assalamualaikum wrb,
hari sabtu hari tu lepas kenduri makcik mrs dwen, parents in-law follow ikut balik melaka sebab besoknya ada kenduri dkt masjid tanah. hari ahad, aku buat operasi membotakkan hani sofea. majlis cukur jambul hari tu setakat gunting gitu-gitu je rambut, tak cukur habis. so dgn berbekalkan gilette dan gunting, aku pun menjalankan upacara yg gilang-gemilang tu hehehe. mrs dwen pangku sofea. kena buat time dia tido, kalau tak silap-silap melalak la sofea tu.
operasi 'botak' mengambil masa selama 2 sessi, pagi dan petang. sebelah pagi ambil masa lebih kurang sejam. lepas tu tengok sofea dah banyak move, lagi satu dia pun dah miang-miang kena rambut sendiri. so tangguh la kejap operasi tu sambung waktu petang pulak.
nak cukur rambut sofea makan masa sikit, sebab rambut dia lebat. ikut ayah dia la kot hehehe. bila dah make sure sofea tido, kitorang bedungkan dia supaya dia tak meronta-ronta sangat. sometimes dia senang terkejut, so bila pakaikan dia bedung, kuranglah sikit dia nak terkejut tak tentu pasal. lepas tu gunting sikit-sikit rambut dia, bila dah agak nipis baru guna shaver.
sessi kedua baru settle semua. alhamdulillah tak luka or menangis sofea. dah bulat dah kepala, takde rambut hehehe. lepas tu mandikan n bagi susu. mesti sejuk je dia sebab kepala dia dah takde rambut.
minggu lepas jugak dapat surat dari HR. alhamdulillah, dapat berita gembira setelah lebih 4 tahun kerja dkt mmu ni. org cakap rezeki anak, rezeki sofea. alhamdulillah, allah mengkabulkan doa aku dan keluarga aku. bila kita berkahwin, allah akan mudahkan rezeki utk kita.
bila aku plan nak kahwin last year, allah bagi kemudahan utk follow mrs dwen transfer ke melaka. lepas tu rezeki pertukaran management + pertukaran salary scale, tak lama lepas tu mrs dwen pregnant, dapat pulak rezeki zuriat. tak lama lepas tu mrs dwen pulak diconfirmkan post dia. lepas tu urusan yg lain-lain amat mudah. alhamdulillah, allah mengkabulkan doa kita. bila berkahwin tu, rezeki memang murah. tak percaya, tanyalah pada org yg dah kahwin tu. kan kengkawan?
ok lah, nanti aku sambung.
wsalam.
No comments:
Post a Comment