Monday, June 30, 2008

VOTE FOR FARHAN! SMS AN(JARAK)FARHAN KE 33399


assalamualaikum wrb,

entry kali ni dibuat khas untuk kawan-kawan aku, kumpulan FARHAN yang terpilih antara 12 peserta terakhir utk pertandingan AKADEMI NASYID, yang disiarkan secara langsung pada setiap sabtu malam ahad di tv9, dekat di hati.

kumpulan mereka membawa identiti lagu-lagu bercorak ketuhanan yang segar. pernah mendapat tunjuk ajar drp ramai guru vokal terkemuka negara antaranya cikgu siti hajar, dan mendapat juga bimbingan dari saudara nazrey johani, ex-raihan. sudah ada single bertajuk 'ya muhammad'. boleh didengar di laman web rasmi mereka, halamanfarhan.



minggu pertama (minggu pengenalan), FARHAN membawa lagu suci sekeping hati yg dipopularkan oleh kumpulan saujana. FARHAN membawa lagu tersebut dgn baik dgn sentuhan dan nafas baru yg diarrange rapi.



minggu kedua, FARHAN membawa lagu iman mutiara yg pernah dipopularkan oleh kumpulan raihan. juga dalam irama yg lebih segar dan sedap didengar.

tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. FARHAN tergolong antara 3 peserta terbawah. berdasarkan juri, FARHAN mendapat peratusan yg lebih baik, tetapi undian dari peminat tidak menyebelahi mereka. alhamdulillah, perjuangan FARHAN masih diteruskan. takziah kepada kumpulan wanita, SOFIEYA yg telah terkeluar pada penyingkiran yang pertama.

oleh itu, undilah farhan. SMS AN(jarak)FARHAN dan hantarkan ke 33399. saksikan galeri akademi nasyid pada setiap sabtu pada pukul 1.30tgh hari (selepas carta nasyid) dan siaran langsung akademi nasyid pada sabtu malam ahad pada pukul 8.30 malam.

berikan sokongan anda!

halaman rasmi - halamanfarhan

rakan artis - rakanfarhan

No comments: