Thursday, April 14, 2005

GEMPA? GEMPAK?


assalamualaikum,

segala puji bagi allah, yang menjadikan alam ini... selawat dan salam ke atas Kekasih Allah, Rasulullah SAW seta keluarga baginda...

trend gegaran sudah semakin meningkat kini... petikan dalam Utusan Malaysia, "Malah gegaran yang dirasai di negara ini akibat gempa bumi di Sumatera antara tempoh 1909 hingga 2003 menunjukkan trendnya kian meningkat dengan catatan terbanyak di Selangor/Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang masing-masing 27 dan 23 gegaran"

cuba kita fikir dan renungkan...

1. Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".
(Hadis riwayat Ibnu Majah )

2. "Pada umat ini akan terjadi bencana tanah longsor, pertukaran rupa, dan kerusuhan." Mendengar ungkapan Rasulullah s.a.w itu salah seorang dari sahabat bertanya: "Ya bilakah ia akan terjadi." Rasulullah s.a.w menjawab "Apabila biduanita, alat-alat muzik, dan minuman khamar telah muncul di tengah-tengah masyarakat"
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

3. Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

4. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda; "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,
7. Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis-artis disanjung tinggi.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan, mempersendakan) generasi pertama (sahabat).

cuba kita fikirkan... cuba kita kaitkan dengan penyakit² masyarakat yg semakin menular di negara kita ni... dengan kelab malam Zouknya, dan lain², yang boleh menjurus je arah kemurkaanNya...

usaha MEMARTABATKAN industri hiburan berjalan songsang dengan usaha MEMARTABATKAN ISLAM... yang jelasnya program2 utk memartabatkan Islam semakin tenggelam dek program2 yg bercorak hiburan dan membentuk ke arah masyakarat "hedonisme" yg mementingkan keseronokan dan hiburan dunia semata...

fikir²kanlah...

=======
Al-An'aam:
[6.43] Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.

[6.44] Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
=======

wallahu a'lam...

No comments: