CALLED) FRIENDLY REMINDER...


assalamualaikum...

sekadar makluman :

apa-apa posting yg aku buat kat sini, selain daripada perkongsian bahan yg didapati dari email aku, adalah dihasilkan sendiri oleh aku... oleh itu, mana-mana posting yg agak sensitif, tak lain tak bukan adalah melibatkan diri aku, bukan diri orang lain... berdasarkan pengalaman aku yg pernah mengalami benda itu, bukan pengalaman org lain, atau bukan ditujukan utk orang lain...

oleh yang demikian, aku harap sangat pada sesiapa yg membaca atau mengikuti blog aku, agar tidak mengaitkan posting aku kepada individu-individu tertentu, WALAUPUN nampak macam related dengan individu-individu tersebut... ini boleh menimbulkan salah faham dan seterusnya akan boleh menimbulkan syak wasangka pada org lain, padahal sebenarnya pihak lain takde kaitan dengan posting aku nih...

aku menulis berdasarkan pengalaman aku sendiri... kalau aku tulis pasal kecewa, itu bermakna aku yang kecewa... kalau aku tulis pasal jeles, itu bermakna aku yang jeles... tak adil jika posting aku dikaitkan pada individu-individu tertentu, sedangkan korang tak tahu yg sebenarnya posting aku tu utk siapa, ataupun utk apa... assumption yg dibuat bakal mengundang benda yg lebih besar utk berlaku...

sekadar ingin berkongsi... sekali lagi, ini posting yg melibatkan DIRI AKU SAHAJA, bukan diri orang lain... tapi kalau korang taknak dengar / taknak percaya, dan kalau berlaku sesuatu yg tidak diingini, jangan cakap aku yg jadi punca...

wallahu a'lam...

Thursday, April 14, 2005

GEMPA? GEMPAK?


assalamualaikum,

segala puji bagi allah, yang menjadikan alam ini... selawat dan salam ke atas Kekasih Allah, Rasulullah SAW seta keluarga baginda...

trend gegaran sudah semakin meningkat kini... petikan dalam Utusan Malaysia, "Malah gegaran yang dirasai di negara ini akibat gempa bumi di Sumatera antara tempoh 1909 hingga 2003 menunjukkan trendnya kian meningkat dengan catatan terbanyak di Selangor/Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang masing-masing 27 dan 23 gegaran"

cuba kita fikir dan renungkan...

1. Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".
(Hadis riwayat Ibnu Majah )

2. "Pada umat ini akan terjadi bencana tanah longsor, pertukaran rupa, dan kerusuhan." Mendengar ungkapan Rasulullah s.a.w itu salah seorang dari sahabat bertanya: "Ya bilakah ia akan terjadi." Rasulullah s.a.w menjawab "Apabila biduanita, alat-alat muzik, dan minuman khamar telah muncul di tengah-tengah masyarakat"
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

3. Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

4. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda; "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,
7. Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis-artis disanjung tinggi.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan, mempersendakan) generasi pertama (sahabat).

cuba kita fikirkan... cuba kita kaitkan dengan penyakit² masyarakat yg semakin menular di negara kita ni... dengan kelab malam Zouknya, dan lain², yang boleh menjurus je arah kemurkaanNya...

usaha MEMARTABATKAN industri hiburan berjalan songsang dengan usaha MEMARTABATKAN ISLAM... yang jelasnya program2 utk memartabatkan Islam semakin tenggelam dek program2 yg bercorak hiburan dan membentuk ke arah masyakarat "hedonisme" yg mementingkan keseronokan dan hiburan dunia semata...

fikir²kanlah...

=======
Al-An'aam:
[6.43] Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.

[6.44] Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
=======

wallahu a'lam...

Wednesday, April 13, 2005

KAIN BATIK + SANDLE


(perbualan berlaku di sebuah pejabat di cyberjaya)

dean (lelaki, bukan nama sebenar) : hmmm, tzar... tanya sket leh tak?
tzar (perempuan, pun bukan nama sebenar) : apa dia dean?
dean : kenapa, perempuan boleh pakai baju selamba je pergi keje?
tzar : eh, sapa cakap? kitorang pun kena pakai elok² tau, pakai pakaian yg kemas, tak pun pakai baju kurung ke...
dean : ye ke? saya tengok perempuan pakai gi keje macam pakai baju basahan je kat rumah...
tzar : eh mana ada la... awak tu biar betul...
dean : apa lak tak betul... ramai je saya tengok perempuan pakai kain batik je pergi keje... boleh plak?
tzar : uiks, itu bukan kain batik la awak... tu kan sejenis baju kurung jugak...
dean : eleh, ye la tu... hari nih je, saya nampak ada 3 org pakai kain batik pergi kerja... memang tak adil betul la...
tzar : mengarut la awak nih...
dean : lagi satu, kenapa kan, kalau lelaki, kitorang kena pakai kasut kulit, siap dgn stokin lagi pergi keja... tp kalau perempuan, main sarung sandle jek... tu pun dah kira 'formal' habis dah... sandle pun, ada yg saya tengok, macam sandle kat rumah saya buat pergi masuk toilet... memang tak adil la...
tzar : ah mengarut la awak nih... kitorang bukan apa, kalau masa dah dihabiskan utk pakai kasut + stokin berbagai, pastu nak gosok baju 'formal' la, tak pakai kain batik, abis tu bila masanya kitorang nak make-up, touch-up semua?
dean : kalau tak make-up, tak boleh ke?
tzar : .......

(perbualan terhenti apabila dean mendapat panggilan dari bosnya)

p/s : cerita ini sekadar rekaan aku, tak berkaitan yg masih hidup ataupun mati...

Tuesday, April 12, 2005

BANTAH IFC!!!

assalamualaikum,

mari kita bantah IFC beramai²!!! -bantah IFC-

wallahu a'lam...

ISLAM HADHARI + GELEK GERUDI


assalamualaikum...

contoh terbaik negara islam hadhari... sila ke link di bawah :

Utusan Malaysia - 12 April 2005

entahla... yg simboliknya, dekat belah atas page tu, ada banner sambutan maulidurrasul plak... isk isk isk...

semoga allah memberi hidayah kepada kita semua...

wallahu a'lam...

Monday, April 11, 2005

JELES JELES JELES!!!


assalamualaikum,

aku merasa terpanggil utk buat posting ini... ini berkaitan dgn cemburu @ jeles @ jaki dll, yg seerti... jeles memang banyak maksudnya, jeles terhadap kelebihan org lain, jeles terhadap kebaikan org lain, jeles terhadap apa sahaja... asal namanya jeles, sudah pastinya kita kena cek sama ada jeles tu bagus atau tidak...

okie, kecikkan scope... jeles terhadap girlfriend / boyfriend masing²... bagi aku, ada benda yg kita boleh jeles, ataupun jeles sesikit... tapi kalau dah setiap pergerakan pasangan pun korang nak jeles, cek la balik, korang percaya ke atau tidak dengan pasangan korang tu... kalau dah jeles sangat, ikat je pasangan korang tu, simpan dalam kotak ke, dalam peti ais ke dll... jangan bagi bercampur dengan org lain... nanti korang pulak yg jeles!!!

satu lagi, kalau korang jeles pasangan korang buat something, korang tak terpikir ke yg pasangan korang tu boleh jeles jugak dgn apa yg korang buat tu? come on la... jangan jadi budak², jeles membuta tuli... kalau setiap pergerakan pasangan korang tu, korang nak perhati, nak tau, mana pergi privacy pasangan korang tu? betul, itu hak korang, tapi apa pulak hak dia sebagai manusia yg sama² hidup kat muka bumi ni?

lagi satu, bagi aku, aku tak kisah la kalau org² yg jeles ni dah berkahwin... itu hak korang, tapi tak ke korang terpikir, kalau korang belum kahwin lagi, tindakan korang tu akan membuatkan pasangan korang rasa terkongkong?

fikir balik apa tindakan korang... fikir secara rasional, secara matang... fikir sebagai manusia yang ada hati, ada akal utk berfikir... yg penting, TRUST!!! PERCAYA PADA PASANGAN KORANG TU... MANA LETAKNYA KEPERCAYAAN KORANG YG KORANG 'BAJA'KAN MASA MULA² BERCINTA DULU???

maafkan aku kalau post ini macam 'berangin' sikit... tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri (yang pernah jeles), bukan pengalaman org lain...

wallahu a'lam...

Thursday, March 31, 2005

Wednesday, March 30, 2005

KATAK OH KATAK...


assalamualaikum,

hari ni aku nak share sikit cerita pasal katak... kalau sape² yg dah tau tu, duduk diam²...

ceritanya begini...

pada suatu hari, ada la sekumpulan katak nih... diorang nih ada pertandingan lumba lompat sampai ke menara telekom... katak² nih kena ikut tangga, sebab diharamkan naik lif... kalau nak naik lif pun, kena amik pas kat counter girl yg cun tu... kalau nak amik pas, kena tinggal IC atau apa² ID pengenalan diri, tapi katak mana la ada IC kan...

kat tepi tu, berkumpullah penonton² (katak-katak) keliling menara nak tengok climbaton ni... diabinatang (manusia = diorang) memberikan semangat kepada atlit mereka... katak² betina ada yg jadi pong-pong girl, menyokong dan memberi semangat kepada atlit idola mereka...

TUMM!! perlumbaan pun dimulakan...

takde satu pun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara... terdengar ada yang berkata :

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak.", atau :

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

pastu, katak² pun dah mula jatuh la, penat la, tak boleh la, dll... seekor, seekor jatuh... kecuali katak² yg berkaliber dan bersemangat juang yg tinggi... mereka melompat, dan melompat dengan penuh nyala rasa yg kuat...

penonton pun terus bersorak... "Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"

lebih lama, lebih banyak katak kecil yg penat dan terus menyerah... tapi ada seekor nih yg tak nak kalah... dia terus melompat hingga semakin tinggi, dan tinggi... DIA MEMANG TAKNAK MENYERAH KALAH!!!

akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara... kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

katak² kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya... seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan... rupa²nya, katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

morale of the story :
jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpi kita dan menjauhkannya dari kita... selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada... kerana segala sesuatu yang kita dengar dan kita baca boleh mempengaruhi perilaku kita...

sebab itulah, kita kena POSITIVE... dan yg terpenting, bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KITA tidak boleh mencapai cita-cita kita... selalulah fikir, I CAN DO THIS!!!


wallahu a'lam...

Tuesday, March 29, 2005

EARTHQUAKE vs. PTPTN


assalamualaikum,

alhamdulillah, segala puji bagiNya yg masih memberikan nikmatNya pada aku... semoga allah merahmati apa yg aku lakukan...

memandangkan ramai yg buat post mengenai gegaran yg berlaku semalam, aku rasa tak perlu rasanya utk aku tulis mengenai gegaran tersebut... banyak sebab kenapa aku tak nak buat post tu...

yg pertama, aku tak rasa gegaran tu... kenapa? sebab aku masa tu tengah tido... tak sedar / rasa gegaran tu... kalau aku buat jugak post mengenai gegaran tu, maknanya aku tipu je la nanti... so, better tak payah la aku nak tulis pasal gegaran ni ye?

tadi macam biasa, aku keluar rumah dalam pukul 7pg, utk ke ofis... sampai je dekat tol besraya, kereta banyak... aku ingat case biasa, sebab org nak bayar tol... rupa² jammed sampai la ke fly-over nak ke seri kembangan... aku queue dekat tol tu dalam pukul 7.30pg, bayar tol dalam kul 7.45pg, dan keluar dari kawasan tol tu (10-20 meter ke depan) dalam pukul 8pg!!! tuh belum lagi campur kereta merangkak² (ini bukan setakat merangkak, tapi mengesot aku rasa)... sampai kat simpang seri kembangan tu dalam kul 8.20pg... memang confirm sampai lambat...

hari ni, aku tukar unit sekejap... aku buat credit management... ramai student yg kena barred sebab ada oustanding fees... memang macam² perangai student nih... ada student ni, dia ada oustanding dalam rm20,000 lebih... aku tanya dia, dapat tak ptptn punya payment... dia kata dapat... lepas tu aku cakap la yg dia kena la bayar guna duit tu... since dia dapat payment dah 2 kali (starting may 2004, ptptn disbursed duit ptptn directly to students account)... ada la dalam rm16,000 dia dapat... yg bestnya, dia kata dia taknak bayar... aku pun cakap la kat minah tu, at least tunjuk la sikit commitment yg dia akan bayar nanti... pastu dia pun cakap, yg dia boleh bayar rm2,000 je... aku pun apa lagi, hangin la! dapat rm16,000, nak bayar rm2,000 je? gila ke apa budak ni... lepas satu sessi dialog yg pastinya dimenangi oleh aku, budak tu pun keluar dari office dalam keadaan yg sedih, sebab aku tak unbar dia... heheheh...

ada lagi sorang ni, 2 org sebenarnya... pun perempuan... dia ni lagi best... ada outstanding (aku lupa la plak berapa outstanding dia), payment pun dah dapat... tapi dia kata dia dapat sekali je... pastu aku pun tanya lagi dalam keadaan yg lain (aku belit la sikit ayat aku tu)... terkantoi yg dia dah dapat payment 2 kali... pastu aku pun tanya, kenapa taknak bayar... dia kata dia dah bayar, guna duit yg dia dapat utk 2nd payment tu... korek punya korek, dia dah pakai sebenarnya duit utk 1st payment tu, nak buat fyp katanya... aku pun tak tau la betul ke tak, sebab aku pun dulu buat jugak fyp, tapi takde la sampai rm8,000... sekali lagi, aku menang... heheheh... 2 2 minah tu keluar dgn kekecewaan...

okie, utk lelaki pulak... ada sorang student nih, dia ada oustanding dalam rm3,000 lebih... dari apa yg aku tengok, ini outstanding dia masa dia alpha... dia dapat payment ptptn dalam rm8,000 utk 2nd payment ni, tapi dia taknak bayar... dia nak appeal utk buat installment... setelah mendengar khutbah dari aku, akhirnya sekali lagi aku menang... dia pun bayar la duit rm3,000 tu utk aku unbar...

ini contoh² student yg memang tak boleh nak dicontohi... itu belum lagi student yg guna duit ptptn buat fixed deposit (nak bayar tuition fees bila dah matured... bla la wei!!!), guna duit ptptn nak bayar downpayment rumah la (gila apa, aku pun tak beli rumah lagi), guna duit nak tolong kakak bayar credit card la, bagi kat kakak sebab kakak baru bercerai la, dll... kengkadang, aku tergelak jugak sebenarnya bila dgr cerita² ni...

alasan yg paling best, ada student tak tau yg duit yg di banked-in ke account dia sebanyak rm8,000 masa 1st trimester dulu, adalah dari ptptn utk buat bayar fees... so, dia pun dah enjoy dgn duit tu... isk isk isk... ada jugak manusia camni...

esok rasanya kena tukar unit lagi kot... mungkin ada lagi cerita sensasi... nanti la aku tulis lagi...

wallahu a'lam... alfatihah buat mangsa² gempabumi semalam...