Monday, August 16, 2004

DUIT

assalamualaikum,

alhamdulillah, sampai office kul 8:30 pg tadi... jalan jammed le pulak... ada ke patut, tol kat besraya tu dah naik lagi 30 sen... tiap² hari aku kena keluar duit tol RM1.30 x 2 (pergi balik) = RM2.60... duit duit duit...

setiap benda ke, pekerjaan ke, ape ke, memerlukan DUIT... Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal... walau seterror mana, walau sehandal mana kita, walau se'jagoan' mana kita, kita tetapkan perlukan DUIT... tapi kita kena ingat, matlamat tidak menghalalkan cara kita... kalau nak mencuri, boleh je kita gunakan DUIT tapi betul ke cara kita gunakan DUIT tu?

hari sabtu yg lepas, aku pergi satu kuliah dekat bangi... pasal kemerdekaan... adakah kita ni betul² merdeka? mungkin ya, secara fizikalnya, tapi secara lahiriahnya? secara akalnya? adakah kita sudah merdeka? dengan bermacam² jenis konsert disogokkan kepada kita, dgn akademi fantasianya, dgn sure hebohnya, dgn malaysian idolnya, dgn who will winnya, dgn auditionnya, dgn 'apentah lagi'nya... kita fikirla... mana letaknya 'kemerdekaan' kita yg kita bangga²kan tu? setiap tahun kita sambut kemerdekaan, dgn cara kita masing²... tapi adakah cara kita sambut merdeka tu diredhaiNya?

teringat pulak blog post oleh seorang sahabat, pasal reality tv show ni... i want to share it here...

------
1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.

5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.
------

di manakah kita?

wallahu a'lam, cya l8er (*.*)/

No comments: