Wednesday, April 27, 2005

ASTORA JABAT... DAN LAGI...


assalamualaikum,

dipetik dari laman web e-Fatwa Negeri Melaka

Kategori : Akidah
Tajuk : Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat

Isu :
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4)Enekmen itu pada 23 Syawal 1424 bersamaan dengan 17 Desember 2003,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2)Enekmen itu.

Fatwa :
Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma' Ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.

Rujukan Pewartaan : No:1083 Jld:57 Bil 1

Tarikh Pewartaan :
29 Julai 2004

untuk keterangan lanjut, sila ke sini

wallahu a'lam...

Thursday, April 21, 2005

CAHAYA SELAWAT


Ya rasulullah...

Kaulah bawa cahaya
Penyinar di alam buana
Bumipun subur kembali
Rasa gembira dihati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh untuk seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman dan sentosa

selawat dan salam ke atas junjungan kita rasulullah s.a.w... selamat menyambut maulidurrasul s.a.w...

(SO CALLED) FRIENDLY REMINDER...


assalamualaikum...

sekadar makluman :

apa-apa posting yg aku buat kat sini, selain daripada perkongsian bahan yg didapati dari email aku, adalah dihasilkan sendiri oleh aku... oleh itu, mana-mana posting yg agak sensitif, tak lain tak bukan adalah melibatkan diri aku, bukan diri orang lain... berdasarkan pengalaman aku yg pernah mengalami benda itu, bukan pengalaman org lain, atau bukan ditujukan utk orang lain...

oleh yang demikian, aku harap sangat pada sesiapa yg membaca atau mengikuti blog aku, agar tidak mengaitkan posting aku kepada individu-individu tertentu, WALAUPUN nampak macam related dengan individu-individu tersebut... ini boleh menimbulkan salah faham dan seterusnya akan boleh menimbulkan syak wasangka pada org lain, padahal sebenarnya pihak lain takde kaitan dengan posting aku nih...

aku menulis berdasarkan pengalaman aku sendiri... kalau aku tulis pasal kecewa, itu bermakna aku yang kecewa... kalau aku tulis pasal jeles, itu bermakna aku yang jeles... tak adil jika posting aku dikaitkan pada individu-individu tertentu, sedangkan korang tak tahu yg sebenarnya posting aku tu utk siapa, ataupun utk apa... assumption yg dibuat bakal mengundang benda yg lebih besar utk berlaku...

sekadar ingin berkongsi... sekali lagi, ini posting yg melibatkan DIRI AKU SAHAJA, bukan diri orang lain... tapi kalau korang taknak dengar / taknak percaya, dan kalau berlaku sesuatu yg tidak diingini, jangan cakap aku yg jadi punca...

wallahu a'lam...

Thursday, April 14, 2005

GEMPA? GEMPAK?


assalamualaikum,

segala puji bagi allah, yang menjadikan alam ini... selawat dan salam ke atas Kekasih Allah, Rasulullah SAW seta keluarga baginda...

trend gegaran sudah semakin meningkat kini... petikan dalam Utusan Malaysia, "Malah gegaran yang dirasai di negara ini akibat gempa bumi di Sumatera antara tempoh 1909 hingga 2003 menunjukkan trendnya kian meningkat dengan catatan terbanyak di Selangor/Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang masing-masing 27 dan 23 gegaran"

cuba kita fikir dan renungkan...

1. Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".
(Hadis riwayat Ibnu Majah )

2. "Pada umat ini akan terjadi bencana tanah longsor, pertukaran rupa, dan kerusuhan." Mendengar ungkapan Rasulullah s.a.w itu salah seorang dari sahabat bertanya: "Ya bilakah ia akan terjadi." Rasulullah s.a.w menjawab "Apabila biduanita, alat-alat muzik, dan minuman khamar telah muncul di tengah-tengah masyarakat"
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

3. Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

4. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda; "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,
7. Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis-artis disanjung tinggi.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan, mempersendakan) generasi pertama (sahabat).

cuba kita fikirkan... cuba kita kaitkan dengan penyakit² masyarakat yg semakin menular di negara kita ni... dengan kelab malam Zouknya, dan lain², yang boleh menjurus je arah kemurkaanNya...

usaha MEMARTABATKAN industri hiburan berjalan songsang dengan usaha MEMARTABATKAN ISLAM... yang jelasnya program2 utk memartabatkan Islam semakin tenggelam dek program2 yg bercorak hiburan dan membentuk ke arah masyakarat "hedonisme" yg mementingkan keseronokan dan hiburan dunia semata...

fikir²kanlah...

=======
Al-An'aam:
[6.43] Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.

[6.44] Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
=======

wallahu a'lam...

Wednesday, April 13, 2005

KAIN BATIK + SANDLE


(perbualan berlaku di sebuah pejabat di cyberjaya)

dean (lelaki, bukan nama sebenar) : hmmm, tzar... tanya sket leh tak?
tzar (perempuan, pun bukan nama sebenar) : apa dia dean?
dean : kenapa, perempuan boleh pakai baju selamba je pergi keje?
tzar : eh, sapa cakap? kitorang pun kena pakai elok² tau, pakai pakaian yg kemas, tak pun pakai baju kurung ke...
dean : ye ke? saya tengok perempuan pakai gi keje macam pakai baju basahan je kat rumah...
tzar : eh mana ada la... awak tu biar betul...
dean : apa lak tak betul... ramai je saya tengok perempuan pakai kain batik je pergi keje... boleh plak?
tzar : uiks, itu bukan kain batik la awak... tu kan sejenis baju kurung jugak...
dean : eleh, ye la tu... hari nih je, saya nampak ada 3 org pakai kain batik pergi kerja... memang tak adil betul la...
tzar : mengarut la awak nih...
dean : lagi satu, kenapa kan, kalau lelaki, kitorang kena pakai kasut kulit, siap dgn stokin lagi pergi keja... tp kalau perempuan, main sarung sandle jek... tu pun dah kira 'formal' habis dah... sandle pun, ada yg saya tengok, macam sandle kat rumah saya buat pergi masuk toilet... memang tak adil la...
tzar : ah mengarut la awak nih... kitorang bukan apa, kalau masa dah dihabiskan utk pakai kasut + stokin berbagai, pastu nak gosok baju 'formal' la, tak pakai kain batik, abis tu bila masanya kitorang nak make-up, touch-up semua?
dean : kalau tak make-up, tak boleh ke?
tzar : .......

(perbualan terhenti apabila dean mendapat panggilan dari bosnya)

p/s : cerita ini sekadar rekaan aku, tak berkaitan yg masih hidup ataupun mati...

Tuesday, April 12, 2005

BANTAH IFC!!!

assalamualaikum,

mari kita bantah IFC beramai²!!! -bantah IFC-

wallahu a'lam...

ISLAM HADHARI + GELEK GERUDI


assalamualaikum...

contoh terbaik negara islam hadhari... sila ke link di bawah :

Utusan Malaysia - 12 April 2005

entahla... yg simboliknya, dekat belah atas page tu, ada banner sambutan maulidurrasul plak... isk isk isk...

semoga allah memberi hidayah kepada kita semua...

wallahu a'lam...

Monday, April 11, 2005

JELES JELES JELES!!!


assalamualaikum,

aku merasa terpanggil utk buat posting ini... ini berkaitan dgn cemburu @ jeles @ jaki dll, yg seerti... jeles memang banyak maksudnya, jeles terhadap kelebihan org lain, jeles terhadap kebaikan org lain, jeles terhadap apa sahaja... asal namanya jeles, sudah pastinya kita kena cek sama ada jeles tu bagus atau tidak...

okie, kecikkan scope... jeles terhadap girlfriend / boyfriend masing²... bagi aku, ada benda yg kita boleh jeles, ataupun jeles sesikit... tapi kalau dah setiap pergerakan pasangan pun korang nak jeles, cek la balik, korang percaya ke atau tidak dengan pasangan korang tu... kalau dah jeles sangat, ikat je pasangan korang tu, simpan dalam kotak ke, dalam peti ais ke dll... jangan bagi bercampur dengan org lain... nanti korang pulak yg jeles!!!

satu lagi, kalau korang jeles pasangan korang buat something, korang tak terpikir ke yg pasangan korang tu boleh jeles jugak dgn apa yg korang buat tu? come on la... jangan jadi budak², jeles membuta tuli... kalau setiap pergerakan pasangan korang tu, korang nak perhati, nak tau, mana pergi privacy pasangan korang tu? betul, itu hak korang, tapi apa pulak hak dia sebagai manusia yg sama² hidup kat muka bumi ni?

lagi satu, bagi aku, aku tak kisah la kalau org² yg jeles ni dah berkahwin... itu hak korang, tapi tak ke korang terpikir, kalau korang belum kahwin lagi, tindakan korang tu akan membuatkan pasangan korang rasa terkongkong?

fikir balik apa tindakan korang... fikir secara rasional, secara matang... fikir sebagai manusia yang ada hati, ada akal utk berfikir... yg penting, TRUST!!! PERCAYA PADA PASANGAN KORANG TU... MANA LETAKNYA KEPERCAYAAN KORANG YG KORANG 'BAJA'KAN MASA MULA² BERCINTA DULU???

maafkan aku kalau post ini macam 'berangin' sikit... tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri (yang pernah jeles), bukan pengalaman org lain...

wallahu a'lam...