Friday, May 13, 2005

BERITA HARI INI...


assalamualaikum,

hari ni masa aku tengah breakfast tadi, aku menjengah la suratkhabar KOSMO! yg member aku beli... ada la satu bahagian tu, semua cerita kat page tu semua cerita pasal org kena hukuman kat mahkamah... apa la nak jadi dengan dunia nih...

di kuala lumpur, penemuan mayat seorang wanita dalam kotak amat memeranjatkan... setelah menemuramah dgn kakak si mati, kakaknya menyatakan yg adiknya ada boyfriend seorang anggota polis yg pernah menyertai Ops Tapis satu masa dulu... sehari sebelum penemuan si mati, kakaknya 'mendapat' SMS dari si mati yg menyatakan bahawa si mati ada masalah... kakaknya juga memberitahu mungkin si adiknya dibunuh atas dasar cemburu...

di putrajaya, pekerja hotel, azman bakar dilepaskan daripada tuduhan membunuh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar... ini kerana, hakim mahkamah tinggi menyatakan yg pihak pendakwa gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan yang munasabah...

di (tak tau kat mane), pengakuan bersalah oleh lelaki bisu yg dituduh merogol seorang wanita bisu tidak diterima oleh hakim kes tersebut... menurut beliau, lelaki tersebut mengaku berzina dgn wanita bisu itu setelah wanita tersebut meletakkan bayaran sebanyak rm50 jika ingin berzina dgnnya... instead of dirogol, perempuan bisu ni rela sebenarnya...

di (tak tau kat mane jugak), seorang lelaki tua berumur 65 tahun dituduh menjadi bapa ayam... semasa pertuduhan itu dibuat, lelaki tersebut yg juga rabun dan tak larat berjalan, dipimpin ke dalam mahkamah oleh anggota polis dalam keadaan terketar² semasa berjalan... isk isk isk...

di shah alam pulak, seorang suri rumah berbangsa india direman untuk siasatan kes penjenayah yg amat dikehendaki abad ini, michael soosai... michael soosai juga amat dikehendaki oleh pihak interpol dan diletakkan dalam kategori 'merah', iaitu senarai paling atas bagi penjenayah yg amat dikehendaki... dia juga pernah memalsukan sijil kematiannya... hebat hebat...

ini baru sikit nih... belum lagi baca paper kat online nih... entah la, aku pun tak tau... semoga allah mengampunkan dosa² kita dan menjauhkan kita dari segala perkara² maksiat...

wallahu alam...

No comments: