SETULUS DOA
assalamualaikum,
hari nih agak ceria... alhamdulillah, subhanallah... kuasaNya memang tak dapat kita fikirkan... dan yg pastinya, kita masih ada Dia walaupun kita tiada sesiapa di dunia ini...
tadi aku terbaca balik email ummi dekat aku... nih antara petikan email ummi:
"Sabar dan bijaklah melayari alam pekerjaan dan penghidupan. Selalukan berzikir dalam hati walau sesibuk manapun kita. Try to fall in love with Allah... suatu percintaan yang tiada tolok bandingnya hingga agenda2 lain menjadi kecil buat kita. Rasakan kesantunan dan kesyahduan cintaNya. Ketahuilah bahawa Allah itu kekasih yg sgt cemburu. Jangan letakkan cinta kepada yg lain dahulu di dalam hati kita, kelak cintaNya sukar singgah di hati . Uniknya bila kita mendahulukan cintaNya, kita pula menjadi orang yang sgt penyayang ,mencintai banyak makhluk Allah, sama ada manusia atau bukan. Seringkali pula kita terasa hebatnya percintaan kerana Allah itu, sehingga kita tidak mampu menanggungnya. Baru kita sedar sifatNya yang maha penyayang itu, memang sesuatu yang hebat dan tiada tandingannya.
Ziarahilah Dia ditengah malam, tika orang lain sedang tidur. Basahi lidah dan hati kita dengan menyebut namaNya. Mengadulah apa jua kepadaNya, berbicaralah dengan hati dan jiwa. Akhirnya kita akan dapati, Dia sgt hebat sebagai Kekasih, kita rupanya yang mengkhianati cintaNya. Dialah kekasih yang setia, kitalah yang mendustainya..."
sambil nih, aku dengar lagu Hijjaz yg latest, album Pelita Hidup III... ada satu lagu yg aku memang suka senikata + rhythm dia... tajuk lagu dia, Setulus Doa...
-------
kuiringi doa tulus
sesuci embun pagi
dibasahi tasbih memuji
Tuhan pencipta alam semesta
kulagukan hasrat hati
padaMu Tuhan kuserah diri
mengharap lautan rahmatMu
bekalan di sana nanti
oh ya Allah
kuiiringi pengharapan di malam sunyi
tangisan mengalir air mata
hilangkan jemu sujud menyembah
sebagai saksi pembantu diri
tangan menadah himpunan rahmat Illahi
moga diri terarah ke syurga nanti
bertemu Tuhan cita pertama
nikmat yang tiada terhingga
syahdu rindu bila maghfirahMu
membaluti tubuhku
luka-luka tercalar dosa dan noda
membawaku ke alam cintamu Tuhan
pasti janjinya ditepati 'kan beroleh bahagia
buat insan bertaqwa
takhta kebesaran untuk mereka
-------
give me sometimes & i'll try to make the mp3s of this song... wallahu a'lam...
cya l8er (*.*)/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment