Monday, March 14, 2005

PRODUCTIVITY

assalamualaikum,

ada org kata, lelaki yg sudah berkahwin lebih productive dari perempuan yang sudah berkahwin... betul ke?

consider this :

lelaki yg sudah berkahwin akan lebih productive dalam bekerja... ini kerana, apabila sudah berkahwin, mereka akan mempunyai satu rasa 'responsibility' atau bertanggungjawab terhadap keluarganya; isteri (isteri² heheh) + anak²nya... bila ada rasa bertanggungjawab, mereka akan berusaha utk mencari rezeki... bila mereka berusaha dgn lebih utk mencari rezeki, mereka akan bekerja dengan penuh tekun dan kesusilaan... bila mereka bekerja dgn tekun, secara automatiknya produktiviti akan meningkat... shuwittt!!!

perempuan yg sudah berkahwin akan kurang productive dalam bekerja... ini kerana, apabila sudah berkahwin, mereka akan mempunyai satu rasa 'pening' di dalam diri... kenapa? sebab mereka akan lebih memikirkan tentang rumahtangga, anak², pinggan mangkuk, masak makan malam, kemas rumah hari ahad, bancuh susu anak, tukar lampin dll (sekadar menyebut beberapa perkara)... bila mereka banyak memikirkan benda² ini, mereka akan tension di ofis dan membawa kepada rasa penat dan pening... bila mereka rasa penat dan pening, secara automatiknya produktiviti akan menurun... phewitt!!!

teori ini bukan utk menidakkan tentang lelaki yg tak berfikir mengenai rumah tangga, tapi hanya sekadar utk membuktikan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai tanggungjawab masing2 dalam mengharungi bahtera rumah tangga ;-)

wallahu a'lam...

No comments: