Wednesday, November 02, 2005

SUASANA HARI RAYA


assalamualaikum,

alhamdulillah, segala puji bagi allah yang masih memberi peluang pada aku utk menulis dkt blog nih... selawat dan salam ke atas junjungan baginda SAW...

waktu org lain semua dah ada kat kampung, tak dapat nak baca blog lagi, aku still ada kat ofis buat benda yang ntah apa² kat ofis nih... mana taknya, org semua takde, dah cuti... aku dgn beberapa org je yg sangap kat ofis nih, pergi bilik tu, pergi bilik nih kaco org lain...

sebenarnya, last week ada workshop kat celcom academy pasal FRS... mesti bebudak accountant yg lain dah tau pasal FRS nih yang nak diimplement next year... yg tak bestnya, boleh plak dia suruh submit benda² yg kitorang kena prepare tu by 7th november? gila hapenya... minggu ni dah la 2 hari je kerja, pastu barang semua dapat dalam hari jumaat hari tu... isk isk isk... nasib baik ada team leader lain, so takyah la nak pening² kepala sangat pikir pasal benda nih...

baca blog org tadi, ada yang bercerita pasal raya lah, pasal pergi shopping lah, dll... utk aku pulak, tahun ni punya raya memang takde benda yang aku prepare... even budget utk tahun ni pun memang takde... bukan taknak prepare, tapi memang short of budget... nak beli pun, bila ntah nak pakainya... bukan tak kerja, kerja... kalau nak beli, baik beli kemeja ke, slack ke, leather shoes ke, dll yang boleh dipakai nak pergi kerja nanti...

bukan aku tak pergi mana²... ada la jugak sekali 2 pergi midvalley la, jayajusco, alamanda dll, tapi memang takde langsung rasa nak beli barang + takde duit... bukan sebab aku nak simpan duit nak pergi london, tapi memang budget takde raya nih... kengkadang bila tengok keadaan org yang langsung tak mampu nak beli baju sehelai pun, aku bersyukur sebab at least aku ada duit nak isi minyak kereta nak pergi kerja... nafsu shopping? langsung tak wujud sebenarnya, seriously... sedih? ntah, nak sedih apapun, masih banyak benda yg aku boleh treasure, lagipun umur aku masih muda...

ramadhan kali ini memang membawa banyak kenangan pada aku... kenangan yang hanya aku je yang tahu... banyak perkara yang terjadi yang memerlukan aku utk merenung balik tujuan hidup aku kat dunia Dia ni... adakah aku dah tersasar jauh dari objektif asal aku? kenapa ia terjadi pada aku? mungkin ada hikmah di sebaliknya... ataupun, mungkin itu merupakan sign utk hidup aku yang akan datang? hanya Dia yang tahu...

ada 3 perkara yang menjadi hak mutlak allah, yang telah ditentukan sejak azali lagi: rezeki kita, jodoh kita, dan mati kita... benda nih memang tak boleh nak diubah... yes, kita boleh berusaha, berdoa dsb, utk mencapai apa yang kita inginkan... istikharah, solat hajat dll... semuanya boleh kita lakukan... tapi adakah kita dapat menerima takdir yg ditentukan pada kita?

'bila kita berada dalam situasi yang banyak, itu bermakna kita ada pilihan... dan bila kita sudah memilih satu pilihan, itu bermakna kita sudah membuat keputusan... keputusan kita boleh jadi takdir kita, dan mungkin bukan takdir kita... mungkin keputusan yang dibuat bukan sebab kita nak buat, tapi atas faktor² tertentu... tapi kita tak boleh nak menyalahkan takdir kalau pilihan kita tu tidak memuaskan hati kita... kita masih boleh utk menukar keputusan kita kepada keputusan yang kita akan berpuas hati... mungkin kita belum ada kekuatan utk berbuat sedemikian...'

apa yang pasti, aku tahu matlamat aku, dan aku tahu tujuan aku... semoga allah memberikan kekuatan pada aku utk terus mengharungi hidupNya, hidup yang penuh tipu daya dan ujian... semoga allah memakbulkan apa yang aku hajatkan, kerana Dia sahaja yang boleh memakbulkan hajat kita semua...

SELAMAT HARI RAYA 'IDULFITR, MAAF ZAHIR DAN BATIN... aku minta maaf kalau ada termakan, terminum, terbuat salah dll pada semua... manusia memang tak boleh nak mengelak dari melakukan kesalahan, dan semulia² manusia ialah mereka yg sentiasa bertaubat padaNya...

wallahu a'lam...

No comments: