Monday, March 14, 2005

BAITUL MUSLIM

assalamualaikum,

alhamdulillah, wa syukrillah... segala puji bagi allah yang masih membenarkan aku utk menghirup udara ciptaanNya... alhamdulillah, kerana segala perancangan aku tempoh hari berlaku seperti yg dirancangkan... alhamdulillah, kerana beberapa org rakan aku selamat mengikuti sunnah rasulullah SAW...

semalam, coursemate aku masa kat mmu dulu kahwin... semalam jugak, kawan sekerja aku pun kahwin... yg coursemate aku tu kat melaka, dan yg kawan kerja aku tu pulak kat pulau indah... alhamdulillah, dapat aku pergi ke walimah kedua²nya...

masa dekat pulau indah tu, banyak yg kami bualkan dgn abang ipar pengantin... dari topic tol, topic kahwin, topic best student, topic Bach of Accounting (Hons) MMU, dan banyak lagi topic yg aku pun dah lupa apa topicnya yg kami topickan pada topic semalam (berapa banyak topic la...)

kahwin... hmm... topic best masa kini heheheh... gi kenduri kahwin pun dapat info tentang kahwin... bagus betul... as i mentioned before, kami berbual pasal kahwin... lelaki adalah sesuai utk berkahwin pada peringkat umur 25-30 tahun... kenapa? pada masa itu, lelaki sudah sampai pada peringkat umur 'matang' (ye ke?)... yg penting, planning... buat perancangan yg betul... kahwin ni bukan boleh main redah je, jumpa pasangan, tup tup kahwin... kahwin ni adalah satu daripada episod perjalanan hidup kita... kahwin juga akan menentukan masa depan kita... betul ke? wallahu a'lam... yg pastinya, setiap perancangan yg betul, akan berakhir dengan satu ending yg menarik... ye la, macam org buat drama; nak prepare script tu bukannya boleh main taram jek... kena tengok betul², kena mengkaji, kena tengok permintaan juga... begitu juga hidup kita... kena ada perancangan... yg penting kena ada MATLAMAT!

'dulu abang kawin, berapa belanja abang, total?' 'rm3000' 'semua sekali, termasuk kenduri?' 'kita lelaki, perlu ke buat kenduri² tu semua? buat sekali je dgn perempuan, senang...' betul jugak tu kan?

'kalau belanja besar², kena buat loan la, pinjaman la... nanti anak dah 2, tapi hutang ada lagi, cane tuh?' gulp, terkedu aku heheheh... 'abis tu bang, duit takde nih caner nak kawin?' 'sebab tu abang cakap, buat perancangan, target bila kamu nak kahwin...' hmm... betul jugak...

'sekarang nih, ada jugak anak yg kahwin, tapi mak bapak sponsor...' heheheh, aku no comment... memang betul, kita yg nak kahwin, mak bapak lak sponsor... kita ke, mak bapak kita yg nak kahwin ni? bagi aku, kita (lelaki) kena la buat perancangan yg betul... tak berapa setuju kalau sponsor by mak bapak, tapi normally, parents mana yg tak nak bantu anak dia, kan? congak² masa kakak aku kawin dulu, total belanja (tunang + kahwin) mahu dekat rm10000++ kot... isk isk isk... tapi ye la kan, anak perempuan + anak first... mungkin parents aku pun takde experience sangat dalam bab² camni... nanti turn aku (bila aaa?) ada kurang sikit kot... insya allah...

bukan semua orang yg cemerlang result academicnya, boleh berjaya dalam kerjayanya, dan bukan semua org yg tak berapa cemerlang dalam akademik, tak akan maju dalam hidupnya... fikir²kan...

innalillah, pagi tadi ada musibah menimpa aku... berdentum bunyinya... alhamdulillah, orang yg menjadi mangsa tu begitu baik, tidak emotional pada masa itu... aku bagi namecard aku, dan settle kat situ (buat masa itu)... dia call aku tadi, cakap yg technician dia tengah tengok²kan kereta dia... cuak jugak aku (sikit)... bini aku la sakit sikit... sian kat dia, tapi alhamdulillah, tiada yg cedera (manusia)... mungkin ada hikmah yg berlaku, yg perlu aku fikir dan renungkan...

kadangkala, kita terlupa yg sebenarnye segala yg menjadi milik kita sekarang adalah satu nikmat yg memerlukan kita renungkan dan fikirkan... apa benda yg jadi milik kita? banyak... nikmat pancaindera tu satu, nikmat keluarga tu pun ye, nikmat ada kenderaan, perlindungan, nikmat ada pekerjaan, dll... dan yg pastinya, setiap seorang dari kita mempunyai nikmat yg kita sebenarnya tak terfikir... nikmat mempunyai kelebihan dari orang lain... dalam kita mengeluh sebab takde kerja, pernahkah kita terfikir tentang bagaimana org yg takdapat kerja lagi, yg masih menganggur? dalam kita mengeluh sebab accident langgar bumper kereta org lain, pernahkah kita terfikir tentang accident org lain yg kehilangan nyawa?

kita masih belum cukup utk bersyukur padaNya... ya allah, Kau ampunkanlah diriku... aku lupa padaMu... ampunkanlah segala dosa²ku dan Kau tetapkanlah hatiku pada agamaMu...

wallahu a'lam...

No comments: