Friday, December 26, 2008

AL-FATIHAH


Assalamualaikum wrb,

Pada tanggal 25 Disember 2008 yang lalu, aku kehilangan nenekku yang tercinta Allahyarhamah Manisah Ibrahim. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hosp Batu Pahat pada lebih kurang pukul 6.30 petang.

Walaupun aku tak berapa rapat sgt dgn dia, sedih jugaklah sebab inilah mak dgn abah aku kedua-duanya dah jadi anak yatim piatu. Allahyarhamah nenek aku sebelah abah dah meninggal pada tahun 2006 yang lepas. Atuk aku kedua-dua belah dah meninggal lama dah.

Semoga roh-roh mereka tergolong di kalangan insan-insan terpilih oleh Allah, insya allah.

Al-fatihah.



Thursday, November 20, 2008

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN


assalamualaikum wrb,

16hb nov sampai 24hb nov hari tu, kitorang pergi berjalan2 makan angin di malaysia. mrs dwen ambik cuti wajib, so aku pun tumpang sekali ambik cuti wajib tu.

kitorang mulakan perjalanan ke bukit tinggi, pahang. kami menginap di colmar tropical, bukit tinggi. resort yg bertemakan bangunan2 'french style', memang cantik utk yg nak honeymoon, or bawa family makan angin.

kami dekat sana lebih kurang 2 malam. selain resort tu, ada juga rabbit park, perkampungan jepun, botanical garden, tak lupa jugak gold course. bowling alley pun ada, maybe utk yg nak activity waktu malam kot. aku recommend la tempat ni. tp satu je yg kitorang tak tahan, makanan dia. mahal sangat utk kita2 golongan marhaen ni. dah la tak boleh nak masak. dicadangkan kalau nak pergi sana, bawa la instant food seberapa banyak yg mungkin. bubur ke, maggi ke etc. janji makan. kalau taknak, boleh la turun ke kampung bukit tinggi, lebih kurang setengah jam dari atas bukit tu.

habis 2 hari, kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. kami ke perak, lebih specific ke teluk intan. tido rumah uncle kpd mrs dwen. sampai teluk intan pun lebih kurang petang, so tak banyak aktiviti yg boleh dijalankan. waktu malam kitorang lepak je berehat dkt rumah tu.

esoknya kami teruskan perjalanan ke taiping. tp sebelum tu singgah kedai cik iza tengok2 barang apa yg patut. aunty kpd mrs dwen ni ada kedai di teluk intan, betul2 depan menara condong tu. kedai dia ni agak well-known jugaklah bagi masyarakat di teluk intan. jual jewellery, bag, gelang, etc. recommended kalau ke bandar teluk intan.

kami sampai di hotel di taiping lebih kurang pukul 7 malam macam tu. sebelum tu singgah ke KFC di taiping. singgah juga ke klinik sbb badan sofea agak panas. bila cek, doktor kata panas biasa. so doktor bagi ubat utk kebahkan demam sofea.

di KFC, sofea tunjukkan skill dia. dia menjerit2 sampai most of the people dkt KFC tu tengok dia. anak ayah ni memang best la hehehehe... sofea menjerit sepanjang berada di KFC, jeritan dia bertambah kuat bila ada org agah2 dia. huhuhu sofea sofea...

malam tu kami ke rumah ayahlang di taiping. kami sampai agak lewat sbb berehat kejap di hotel. sampai sana sofea dah tido. dari kami sampai hinggalah balik sofea tido dkt sofea tok alang dia.

besoknya kami teruskan perjalanan. tapi singgah di bukit larut, naik bukit tu. really recommended bg sesiapa yg suka thrill. bukit larut ni terletak berhampiran zoo taiping dan MRSM taiping. nak naik bukit ni kena guna 4wd yg disediakan. bayar RM6 seorang.

kitorang ingat jalan dia cantiklah mcm pergi cameron highland or genting, tp hanya tuhan yg tahu betapa cuaknya hati ini bila dalam pajero tu masa on the way ke puncak. perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang sejam, dgn kecerunan jalan tu boleh dikatakan lebih 45 degree. bayangkanlah utk naik bukit tu, jalan dia mcm tangga dkt rumah 2 tingkat? bayangkanlah kalau sepanjang2 sejam tu, jalan dia mcm tu. itu ok lagi, nak thrill lagi, hanya satu kereta setiap masa. nak tambah thrill lagi, sebelah jalan tu adalah gaung yg kalau jatuh tu memang confirm HILANG! so ad berani nak cuba naik bukit larut?

bila sampai puncak, takdela ape sangat sebenarnya bukit larut ni. tp dkt puncak tu ada la jugak chalet, yg menurut abg ipar aku, berhantu. zaman dulu, bukit larut ni adalah kawasan peranginan bg penjajah british. masing2 ada rumah sendiri. nasib baik mrs dwen beli tiket for 1 hr je dkt atas tu. kalau tak mati kutu jugakla kitorang kat atas puncak bukit larut tu.

perjalanan naik dan turun bukit larut tu memang 'mengecutkan' perut. yg bestnya, sofea boleh tido masa on the way naik n turun. bila sampai je puncak baru dia jaga. nak tambah thrill lagi bukit larut ni, masa on the way turun, hujan turun selebat2nya huhuhuhu. kitorang hanya mampu berzikir dan berdoa semoga allah selamatkan perjalanan kami tu.

kemudian kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, penang. sampai di hotel lebih kurang pukul 7 malam. masa tu musim hujan di utara, so kami agak rugi sebenarnya. takpelah, since holiday ni dah lama plan, so we stick to the plan.

malam tu kami ambik yana dkt rumah dia, ajak pegi makan. nak cari tempat makan best pun adik aku tak tau jalan sbb dia baru je pindah penang ni. last2 kami ke gurney plaza, tengok barang2 je. pegi makan dkt bandar georgetown, dkt satu kedai melayu org kelantan. tu je kedai melayu yg bukak. yg lain semua nasi kandar.

esoknya kami ke bukit bendera. setelah lebih kurang sejam lebih, sampai juga ke bukit bendera TAPI malangnya tempat tu tutup utk maintenance. amat kasihan kami ini. takpelah, teruskan perjalanan ke tempat yg tak sure ke mana. last2 kami balik, tp lepak di batu feringhi. pun hujan jugak. so takleh la nak lepak lama2 dkt pantai tu. on the way balik hotel tu singgah beli nasi kandar.

esoknya kami teruskan destinasi ke utara tanah air. hari tu masa masuk penang kami ikut bridge, so balik ni nak jugak merasa naik ferry. sampai di kedah lebih kurang pukul 5, rehat kejap lepas tu malam tu kami ke sebuah shopping complex yg aku sudah lupa nama dia, utk pergi McD hehehe... last2 kami dapat makan McD + cadar sofea sbb kat situ ada sale hehehe...

esoknya kami plan nak ke bukit kayu hitam. lepas je breakfast terus ke sana. sampai ke signboard padang besar, terus tukar direction, ke padang besar hahaha. perjalanan agak lama sbb tak banyak kereta.

sampai sana, banyak la jugak borong barang, especially baju sofea. baju murah2 compare kalau dkt kedai. dkt blog2 yg jual baju baby pun tak bleh lawan harga dkt padang besar hehehe. mrs dwen pun ada jugak barang yg dibeli, aku pun sambar jugak satu jersey ragbi yg memang aku cari dari dulu.

kami sampai di hotel lebih kurang pukul 5. malam tu keluar makan di satu restoran yg konsepnya mcm foodcourt dkt jusco. ada satay, ada claypot, ada western food, ada jugak nasi pulut.

itulah lebih kurang catatan perjalanan kami masa cuti hari tu. sebenarnya tak habis lagi, sbb dari kedah tu, kami terus ke johor, balik kampung mrs dwen. esoknya sofea nak dikhatankan. dah besar dah anak ayah ni.

best juga jalan2 cari makan ni. tp kena betul pada kos dia lah. kena budget bebetul, kalau tak soru miss jugak hujung bulan hahaha...

nanti aku sambung lagi.

Wednesday, November 19, 2008

Sunday, November 02, 2008

POST-HARI RAYA...


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih memberi peluang kpd kita utk hidup di bumiNya. genap sebulan aku tak update blog, bulan october ni agak busy dgn kerja dan personal.

minggu pertama, minggu raya. tahun ni hari raya pertama kitorang di johor. tahun ni bertiga, tahun lepas berdua je. sofea dah masuk 4 bulan, so lain pula 'angin' dia bulan ni. bulan ni sofea menunjukkan 'manja' dia pada ibu n ayah dia. geram pun ada, tp bila dah ada dengan dia, senyum2 pulak. tu yg geram tu.





aku n wife tak ambik cuti tahun utk hari raya, sbb kitorang ada plan "baik punyer". nak tau plan apa, tunggu!!

biasalah bila cite hari raya nie, teringat plak time raya masa kecik2 dulu. main bunga api ngan sedara mara, main mercun kataklah, mercun ularlah, gasinglah, paling famous mercun lidilah, fire2 umah org. hepi je masatuh. sbb pikir dapat dwet raya, dapat mkn kuih raya, dapat baju raya, sumenya hepilah. bila dah ada anak ni, preparation lebih untuk family. pentingkan wife n anak, baru cari baju sendiri. tu pun dah last minute baru jumpa baju sendiri. tak kisah lah, yg penting family happy n bahagia.

tahun ni tema coklat. ingat family kitorang je, tp berterusan sampai ke family sebelah mrs dwen. tahun ni masih tak sempat nak tempah baju, sbb masa ramadhan hari tu aku sibuk dgn business plan. so ingat kalau sempat, tahun depan baru nak tempah. lagipun tukang jahit mana terima last minute. takpelah, yg penting kitorang dapat jugak beli baju raya, except for sofea lah, saiz takde. dia pakai baju biasa je, tp mcm baju kurung jugak rupa dia.

sbb kitorang tak cuti, kitorang balik johor last day puasa. balik petang hari tu lepas kerja, by the way company bagi half day, so adalah masa nak balik kampung. sampai johor betul-betul waktu berbuka, so teruslah menghadap juadah yg dah tersedia.

malam tu sibuk dgn preparation utk hari raya besoknya. kemas rumah, gosok baju etc. sambil melayan cerita tv malam raya, tahun ni semua (family sebelah wife) balik utk beraya. kalau kat KL, takde lah semua balik sbb akak aku still dkt london, beraya kat sana (dorang dah raya dah 1 day before malaysia raya huhuhu).

besoknya, lepas solat idulfitri, kitorang bersalaman meminta maaf di pagi raya. selesai keluarga dkt, kitorang balik kampung tok n nenek, di bukit ramun. mcm biasa, bersalaman di pagi raya. sofea pun nak salam jugak, tp bila dia salam tok buyut dia, bukan cium tangan, tp makan tangan atuk. atuk yang mmg susah nak senyum, boleh tersengih tengok cicit dia tu.

hari tu almost one day kita dkt kampung. sebelah ma, tak ramai yg balik, sbb tahun ni kebanyakan pakcik n makcik balik ke kampung pasangannya. so kitorang spend lama sikit dkt kampung atuk belah abah.

besoknya sebelah petang, kitorang balik melaka. tp singgah batu pahat, beraya kampung mak aku. sampai je dkt kampung, wak jais n family sampai. diorang ni kalau balik kampung, bawak semua sekali anak2 n menantu, mcm satu family besar gitu. mana taknya, anak dia almost semua dah kahwin, dan semuanya dah ada family sendiri. sampai je diorang, penuh laman rumah nenek aku dgn kereta diorang. family cik nen dgn cik man dah lama sampai. termasuklah jugak cik akob.

kitorang balik melaka lepas maghrib, tak ikut highway. ikut jalan batu pahat - muar.

besoknya mrs dwen kerja. aku tak kerja, sbb family aku ikut balik melaka. sbb petang tu kitorang nak balik KL pulak. hujung minggu tu beraya dkt KL. pergi rumah maksu, dgn rumah along. lepas tu singgah jugak rumah en samsul, lama tak pergi rumah dia. singgah jugak kedai barang baby, nak beli barang sofea. harga dkt situ takde la murah sangat, standard je tp banyak pilihan.

minggu kedua, dah kerja balik. malas je rasa sbb dah cuti panjang kan. tp takpelah, sbb minggu depannya dah cuti panjang.

weekendnya, kitorang pergi aFamosa waterworld, family wife aku naik ke melaka, nak celebrate birthday adik ipar bongsu aku. best jugak, sbb first time aku pergi situ. dulu pernah pergi aFamosa tp aku pergi safari dia. nak masuk je dah kena rm30 sorang huhuhu, dah la tak boleh bawak makanan. ada fees rm40 tp siap makan, yg ntah ape2 makanan dia. sampai je kat situ, gang anak2 mandi dulu, ma dgn abah tolong jg sofea yg tengah tido dkt stroller tu. aku dgn mrs dwen dating je hehehe.

dah lama lepas tu, ambik sofea pulak. bg dia main air, dahlah siap ngan swimming suit dia. comelje. sofea nie kalau main air suka. selalu bila mandi diam je sambil senyum2. bila angkat nangis, mmg suka sgt main air. time kat aFamosa tuh, relaxje main air, memerhati budak2 lain, ngoratle tu, hehehe. kitaorg apalagi, snap gambar dia bnyk2. sampailah dah kecut tangan sofea tuh, barulah kitaorg naik atas. naik atas, lapar lagi. hahaha. apa nak buat, makanan dah takde, kena la beli. secawan fresh orange pun dah nak dekat rm4. tu belum lagi kalau nak makan nasi goreng ke ape ke, ntah2 nak dekat rm10 kot.



pastu, time to go backlah, packing2, salin baju sume, kitaorg blahlah, bye2 aFamosa!! sofea jerit. hah, sofea dah boleh cakap? tipuje, hehehe. then, destinasi seterusnya kuih udang alor gajah. oklah gak kat situ, sbb dah lama sgt tak makan dkt situ. mrs dwen merajuk sbb dia punye order dpt lambat, dia yang mintak dulu, tp aku yg dpt dulu. hahaha. mrs dwen kata makcik tu sajeje buat lakinye dulu. hehehe.

destinasi seterusnya, cuti-cuti malaysia. since wife aku kena ambik cuti wajib, so kitorang berpakat utk ambik cuti dari 16hb sampai la 24hb tu, sambung terus sampai deepavali. destinasi2 yg dipilih: bukit tinggi, teluk intan, taiping, penang, alor setar, padang besar. huhuhu jalan sakan! cerita pasal holiday kitorang, nanti aku buat entry yg lain.

wsalam.

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih memberi peluang kepada kita utk meneruskan ibadahNya sehingga ke hari terakhir. sedih bila ramadhan dah amat² hampir melabuhkan tirainya. adakah kita sempat utk bertemu ramadhan yg berikutnya?

minggu ni ofis dah kosong. aku still kerja lagi, tak ambik cuti raya. bukan rajin, tp hujung bulan depan ada project baik punya. nak cuti panjang sket dari yg biasa.

minggu lepas, mak abah aku datang rumah. dah lama tak jumpa cucu katanya. cucu yg dua orang (nabila & haziq) ada dekat london tak balik lagi, so cucu dkt malaysia ni la tempat melepas rindu. masa mak abah aku sampai je, sofea bercerita dgn excitednya. siap jerit² lagi. entah apa yg dibualkan, dia je yg tahu. tp happylah, sampai penat nenek dia nak melayan.

weekend hari tu, siblings ibu datang plak. diorang on the way balik johor, so singgah melaka jumpa anak buah kegemaran hehehe. habis la sofea masa raya ni mesti jadi tumpuan. takpe, nanti minta duit raya banyak² tau sofea hehehe.

di kesempatan ini, kami (noridzuan, zuraini & hani sofea) ingin mengucapkan selamat hari raya 'idul fitr kepada semua umat islam local ataupun international. kami memohon maaf zahir dan batin jika ada kesalahan dan kesilapan yg sengaja atau tak sengaja kami lakukan. ada kesempatan, datanglah rumah kami di melaka.



SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 15, 2008

SOFEA DEMAM + PINDAH RUMAH + MEETING + 16HB


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, sudah 2 minggu kita menjalani ibadah puasa, dan ini bermakna ada lebih kurang 2 minggu jugak lagi ramadhan akan meninggalkan kita. adakah kita di tahap puasa yang mana?

hani sofea demam hari tu, agak lama jugak lah. malam² bila nak tidur ada lah jugak dia meragam. kesian pulak tengok dia. ada satu malam tu dia meragam pitch 3, sampai jiran depan rumah pun tanya kenapa dgn sofea.



alhamdulillah, kitorang dah masuk rumah baru. lori yg angkat barang tu kecik, so kena 3 trip. nasib baik pindah malam, boleh la jugak minum air. kalau pindah siang, kena bukak puasa plak nanti sebab penat.

yg paling mencabar bila nak angkat almari ke tingkat atas. memang mencabar minda betul. tu la, siapa suruh beli almari berat lagi hehehe. operasi pindah rumah habis lebih kurang 12 tgh malam. nasib baik esoknya hari sabtu, so ada la masa nak kemas rumah balik.

malam tu hani sofea amat baik. dia tido je masa pindah² tu. mungkin sebab suasana lain, so sofea pun rasa seronok utk tido tanpa gangguan hehehe.



sekarang ni aku kerap ke cyberjaya utk meeting pasal business plan. bila dah siap, kena plak dapatkan approval semua. so preparation ni kena buat dgn team aku dkt cyberjaya sekali. tambahan lagi aku dah involve dgn satu project dgn president, so every friday ada meeting dkt cyberjaya.

esok 16hb. kalau ikut plan pakatan rakyat, akan ada kerajaan baru. tp current gov buat 'lawatan sambil belajar' di bulan ramadhan ni ke taiwan. apa ke hey ni yeop? bila ditanya samada takut ada ahli parlimen yg lompat parti, nafikan la plak. ye ke? kalau buat lawatan ke madinah ke, buat umrah ke, boleh la jugak diterima. ini dah la ke taiwan, lepas tu dgr²nya akan ada yg direct ke los angeles. ini nak belajar apa plak ni?

entah la, tindakan gov sekarang makin menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat. kita sebagai rakyat haruslah pandai memilih dan menginginkan pemimpin yg sepatutnya. tp jangan sampai keluar mulut singa, masuk mulut buaya plak. buaya bujang senang plak tu. bujang senang ada C4 hahahaha.

sekian dulu terima kasih (macam buat surat masa sekolah² dulu hehehe).

Monday, September 01, 2008

HAPPY ANNIVERSARY, SAYANG


assalamualaikum wrb,

ucapan ini ditujukan khas utk isteriku, siti zuraini zainal. hari ini genap setahun kita bersama melayari bahtera rumahtangga. semoga kita sentiasa diredhai dan dirahmati allah.

sayang sentiasa bersama abang dan menyokong abang. itu yg amat abang harapkan. bila org lain tak faham abang, sayanglah org yg faham dan ingin terus memahami abang. bila abang rasa sedih, sayanglah org yg menjadi 'shoulder' utk abang meluahkan kesedihan abang. bila abang hangin sket (hehehe), sayanglah org yg tenangkan abang.

semoga keluarga kita akan terus bahagia dan makin bahagia dari hari ke hari, insya allah. semoga kita menjadi keluarga yg diredhai allah dunia dan akhirat, insya allah.



happy anniversary, sayang.

Thursday, August 28, 2008

BUDGET DEFENCE + ESOS + INVESTMENT + REZEKI + HANI SOFEA + MERDEKA + RAMADHAN


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih memberi peluang untuk kita tinggal di bumiNya. business plan company aku pun dah nak dekat siap. sekarang ni tengah sessi budget defence. department kena defence budget yg diorang request utk 2009 nanti. macam² yg direquest oleh department, sometimes macam tak reasonable nak beli. bukan taknak bagi, tapi kita ni company, so ada la P&L dia jugak. kena tengok jugak P&L kalau nak approve budget. kalau tak, rabak la P&L.

sekarang ni pun musim² menjual share ESOS yg diperolehi. semua permanent staf dapat ESOS from parent's company, tp parent ni pandai. ESOS expense dia charge dkt buku subsi. kalau sikit² takpe lah jugak, boleh absorb. tp ni sampai nak losskan subsi. huhuhu.

alhamdulillah urusan keluarga kami sentiasa allah mudahkan. terbaru, our new investment dah siap semua sekali. renovation pun dah settle. insya allah takde aral, berhari raya di rumah baru la tahun ni. alhamdulillah.

rezeki ni kalau allah nak bagi, tak mengira type of rezeki tersebut. kita je yg kena bersyukur dgn setiap kebaikan yg kita dapat. kalau dapat musibah tu, cepat²lah beristighfar, mungkin ada yg tak kena dgn flow life kita. allah nak bagi peringatan tu, so that kita tak lalai lebih jauh.

hani sofea dah makin 'baik'. biasalah baby ni, bila sampai nak tukar bulan i.e. from 2 mth to 3 mth tu, ada je perangai dia yg lain dari yg sebelumnya. sometimes boleh bawa ke demam.



bila penat balik kerja, tengok sofea, rasa penat automatic hilang. tp aku pelik kenapa ada org² yg tak berhati perut yg sanggup buang anak, letak dkt semak, dkt tong sampah, tinggal dkt tempat² yg tak sepatutnya. tak terfikir ke diorang dosa or salah yg diorang buat? cuba letak diri sendiri dkt tempat baby tu, apa rasanya? sepatutnya org² macamni tak layak nak hidup.

lagi beberapa hari lagi ramadhan akan tiba. alhamdulillah, allah still bg peluang dkt kita utk bertemu dgn ramadhanNya. serentak dgn itu, ulangtahun kemerdekaan Malaysia yg ke-51. syukur atas kedua²nya.

cuma sekarang ni, keadaan politik malaysia amat tidak stabil. current government masih tidak dapat menemui solution terbaik utk mentadbir negara. dengan kemenangan datuk seri anwar ibrahim di parlimen permatang pauh baru² ni, diharap dapat membuka lembaran baru dalam politik negara kita. semua unsur² ketidak adilan i.e. ISA, rasuah yg amat berleluasa di negara (sampai ranking pun makin lama makin jatuh, still taknak mengaku yg rasuah dkt malaysia ni teruk), politik yg bias, attitude pemimpin yg tidak melambangkan pemimpin, dll yg sepatutnya dibuang dan dicampak dari 'rupa' kerajaan yg sepatutnya.

walaupun dha jadi macamni, tp gov still masih tak concern dgn apa yg rakyat mahukan. still masih nak penuhkan tembolok sendiri dgn project². adakah ini pemimpin yg berteraskan islam? kita fikirlah sendiri. sekaranglah masanya utk kita membuat perubahan ke arah kebaikan.

selamat menyambut hari merdeka (merdekakah kita?). salam ramadhan. ahlan wasahlan ya ramadhan, aku amat merinduimu...

Friday, August 15, 2008

BUSINESS PLAN + SOFEA + FARHAN


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah selamat sudah operasi cukur minggu lepas. takde masalah yg timbul, semuanya seperti yg dirancangkan.

sekarang ni aku dah start sibuk utk business plan company aku. buat briefing utk semua departments, gather data dari dorang. lepastu distribute template, buat individual discussion utk department yg still tak clear lagi macammana nak buat business plan.

hani sofea dah semakin pandai. dia dah start suka berbual. kalau kita bercakap dgn dia, dia pun nak bercakap, tapi bahasa dia lah. comel je bunyi dia. sometimes sampai jerit² nak jelaskan satu perkara tu.





farhan dah terkeluar dari akademi nasyid. alhamdulillah, sampai ke peringkat ini. takpelah, takde rezeki korang. insya allah ini merupakan peluang utk korang kembangkan bakat ke tahap yg seterusnya. anggaplah semua ni sebagai titik permulaan utk korang menjadi artis dan pendakwah dgn cara korang sendiri.



nanti sambung lagi.

Monday, August 11, 2008

HAPPY BIRTHDAY SAYANG


assalamualaikum wrb,

posting ini ditujukan khas utk isteriku, siti zuraini zainal. happy 25th birthday, sayang. semoga sayang menjadi wanita yg mentaati perintahNya, isteri yg hormat suaminya dan ibu yg mithali.

When she looks at me
I know the girl sees things
Nobody else can see

All of the secret fears inside
And all the craziness I hide
She looks into my soul
And reads me like nobody can

And she doesnt judge the man
She just takes me as I am

Come what may, she believes
And that faith is something
Ive never known before
Come what may, she loves me
And that love has helped me open a door
Making me love myself a little more

When I turn away
She knows those are the times
Theres nothing she can say

Nothing that anyone can do
And so she lets me live it through
And when Im in my darkest hour of uncertainty
She just simply lets me be
And goes right on loving me

And when it seems my dreams
Have all slipped through my fingers
When they just cant be found
I turn around and there they are
Shining in her eyes

i love you sayang, dunia & akhirat. happy birthday!


Sunday, August 03, 2008

OPERASI BOTAK + REZEKI ALLAH...


assalamualaikum wrb,

hari sabtu hari tu lepas kenduri makcik mrs dwen, parents in-law follow ikut balik melaka sebab besoknya ada kenduri dkt masjid tanah. hari ahad, aku buat operasi membotakkan hani sofea. majlis cukur jambul hari tu setakat gunting gitu-gitu je rambut, tak cukur habis. so dgn berbekalkan gilette dan gunting, aku pun menjalankan upacara yg gilang-gemilang tu hehehe. mrs dwen pangku sofea. kena buat time dia tido, kalau tak silap-silap melalak la sofea tu.

operasi 'botak' mengambil masa selama 2 sessi, pagi dan petang. sebelah pagi ambil masa lebih kurang sejam. lepas tu tengok sofea dah banyak move, lagi satu dia pun dah miang-miang kena rambut sendiri. so tangguh la kejap operasi tu sambung waktu petang pulak.

nak cukur rambut sofea makan masa sikit, sebab rambut dia lebat. ikut ayah dia la kot hehehe. bila dah make sure sofea tido, kitorang bedungkan dia supaya dia tak meronta-ronta sangat. sometimes dia senang terkejut, so bila pakaikan dia bedung, kuranglah sikit dia nak terkejut tak tentu pasal. lepas tu gunting sikit-sikit rambut dia, bila dah agak nipis baru guna shaver.



sessi kedua baru settle semua. alhamdulillah tak luka or menangis sofea. dah bulat dah kepala, takde rambut hehehe. lepas tu mandikan n bagi susu. mesti sejuk je dia sebab kepala dia dah takde rambut.

minggu lepas jugak dapat surat dari HR. alhamdulillah, dapat berita gembira setelah lebih 4 tahun kerja dkt mmu ni. org cakap rezeki anak, rezeki sofea. alhamdulillah, allah mengkabulkan doa aku dan keluarga aku. bila kita berkahwin, allah akan mudahkan rezeki utk kita.

bila aku plan nak kahwin last year, allah bagi kemudahan utk follow mrs dwen transfer ke melaka. lepas tu rezeki pertukaran management + pertukaran salary scale, tak lama lepas tu mrs dwen pregnant, dapat pulak rezeki zuriat. tak lama lepas tu mrs dwen pulak diconfirmkan post dia. lepas tu urusan yg lain-lain amat mudah. alhamdulillah, allah mengkabulkan doa kita. bila berkahwin tu, rezeki memang murah. tak percaya, tanyalah pada org yg dah kahwin tu. kan kengkawan?



ok lah, nanti aku sambung.

wsalam.

Saturday, July 26, 2008

IBU DAH KERJA + FARHAN + SOFEA + WEDDING LAGI...


assalamualaikum wrb,

mrs dwen dah start kerja balik minggu lg satu. rasa malas-malas je sebab dah 2 bulan cuti. biasa la sayang, kalau cuti 2 hari pun terasa malas nak kerja balik, inikan pulak 2 bulan. lagi la rasa hehehehe...

akademi nasyid. kumpulan farhan masih bertahan. nampaknya kumpulan ni antara yang terbaik dalam akademi nasyid ni. goodluck ye farhan, kalau korang menang aku tumpang bangga. RM100k tu bleh kita share2 beramai-ramai. makan ikan bakar dkt umbai pun jadilah. takyah mahal-mahal.

hani sofea. makin berisi, makin comel, makin besar, makin pandai. bila tengok gambar dia dekat handphone masa dekat ofis, terasa tak sabar nak balik rumah jumpa dia. she's so adorable for us, sesuai dgn namanya, sofea.

last week pergi muar, cousin mrs dwen kahwin. sofea pakai baju cheongsam dia. sangat comel. tak sempat nak snap gambar dia banyak sbb ibu n sofea duduk dkt tempat lain, lepastu sofea asyik tido je dkt rumah tu.



buat ain dan hamidon, tahniah. semoga allah merahmati anda dan semoga perkahwinan anda kekal hingga ke akhir hayat.



wassalam...

Tuesday, July 15, 2008

KAHWIN + SOFEA...


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih memberi peluang kepada kami utk menghirup udara yg dipinjamkanNya kepada kami. selesai sudah majlis kenduri nazri & emma dekat kampung mrs dwen di kulai, dan semuanya berjalan dgn lancar tanpa sebarang masalah. pada hari ini jugalah upacara cukur jambul diadakan utk hani sofea. tapi bukannya cukur semua pun, huhuhuhu...



mrs dwen n sofea balik melaka semalam. weekend ni ada check-up dkt hospital. mrs dwen still dalam pantang lagi, tp dah kuat dah nak balik melaka. sofea pun tak sabar nak balik rumah dia kat melaka.



sekarang ni sofea dah pandai senyum. tapi senyum sendiri lah. bukannya nampak lagi sangat. bila aku balik melaka dulu, rasa rindu sangat dgn sofea (dkt ibu sofea pun rindu jugak hehehe). sekarang ni dah ada dekat melaka, pun rindu jugak. nak jumpa pun malam je lah. kitorang pun dah identify baby sitter utk hantar sofea masa mrs dwen dah kerja nanti. tak susah nak cari baby sitter dkt melaka ni, sebab ramai lagi ibu-ibu yg still jadi surirumah sepenuh masa.



nanti la sambung lagi. nak sambung buat kerja.

wassalam...

Friday, July 11, 2008

NO TITLE


assalamualaikum wrb,

lama tak post. agak sibuk kebelakangan ni. sibuk dgn kerja tu of course. banyak lagi benda yg berlaku for the first ten days in july 2008. pakcik wife aku kahwin (by the way, pakcik dia sebaya dgn aku huhuhu). congrats nazri n emma. may allah bless both of you, sampai akhir hayat (bukan sampai anak cucu je). end of june hari tu buat dkt melaka, minggu ni buat dkt johor plak.



sofea dah makin pandai. semalam atuk dia belikan dia buai. dapat naik buai, menyengih memanjang. sambil tidur pun sengih. happy la tu dapat toy baru. sekarang ni mudah sikit mrs dwen, sbb sofea ni susah nak tido sendiri. mesti kena pangku, tepuk² baru nak tido. lepas kita ingat dah tido, letak balik dkt tilam, mesti dia merengek. manja anak ayah ni.

minggu ni bawak balik melaka, kebetulan hari selasa pun ada check-up dkt hospital pantai. ibu n baby sekali.

akademi nasyid, kumpulan farhan berada di tempat pertama dgn 31%, satu pencapaian yg membanggakan. strategi yg dirancang oleh kami berjaya. farhan membawa lagu 'kau teristimewa' yg dipopularkan oleh adibah noor. overall, ok tp end of song tu mcm kantoi sikit. harap dapat dibaiki lg utk konsert yg seterusnya. kali ni, ana dari pulau pinang pula yg terkeluar. tinggal lagi sorang la peserta perempuan. apa lagi, teruskan mengundi FARHAN. hantarkan SMS anda dgn menaip AN *jarak* FARHAN dan hantarkan ke 33399.



mcm biasa, second half of the year aku akan sibuk dgn preparation company's business plan. buat briefing to all departments, buat templates, cuma tahun ni ada benda baru yg perlu dibuat. management introduce transfer pricing (or internal recharges dlm context inter-department) dgn enterprise accounting. quite tough, kena implement the system, procedures, etc. will be effective on 1 jan 2009.

last week, aku tak balik johor. ada strategic planning retreat yg dibuat di avillion admiral cove, port dickson. overall, ok. tempat pun best, tengok dkt internet harga dia quite reasonable, so bleh pergi bawa family. facilitators bentang strategic plan of the company, participants kena contribute idea how to implement them. for me, bagus utk company sbb dgn cara ni, target or objectives of the company dapat sampai ke roots. most of the top management ni bila ada news or apa² yg berkaitan dgn vision or mission of the company, jarang nak sampaikan dkt anak buah dia. habis meeting, habis (bos org lain, bukan bos aku hehehe). so dgn adanya retreat ni, kita dapat share the idea, in the same time kita dapat tahu apa sebenarnya problem academicians yg sebelum ni mcm tak disampaikan ke top management.

ok, habis for personal. sekarang kita pergi pada current issues. apa dia? hehehe statutory declarations penyiasat persendirian, bala, yg dalam masa tak sampai 24 jam. kalau tengok dkt banyak blog, masa 1st announcement of SD tu muka dia begitu ceria, lepas tu bila dia buat media statement nak batalkan 1st SD lepas tu buat 2nd (yg of course nama² 'org² penting' dah hilang), muka dia begitu depress. mana satu yg depress, mana satu yg dibuat dlm keadaan relief? rakyat sendiri yg boleh tentukan.

sejurus lepas buat 2nd declaration, bala dan keluarganya hilang. anak saudaranya buat report polis tentang kehilangan pakciknya yg jelas sekali seperti diugut utk menarik balik 1st SD tu. polis mengesyaki bahawa bala dan keluarga (yg ditimpa bala) 'disembunyikan' ataupun 'menyembunyikan diri'. siapa la yg nak kenakan dia ni. lu fikirlah sendiri!

ramai political analysts nampak yg percaturan penasihat PKR dgn TPM ni menguntungkan (or any other word yg lebih sesuai) PM sendiri. dgn keadaan yg bersahaja dari dulu, beliau membiarkan 'diorang-diorang' ni settlekan masalah peribadi diorang. 'liwat' vs 'scandal', allah yg maha mengetahui.

semalam, PM dah announce successor dia yg akan beralih kuasa pada june 2010. dlm nada terharu, dia kini kena selesaikan masalah dia yg sedang dihadapi kini. nampak seperti PM memberi tempoh 2 tahun utk TPM selesaikan masalah dia. berjaya atau tidak, bolos saja dinding itu hehehe.

dalam masa yg sama, pakatan rakyat akan mengemukakan usul tidak percaya pada PM semalam. sudah pastinya ditolak oleh speaker dewan rakyat. kita tunggu dan lihat.

nak info lagi, surf la sendiri.

wallahu a'lam.

Monday, June 30, 2008

VOTE FOR FARHAN! SMS AN(JARAK)FARHAN KE 33399


assalamualaikum wrb,

entry kali ni dibuat khas untuk kawan-kawan aku, kumpulan FARHAN yang terpilih antara 12 peserta terakhir utk pertandingan AKADEMI NASYID, yang disiarkan secara langsung pada setiap sabtu malam ahad di tv9, dekat di hati.

kumpulan mereka membawa identiti lagu-lagu bercorak ketuhanan yang segar. pernah mendapat tunjuk ajar drp ramai guru vokal terkemuka negara antaranya cikgu siti hajar, dan mendapat juga bimbingan dari saudara nazrey johani, ex-raihan. sudah ada single bertajuk 'ya muhammad'. boleh didengar di laman web rasmi mereka, halamanfarhan.



minggu pertama (minggu pengenalan), FARHAN membawa lagu suci sekeping hati yg dipopularkan oleh kumpulan saujana. FARHAN membawa lagu tersebut dgn baik dgn sentuhan dan nafas baru yg diarrange rapi.



minggu kedua, FARHAN membawa lagu iman mutiara yg pernah dipopularkan oleh kumpulan raihan. juga dalam irama yg lebih segar dan sedap didengar.

tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. FARHAN tergolong antara 3 peserta terbawah. berdasarkan juri, FARHAN mendapat peratusan yg lebih baik, tetapi undian dari peminat tidak menyebelahi mereka. alhamdulillah, perjuangan FARHAN masih diteruskan. takziah kepada kumpulan wanita, SOFIEYA yg telah terkeluar pada penyingkiran yang pertama.

oleh itu, undilah farhan. SMS AN(jarak)FARHAN dan hantarkan ke 33399. saksikan galeri akademi nasyid pada setiap sabtu pada pukul 1.30tgh hari (selepas carta nasyid) dan siaran langsung akademi nasyid pada sabtu malam ahad pada pukul 8.30 malam.

berikan sokongan anda!

halaman rasmi - halamanfarhan

rakan artis - rakanfarhan

Thursday, June 19, 2008

RA YA NUN DAL WAU...


assalamualaikum wrb,

sofea dah semakin membesar. hari ni umur dia dah masuk 16 hari. sekarang ni dia dah pandai demand dan ada trademark sendiri :

1. sofea susah nak tidur sendiri. dia akan menangis before tidur, minta orang belai n dodoi dia sambil pangku. paling kurang pun letak atas bouncer lepas tu henjut. bila transfer atas tilam, dia berbunyi balik. kena belai n dodoi lama² baru dia tido n boleh letak dkt tilam.

2. susu dah makin kerap minum. susu formula pun dah jarang sgt. susu badan ni, kena ada demand. kalau ada demand, baru dia akan keluar. kalau tak dikeluarkan, nanti bengkak pulak.

3. sofea skrg dah suka taknak berbedung. menangis je minta dibuka. bila buka, terus diam. bila dah tido nyenyak, baru bedung balik.

4. bila dia tgh 'membuang', tgn dia akan tutup muka. maybe malu kot. maklumlah anak dara.

5. bila kita ckp² dgn dia, dia dah pandai menjawab (berbunyi). sometimes kalau nenek sofea geram dgn dia sebab taknak berbedung, dia akan bg respond dgn bunyi 'hah'.

6. kalau tangan dia tak berbedung, dia akan tidur dgn posisi mcm dkt bawah ni. nak solat kot.


hani sofea. semoga menjadi muslimah yang diredhai Allah.

wsalam...

Wednesday, June 18, 2008

RM2.70 - EXPLANATION


assalamualaikum wrb,

got an email from a friend regarding the increase of fuel price. and got an email also from a friend to counter back the first email.

=======
email 1 - new petrol analysis (This article is taken from a Forum of proactive-middle class young adult thinkers) - blog version here
*factual accuracy is not confirmed - penegasan!

WHAT IS NEVER MENTIONED IN Mainstream Media like NST/TheStar/Utusan/BH are these facts....

Malaysian PerCapita Income USD 5000
VS
Singaporean PerCapita Income USD 25000

Further The Star made a comparison of prices in Thailand , Singapore and Indonesia ..

For Thailand it is quoted at RM3.90/liter, however are they aware that in Thailand new cars are cheaper than Malaysia by RM10,000? They pay only one life time for their driving license? No renewal fee after that? Also that goes for road tax as well? And do TheStar also aware that you can drive all the way from Hadtyai to Bangkok on a six lane highway without paying any Tolls ??!!

Whereas here in Malaysia you have to pay yearly renewal for road tax , driving license and TOLLS, TOLLS, TOLLS!!!

For Singapore how can you quote RM 5.20 ? Please quote in Singapore Dollars because they are earning in Sing Dollars. You might as well say Europeans are paying RM10/liter. RM5.20/liter = Sing $ 2.20/liter, still cheaper than Malaysia in view of fact that Singapore is not a crude oil exporter. Are you saying that you fill up petrol in Singapore by paying Ringgit?

In economy, dollar to dollar must be compared as apple to apple. Not comparing like durian in M'sia is much cheaper than durian in Japan!! Of course-lah, Japan is not durian producer!!! Comparing Malaysian durian with Thailand durian make more sense!!

For Indonesia we might say is cheaper there at RM2.07/liter but compare that to their level of income!

Now, let us compare the price with OIL PRODUCING countries:

UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre
MALAYSIA - RM2.70/litre

RM 2.70!!! Individual perspective:

As of last month a Toyota Vios would 'cause a damage' of about RM 89,000.
In the international market, a Toyota Vios is about USD 19,000
USD 19,000 = RM 62,700 (using the indicative rates of USD 1 = RM 3.30)
That makes Malaysian Vios owners pay an extra RM 26,300.

This RM 26,300 should be cost of operations, profit and tax because the transportation costs have been factored in to the USD 19,000.

RM 26,300/ RM625 petrol rebate per year translates to a Vios being used for 42.08 years.

I do understand that the RM 625 is a rebate given by the government, but it also means that one has to use the Vios for 42.08 years just to make back the amount paid in taxes for the usage of a foreign car. Would anyone use any kind of car for that long?

Now with these numbers in front of us, does the subsidy sound like a subsidy or does it sound like a penalty? This just seems to be a heavy increment in our daily cost of living as we are not only charged with high car taxes but also with a drastic increase in fuel price.

With all the numbers listed out, I urge all Malaysians to join me in analyzing the situation further.

Car taxation is government profit, fuel sales is Petronas' (GLC) profit which also translates into government profit. The government may ridicule us Malaysians by saying look at the world market and fuel price world wide. Please, we are Malaysians, we fought of the British, had a international port in the early centuries (Malacca), home to a racially mixed nation and WE ARE NOT STUPID!!!

We know the international rates are above the USD 130/barrel. We understand the fact that the fuel prices are increasing worldwide and we also know that major scientist are still contradicting on why this phenomenon is happening. Some blame Bush and his plunders around the world and some blame climate change and there are others which say petroleum 'wells' are getting scarce.

Again we go back to numbers to be more straight fwd

1 barrel = 159 liters x RM2.70/liter = RM 429 or USD 134

On 1 hand, we are paying the full cost of 1 barrel of crude oil with RM2.70 per liter but on the other hand the crude oil only produces 46% of fuel.

Msia sells crude oil per barrel at USD130 buys back Fuel per barrel at USD134. And not forgetting, every barrel of fuel is produced with 2 barrels of crude oil.

1 barrel crude oil = produce 46% fuel (or half of crude oil), therefore
2 barrel crude oil = approximately 1 barrel fuel
In other words, each time we sell 2 barrels of crude oil, equivalently we will buy back 1 barrel of fuel.

Financially,
Malaysia sell 2 barrel crude oil @ USD 130/barrel = USD 260 = RM 858
then, Malaysia will buy back fuel @ USD 134/barrel = RM 442/barrel
Thus, Malaysia earn net extra USD 126 = RM 416 for each 2 barrel of crude sold/exported vs imported 1 barrel of fuel !!!
(USD 260-134 = USD 126 = RM416)

So where this extra USD 126/barrel income is channeled to by Malaysian Govt?????????

Another analysis:

1 barrel crude oil = 159 liters.
46-47% of a barrel of crude oil = fuel that we use in our vehicles.
46% of 159 = 73.14 liters.
@ RM 2.70/liter x 73.14 liter = RM197.48 of fuel per barrel of crude oil. This is only 46% of the barrel, mind you. Using RM 3.30 = USD 1, we get that a barrel of crude oil produces USD 59.84 worth of petrol fuel (46% of 1barrel).
USD 59.84 of USD 130/barrel turns out to be 46% of a barrel as well.

Another 54% = bitumen, kerosene, and natural gases and so many more.
And this makes a balance of USD 70.16 that has not been accounted for.

So this is where I got curious. Where is the subsidy if we are paying 46% of the price of a barrel of crude oil when the production of petrol/barrel of crude oil is still only 46%?

In actual fact, we still pay for this as they are charged in the forms of fuel surcharge by airlines and road taxes for the building of road (because they use the tar/bitumen) and many more excuse charging us but let us just leave all that out of our calculations.

As far as I know, only the politicians who live in Putrajaya and come for their Parliament meetings in Kuala Lumpur (approximately 60+ km) are the ones to gain as they claim their fuel and toll charges from the money of the RAKYAT's TAX.

It is so disappointing to see this happen time and time again to the Malaysian public, where they are deceived by the propaganda held by the politicians and the controls they have over the press.

Which stupid idiot economist equates rebates for rich or poor with the cc of the vehicles? An average office clerk may own a second hand 1300cc proton Iswara costing $7,000 (rebate = $625) while the Datuk's children can own a fleet of 10 new cars of BMW, Audi and Volvo all less than 2000cc costing $2 millions and get a total rebate of $625 x 10 = $6,250! Wow what kind of economists we are keeping in Malaysia...wonder which phD certificate that they bought from...

Misleading concept of Subsidy:

The word "subsidy" has been brandished by the BN government as if it has so generously helped the rakyat and in doing so incurred losses. This simple example will help to explain the fallacy:

Example:
Ahmad is a fisherman. He sells a fish to you at $10 which is below the market value of $15. Let's assume that he caught the fish from the abundance of the sea at little or no cost. Ahmad claims that since the market value of the fish is $15 and he sold you the fish for $10, he had subsidised you $5 and therefore made a loss of $5.

Question : Did Ahmad actually make a profit of $10 or loss of $5 which he claimed is the subsidy?

Answer:
Ahmad makes a profit of $10 which is the difference of the selling price ($10) minus the cost price ($0 since the fish was caught from the abundance of the sea). There is no subsidy as claimed by Ahmad.

The BN government claims that it is a subsidy because the oil is kept and treated as somebody else's property (you know who). By right, the oil belongs to all citizens of the country and the government is a trustee for the citizens. So as in the above simple example, the BN government cannot claim that it has subsidised the citizen!


email 2 - kata org petronas
*again, factual accuracy is not confirmed - penegasan!

Salam,

Sekadar ingin berkongsi reality malaysia as an oil producing country. This is lengthy but please bears with me. This is worth reading through ALSO.

We're not actually comparing apple-to-apple here, as most countries listed have a very long reserve life (the amount of years they have till the oil is finished) and they have a low population compared to their oil reserve (hence they can cater to their own needs without any bother to the supply). Some research can do wonders instead of blaming others.

UAE
Population = 4,380,000
Oil reserve = 97 billion barrels
Production rate = 2.5 million barrels per day
Reserve life = 107 years

Kuwait
Population = 2,851,000
Oil reserve = 99 billion barrels
Production rate = 2.5 million barrels per day
Reserve life = 108 years

Saudi Arabia
Population = 24,735,000
Oil reserve = 260 billion barrels
Production rate = 8.8 million barrels per day
Reserve life = 81 years

Iran
Population = 71,208,000
Oil reserve = 136 billion barrels
Production rate = 3.9 million barrels per day
Reserve life = 74 years

Nigeria
Population = 148,093,000
Oil reserve = 36.2 billion barrels
Production rate = 2.3 million barrels per day
Reserve life = 43 years

Venezuela
Population = 27,877,000
Oil reserve = 80 billion barrels
Production rate = 2.4 million barrels per day
Reserve life = 91 years

Malaysia
Population = 27,452,091
Oil reserve = 4.8 billion barrels
Production rate = 550,000 barrels per day (resources from internet salah. Aku kira production hari², sila ikut nombor aku)
Reserve life = 33 years

Sources:
http://en.wikipedia.org/wiki/Oil_reserves
http://en.wikipedia.org/wiki/Population
http://www.eia.doe.gov/cabs/Malaysia/Oil.html
http://www.malaysia-today.net/Blog-e/2006/03/petronas-profits-create-friction.htm

And the Ahmad fisherman notion that we extract oil from the ground without costs, or little cost, is NOT TRUE. Foolish, even.

FYI, to extract oil from the ground, there're 3 main cycle: Exploration, Development and Production. I won't go into lengthy explanation here; let's just have an overview of Drilling campaigns that needs to be carried out on all three cycles.

Drilling Campaign:

Rig: RM552,000 per day (minimum)

->We don't make rigs. We rent them. The deeper the ocean, the pricier the rig. And FYI, shallow waters of Malaysia is running out of oil. We are running the final race on shallow waters, have to concentrate on smaller pore-sized fields and taking the greater risk and more cost on deepwater fields.

Supply boat : RM 209,509 per day (minimum)

-> We need at least 2 supply boats.

That's the cost of just two of many, many more items involved in Drilling campaigns alone. I'd like to reiterate that these campaigns occur in ALL of the 3 cycles, each campaign is at least 4 months. Do the math or better yet, put it in a fancy Excel and publish it around.

That's just costs involved in extracting the oil.

How about transporting it to shore? How about refining it for industries, daily stuff and for your car?

Some may ask why are we selling our oil, since we can use it? Well, here the answer: WE DONT HAVE MONEY. What else can we sell to make money? Tin? Gold? Pepper? Rubber? All these calculated together would not make even a small portion of profit in O&G. Our oil is of one of the best quality in the world because it is low in sulphur. FYI, we don't need best quality oil for our cars, it's only used in industries and in jets. In the international oil price is average USD130/bbl, ours would be close to USD140/bbl.

And then some might additionally ask, SO WHERE DID ALL THE OIL MONEY GO? Please refer to the statistics above, we have less than 50yrs of supply of O&G, although more explorations are aggressively being done in deepwater and small fields. PETRONAS needs the money to ensure that we have the supply AFTER 50 years. PETRONAS is aggressively pursuing O&G projects overseas, and these projects do not come cheap. In other words, PETRONAS is not the nation's piggy bank, it's THE bank for our children's children.

So please, do not be swayed easily by cheap-mouthed politicians who do not have the in-depth knowledge about how the process goes. If they say they want to use our oil money, please do consider our children's children. PETRONAS have been supporting the nation by giving back almost 60% if its profits.

Itu pakai cheap labor tu. Our skilled engineers, even often frustrated by the meager wages they get for risking their lives at sea, sometimes for weeks, still they stay and think of the country. I'm proud to say a lot of them are very patriotic. But also a lot of them are enticed by Middle East countries and others to work for them for more attractive salary. Nak recruit orang baru senang, but we have to train them and training takes 2-3 yrs!. Since we are running our last mile in our existing oilfields, we need experienced workers, and they don't come cheap.

So next time any politician says, DUIT PETRONAS PEGI MANA?, ask them back DUIT CUKAI SAYA PEGI MANA?

I think that would be more appropriate :p

KEHIDUPAN AKHIRAT ADALAH KEHIDUPAN HAKIKI

=======

so, tepuk dada, tanya iman kita.

wallahu a'lam...

Monday, June 16, 2008

MUKA SIAPA YE?


ANAK AYAH...


assalamualaikum wrb,

last weekend i was at bandar tenggara, my IL's home. 'melepas rindu' to mrs dwen n dearest sofea. sofea looks different now, ye la, aku ni jumpa seminggu sekali. kulit pun dah start menggelupas. dah pandai bukak mata (walaupun tak nampak lagi). sekarang ni dia dah semakin manja, asyik merengek minta dipangku n dodoi. kalau tak, taknak tidur.



aku banyak berbual dgn sofea walaupun dia tak faham. tapi orang cakap, baby boleh dengar n ingat apa yg kita cakap sekarang ni. aku cakap benda² yang baik, bagitahu sofea harapan aku bila dia dah besar nanti. sometimes dia membalas (berbunyi).

sofea pun dah pandai senyum. selalu senyum sorang² masa tidur. kadang² bila aku berbual dengan dia, pandai pula dia senyum. alahai anak ayah.



hani sofea. anak ayah yang menjadi penyejuk mata n penawar hati ayah n ibu...



(more pictures of hani sofea, click here)

Friday, June 13, 2008

RINDU...


assalamualaikum wrb,

cant wait for 5.45pm... will take all my belongings at home, drive to bandar tenggara to meet my wife and adorable sofea... i really miss both of them...

sofea is now 10 days old... she has recovered from jaundice... the reading now is about 8.3, my wife sms-ed to me this afternoon... thanks to Allah for His bliss to us...

sofea dah makin besar sekarang. beratnya dah bertambah kepada 3kg lebih. tali pusat pun dah tanggal, so takdelah dia sakit perut lagi. sometimes sakit jugak, maybe terasa ngilu. tadi masa ambil darah untuk check jaundice, sofea dah tak menangis lagi. anak ayah ni baik. tapi masa nurse datang nak check badan sofea, masa nurse selak baju sofea, sofea menjerit macam marah. bila nurse tanya "eh, marah ke?", sofea boleh pulak berbunyi macam menjawab soalan nurse tadi. pandainya anak ayah ni, nak borak² dengan nurse ye?

bila dekat rumah sensorang, aku tengok gambar² sofea yang wife aku hantar. ada yang tengah tersenyum la, ada yang tengah muncung la, ada yang tengah tidur la. tersenyum aku sensorang dekat rumah. nak buat macammana, diorang ada dekat kampung, tinggallah aku dekat melaka ni.

anak ni anugerah terindah dari Allah untuk kita. bila aku bersama wife aku semasa dia deliver hari tu, aku tahu yang pengorbanan seorang ibu tu amat besar, sampaikan kita sebenarnya memang tak boleh nak balas dengan wang ringgit hatta berjuta sekalipun. terfikir aku, kenapalah ada orang yang sanggup membuang keluarga, lupa ibu ayah dia bila dah berjaya.

cakap pasal buang, bila aku lihat sendiri betapa susahnya seorang ibu melahirkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan, aku terfikir apalah perasaannya orang yang membuang anak. sudah la penat ke hulu ke hilir 'bawak perut' yang besar, lepas tu buang pulak. macammana la diorang deliver sendiri baby tu. takde rasa kasihan sedikit pun. astaghfirullah...

ya Allah ya tuhan kami, Kau jauhkanlah kami dari sifat² manusia yang engkau murkai. jadikanlah kami di kalangan hamba²Mu yang terpilih...

wallahu a'alam...

Wednesday, June 11, 2008

JAUNDICE


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, umur sofea dah masuk hari yg ke 8... rindunya dkt ibu n sofea... wife aku berpantang di johor, so bleh balik tengok dorang weekend je lah... tak sabarnya nak tunggu hari jumaat...

since the birth day, sofea kena jaundice... even dlm rekod pun doktor dah tulis jaundice sofea masa lahir tu dah 9.4 kalau tak silap... the next day (4th), balik johor... on 5th baru pegi klinik utk buat check-up for mom n baby... nurse dtg rumah ptg tu, tgk yg sofea dah kuat kuning dia... kitorang tak aware masa balik johor tu, so on thursday pergi bawak sofea ambik darah... makin naik, dah jadi 10.7... hari jumaat, jaundice sofea makin naik, 11.4... klinik advice utk pergi hosp kota tinggi utk ambik darah on saturday sbb klinik tutup weekend... tp sbb family IL aku nak pergi meminang for my brother IL, maybe akan bawak sofea on sunday...

pg sabtu, nurse datang, check sofea n ibu... dia ckp sofea makin kuning, so ptg tu bawak sofea pegi klinik, dorang bukak khas utk sofea... makin naik, 13.6 kalau tak silap... kitorang dah risau dah... ptg tu aku dah balik melaka, adik aku nak register belajar... hari ahad MIL bawak sofea pegi amik darah, makin naik, dah cecah 14.8 lebih kurang... nurse ckp kalau still tak turun esok, kena warded...

esoknya, ibu n MIL bawak sofea pergi klinik ambik darah... alhamdulillah turun balik jd 12.3 lebih kurang... semalam tak ambik darah, sbb hari isnin dah turun, so tunggu today tgk camne... hopefully makin turun...

utk jaundice, mcm² petua dh kitorang dapat... ada yg suruh jemur bawah matahari pg, ada yg tak bg jemur, ada yg ckp mandikan dgn bunga (tak tau apa nama dia) yg boleh beli dkt kedai sensei, ada yg tak bg mandi camtu, ada yg suruh minum air susu kambing segar, ada yg ckp mak dia je minum tp baby tak boleh, ada yg suruh mandi dgn nila basuh baju dll petua² yg kitorang dapat...

yg penting, susu kena minum, banyak kena minum... budak yg kena jaundice ni selalu nak tido je, malas nak minum... kena kejut dia minum, paling kurang 2 jam sekali... bila dia membuang, masa tu la jaundice dia tu keluar sekali dari badan... itu jugaklah yg aku dpt dari sini...

jap lg ada meeting kat melaka, lepas tu petang plak ada meeting dkt cyber... huhuhu... skrg boleh la pegi cyber sbb wife pun dah bersalin n ada dkt melaka... kalau mcm last² nak bersalin dulu, tak berani aku nak pergi cyber... takut apa² nanti tak sempat nak balik melaka...

ok, sambung kerja...

Thursday, June 05, 2008

hani sofea binti mohd noridzuan


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah... aku nak berkongsi berita gembira ni dgn semua... aku secara rasminya telah bergelar ayah kepada anak perempuan aku HANI SOFEA BINTI MOHD NORIDZUAN yg seberat 2.76kg telah selamat lahir pada 3 jun 2008 pukul 9:04 pagi waktu malaysia, di hospital pantai ayer keroh, melaka...

kalau ikutkan, sofea still 36 weeks dlm perut ibu dia on the day dia lahir... tp sebab tak sabar nak tengok ibu dgn ayah dia, sbb tu dia keluar cepat tu ;-)

masa deliver, aku duduk side by side dgn wife aku dkt labour room, from 1am (contraction) sampai la dia bersalin... so sesiapa yg tak pernah experience duduk dgn wife korang dalam labor room masa dia bersalin, you should have that... masa tu baru la korang tahu betapa tingginya pengorbanan seorang ibu, dari mula mengandung, morning sickness, sampai la ke deliver...

ya allah ya tuhan kami... kami bersyukur kpdMu di atas kurniaan zuriat kami ini... semoga dia menjadi anak yang solehah, yg taat pada perintahMu, menghormati org tua dan berpekerti mulia seperti hamba-hambaMu yg terpilih... amin...





HANI - delighted, SOFEA - beautiful... Hani Sofea, kecantikan yg menggembirakan... semoga dia akan cantik keseluruhannya, insya allah...

wallahu a'lam...

Wednesday, May 14, 2008

UPDATES!!!


assalamualaikum wrb,

huhu, lama dah tak update blog nih... busy banget... lg satu asyik outstation jek... tak sempat nak update blog pun...

walaupun azam nak rajin tulis blog, tp bila keadaan sibuk dah menekan diri, takde la hasilnya dkt sini... so sementara tgh run something dkt I*EMS, aku ambiklah masa sket nak tulis...

sepanjang sebulan ni banyak yg berlaku... dwen junior dah diketahui jantinanya... baby apa? hehehe mana leh kasi tau dkt khalayak ramai... tunggu je... by the way, mrs dwen dah mengandung 8 bulan lebih or 33 weeks, rasanya cam baru je kahwin kan? alhamdulillah, setakat ni tiada masalah yg kritikal berlaku... baby pun semakin aktif menendang² perut ibu dia, mcm tak sabar nak tengok dunia ni... alhamdulillah, allah berikan peluang kpd aku utk mendapat rezeki yg berlimpah ruah... alhamdulillah...

krisis dunia... dgn inflasinya, semua barang keperluan naik harga... cord ada buat posting pasal inflasi, boleh baca dkt sini... nice posting and info pasal inflasi... lagi, kes rekod malaysia, mahkamah tinggi syariah benarkan kes murtad... utk cerita lanjut baca di sini... hmm, apa nak jadi la sekarang ni...

kerja... aku semakin kerap ke cyberjaya... banyak meeting la plak skrg ni... dgn nak implement new enterprise accounting pastu dgn transfer pricing ni... banyak benda yg kena setup, dgn systemnya, dgn flownya, dgn blueprintnya etc... benda ni baru, so kena banyak brainstorm dgn other departments...

kahwin... akmar dah nak kahwin, shah pun dah nak kahwin... zarina officemate aku pun dah kahwin, pakcik mrs dwen pun nak kahwin... maaf, aku tak dapat datang majlis korang, sbb wife aku dah sarat sangat ni... nak pegi jauh² tak berani...

tunang... abg ipar aku dah nak bertunang... wops! jeng jeng jeng... heheheh... tak caya ke? dgn siapa? heheheh mane leh kasi tau... tanya la dia sendiri hahahaha...

yg lain, bulan depan dah kena standby dkt melaka... mrs dwen dah sarat sangat... mr dwennya pun seb baik tak sarat jugak hahahaha... tp tgk la nanti masa mrs dwen confinement, mr dwen pun nak confinement skali la hehehe...

ok, tu je kali ni... hopefully lebih consistent dgn issue2 semasa n personal yg baru... insya allah...

wallahu a'lam...

Monday, April 14, 2008

B*BI OH BA*I...


assalamualaikum wrb,

artikel ini dipetik dari Harakahdaily.Net

=======

Bila BN kalah pilihan raya, babi pun jadi mangsa

Tidak tahulah bila isu tapak ternakan babi moden warisan kerajaan BN Selangor bakal reda. Sehingga rencana ini ditulis, media massa utama khususnya TV3 dan Utusan Malaysia menjadikan isu babi itu sebagai 'hidangan utama' mereka.

Bukanlah menjadi satu kesalahan kepada media massa pro-BN untuk mengetengahkan isu rakyat termasuk isu babi ini. Tetapi sejak ia dicetuskan oleh berita tunjuk perasaan puluhan penduduk kampung dari daerah Sepang di hadapan Bangunan SUK, Shah Alam; isu babi ini dipolitikkan dan dijadikan bahan untuk menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Ironinya, walaupun sudah puluhan tahun ladang ternakan babi bertapak di daerah Sepang, bantahan mengenainya hanya kedengaran setelah baru sebulan pentadbiran Selangor bertukar tangan. Sehingga kini, terdapat 137 ladang babi peninggalan pentadbiran kerajaan BN terdapat di Selangor. Jumlah keempat tertinggi selepas Pulau Pinang, Perak dan Kelantan, dakwa Utusan Malaysia!

Yang lebih membingungkan, projek tapak ternakan babi moden itu telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008. Mustahil bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohd Khir Toyo dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Dato' Noh Omar tidak mengetahuinya?

Malah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari mendedahkan bekas Setiausaha Politik Khir Toyo pernah mengadakan lawatan ke Jerman bersama wakil penduduk Kampung Ladang Tumbuk, untuk melihat lebih dekat teknologi penternakan babi secara moden di sana.

Malah wakil-wakil penduduk terbabit, jelas Yaakob bersetuju dengan kaedah penternakan babi di Jerman itu dan tidak keberatan untuk menyokong pelaksanaan projek yang serupa di Sepang.

Persoalannya, mengapakah wakil-wakil penduduk yang sama tiba-tiba membantah projek yang mereka sokong semasa pentadbiran BN?

Jawapannya adalah kerana sentimen politik. Kawasan Sepang adalah antara saki baki kubu BN yang masih bertahan selepas dilanda tsunami politik pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Calon BN, Dato' Mohd Zin Mohamed menang di Parlimen Sepang mengalahkan calon PAS, Mohamed Makki Ahmad dengan majoriti 4849 undi berbanding majoriti 18837 undi pada 2004.

BN juga menang di 2 Dun majoriti Melayu di Tanjong Sepat dan Dengkil dengan majoriti rosot berbanding 2004.

Di Dun Sungai Pelek yang mempunyai komposisi 41.03% Melayu, Cina (37.86%) dan India (20.81%), calon BN tewas di tangan DAP dengan majoriti 1572 undi. BN menang di Sungai Pelek pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 4107.

Jelas usaha Umno untuk mempolitikkan isu ternakan babi ini lebih bertujuan memainkan sentimen kaum sekaligus cuba menjuarai isu-isu kepentingan Melayu di Sepang dan Selangor umumnya.

Cubaan mempolitikkan isu ini diserlahkan dalam kain-kain pemidang yang dijulang para penunjuk perasaan di hadapan Bangunan SUK, baru-baru ini. Foto tiga ekor babi yang setiap satunya tertulis perkataan DAP, PKR dan PAS dipaparkan melalui baner. Babi yang ditulis perkataan PAS ditunggang oleh seorang Arab Badawi - mengingatkan kita tentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah mengetuai jawatankuasa bertindak isu JE (Japanese Enphylitis), Bukit Pelanduk, Port Dickson (yang menyaksikan puluhan ribu babi dihapuskan kerana dikesan membawa virus JE).

Para pemimpin Umno Selangor juga mendakwa projek ternakan babi secara moden itu sebagai 'hadiah' kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat.

Malah, Utusan Malaysia dalam laporannya cuba memburuk-burukkan Kelantan dengan mendakwa negeri tersebut mempunyai ladang babi ketiga tertinggi di Malaysia (151 ladang) di belakang Pulau Pinang (227) dan Perak (152).

Akhbar yang sama bagaimanapun tidak mendedahkan statistik ladang babi di negeri-negeri dikuasai BN khususnya Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagaimanapun statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menunjukkan Kelantan hanya mempunyai 682 ekor babi yang semuanya diternak di belakang rumah oleh penduduk-penduduk Siam-Buddha di jajahan Tumpat.

Soalnya, dari manakah statistik ladang babi Kelantan itu diperolehi Utusan? Dan mengapakah maklumat palsu itu diwar-warkan jika bukan bertujuan mengocak sentimen pembaca?

Apa yang pasti para penduduk di daearah Sepang dan Hulu Langat perlu diberikan penjelasan sebenar berhubung isu ini. Amat malang jika penduduk menjadi mangsa percaturan politik pihak-pihak tertentu yang dihinggapi sindrom hilang kuasa.

Isu yang perlu difahami para penduduk berkaitan cadangan projek tapak penternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Hulu Langat adalah:

* Ia adalah pelaksanaan konsep peladangan babi moden (MPF) yang diputuskan kabinet Kerajaan Pusat BN pada Julai 2007. MPF mempunyai empat kriteria iaitu ladang tertutup; mempraktikkan pengolahan sisa buangan sifar (zero discharge); membangunkan infrastruktur yang baik dan mencukupi untuk ternakan; dan menetapkan kuota untuk pengeluaran babi.

* Ia adalah projek MPF yang telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008; di saat kerajaan negeri masih ditadbir BN.

* Pelaksanaan projek telah mendapat persetujuan wakil-wakil penduduk kampung Ladang Tumbuk yang telah melakukan lawatan kerja ke Jerman bersama bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

* Projek bernilai RM100 juta ini bukan bertujuan menambah kapasiti dan keluasan ternakan babi, sebaliknya erperanan memusat dan mengawal penternakan babi di daerah Sepang dan Hulu Langat.

* Tiada lesen baru ternakan babi akan dikeluarkan kerajaan negeri selepas projek ini terlaksana.

* Najis dan sisa kumbahan babi dari ladang akan dikumpulkan dalam satu takungan bercampur sisa rumput, yang kemudian menghasilkan bio-gas untuk menjana kuasa elektrik bagi keperluan ladang.

* Tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang sekaligus membanteras pencemaran air, bau dan alam sekitar yang kini dialami penduduk.

* Projek seluas 119 ekar itu tidak dibiayai kerajaan negeri sebaliknya dibiayai penternak. Sebagai contoh, para pengusaha ladang dikenakan bon sebanyak RM40 juta untuk membiayai kos pengambilan tanah.


Sehubungan itu isu berhubung projek penternakan babi moden ini perlu difahami dan diteliti sungguh-sungguh oleh pihak-pihak terbabit.

Rundingan dan pandangan daripada masyarakat setempat perlu bagi memastikan projek yang dirancang mampu menyelesaikan masalah peninggalan kerajaan BN ini.

Di masa yang sama, media massa dan para pemimpin Umno negeri perlu lebih bertanggung jawab dengan tidak memainkan sentimen masyarakat.

Kegagalan kerajaan negeri BN di Negeri Sembilan dan Melaka dalam mengawal penternakan babi perlu dijadikan iktibar.

Amaran Yaakob bahawa kerajaan negeri tidak teragak-agak mendedahkan dokumen rasmi berhubung projek yang telah diluluskan MTES pada 9 Februari lalu perlu diberi perhatian serius pemimpin Umno negeri.

Jangan jadi bagai meludah ke langit terkena batang hidung sendiri ataupun menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Mungkin Karam Singh Walia punyai perumpamaan yang lebih baik bagi mengulas isu babi dan BN ini?

=======

tak habis lagikah melatah, wahai warga sarkis?

Wednesday, April 09, 2008

SARKIS!


assalamualaikum,

tu la sikap org 'sarkis'... dah buat, pastu tak mengaku...

=======
(source : Harakahdaily.net)

Kenyataan Kerajaan Negeri Selangor mengenai projek ternakan babi

Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu.

Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Dato' Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.

Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.

Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming.

Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.

Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar 'one stop' yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

=======

lu fikirlah sendiri!

Friday, April 04, 2008

Wednesday, April 02, 2008

BOIKOT PRODUK BELANDA? 2ND THOUGHT...


assalamualaikum wrb,

2 3 hari ni org asyik bercerita tentang filem FITNA yg diarahkan oleh seorang ahli parlimen belanda, geert wilders (mmg wild pun!)... ada juga yg bercerita tentang 'adik' genius kita, sufiah yusof yg sudah bertukar kerjaya di UK...

mengenai filem Fitna, umum menyarankan utk memboikot produk belanda... di mydin misalnya sudah membuat pelekat merah 'barang keluaran belanda' di semua barang keluaran belanda yg dijual oleh pasaraya tersebut... banyak blog yg membuat keputusan utk memboikot produk keluaran belanda, especially 3 main products i.e. shell, dutch lady dan phillips...

dlm banyak² blog yg hampir kesemuanya memboikot tanpa memberi penjelasan, ustaz hasrizal (SaifulIslam.Com) membuat penjelasan perlu or tak perlu kita boikot produk² tersebut... dia tak ckp tak boleh, tp memberi 2nd thought sebelum kita buat keputusan...

dkt bawah ni aku siarkan artikel dr ustaz hasrizal mengenai boikot produk belanda ni... baca la ye...

=======

Fitnah Filem Fitna!


Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah wajar tindakan begitu dan bagaimanakah kesannya ke atas rakyat Malaysia yang tidak pernah menyetujui perbuatan sumbang ahli Parlimen tersebut?

Inilah perbandingan awal yang saya lakukan, untuk menjustifikasi seruan pelbagai pihak agar kita semua memboikot barangan negara Belanda, hanya disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.

Jika kita memandang Belanda dengan pandangan silam, bahawa Belanda itu bekas kuasa imperialisma yang menjajah Indonesia, kita tidak akan berfikir dua kali tentang tindakan memboikot itu. Ia adalah pandangan musuh terhadap musuh. Seolah-olah kaki Belanda masih berpijak dan memijak bumi kita.

Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya
sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?

Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!

Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu:

On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.
The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.
The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.
We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.
Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.
We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.
The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’
[www.government.nl]


REAKSI SAUDARA MUSLIM DI BELANDA

Pertubuhan-pertubuhan Islam di Belanda sendiri telah memberikan reaksi yang mesti kita teliti sebelum sewenang-wenangnya melancarkan boikot itu.

Agensi Berita Belanda (ANP) telah melaporkan bahawa jurucakap National Committee of Maroccans (LBM) telah menggambarkan betapa kecenderungan untuk berlakunya rusuhan di Belanda adalah amat rendah, hasil tindakan efektif kerajaan Belanda menangani isu ini. ANP juga menyatakan bahawa Mustafa Biltunku, Imam dari Eyup Sultan Mosque di Amsterdam tidak menonton video itu dan memberikan komentar, “jangan pedulikan filem itu. Seandainya kita terus melayannya sedangkan ia tidak layak untuk diberi liputan, selagi itulah ia akan menjadi lebih penting. Itu nasihat saya kepada orang ramai”.

Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya.

Bekas Imam Besar pertubuhan Milli Gorus itu tadi, M. Hulusi Uyne juga tidak berasa apa-apa terhadap filem itu. Katanya, “reaksi sebegini (seperti filem Fitna ini) sudah kita lihat semenjak turunnya wahyu al-Quran. Al-Quran dan Islam adalah cukup agung untuk menepis dakyah sebegini”.

ANP juga melaporkan bahawa seorang ilmuan Islam di Belanda, Sheikh Fawaz, telah menyeru umat Islam supaya bertenang. Beliau berucap kepada ratusan Muslim di Reormond. Katanya, “kita tidak sepatutnya pergi membaling batu ke tingkap hanya kerana filem ini, kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Geert Wilders”. Beliau menyampaikan ucapan ini di dalam sesi debat bersama kaum Kristian di dalam sebuah majlis yang diatur oleh gerakan Pemuda Salaf al-Feth.

Sheikh Fawaz menyimpulkan bahawa, “Geert Wilders telah memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks”.

PAKAI KASUT MUSLIM EROPAH

Sebagai bekas Imam yang pernah bertugas beberapa tahun di Eropah, saya tidak akan sama sekali bertindak melulu mengambil jalan mudah dengan melancarkan boikot, hatta demonstrasi. Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan, termasuklah mempersoalkan peranan Muslim dalam membina imej Islam itu sendiri di mata rakyat Eropah dan dunia umumnya.

Sejauh manakah integrasi Muslim di Belanda, di Eropah dan di dunia umumnya dengan masyarakat non Muslim di sekitarnya? Selarikah ajaran Islam yang tercatat di dalam al-Quran, dengan perlakuan Muslim di sana sini? Rasa hormat orang kepada kita tidak perlu dipaksa-paksa. Ia datang sendiri. Apabila kita layak menerimanya.

Saya mengendalikan Belfast Islamic Centre pasca kejadian September 11. Masjid kami dibaling batu, umat Islam dimaki hamun, tetapi ia hanya seketika. Sikap tenang dan keterbukaan kami dalam menyediakan dialog dan ruang belajar serta mengajar, telah banyak merawat persepsi buruk terhadap Muslim.

Ayat-ayat tentang peperangan yang dipetik oleh Geert Wilders itu sememangnya ada di dalam al-Quran. Tetapi ia perlu dihuraikan mengikut konteks yang betul. Apakah wajar misalnya Muslim berhujah, banyaknya tuduhan zina terhadap Nabi di dalam Bible sebagai punca kepada seks bebas di Belanda dan Barat? Hal-hal seperti ini memerlukan kepada engagement dan bukannya isolation atau segregation apatah lagi konfrontasi yang tidak kena tempat.

ASAS PERTIKAIAN

Saya mempertikaikan tindakan boikot bukan kerana mempersoalkan keupayaan melaksanakannya, atau kerana saya bergantung hidup kepada produk-produk Belanda. Saya mempertikaikannya kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan malah lebih cenderung kepada sentimen Jahiliyyah.

Geert Wilders bukan Belanda. Dia hanya SEORANG ahli politik radikal yang murahan. Apakah rasionalnya seluruh Belanda mahu dihukum atas tindakan satu individu? Saya gerun dengan ancaman Allah SWT ke atas perbuatan zalim yang diharamkan-Nya dengan ancaman.

Saya lebih terbeban dengan tanggungjawab mendidik.

Tetapi kerja seperti itu memang tidak nampak jantannya! Ia perlahan, ia mereda kocak emosi yang panas, tetapi bukankah itu yang selalu diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri?

REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH

Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.

Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”

Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.

Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.

Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

=======

so sekarang kita buka fikiran kita utk menilai perkara yg perlu utk dilakukan... wallahu a'lam...