Tuesday, July 25, 2006

APA SUDAH TERJADI PADA DUNIA...


assalamualaikum,

selama ari nih, at least twice a week aku akan baca kisah tentang arsenal, favourite football team aku (fyi, aku tak suka england national team, walaupun aku suka arsenal)... ada satu blog yg memang aku ikut, arseblog.com... dia banyak kupaskan citer football seluruh dunia, yg akan menyentuh secara langsung atau tak dgn arsenal team or player...

takde ape yg nak aku ckp sbnrnya, cuma as a conclusion, team arsenal bleh memang EPL season 2006-2007 yeah!!! heheheh...

berita ari nih... adik sultan pahang mati kena tikam dek anak dia sendiri... yg menariknya di sini, anak dia pun turut mati semasa di rawat di hospital... polis tak menolak kemungkinan anak dia di bawah pengaruh dadah masa membunuh ibunya tu...

di sudut yg lain, PM kita dah mulakan langkahnya utk memberi respond pada kes israel vs palestin, yg before this tak buat apa² pun (pd pendapat aku)... yg nampak sebelum ni cuma dari pihak pembangkang sendiri, dan hujung² minggu ari tu baru la pemuda umno nak start buat demo etc, tu pun masuk paper, tv tu... isk isk isk... kata PM lagi, PBB dah tak bermaya nak atasi masalah tu... dan malaysia n indonesia agree utk hantar pasukan pengaman ke lebanon utk mendesak supaya gencatan senjata dilakukan secepat mungkin...

dunia pulak... askar israel makin mara ke selatan lebanon walaupun tentangan sengit diberikan oleh askar hizbullah... israel makin kuatla, sebab AS bekalkan dorang lagi 100 bom 'pemusnah kubu bawah tanah' dgn harapan dapat membunuh pimpinan hizbullah... tapi, di sudut yg lain pulak, pakistan sdg membangunkan reaktor utk buat plutonium utk hasilkan senjata nuklear... utk tujuan apa? wallahu a'lam...

lain pulaknya dkt malaysia nih... org kat sana tengah perang, artis² kat malaysia nih ber'perang' nak tambah popular... nak buat PGLtM ke-2 lah, nak buat konsert sebelum pencen lah, nak masuk balik AF4 lah, nak kekal cantik lah... etc... adui...

apa² pun, setiap benda yg berlaku tu ada hikmah dan tujuannya... allah takkan jadikan sesuatu melainkan Dia nak kita belajar dan ambik iktibar dari sesuatu kejadian tu... renung²kanlah...

=======

apa sudah terjadi pada dunia
kekejaman ada di mana sahaja
bilakah akan berakhir segalanya

renungilah dunia kita
kekejaman ada di mana sahaja
hentikan segera segala²nya

kehidupan... penuh sengketa
kerana kejahilan
penghuni dunia

rakyat merana... rakyat tersiksa
kerana kejahilan
insan yang tak kenal erti kemanusiaan


=======

wallahu a'lam...

No comments: