Wednesday, March 30, 2005

KATAK OH KATAK...


assalamualaikum,

hari ni aku nak share sikit cerita pasal katak... kalau sape² yg dah tau tu, duduk diam²...

ceritanya begini...

pada suatu hari, ada la sekumpulan katak nih... diorang nih ada pertandingan lumba lompat sampai ke menara telekom... katak² nih kena ikut tangga, sebab diharamkan naik lif... kalau nak naik lif pun, kena amik pas kat counter girl yg cun tu... kalau nak amik pas, kena tinggal IC atau apa² ID pengenalan diri, tapi katak mana la ada IC kan...

kat tepi tu, berkumpullah penonton² (katak-katak) keliling menara nak tengok climbaton ni... diabinatang (manusia = diorang) memberikan semangat kepada atlit mereka... katak² betina ada yg jadi pong-pong girl, menyokong dan memberi semangat kepada atlit idola mereka...

TUMM!! perlumbaan pun dimulakan...

takde satu pun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara... terdengar ada yang berkata :

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak.", atau :

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

pastu, katak² pun dah mula jatuh la, penat la, tak boleh la, dll... seekor, seekor jatuh... kecuali katak² yg berkaliber dan bersemangat juang yg tinggi... mereka melompat, dan melompat dengan penuh nyala rasa yg kuat...

penonton pun terus bersorak... "Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"

lebih lama, lebih banyak katak kecil yg penat dan terus menyerah... tapi ada seekor nih yg tak nak kalah... dia terus melompat hingga semakin tinggi, dan tinggi... DIA MEMANG TAKNAK MENYERAH KALAH!!!

akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara... kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

katak² kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya... seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan... rupa²nya, katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

morale of the story :
jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpi kita dan menjauhkannya dari kita... selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada... kerana segala sesuatu yang kita dengar dan kita baca boleh mempengaruhi perilaku kita...

sebab itulah, kita kena POSITIVE... dan yg terpenting, bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KITA tidak boleh mencapai cita-cita kita... selalulah fikir, I CAN DO THIS!!!


wallahu a'lam...

No comments: