Monday, March 15, 2004

TAKBIR!!!

assalamualaikum,

fuh, lama jugak tak tulis dekat weblog nih... hari jumaat, aku balik dgn en samsul, sbb malam tu bas pukul 10 mlm ke melaka... esoknya (sabtu) aku kena kerja kat melaka...

malam tu sampai pukul 11.45 mlm, mmg terjaga dari tido... kalau tidak, memang terlepas ke bus stand dkt bandar la jawapnye... sampai tu, kurtz dgn lud amik... then dorang hantar aku ke kampus, pastu diorang, termasuk cord pergi sg udang... kata pilihanraya dah dekat... aku kerja esoknye, kalau tak kerja mmg aku dah join dah...

esoknya (sabtu), masuk office dalam pukul 8.27 pg, lepas breakfast... lepas tu aku cari en nan, tak jumpa, terus aku ke cits2, jumpa kak raha... panjang lebar la jugak discussion aku dgn dia, diselitkan dgn discussion dgn en haizam sekali... lepas tu dalam kul 11 lebih, baru jumpa en nan... dia bagi repot STMS kat aku... lepas jumpa en nan, aku turun bawah, jumpa kak ena pulak... tanye pasal AR... sampai pukul 1 lebih la jugak, nak dekat pukul 2 ptg...

petang tu, ada career talk utk student mmu, anjuran IU... panelnya jemang, cord dgn kak faiza... overall menyentuh pada macammana nak pilih kerjaya, cabaran semasa kerjaya, dan juga beberapa student tanya soalan dekat panel... overall, ok...

petang tu, aku pergi minum ice blended dgn jemang... lepas minum, jalan2 dekat plaza hang tuah, sambil melihat masyarakat melaka, yg nak ikut trend, tapi tak ikut sampai habis... memang ntah hape hape remaja melaka kat situ... aku tengok pun rasa kesian, kesian sebab diorang macam mengikut idola yg diorang pun tak pasti sebenarnya siapa...

malamnya, ada appreciation dinner IU, dibuat dkt masjid al-azim... aku kena bagi speech, as wakil alumni... nasib baik ada secretary yg buatkan skrip utk aku heheheheh, tapi tu la, dia kenakan aku la pulak... takpe takpe...

malam tu berlangsung dgn sederhana, meriah la jugak... makan pun not bad, nasi minyak... tapi aku tak makan banyak, sebab dalam kepala aku nih, macam2 benda tgh fikir... lepas makan, ada cabutan bertuah, penyampaian sijil pada exco dgn persembahan nasyid dari kumpulan mmu... overall, ok la kot...

balik tu, aku, jemang dgn cord singgah ke hang tuah walk, minum malam... sambil tu, tengok bandar melaka di waktu malam, dgn bebudak naik basikal bawak bendera BNnya, bawak bendera DAP pun ada... kelakar la diorang, tapi tak ke diorang fikir dgn jelas apa sebenarnya yg diorang perjuangkan... maksud aku di sini, bebudak tu main sokong je, tapi tak tau apa yg diorang sokong tu sebenarnya...

pilihanraya semakin hampir, bahangnya semakin terasa, ketidakadilan semakin banyak (yg hanya boleh diketahui daripada akhbar2 / laman web alternatif)... cuma kita sebagai RAKYAT MALAYSIA YANG SEBENARNYA, patut memikirkan satu kerajaan yg betul2 telus, yg betul2 memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, yg betul2 adil dan saksama, tanpa menggunakan harta kerajaan utk kepentingan sendiri (cth: panggil satu TNB utk berkempen dekat kelantan)... kita (aku sebenarnya) sbg salah seorang penentu masa depan negara, seharusnya berfikir panjang, sebelum memilih calon2 yg layak utk mewakili suara kita...

esoknya, aku pergi kuliah ustaz zul dekat baitul qura'... dah lawa dah rupanya tempat tu, subhanallah... aku dah lama tak pergi sini, dulu masa kat mmu melaka dulu, ada la jugak pergi... memang best, aku rindukan suasana tu lagi... bi'ah yg tenang, yg 'beragama'... bilakah agaknya kita dapat mengalami suasana tu secara keseluruhan?

semoga allah memberi kemenangan kepada mereka2 yg berjuang ke jalanNya.... TAKBIR!!!

No comments: