Friday, July 07, 2006
IDEA YILEK!!!
KOTA KINABALU, 7 Julai - Mufti Perak, Dato' Seri Harussaini Zakaria yang dilihat satu-satunya Mufti yang lantang menyuarakan hak dan kepentingan umat Islam, sekali lagi mendedahkan bagaimana orang Melayu di negara ini sudah tidak lagi mempedulikan soal halal haram apabila membelanjakan RM4 bilion setahun untuk minum arak dan berjudi.
Beliau yang dipetik sebagai berkata, daripada jumlah itu, 1 bilion untuk minum arak dan 3 bilion lagi untuk berjudi.
"75 peratus yang tikam ekor merupakan orang-orang Melayu," kata Mufti berkenaan yang disiarkan oleh Harian Ekspres sebuah media tempatan di sini.
Beliau menyebutkan data itu berdasarkan statistik yang diperolehi dari sebuah majalah yang dibacanya baru-baru ini tetapi tidak menyebut nama majalah tersebut.
Harussaini mendedahkan perkara itu ketika ditanya oleh media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Dermasiswa Fisabilillah, di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) sambil menyatakan angka tersebut membuktikan betapa amalan sekularisme sudah menular dalam masyarakat Islam.
Beliau berkata, aktiviti ini sudah cukup menggambarkan masyarakat Islam tidak lagi menghiraukan soal halal haram.
Selain masalah sekularisme, beliau menambah, umat Islam juga ketika ini sedang diancam oleh fahaman Liberalisme, Pluralisme, Hedonisme dan soal khilafiah.
Memandangkan masalah ini mengancam umat Islam, Mufti Perak mendakwa telah pernah mengajukan perkara ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan meminta dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu untuk dibincangkan dalam mesyuarat mereka tetapi ianya ditolak begitu sahaja.
Harussaini juga berasa kesal dengan tindakan Jakim itu apatah lagi apabila jabatan berkenaan menganggapnya suatu yang tidak perlu dibincangkan.
"Jakim patutnya buat ulasan, buat kajian...mesti dijelaskan tentang sejauhmana bahayanya dan apa tindakan yang sepatutnya dibuat seperti menasihat kerajaan," katanya.
=======
Aku : no comment!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment