Tuesday, May 17, 2005

BOIKOT TEH TARIK!


(ihsan dari Utusan Malaysia - 17 mei 2005)

=======
Harga teh tarik naik

KUALA LUMPUR 16 Mei - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal hari ini mendedahkan ada peniaga yang menaikkan harga teh tarik sebanyak 30 sen ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu tidak masuk akal kerana harga diesel hanya naik 20 sen seliter.

``Sebuah lori boleh mengangkut daun teh yang banyak dan kos dieselnya tidaklah bertambah dengan banyak,'' katanya kepada para pemberita selepas melancarkan produk berasaskan kayu keluaran Ekowood International Berhad di sini.

Teh tarik biasanya dijual antara 80 sen dan RM1.20 segelas bergantung kepada saiz gelas dan lokasi jualan.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna bertindak dengan bijak semasa berbelanja. Turut hadir adalah Pengerusi Ekowood Datuk Kalimullah Hassan. - Bernama

=======

kesimpulan : boikot teh tarik! heheheh... tapi teh tarik sedap... camne ye?

No comments: