Tuesday, March 15, 2005

SPEECHLESS...

assalamualaikum,

speechless, satu ungkapan yg sebenarnya mempunyai maksud yg berbeza bagi setiap individu... ada org kata, speechless tu keadaan di mana kita tak tau nak cakap apa... ada jugak org kata speechless tu satu keadaan di mana kita tak boleh berkata apa²... dan ada jugak org kata speechless tu satu keadaan di mana bila kita nak bercakap, tapi tak dapat nak kita luahkan / cakapkan... pendek kata, banyak la maksud speechless nih sebenarnya...

biasanya, bila kita berjumpa atau mengadap boss ke, atau superior kita, kita akan tidak dapat berkata apa², dalam erti kata lain, speechless... benda nih terjadi jugak kalau kita bertemu dengan org yg kita nak sangat jumpa, cthnya : kita nak sangat jumpa dengan boss pasaraya MYDIN... apabila boss pasaraya MYDIN berada di depan kita (face to face la contohnya), kita confirm akan speechless... sebab apa? sebab kita tergamam... bukan sebab kita tergamam dengan ke'hensem'annya, dan bukan jugak sebab ketokohannya (mungkin), tetapi sebab kita speechless, ye la, speechless lah, apa lagi kan?

tambahan lagi... bila kita dah confirm buat salah, kita pun akan speechless... tapi perkataan speechless tak sesuai digunakan di sini, sebab memang tak sesuai sangat... dekat sini, bukan sebab speechless, tapi sebab kita tak tau nak cakap apa², bagi org yg tak tau nak goreng la... tapi bagi org yg dituduh buat salah, tapi tak buat salah, dia confirm tak speechless, sebab dia ada alasan utk mempertahankan dirinya yg tak buat salah tu...

bila hujung bulan, bagi yg bekerja, biasanya gaji akan masuk... setelah mengharungi bulan tersebut dengan keadaan di mana wang di bank hanya tinggal dua digit, di mana angka di depan sekali adalah 1 (satu / one), cthnya: RM1*.**, kita akan speechless sebab tetiba tengok ada duit balik dalam account bank kita... tapi, speechless di sini tidaklah sehingga kita tak berkata apa², tapi biasanya memadai dengan berkata "gaji dah masuk!!!", ataupun "fuyyo, gaji dah masuklah!!! best! best! harun, malam nih aku belanja ko"... kedua²nya adalah satu tindakan reflect, yg dilancarkan dari otak terus ke mulut, apabila melihat ada duit di bank accountnya...

apabila kita berjumpa dengan org yg begitu 'bob MESRA', ataupun org yg peramah, ataupun org yg pandai bergaul, ataupun org yg ada je benda nak dicakapkan, ataupun org yg akan bercakap bila berada di dalam keadaan yg tidak bercakap, ataupun org yg paling kuat bercakap di library, ataupun org yg tak speechless, kita tidak boleh mengklasifikasikan org ini sebagai speechless, sebab speechless sendiri membawa makasud 'tidak dapat / boleh berkata apa²...

apabila kita terkantoi membuat atau berkata sesuatu, di dalam YM atau SMS atau di mana sahaja, biasanya kita akan berkata "erk!!!"... bagi saya, ini juga boleh dikategorikan sebagai speechless... keadaan di mana kita tak dapat nak berkata apa²... mungkin sebab malu sebab terkantoi atau sebagainya...

dalam saya tidak tahu nak buat posting apa pada pukul 11;27 pagi, dan dalam keadaan saya tidak dapat nak buat kerja sebab server begitu mengots sekarang nih, dan dalam keadaan saya menunggu respond dari cost centre lain mengenai perkara yg sudah saya minta, saya dapat menghasilkan satu posting yg agak panjang utk dibaca oleh semua... ini semua gara² speechless!!!

wallahu a'lam... jangan marah daaa!! heheheh...

No comments: