Monday, March 08, 2004

CERICAU

assalamualaikum,

hari nih keluar rumah awal, dalam pukul 7.05 pg... sampai pukul 8.30 pg jugak, sebab hujan gerimis... sampai sampai ofis je, aku terasa ngantuk yg amat sangat, campur dgn pening kepala kat bawah tengkuk nih... sakitnya hanya allah yg tahu...

hari ni rasa kurang mood sikit, macam malam semalam... tak tau kenapa... mungkin penyakit lama aku dah kembali... penyakit yg aku sendiri tak pasti apa sakitnya...

malam ni aku ke melaka, esok ada urusan kerja kat sana... ada training for STMS, aku kena join training ni... ari rabu dibuat dekat cyberjaya, tapi ari tu ada meeting gak... rasanya nak gi meeting... nak tau perkembangan semasa, mungkin ada part aku yg memerlukan follow up ke, siapa tau...

adakalanya, bila kita mendengar lagu (nasyid especially), kita akan terdetik, terdetik rasa insaf dalam hati kita... tapi tengok lagu la, kalau lagu mengarut, tak tau la terdetik rasa insaf macam mana kan... sejak semalam aku dengar lagu Hijjaz - ke dalam diri ni... aku cuba utk menghayati setiap perkataan yg dilirikkan... cuba berfikir apa yg cuba disampaikan oleh penulis lirik, pencipta lagu dan penyanyi... tapi bait yg paling aku suka:

diriku bak cericau
terpenjara di sangkar dosa
daun pintunya sentiasa terbuka
melunak kebebasan

ya rabbul izzati
kembalikan aku ke dalam diriku semula
agar sempat untuk aku bersuara
lafaz taubat nasuha

cericau ni sebenarnya sejenis burung... kita biasa panggil burung kelicap... tapi dalam kamus dewan, cericau takde, tapi ade cericap... heheheheh, saje je nak bagitau maksud :D

kita tau kita buat salah, banyak dosa... tapi adakah kita sedar dgn apa yg kita tau? apa tindakan kita bila kita tau? semoga kita sentiasa berada di dalam golongan yg diampuninya...

wallahu a'lam, cya l8er (*.*)/

No comments: