Friday, July 11, 2008

NO TITLE


assalamualaikum wrb,

lama tak post. agak sibuk kebelakangan ni. sibuk dgn kerja tu of course. banyak lagi benda yg berlaku for the first ten days in july 2008. pakcik wife aku kahwin (by the way, pakcik dia sebaya dgn aku huhuhu). congrats nazri n emma. may allah bless both of you, sampai akhir hayat (bukan sampai anak cucu je). end of june hari tu buat dkt melaka, minggu ni buat dkt johor plak.



sofea dah makin pandai. semalam atuk dia belikan dia buai. dapat naik buai, menyengih memanjang. sambil tidur pun sengih. happy la tu dapat toy baru. sekarang ni mudah sikit mrs dwen, sbb sofea ni susah nak tido sendiri. mesti kena pangku, tepuk² baru nak tido. lepas kita ingat dah tido, letak balik dkt tilam, mesti dia merengek. manja anak ayah ni.

minggu ni bawak balik melaka, kebetulan hari selasa pun ada check-up dkt hospital pantai. ibu n baby sekali.

akademi nasyid, kumpulan farhan berada di tempat pertama dgn 31%, satu pencapaian yg membanggakan. strategi yg dirancang oleh kami berjaya. farhan membawa lagu 'kau teristimewa' yg dipopularkan oleh adibah noor. overall, ok tp end of song tu mcm kantoi sikit. harap dapat dibaiki lg utk konsert yg seterusnya. kali ni, ana dari pulau pinang pula yg terkeluar. tinggal lagi sorang la peserta perempuan. apa lagi, teruskan mengundi FARHAN. hantarkan SMS anda dgn menaip AN *jarak* FARHAN dan hantarkan ke 33399.



mcm biasa, second half of the year aku akan sibuk dgn preparation company's business plan. buat briefing to all departments, buat templates, cuma tahun ni ada benda baru yg perlu dibuat. management introduce transfer pricing (or internal recharges dlm context inter-department) dgn enterprise accounting. quite tough, kena implement the system, procedures, etc. will be effective on 1 jan 2009.

last week, aku tak balik johor. ada strategic planning retreat yg dibuat di avillion admiral cove, port dickson. overall, ok. tempat pun best, tengok dkt internet harga dia quite reasonable, so bleh pergi bawa family. facilitators bentang strategic plan of the company, participants kena contribute idea how to implement them. for me, bagus utk company sbb dgn cara ni, target or objectives of the company dapat sampai ke roots. most of the top management ni bila ada news or apa² yg berkaitan dgn vision or mission of the company, jarang nak sampaikan dkt anak buah dia. habis meeting, habis (bos org lain, bukan bos aku hehehe). so dgn adanya retreat ni, kita dapat share the idea, in the same time kita dapat tahu apa sebenarnya problem academicians yg sebelum ni mcm tak disampaikan ke top management.

ok, habis for personal. sekarang kita pergi pada current issues. apa dia? hehehe statutory declarations penyiasat persendirian, bala, yg dalam masa tak sampai 24 jam. kalau tengok dkt banyak blog, masa 1st announcement of SD tu muka dia begitu ceria, lepas tu bila dia buat media statement nak batalkan 1st SD lepas tu buat 2nd (yg of course nama² 'org² penting' dah hilang), muka dia begitu depress. mana satu yg depress, mana satu yg dibuat dlm keadaan relief? rakyat sendiri yg boleh tentukan.

sejurus lepas buat 2nd declaration, bala dan keluarganya hilang. anak saudaranya buat report polis tentang kehilangan pakciknya yg jelas sekali seperti diugut utk menarik balik 1st SD tu. polis mengesyaki bahawa bala dan keluarga (yg ditimpa bala) 'disembunyikan' ataupun 'menyembunyikan diri'. siapa la yg nak kenakan dia ni. lu fikirlah sendiri!

ramai political analysts nampak yg percaturan penasihat PKR dgn TPM ni menguntungkan (or any other word yg lebih sesuai) PM sendiri. dgn keadaan yg bersahaja dari dulu, beliau membiarkan 'diorang-diorang' ni settlekan masalah peribadi diorang. 'liwat' vs 'scandal', allah yg maha mengetahui.

semalam, PM dah announce successor dia yg akan beralih kuasa pada june 2010. dlm nada terharu, dia kini kena selesaikan masalah dia yg sedang dihadapi kini. nampak seperti PM memberi tempoh 2 tahun utk TPM selesaikan masalah dia. berjaya atau tidak, bolos saja dinding itu hehehe.

dalam masa yg sama, pakatan rakyat akan mengemukakan usul tidak percaya pada PM semalam. sudah pastinya ditolak oleh speaker dewan rakyat. kita tunggu dan lihat.

nak info lagi, surf la sendiri.

wallahu a'lam.

No comments: