Monday, July 31, 2006

20TH FLOOR vs 18TH FLOOR...


MELAKA: Tindakan seorang pelajar Universiti Multimedia (MMU) di sini, mengambil kunci rumah yang tertinggal dalam bilik melalui koridor tingkat 18 rumah sewanya membawa padah apabila dia maut selepas tergelincir dan terjatuh, tengah hari semalam.

Mangsa, Tan Kim Yan, 19, dari Kuantan dikatakan tertinggal kunci rumah dalam biliknya ketika keluar makan dan membeli-belah, kira-kira jam 12 tengah hari.

Sebelum itu, Tan menghubungi rakannya dan mereka berjanji untuk pergi makan bersama sebelum ke Kompleks Mahkota Parade.

Menyedari kunci rumah tertinggal dalam bilik yang sudah dikunci, mangsa dikatakan nekad melalui koridor untuk masuk ke biliknya.

Bapa saudaranya, Ong Cheng Oh, 42, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan serumah mangsa lalu bergegas ke bilik mayat Hospital Melaka (HM).

“Rakan mangsa beritahu, anak saudara saya itu cuba mengambil kunci sebelum terjatuh,” katanya.

Menurutnya, keluarga mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Beberapa pelajar yang ditemui terkejut dengan berita kematian Tan.

Menurut mereka, ketika ini adalah masa yang sibuk bagi pelajar mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan tidak lama lagi.

“Saya tidak tahu sebab apa dia jatuh mungkin ‘tension’ kerana sibuk mengulang kaji pelajaran,’ katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan mangsa mati terjatuh dari tingkat 18 pangsapuri disewanya.

Menurutnya, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah seluruh badan.

“Mayat mangsa dihantar ke HM untuk bedah siasat,” katanya.

(sumber : beritaharian)

dwen say : dulu masa aku dekat MMU melaka tahun 1999, aku tinggal dekat hostel dlm MMU, tingkat 20... selalu jugak tinggal kunci dlm bilik... si ape yg aku buat, aku jadilah spiderman, ikut bilik sebelah, panjat corridor pergi bilik aku, lepastu ambik kunci... huhuhu... syukur alhamdulillah, aku masih bernafas menghirup udaraNya sampai sekarang...

No comments: