Wednesday, October 12, 2005

KU SERAH CINTA


assalamualaikum,

alhamdulillah, hari ini masuk 8 ramadhan 1426H, bermakna sudah 8 hari ramadhan meninggalkan kita.... nah, dimana kita sekarang? adakah masih ditahap yg sama seperti sebelumnya? sama³lah kita menilai diri kita, adakah puasa kita ditahap puasa awam, puasa khusus atau khususul khusus...

semalam konon³ aku nak la berbuka kat rumah, sebab hari isninnya aku sempat sampai rumah utk berbuka... hari isnin hari tu, aku keluar dari office tepat pukul 5 (check-out, terus keluar), bawak kereta macam kat litar F1 sepang, ikut seri kembangan (jangkaan dekat besraya jammed teruk), lepastu masuk serdang lama dekat dgn southcity plaza (dekat simpang nak turun besraya dah nampak jammed dia), turun highway sg besi, masuk NPE, ikut bangsar... sangkut la sikit kat depat TNB tu tapi moving... keluar exit mahameru depan klsentral tu, dah terjebak dalam jammed... sampai kat simpang nak exit jalan kuching, aku pun cilok jalan kuching, sekali kantoi jammed!!! tension la sket, tp masa tu jam baru pukul 550 petang, so ok la kot... jammed pun tak lama, sebab moving... aku berjaya sampai rumah pukul 640ptg...

hari selasa pulak, skrip yg sama... ikut seri kembangan, tapi sangkut kat ujung jalan nak masuk kat serdang lama tu... banyak la plak lori sampah... eh by the way, hari isnin hari tu sorang, semalam dgn ofismate aku... sambung balik, dapat jugak la keluar kat serdang lama, dan jalan agak lancar sampai ke exit dia kat highway sg besi... ikut jalan sama, keluar NPE, masuk jalan bangsar tu... skali kat atas flyover tu dah jammed... tension betul... lama la jugak, sampai kat trafficlight depan dataran maybank tu, lepas tu smooth sket... susur ke jalan mahameru, sangkut kat depan jalan duta... tension lagi sekali... agak lama la jugak, masa tu jam dah pukul 6... macam confirm je tak sempat... lepas je jammed, kat area pwtc tu, aku pun jadi la raikonnen, exit dekat bulatan pahang menuju ke jalan genting klang... sangkut lagi!!! arggh!!! jam dah pukul 630 masa tu... last², aku pakat dgn en samsul, berhenti kat memana berbuka kat situ... kitorang tak berjaya nak berbuka kat rumah, dan berbuka dekat masjid dekat taman seri rampai, nasibbaik ada pasar ramadhan sebelah dia, boleh la beli air secawan...

kesimpulannya dekat sini, aku memang confirm tak boleh nak berbuka dekat rumah waktu bulan ramadhan ni... sedih betul...

semalam dan hari ini aku rasa lain macam, tak tau kenapa... nak kata tak sihat, tekak aku agak tidak memberangsangkan la sekarang ni... dengan kepala agak runsing dengan masalah kat ofis yg ntah bila nak setel pun tak tau... cuma aku bersyukur sebab aku dikurniakan dgn ujian ini... ini tandanya Allah masih ingat dekat aku, dia takkan turunkan ujian ni kalau aku tak layak utk menghadapinya...

sekadar ingin berkongsi email yang aku dapat...

=======
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut
serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".
=======

wallahu a'lam... semoga kita berjaya mencari apa yg kita mahukan di bulan ramadhan ini...

"Aku semakin tidak peduli, Apa yang mungkin akan terjadi, Kerana gerak dan tindakanku, Mahu bebas dari masalah"

No comments: