Friday, January 30, 2004

ROGOL?

assalamualaikum, heheheh... masuk lagi...tajuk kat atas tu kontroversi kan? bukannya apa, setiap hari kita ada dengar pasal kes rogol ni... pakguard rogol org la, ayah rogol anak la, lelaki rogol budak kat nurseri isteri dia la, dan mcm mcm la... to u girls, kena beware la selalu... yg lelaki pulak, kawal nafsu tu... bila dah sampai peringkat wajib kahwin tu, kahwin la... kita kena praktik islam dalam hidup kita... n the article below ni sebenarnya lebih kepada perempuan, tapi kalau pihak lelaki nak cek diri pun boleh la baca... artikel ni sekali lagi dipetik dari utusan malaysia... enjoy it!

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

=======

Rogol: Enam ciri lelaki perlu diawasi

TIADA perbuatan yang lebih dahsyat dan tidak bermoral dari merogol seorang kanak-kanak apatah lagi, seorang bayi yang tidak tahu apa-apa pun.

Anda mungkin tidak percaya bagaimana seorang lelaki dewasa mempunyai tarikan seks terhadap seorang bayi sehingga mendorongnya untuk merogol?

Kejadian sadis ini memang benar-benar berlaku dan setakat ini, ia banyak terjadi di luar negara.

Malah, jumlahnya dikatakan terus meningkat dengan didahului oleh Afrika Selatan, negara yang mempunyai bilangan pembawa dan pesakit HIV/AIDS teramai di dunia.

Afrika Selatan mencatatkan kes rogol tertinggi di dunia iaitu pada kadar 58 kanak-kanak sehari dan setiap 26 saat bagi wanita dewasa.

Tidak dapat digambarkan bagaimana seksanya seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan yang dirogol secara berkumpulan oleh enam orang lelaki berumur antara 24 hingga 66 tahun.

Kejadian itu berlaku di Cape Town, Afrika Selatan lebih kurang dua tahun lalu.

Sementara itu, seorang lelaki di Kent, Washington mengaku bersalah kerana merogol anak perempuannya sendiri yang baru berusia dua bulan. Apa yang menyedihkan, dia dihukum penjara selama enam bulan sahaja.

Trend merogol kanak-kanak dan bayi yang saban hari berlaku di Afrika Selatan ini ada kaitannya dengan mitos tolol yang dipercayai oleh kebanyakan lelaki kulit hitam di sana.

Menurut kepercayaan karut-marut itu, pembawa HIV atau pesakit AIDS yang melakukan hubungan seks dengan seorang dara tidak kira kanak-kanak mahupun bayi, boleh menyapu bersih kuman-kuman penyakit itu daripada badan mereka.

Persoalannya, apakah yang menyebabkan seseorang lelaki itu bertukar menjadi ganas sehingga tergamak merogol kanak-kanak kepercayaan?

Perunding Kesihatan Perilaku, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khalib Abdul Latiff menjelaskan perkara ini dari perspektif psikologi tingkah laku manusia.

"Keinginan nafsu atau meningkatnya libido adalah satu proses fisiologi bagi manusia dewasa dan remaja normal, lelaki dan wanita.

"Ia terkawal apabila seseorang itu mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang didukung oleh nilai-nilai moral yang tinggi,'' katanya.

Sebaliknya, orang yang mempunyai nilai moral yang lemah atau langsung tiada nilai, apabila terangsang akan terdorong kepada nilai binatang yang melampau.

Menurutnya, adalah agak sukar untuk menentukan ciri-ciri perogol apatah lagi yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak.

Beliau turut menjelaskan bahawa tidak semua perogol kanak-kanak yang melibatkan kes jenayah, adalah fidofil.

Fidofilia merupakan sejenis gangguan psikologikal yang mana seksualnya lebih menyukai kanak-kanak yang belum mencapai usia baligh.

Bagaimanapun sebagai panduan, mungkin ciri-ciri manusia seperti berikut mesti diawasi walaupun ia tidak boleh dianggap perwatakan khas perogol.

- Pendiam dan selalu mengasingkan diri

- Perilaku yang tidak stabil, cara hidupnya tidak dapat dibaca dan tidak mempunyai satu cara hidup yang rutin

- Tidak aktif berpersatuan, bergaul mahupun bersosial. Masanya banyak dihabiskan dengan diri sendiri dan mungkin melayan fantasinya.

- Dia tidak mempunyai aktiviti umum yang khusus atau hobi seperti memancing, bermain golf, bertemu rakan-rakan di kedai mamak dan sebagainya.

- Melakukan kerja yang tidak melibatkan aktiviti fizikal kecuali petugas yang sememangnya bekerja di dalam bidang pengurusan, penyeliaan dan akademik yang banyak menggunakan mental.

- Kerja `relaks-relaks' dan suka memerhatikan orang. Mereka seperti ini banyak melayan perasaan.

Aktiviti yang dilakukan selalunya tidak berapa positif seperti merokok, termenung, mendengar radio dan menonton televisyen. Melainkan jika mereka rajin membaca bahan-bahan yang serius dan berat.

Mereka yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan agama dan moral. Dia tidak jahat tetapi kepalanya ligat mencari peluang dan ruang.

Biasanya, orang ini tidak mempunyai aktiviti tetap yang boleh menyibukkan dirinya dengan sesuatu perkara untuk diberikan tumpuan.

Dr. Khalib berkata, manusia yang lebih banyak dipengaruhi nilai binatang, keadaannya menjadi sudah tidak waras dan terkawal, tidak mengenal siapa dan tidak ingat apa-apa lagi yang dilakukan.

Baginya, nafsu yang sedang bergelodak mesti dipuaskan dengan apa cara sekalipun manakala ejakulasi mesti berlaku secara sempurna.

Fantasi seks

"Nilai mangsa sudah tidak ada lagi di dalam dirinya dan jika mangsa meronta, menjerit atau melawan, usaha akan dilakukan agar si mangsa tidak sedarkan diri,'' katanya.

Beliau berpendapat, dalam kebanyakan kes yang sukar, mangsa akan dijerut, pukul, cekik atau diberikan tumbukan kuat sebelum keinginan nafsunya dipenuhi.

Tindakan ini perlu dilakukan dalam keadaan yang seselesa mungkin, ertinya si mangsa perlu berada di dalam keadaan menyerah walaupun sudah tidak bernafas lagi.

Selain itu, ia perlu diselesaikan dengan kadar segera semasa kelakuan seksualnya masih memuncak.

Dr. Khalib berkata, kewarasan akan timbul sejurus selepas ejakulasinya selesai sebelum disusuli rasa berdosa, bersalah, takut, menyesal dan sebagainya.

Akibatnya, perogol berusaha untuk menyembunyikan kesalahannya itu sama ada mangsa dibuang atau pemangsa cabut lari.

Masalah timbul jika pemangsa masih hidup dan dengan desakan kewarasan yang mula pulih, pemangsa yang bingung akan bertambah keliru manakala yang `cerdik' akan melarikan diri.

"Rogol beramai-ramai juga berlaku tanpa kewarasan disebabkan oleh nafsu yang memuncak dan suasana yang sangat `mengajak' akibat terangsang dengan rakan-rakan yang sedang melakukannya atau terlihat bahagian tubuh mangsa yang terdedah,'' katanya.

Mengulas lanjut amal perbuatan manusia, seseorang itu juga boleh mempamerkan nilai binatang meskipun mempunyai nilai moral yang kuat.

Ini berlaku apabila adanya keinginan untuk membalas dendam, kecewa, marah dan lain-lain sebab yang menyebabkannya berasa tiada siapa lagi yang boleh menyelesaikan masalahnya.

Setelah melakukannya, dia akan puas dan perbuatannya adalah khusus, memilih dan masih ada pertimbangan.

Mereka yang tiada pertimbangan adalah yang telah nekad melakukan jenayah dan dikategorikan sebagai maniac seperti perogol dan pembunuh bersiri, pencuri serta perompak,'' katanya.

Walaupun bilangan jenis ini umumnya tidak ramai namun padah yang dibawa olehnya adalah sangat serius.

Kesan lembut (jangkitan saluran kencing, kecederaan kemaluan dan hilang dara), kesan pertengahan (jangkitan HIV, Hepatitis B, kecederaan fizikal) dan teruk (kehamilan, trauma mental dan sosial, kematian).

Terdapat juga jenis manusia abnormal yang sedia mempunyai hormon seks berlebihan yang akan memandunya ke arah keinginan seks yang tidak puas-puas.

Ini berlaku kepada kalangan manusia yang secara psikiatriknya terbukti memiliki penyakit keinginan dan fantasi seks yang sangat melampau.

Mereka ini mempunyai kawalan yang baik dan tidak melakukan tanpa kewarasan fikiran sehingga mencetuskan jenayah.

Tetapi, mereka mungkin menceburkan diri di dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengannya,'' katanya.

Ditanya saranannya bagi menangani permasalahan jenayah terlalu serius dan melampau sehingga mengakibatkan kematian, kesengsaraan biologi dan mental, Dr. Khalib berkata, langkah terbaik adalah dengan cara membendungnya.

Jenayah seksual hanya boleh dibendung dengan dua cara sahaja iaitu:

1 - Memantapkan ilmu dan nilai agama, moral dan budi pekerti yang terancang, multidisiplin, bersepadu di peringkat pusat, berpanjangan dan sentiasa terpantau.

Pelaksanaan di peringkat komuniti mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya bagi membina manusia yang nafsunya `terbungkus' dengan nilai-nilai murni. Lebih penting, ia dikawal sendiri oleh hati dan perasaannya.

2 - Menyediakan persekitaran fizikal, media, sosial, politik, ekonomi, teknologi, budaya, adat dan lain-lain yang kondusif untuk membina kehidupan positif dan terbimbing ke arah kemakmuran keluarga, negara, agama, budaya dan bangsa.

Menurutnya, jika dua pendekatan ini dilakukan dengan betul, dalam jangka panjang, akan lahir satu generasi masyarakat yang kuat bekerja, bermoral dan patuh kepada ajaran agama.

Mengenai bentuk hukuman kepada pesalah laku seks ini, beliau berkata, hukuman adalah tindakan reaktif sedangkan membendung adalah tindakan proaktif.

Sehubungan itu, membendung adalah lebih baik kerana apabila sesuatu perkara itu sudah berlaku, ia tidak memberi apa-apa makna lagi.

Lagipun bilangan yang telah terjadi jauh lebih kecil berbanding bilangan yang belum terjadi iaitu mereka yang berisiko meliputi semua orang,'' katanya.

Tambahnya, kes yang tertangguh atau ruang untuk merayu tidak akan menakutkan sesiapa.

Sebab itulah, katanya, banyak jenayah masih terus berleluasa meskipun mereka tahu ia boleh mati di tali gantung.

Dr. Khalib berpendapat, adalah baik menjadikan hukuman reaktif sebagai pengajaran kepada umum terutamanya bagi mereka yang berjinak-jinak untuk menjadi pemangsa.

Untuk hasil yang lebih berkesan, ia mesti dilaksanakan dengan cara yang berbekas di hati masyarakat dengan menjadikan mereka sangat takut.

Mati di tali gantung, sebat dan sebagainya, tidak akan berkesan sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul.

Kesengsaraan mesti didedahkan sebagai iktibar dan pengajaran,'' katanya.

=======
ISTERI SOLEHAH?

assalamualaikum,

pagi ni aku nak copy + paste artikel dari utusan malaysia... ntah, mcm best je artikel ni... hope u'll share the same opinion with me...

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

=======

Ciri-ciri isteri solehah
- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).

- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.

- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).

- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

=======

cya l8er (*.*)/

Thursday, January 29, 2004

KAWAN

assalamualaikum,

pagi ni mendung sikit, tapi takde la sampai kat dalam rumah ni mendung kan... dalam rumah ceria dgn lagu rabbani (album EPIK) yg ala ala latin pun ada, disko pun ada, semua ada la... terhenjut² kepala gak kengkadang eheheh...

semalam sehari suntuk aku takde kat rumah, ada urusan sikit dekat gombak... sampai rumah dalam kul 5 petang, tapi masa tu hujan lebat sangat... aku tunggu la dekat area medan selera kat tmn melawati ni, sambil menjamu selera makan nasi ayam... sambil tu, hidung aku ditusukkan dgn aroma sup campur Maphilindo Utara... fuuhhhh, masyuk... abis je makan, aku bungkus la 2 bungkus sup campur tu, buat makan kat umah... dasat dasat...

tetiba terasa rindu pulak dgn kawan² ni, yg lama ke yg baru ke... yg sek rend, sek men, uni, kerja... rasanya kalau boleh la dibuat reunion semua sekali, n if everyone of u guys knows each other, seronok rasanya... 'absence makes the heart grow fonder' - sextus propertius.. is it true?

'each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born' - anais nin

cya l8er (*.*)/

Wednesday, January 28, 2004

RENUNGKAN

assalamualaikum,

Renungkan…….. , Hayati dan fahami…

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Renungkanlah...
SWIMMING POOL

assalamualaikum, sobaahalkhair, smlt pagi, goodmorning :D

pagi ni awal la gak bangun, sebab ada kerja sikit nak setel pagi nih... heheheh, kalau tak atas katil lagi le kot... next week aku start kerja kat tempat baru... kat mana? kat universiti terchenta, MMU... tapi kat kampus cyberjaya la... kenapa dorang letak aku kat cyberjaya?

aku lebih prefer kat melaka sebenarnya... kat melaka la aku kenal dgn life... before tu kat RMC pun aku kenal dgn life jugak, kat SRKTM pun aku kenal dgn life gak... tapi kat mmu melaka tu, aku kenal dgn satu life yg memang aku tercari² before tu... life yg insyaallah, menjamin hidup aku, kalau tak di dunia pun, di akhirat...

pagi ni nak citer ape aaa? heheheh, ada pun... sekali lagi, i like to think, and i want all the readers to think... dalam quran, allah ada mengatakan bahawa, manusia takkan berubah selagi dia tidak mengubah nasibnya sendiri (ar-r'ad, 11)... dalam satu ayat lain, Dia kata bahawa apabila Ia nak adanya sesuatu tu, Ia cakap kat benda tu, 'jadilah engkau' and benda tu terus jadi (yaasiin, 82)... cuba kita fikirkan, apa sebenarnya yg Dia nak dari ayat² yg Dia firmankan ni... kalau nak ditengokkan, kedua-duanya adalah 2 ayat yg berbeza perlaksanaannya... cuma kita kena fikirkan dari sudut ilmiah, persamaan dan rentetan drp 2 2 ayat ni...

hidup ini adalah satu kehidupan yg penuh dgn persaingan... sana bersaing, sini bersaing, kat sek rendah bersaing, kat padang bola bersaing, kat dalam swimming pool pun bersaing... siapa yg kuat, yg pantas, yg cekap, dia lah yg menang... tapi adakah yg kalah tu adalah seorang yg tak kuat, tak pantas dan tak cekap?

heheheh... best la pulak buat org berfikir... heheheh... nanti kita sambung ek? cya l8er (*.*)/

*ayat quran di atas adalah disampaikan dgn cara aku sendiri, yg insyaallah tak lari maksudnya dari maksud sebenar... moga allah mengampunkan dosa² kita yg telah lepas, yg sedang kita lakukan dan yg akan kita lakukan.... amin...

Tuesday, January 27, 2004

BAIK?

assalamualaikum,

hari ni, hari yg bermakna utk hidup aku, insya allah... permulaannya telah berlaku dan insyaallah, kita akan tahu kesudahannya nanti... aku berharap semoga allah menunjukkan jalan keluar utk aku, utk membuat keputusan yg terbaik utk hidup aku...

tadi aku terbukak kotak ajaib kat bilik aku nih... tetiba segala kenangan lama mengimbau kembali di benak sanubari aku ni (cheh, ayat :Þ) tapi betul la, teringat balik zaman memuda dulu... zaman masa beta, gamma dgn delta... pastu teringat pulak mereka² yg banyak support aku masa tu, dan benda² yg berlaku masa tu... semuanya mmg mengajar aku menjadi 'manusia', walaupun sebelum ni aku pun memang manusia... manusia yg lebih baik, kalau tak yg terbaik... boleh jadi ape yg kita fikirkan baik, tidak baik bagi kita; dan boleh jadi apa yg kita fikirkan tidak baik, baik bagi kita (firman allah)... sama² la kita fikirkan, adakah setiap tindakan yg kita ambil tu, adalah yg terbaik utk kita, atau sekadar satu 'pelengkap' utk kita meneruskan hidup kita kepada yg lebih baik...

wallahu a'lam... cya l8er (*.*)/
SPORTMAN PRAYER

oh god
please help me to win
for i always want to win
but if in thy incrutable wisdom
thou willest me not to win
then make me a good loser
for when the one great scorer comes
to write against your name
he writes not that you won or you lost
but how you played the game

cya l8er (*.*)/
HIDUP

assalamualaikum,

pagi ni mendung sikit, tapi mendung tak bererti hujan, kan? i woke up at ... eheheh, smlm tido lambat beb... so bangun pun lambat la, tak ke gitu?

something to share with u all today... a nice quote from dave tyson gentry... he said that, 'true friendship comes when silence between two people is comfortable'... indirectly la kan, maksudnya kalau berjumpa tu, pastu kalau diam pun boleh jadi main topic nak gaduh, bukan true friendship la kan? heheheheh... so if anybody want to comment for this quote, u're most welcomed...

nak lagi? ok, bahasa melayu pulak... nih jiwang sikit la kot... bunyinya begini, 'ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita'... think about it... ("_')/

hidup kita ni sebenarnya adalah sebuah lakonan, lakonan di pentas dunia... siapa actor / actressnya? kita la... semua yg berlaku di dunia ni, telahpun di'skrip'kan, cuma kita tak tahu babak selepas ni... kita cuma tahu scene yg kita lalui sekarang... yg boleh kita fahami ialah bila kita flashback balik, kita muhasabah, kita check, apa yg dah kita lakukan... masa tu baru kita realize yg, lakonan kita tu ok ke tak, bagus ke tak, patut ke kita buat macam tu, dsb... 'life can only be understood bacward; but it must be live forwards' (soren kierkegaard)... lagi satu, kata si thomas la mance, 'life is what happens to us while we are making other plans'...

'there is a certain phase in the life of the aged when the warmth of the heart seems to increase in direct proportion with the years. this is a time of life when a solicitous family does well to watch affectionately over the vagaries of its unattached relatives, particularly of those who are comfortably off' - john phillips marquand

kenapa la pagi yg dah nak dekat pukul 1 tgh hari nih, banyak pulak 'kata kata' yg perlu difikirkan? mari kita fikirkan ('-")i

cya l8er (*.*)/

Monday, January 26, 2004

LELAKI HANDSOME?

assalamualaikum... i really like this article... what about u?

=======
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.
=======

wallahu a'lam... cya l8er (*.*)/
SEJAHTERA?

assalamualaikum,

heheh tulis lagi... aku menunggu² offer letter tapi tak sampai² la pulak... aduh, jgn kena tipu dek en fuad udah la... aku ingat nak kuar umah la sat nanti, tapi tak tau nak gi mane... mlm ni member aku ajak gi presentation, mcm malas la pulak... tapi tu la, camne nak bagi tau dia yg aku nih bukan jenis yg boleh dipaksa?

kengkadang aku selalu pikir ke'sejahtera'an org lain tanpa aku fikir pasal diri aku... yg aku tahu, org lain happy... tapi ada la sorang kawan aku ni cakap, sometimes we have to think of ourselves first... kira macam pentingkan diri la kot... tapi ada betulnya kot... ikut keadaan la...

to be continued, insya allah... cya l8er (*.*)/

Sunday, January 25, 2004

DESTINY

"destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved" - william jennings bryan

mmg betul, destiny tu bukan satu benda atau perkara yg merupakan peluang utk kita, tetapi adalah satu pilihan yg ada utk kita... ia juga bukan satu perkara yg boleh ditunggu, tapi satu perkara yg perlu dicapai...

aku tak tau nak tulis ape sebenarnya, tapi aku baru je edit blog aku yg lepas lepas... i think this is the time for me to publish my weblog to the reader, so that they can give any comment, ataupun mengambil iktibar atas apa yg dah aku tulis...

cya l8er (*.*)/
WANITA IDAMAN

Wanita yang aku sayangi, Adalah pencinta tuhannya, Yang mengalir cinta, takut dan harap, Yang menguasai perjalanan penghidupannya, Dari waktu ke waktu, Dari hari ke hari, Sehingga perjanjian, Di antara jasad dan nyawanya, Berakhir....

Wanita yang aku rindui, Adalah wanita yang dimata dan wajahnya, Terpancar sinar Nur Illahi, Lidahnya basah dengan zikrullah, Di sudut hati kecilnya, Sentiasa membesarkan Allah...

Wanita yang aku cintai, Yang menutup auratnya, Dari pandangan lelaki ajnabi, Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya, Di sanjung tinggi, Penduduk langit dan bumi...

Wanita yang aku impikan, Adalah yang mendekatkan, Hatiku yang telah jauh, Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim, Namun aku tidak ada di sana, Kerana aku dilamar kebendaan dunia...

Wanita yang aku kasihi, Yang bersyukur pada apa yang ada, Yang bersabar pada apa yang tiada, Cinta pada hidup yang sederhana, Yang tidak bermatakan benda...

Wanita yang aku sukai, Menjadi dian pada dirinya sendiri, Menjadi pelita untuk putera-puteriku, Yang bakal dilahirkan, Untuk menyambung, Perjuanganku di belakang hari...

Sesungguhnya, Wanita yang selalu, Berada di dalam doaku, Adalah dirimu.... Mujahadah Sejati

cya l8er (*.*)/
DOA WAHIDAH

assalamualaikum,

penatnye!! aku baru sampai umah dari taiping... actually aku dah sampai kl petang tadi, pastu lepak kat umah cord sampai lepas maghrib pastu pergi gombak, ada kerja sikit...

dekat taiping ada program sikit, nama dia 'Kursus Pengurusan Organisasi'... sebenarnya aku rasa tenang bila berada di sana, yg paling aku ingat bila pagi tadi, lepas solat subuh, students sekolah tu buat ma'thurat, pastu diikuti dgn doa wahidah... bayangkan la kalau tiap tiap pagi mcm tu? aku yg sebenarnya tak pernah merasai situasi 'islamic' yg sebegitu sekali, rasa macam kalau boleh, nak je selalu macam tu... tapi apa² pun aku tetap bersyukur sebab aku dibesarkan macam ni, berkawan dgn semua jenis manusia, bersekolah di MTD, belajar di MMU... semuanya ni mengajar aku utk 'hidup' secara realistik... alhamdulillah, aku rasa aku sebenarnya beruntung, sbb dgn kelebihan yg aku ada ni, aku boleh bercampur dgn semua jenis golongan manusia, insya allah...

tadi kul 11 nak dkt kul 12 tgh mlm aku dinner dgn cord dgn azim... azim baru balik dari tengok teater sensorang... sape suruh tak ajak aku... heheheh...

sambung nanti insya allah, wsalam, cya l8er (*.*)/

Friday, January 23, 2004

TAIPING

assalamualaikum,

insyaallah petang ni lepas solat jumaat aku akan ke taiping, atas urusan kerja... pergi dgn cord, tak tau lagi nak tidur mana malam ni... silap² tumpang umah makndak aku la kot... tak kisah la...

sebenarnya aku masih kurang faham dgn tanda yg aku dapat, samada aku boleh berpegang pada tanda yg aku dapat, atau aku perlu meneruskan usaha aku... mungkin aku perlu buat utk ke 2 atau 3 kalinya lagi, kalau dapat tanda yg sama, mungkin aku boleh ambil step seterusnya... tapi insya allah, aku takkan ambil tindakan terburu² sebab benda ni akan effect pd life aku selama²nya...

semoga allah memberikan jalan keluar pada aku, amin...

wsalam, cya l8er (*.*)/

Thursday, January 22, 2004

1 2 3?

assalamualaikum,

tadi around 9.40 mlm, ada org call aku... membawa hajat besar, hajat yg bakal mengubah hidup aku dunia akhirat insya allah... tapi membuatkan aku semakin pening kepala...

mungkin ini semua sbg satu 'pendorong' utk aku menjadi yg lebih baik... memang betul aku rasa, kesemuanya bukan calang² org, allah dah cakap dalam quran, perempuan yg baik utk lelaki yg baik, dan lelaki yg baik utk perempuan yg baik... fikir² lah ayat Dia nih... kita dah besar, dah tau fikir...

kengkadang bila sampai bab berumahtangga ni, macam² yg terlintas kat hati aku ni... adakalanya rasa nak sangat berumahtangga, kawin la tu... tapi ada time tu rasa, kalau boleh lambat lagi... ntah la...

tapi yg pastinya, kesemuanya secara tak langsung akan me'matured'kan fikiran kita... ye la, kalau tak fikir pasal ni semua, memang confirm fikir benda² bebudak lagi... nak gi shopping la, nak gi times square la, nak main roller coaster la, nak gi holiday la, dll... ada la sorang member aku nih, bila dah planning nak kawin, duit gaji dah siap siap simpan dalam tabung haji... 'simpan nak buat kawin' katanya eheheh... ntah bila la aku dah start saving utk ke arah tu... ada la jugak saving tapi rasanya utk hari tua, bukan utk kawin... tapi sama jugak la kan, masa tua tu kan dah kawin?

continue nanti insya allah ;) cya l8er (*.*)/
DIA

assalamualaikum,

kembali lagi... ari ni aku tak buat ape sangat kat umah, tadi layan citer cina yg ntah aku pun tak tau tajuk dia kat ntv7 tadi.. rasa hari macam ku bahagia sikit, tak tau nape eheheh... insya allah, ada jodoh, ade la tu... taknak berharap takut yg diharap hanya tinggal harapan... susah lak nanti...

tadi aku ada la sesikit design website yg aku dah plan nak buat, tapi tak jadi nak buat tu... still takde idea nak buat ape, tapi ada la sikit gambaran camne nak buat... sekarang ni just tunggu sorang lagi partner (isteri la tu eheh) supaya website tu boleh jadi website kami... idea ni dah dirancang 'bersama' dulu tapi apakan daya, jodoh tak panjang... kita merancang, Dia yg tentukan... boleh jadi dia hanya datang pada kita di saat kita memerlukan bantuan, dan apabila kita boleh berdikari dan meneruskan hidup ke arah yg lebih baik, Dia tarik dia balik... wallahu a'lam, itu semua perancanganNya...

dalam hidup ni perlu ada give n take, kalau kita nak dapatkan sesuatu, kita mesti akan kehilangan sesuatu, samada kita sedar atau tidak... tak adil kalau org kaya tetiba boleh jadi kaya tanpa berusaha, even kalau parents dia kaya pun, sebab parents dia berusaha utk jadi kaya... pencuri pun kalau nak dapat duit banyak kena curi banyak banyak, itu pun satu usaha, tapi usaha yg sia²... kita yg ada akal ni, fikir² la macammana nak give n take supaya kita bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan pada kita...

wallahu a'lam, cya l8er (*.*)/
PONDOK

assalamualaikum, goodmorning!!

ari ni aku bangun awal la jugak kalau nak compare aku tido kul baper kan... tak tau la ari ni nak wat ape. ingat nak ikut si azim tu lepak umah cord tapi tak sure la pulak. nak kluar berjalan duit pulak bos tak masukkan lagi. ada ke dia kata nak masukkan sekali dgn gaji staf lain. patut ke? aku dah berhenti kerja nih, tapi dia nak masukkan sekali dgn dorang, isk isk isk...

kengkadang aku fikir balik bagus jugak aku gain experience kat company lama aku tu. banyak la jugak benda yg aku belajar, tak la melangut je kat company tu. dapat la jugak membuat network, mungkin berguna satu hari nanti kalau tak sekarang. sayang jugak rasanya nak tinggal company tu sebenarnya tapi kalau nak fikirkan mudharat, better aku keluar. aku ada tanya ummi pasal ni, dia kata kita sepatutnya cuba allocatekan diri kita dgn suasana yg kita alami sekarang. tapi kalau kita rasa suasana / bi'ah tu akan menghanyutkan kita, baik kita keluar dari suasana tu dan cari suasana lain yg lebih baik.

cakap pasal ummi, lama gak aku tak jumpa ummi. rindu tau! 2 malam lepas si raudhah missedcall aku, ade ke patut dia kata saje je nak missedcall. masa tu dia kat umah ummi. bebudak mmu ada kelas pondok kat baitul qura' ari ni. macam seronok je, mcm nak gi tapi ada je rintangannya. betul la org cakap, kalau nak buat jahat tu mmg senang je, tapi kalau nak buat baik ada je cabarannya.

lapar la pulak perut aku ni, nanti la sambung balik. insya allah...

wsalam... cya l8er (*.*)/
EPIK

assalamualaikum, aku tak rasa ngantuk la pulak, dah pukul 2:24 pg nih... pasal ape aa? nak kata rindu, tak tau rindu kat sapa..

tadi aku tengok weblog nur aisyah zainal maarif member aku masa sek rendah dulu... rajin la pulak dorang nih buat weblog, aku baru nak berjinak-jinak dgn weblog nih... tapi takde org yg tau n boleh baca, lainlah kalau tetiba dia surf n then terjumpa aku punye weblog nih, nasib la...

aku tgh dgr lagu rabbani - album epik... first time dgr lagu dia mmg la mengarut, pastu bila jumpa dgn abang saleh Brotherz, dia kata best, terus aku dgr album tu skali lagi... mmg boleh tahan la...

tetiba aku rindu nak jumpa member² aku masa sek rendah dulu, zinnia, jiana, putra, farhana, zairi, yusran, dll (most of them were my classmate) bila tgk gambar kat weblog aisyah tu, terubatla sikit, supposed malam tu aku pun ada kat situ tapi sbb ada benda yg lebih penting aku rasa, aku kena utamakan...

aku plan nak buat reunion utk klas 6D la rasanya, buat ala kadar cukup la kot... tapi kena ada penggerak la, sebab sumer dah buat hal masing masing, so susah sikit kalau nak harapkan org lain... God, plz help me....

cya l8er (*.*)/

Wednesday, January 21, 2004

KL SENTRAL

assalamualaikum... ari nih aku kuar sat gi kl sentral... bbudak member aku yg lain (cord, funzool, dll) lunch kat situ, tapi last minit call aku, aku ade kat umah lagi so tak sempat la aku nak join dorang... aku gi kl sentral tolong tengokkan baju yg member aku book ari tu... then on the way nak balik, aku ternampak member aku (yg lain lak) kat seberang sana, dia nak balik ofis... aku ikut dia sampai la ke stesen tu pastu gi lunch sementara dia solat + kemas baju sumer... pastu balik la aku ke umah... bos aku masuk gaji setengah bulan + komisen aku sama dgn ofismate la pulak, takde duit la aku nak shopping... takpe la, mungkin itu dapat mengawal diri aku dari boros sesangat masa raya cina nih kot...

aku call nad masa nak balik tadi, nak la tanye something, sekali line tak clear la pulak... tengok la kalau ada masa, aku tulis la mail kat dia... ada sesuatu yg men'confuse'kan aku, tapi aku taknak la gopoh gapah, lex lex... aku harap semoga Dia dapat tunjukkan aku jalan keluar, mana yg sesuai utk aku, membantu diri aku jadi yg lebih baik dari aku sekarang...

jap lagi nak kuar minum dgn azim dgn lama tak kuar dgn si azim tu... nanti la aku sambung insya allah ("_')/

cya l8er (*.*)/

Tuesday, January 20, 2004

2ND TRY

second try... boleh ke tak ni? confuse confuse... takut gak kalau salah, tapi takpe boleh delete kan?
COBAAN 1 2 3...

alhamdulillah, ni first time aku guna blog, maybe sebab aku dah nampak 'masa depan' kot... who cares? yg penting insyaallah, aku akan cuba utk istiqamah dalam setiap perkara yg aku lakukan... thanx for my x-classmate, pn siti nurbaiti abdullah yg bg aku inspirasi nak buat weblog + website, insya allah... n for my friend, hairri yg bagi idea nak cane nak buat weblog nih... ihhihihi.. cya later... wsalam... ("_')/