assalamualaikum,
found an article dkt dlm blog kak aini, yg diadaptasi dari bicaramuslim.com... memang nice, buatkan aku tersentuh sebenarnya... biarpun agak panjang, tp worth utk dibaca... semoga allah menetapkan hati kita pada agamaNya...
=======
Hidup tetap seperti biasa. Jika kita di bumi Malaysia ini hidup di zaman Perang Salib di zaman Salahuddin al-Ayubi r.h. dan kita semua telah pun berugama Islam, kita juga mungkin akan hanya melihat Perang Salib itu dari sini, tiada TV maka mungkin hanya mendengar khabar mulut yang dibawa oleh pelayar kapal yang datang dari sana. Hidup masih seperti biasa.
Hidup diteruskan seperti biasa. Walau macamana sekalipun bersemangatnya kita sebagai orang yang mengaku berugama Islam pun, sehangat mana pun kita berbicara mengenai perjuangan saudara-saudara kita di sana, hidup kita tetap seperti biasa. Tidak terasa langsung bahang peperangan dan kemelaratan di sini. Bicara hanya tinggal bicara. Kerana perjuangan berlangsung beribu batu jauhnya dari bumi ini. Hidup masih seperti biasa.
Begitu jugalah dengan perang yang berlaku di bumi suci, bumi para anbiya, para ulamak, para rasul di Syam sekarang ini. Untuk kali berapa, umat muslimin seluruh dunia lain hanyalah sebagai pemerhati. Hidup tetap seperti biasa. Bergembira dengan nikmat2 kurniaan Allah. Saat kita bergembira bersama keluarga di bumi ini, saat itu jugalah ramai keluarga di sana terpaksa meninggalkan rumah kediaman mereka berhijrah kerana serangan kaum Yahudi. Saat kita bergelak selama 5 saat di sini, Allah sahaja yang tahu berapa ramai muslimin/muslimat yang mati di dalam 5 saat itu, berapa ramai yang putus tangan dan kakinya, berapa ramai yang buta matanya, didalam 5 saat yang sama tetapi beribu batu jauhnya dari bumi ini. Hidup masih seperti biasa.
Kali terakhir bumi Malaysia ini mengalami kesan2 perang yang nyata ialah semasa Perang Dunia Ke-2. Yang meragut kedamaian hati, meragut kesenangan hidup, meragut kegembiraan bersama keluarga. Kini tidak ramai yang tinggal hidup di kalangan kita, yang pernah melalui zaman itu, zaman bersembunyi di hutan-hutan, memakan ubi kayu sambil kapal terbang pejuang dan pengebom Jepun dan British berlegar di atas. Hidup masih seperti biasa.
Betapa untungnya kita di bumi sebelah sini, jika dibandingkan dengan saudara2 kita di sana. Di sana ada kereta pun tak boleh nak guna kerana sudah tiada lagi jalanraya. Telah dibom. Nak pergi ke kedai untuk membeli barangan dapur, kedai pun sudah musnah, mungkin dapur di rumah juga telah hancur. Apalagi yang kita tunggu melainkan kita tinggalkanlah rumah kita dan bawalah apa yang masih mampu di bawa iaitu badan sendiri. Nak dibawa duit, duit tempatan kita tidak akan laku lagi rasanya di negara yang hendak dituju. Hidup masih seperti biasa bagi kita di bumi sebelah sini.
Jadi apa yang patut kita lakukan, sebagai bukti pengakuan kita sebagai orang Islam? Sebaik sahaja kita menjadi orang Islam maka semasa itulah kita bersaudara dengan orang Islam sedunia. Apakah yang di ajar oleh Baginda SAW tentang ini? Antaranya ialah hadith Baginda iaitu, "Orang Islam itu adalah umpama satu badan, jika satu anggota merasa sakit maka merasa sakitlah badan itu."
Maka buktikanlah kepada diri kita sendiri akan pengakuan kita, cubalah empathy atau rasakan kesakitan saudara2 kita di sana itu. Luangkanlah beberapa minit selepas solat Fardu, heningkan diri, pejamkan mata dan ingatlah kesakitan mereka di sana. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Memadailah kita merasa sakit walaupun hanya untuk beberapa detik. Kerana kita sudah mengamalkan hadith Baginda tersebut. Jika tidak, maka layakkah kita mengaku diri sebagai orang Islam? Hidup masih seperti biasa.
Dan apa yang kita boleh lakukan ialah, didiklah anak-anak kita, dengan ilmu yang secukupnya supaya mereka menjadi orang benar yang berhikmah. Kita mungkin tidak akan hidup selama-lamanya bersama mereka. Tetapi yang menjadi objektif kita ialah MENCIPTA generasi baru untuk bumi ini. Generasi yang akan bukan hanya berbicara mengenai perjuangan tetapi yang akan melibatkan diri dengan kebijaksanaan dan hikmah, untuk mengembalikan kedamaian dan ketenangan kepada jiwa, untuk mengalahkan bangsa perosak Yahudi dan meninggikan kalimah kebenaran iaitu kalimah Tauhid di bumi ini.
Jika bangsa Portugis yang berasal dari negara yang kecil bersebelahan Sepanyol, boleh mengembara dengan kapal2 ke bumi yang beribu batu jauhnya dari kampung halaman mereka, ke bumi Malaya ini, menakluk bumi ini dan orang-orangnya, masakan bangsa kita tidak boleh satu hari nanti?
Jika kita katakan bangsa Portugis itu berbadan besar, maka bagaimana dengan bangsa Jepun? Yang juga keluar dari kampung halaman mereka beribu batu jauhnya, ke mari, menakluk bumi dan bangsa kita?
Dan bangsa Belanda.
Dan bangsa British.
Kesemuanya adalah bangsa yang tidak berugama Islam.
Dan kini apabila Allah Azzawajalla telah meninggikan bangsa kita dengan kalimah Kebenaran, dengan kalimah Tauhid, kalimah Pencipta Alam Semesta ini, sudah semestinya kita sepatutnya mendapat MANFAAT dari iman kita.
Bukan untuk menjajah sesuka hati. Bukan untuk menakluk sebarangan. Tetapi untuk membebaskan bumi dan manusia dari PENGANIAYAAN. Yang kuat menindas yang lemah. Islam di turunkan ke bumi sebagai Rahmat, sebagai Penyelamat bukan sebagai Penganiaya.
Tetapi bagaimanakah kita hendak membesarkan anak-anak kita di bawah pimpinan yang menggalakkan disko bar di buka sehingga pukul 5 pagi? Di bawah pimpinan yang kayanya beratus juta ringgit? Yang masanya tidak diisi dengan penghayatan penderitaan rakyat? Apatah lagi untuk mengingati Allah Tuhannya apabila yang dicintainya melebihi segala adalah kenikmatan hidup duniawai yang sementara?
Perhatikan apabila orang Islam mula-mula naik di dunia ini, ia tidak menggunakan sistem barat atau sistem timur. Barat pun masih lagi didalam kegelapan, penuh tahyul dan khurafat. Ia menggunakan sistem yang diajar sendiri oleh Allah, melalui kebijaksanaan dan hikmah, yang berpandukan guidelines dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Tidak belajarkah kita dari sejarah? Tidak kisahkah kita dengan bakal kehidupan anak-anak kita? Anak-anak adalah umpama kain putih. Jika kita corakkan untuk mencintai dunia, maka pencinta dunialah mereka bila dewasa. Tetapi jika kita corakkan sebagai manusia yang sentiasa mencari, memilih dan MEMAHAMI kebenaran dan kebaikan serta menyokongnya, insyaAllah bebaslah masa depan dari penganiayaan. Ini baru seorang. Jika berjuta anak2 diasuh begini, maka terbentuklah masyarakat baru di masa depan. Orang-orang tua warisan dulu akan mati. Tak dapat lagi nak DICTATE kehidupan mereka. Anak-anak inilah yang akan bergaul sesama "peers" mereka, yang sama-sama sudah berada "di atas" kecintaan dunia kerana sebelah kaki sudah pun melangkah ke akhirat/kubur. Yang azam dan cita-citanya adalah yang paling tinggi yang boleh dipunyai oleh seorang manusia kerana diakui sendiri oleh Tuhannya. Yang jasadnya hidup di alam sementara tetapi batinnya memandang yang kekal sahaja.
Cubalah kita semua hayati penderitaan saudara2 kita, tidak kira di bumi mana, untuk beberapa saat selepas solat Fardu, kerana kita tidak diuji seperti mereka, guna untuk kita menghargai nikmatNya pada kita, dan renungkanlah pencorakkan anak-anak kita untuk dewasa mereka.
Payahlah untuk kita buat semua ini tanpa iman dan ilmu.
=======
semoga allah mengampunkan dosa² kita dulu, kini dan selamanya...
No comments:
Post a Comment