Thursday, March 24, 2005

WA NA'U ZUBILLAH... PART 2


Tindakan Amina haram - Mufti

KAHERAH 22 Mac - Mufti Besar Mesir, Syeikh Ali Gomaa menegaskan adalah haram untuk wanita mengimamkan solat jemaah yang disertai oleh lelaki dan wanita.

Pejabat Ali mengumumkan pendiriannya dalam satu kenyataan semalam sebagai reaksi terhadap tindakan seorang profesor wanita di Amerika Syarikat (AS), Amina Wadud mengimamkan sembahyang Jumaat di New York pada Jumaat lepas, kata pegawai kepada Reuters.

Wanita tidak dibenarkan melaungkan azan, menyampaikan khutbah Jumaat atau mengimamkan solat Jumaat.

``Jumhur ulama bersependapat bahawa adalah haram untuk wanita mengimamkan kaum lelaki dalam solat jemaah lain,'' menurut pejabat mufti yang juga dikenali sebagai Dar Al-Ifta.

Solat yang diimamkan oleh Amina mendapat liputan muka depan dalam beberapa akhbar Mesir dengan sesetengahnya menyifatkan perbuatan beliau sebagai mencabar ajaran Islam.

``Mengenai jemaah lelaki dan wanita berdiri bersama-sama dalam satu saf, ini juga tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan,'' jelas kenyataan itu lagi. - Reuters

No comments: