Thursday, March 24, 2005

WA NA'U ZUBILLAH... PART 3


assalamualaikum,

nih ada satu lagi post yg ntah apa² ntah... boleh tengok kat sini utk article penuh... aku just ambik yg contradict dgn post yg kat bawah tu...

======
Reaksi ulama terhadap sembahyang Jumaat yang paling kontroversi itu ialah Syeikh al-Azhar Dr. Mohammed Sayed Tantawi berkata, harus wanita menjadi imam sembahyang, tetapi bukan sembahyang yang disertai lelaki. Maksud wanita harus menjadi imam kaum wanita sahaja.

Boleh dihalusi pandangan Dr. Tantawi dalam bahasa Arab di sambungan ini:

http://abcnews.go.com/US/wireStory?id=593622

Dr. Yusuf al-Qaradawi juga menganggap tidak harus wanita menjadi imam sembahyang yang disertai lelaki kerana beliau berpendapat ulama telah bersepakat dengan yakin bahawa mengatakan wanita tidak boleh melakukan perkara itu.

Hujah yang dipegang Dr. al-Qaradawi dalam melarang wanita menjadi imam sembahyang lelaki bukan nas yang muktamad daripada al-Quran, tetapi ijtihad ulama yang tidak muktamad. <- betul ke?

Pandangan Dr. al-Qaradawi dalam bahasa Arab dan Inggeris boleh dihalusi di dua sambungan ini:

1- http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=122680
2- http://www.islamonline.net/fatwaapplication/english/display.asp?hFatwaID=122751

Bagaimanapun, hanya Mufti Mesir Dr. Ali Gomaa agak berbeza dengan Dr. Tantawi dan Dr. al-Qaradawi kerana menganggap wanita boleh menjadi imam lelaki jika masyarakat menerima amalan seperti itu. Dr. Gomaa berkata, kerana ulama berbeza pandangan mengenai wanita menjadi imam sembahyang kaum lelaki, maka harus bagi Amina Wadud menjadi imam sembahyang Jumaat yang turut dihadiri kaum lelaki pada 18 Mac lalu. (please see to 'WA NA'U ZUBILLAH... PART 2) Beliau berkata begitu dalam wawancara dengan televisyen Mesir Selasa lalu. Beliau mengakui bahawa jumhur (majoriti) ulama menganggap wanita tidak boleh menjadi imam sembahyang lelaki, tetapi sesetengah ulama lain seperti Imam at-Tabari dan Imam Ibn Arabi menganggap wanita boleh menjadi imam sembahyang lelaki.

Perkara khilafiah seperti itu terserah kepada orang yang berpegang dengan perkara itu. Jika mereka menerima wanita menjadi imam (sembahyang) mereka, itu adalah urusan mereka dan tidak menjadi masalah selagi mana tidak keluar daripada pandangan-pandangan terkenal itu. Sebaliknya jika mereka menolak (wanita menjadi imam sembahyang lelaki), itu adalah urusan mereka juga dan ini samalah seperti kebanyakan negara Islam termasuk Mesir yang dipercayai tidak mungkin berlaku perkara itu kerana bertentangan dengan yang ada dalam pemikiran dan adat masyarakat yang telah sebati dengan mereka. Untuk menghalusi pandangan Dr. Gomaa boleh layari sambungan ini:

http://www.alarabiya.net/Article.aspx?v=11294
======

na'u zubillahi min zalik... wallahu a'lam...

No comments: