Friday, June 13, 2008

RINDU...


assalamualaikum wrb,

cant wait for 5.45pm... will take all my belongings at home, drive to bandar tenggara to meet my wife and adorable sofea... i really miss both of them...

sofea is now 10 days old... she has recovered from jaundice... the reading now is about 8.3, my wife sms-ed to me this afternoon... thanks to Allah for His bliss to us...

sofea dah makin besar sekarang. beratnya dah bertambah kepada 3kg lebih. tali pusat pun dah tanggal, so takdelah dia sakit perut lagi. sometimes sakit jugak, maybe terasa ngilu. tadi masa ambil darah untuk check jaundice, sofea dah tak menangis lagi. anak ayah ni baik. tapi masa nurse datang nak check badan sofea, masa nurse selak baju sofea, sofea menjerit macam marah. bila nurse tanya "eh, marah ke?", sofea boleh pulak berbunyi macam menjawab soalan nurse tadi. pandainya anak ayah ni, nak borak² dengan nurse ye?

bila dekat rumah sensorang, aku tengok gambar² sofea yang wife aku hantar. ada yang tengah tersenyum la, ada yang tengah muncung la, ada yang tengah tidur la. tersenyum aku sensorang dekat rumah. nak buat macammana, diorang ada dekat kampung, tinggallah aku dekat melaka ni.

anak ni anugerah terindah dari Allah untuk kita. bila aku bersama wife aku semasa dia deliver hari tu, aku tahu yang pengorbanan seorang ibu tu amat besar, sampaikan kita sebenarnya memang tak boleh nak balas dengan wang ringgit hatta berjuta sekalipun. terfikir aku, kenapalah ada orang yang sanggup membuang keluarga, lupa ibu ayah dia bila dah berjaya.

cakap pasal buang, bila aku lihat sendiri betapa susahnya seorang ibu melahirkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan, aku terfikir apalah perasaannya orang yang membuang anak. sudah la penat ke hulu ke hilir 'bawak perut' yang besar, lepas tu buang pulak. macammana la diorang deliver sendiri baby tu. takde rasa kasihan sedikit pun. astaghfirullah...

ya Allah ya tuhan kami, Kau jauhkanlah kami dari sifat² manusia yang engkau murkai. jadikanlah kami di kalangan hamba²Mu yang terpilih...

wallahu a'alam...

No comments: