assalamualaikum,
first of all, aku nak minta maaf pada semua pihak yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan aku, atas segala kesilapan dan keterlanjuran yg telah aku lakukan...
yg keduanya, alfatihah buat arwah kak shiqin http://nuun.blogspot.com/ yg telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan Jalan Raya di lebuhraya Puchong-Kajang (berhampiran IOI) pada petang semalam @ 16 Disember 2004 bersamaan 4 Zulkaedah 1425H... jenazah arwah telah selamat dikebumikan selepas isyak semalam juga...
tak disangka, mata aku bergenang bila aku membaca blog arwah... walaupun aku tidaklah rapat sangat dgn arwah, jika dibandingkan dgn sahabat yg lain, tapi memang aku sedih... teringat last sekali aku berbual dgn arwah 2 hari sebelum kejadian...
------
nuun79 (8:41:35 AM): askum dwen
ibn_rf (8:41:38 AM): wsalam kak
ibn_rf (8:41:39 AM): :O
ibn_rf (8:41:40 AM): alamak
ibn_rf (8:41:42 AM): baru teringat
ibn_rf (8:41:43 AM): :D
nuun79 (8:41:43 AM): haaa
ibn_rf (8:41:47 AM): kak
ibn_rf (8:41:53 AM): mintak extend leh?
nuun79 (8:41:56 AM): br teringat tu maknanya tak buat lg ke?
ibn_rf (8:42:01 AM): auditor nak masuk balik 15hb nih
ibn_rf (8:42:02 AM): :((
nuun79 (8:42:10 AM): dwen buat sorang ke?
ibn_rf (8:42:14 AM): takde pun
ibn_rf (8:42:19 AM): dah pecah dgn kak aza dgn nad
ibn_rf (8:42:25 AM): cuma saya tak check dgn dorang lagi
ibn_rf (8:42:29 AM): takut dorang pun tak teringat
ibn_rf (8:42:31 AM): :((
nuun79 (8:42:40 AM): ingatkan please..
ibn_rf (8:42:43 AM): insya allah
nuun79 (8:42:46 AM): abg faizal dah keep asking tu
ibn_rf (8:42:49 AM): saya cuba by 20hb boleh kak?
nuun79 (8:42:55 AM): agak agak bila boleh bagi?
nuun79 (8:42:58 AM): ok
ibn_rf (8:43:04 AM): nanti ape ape saya msg akak ok?
nuun79 (8:43:07 AM): ok
ibn_rf (8:44:08 AM): thanks kak
------
dalam kesedihan ini, ramai yg tidak faham dgn condition aku sekarang... dgn kesibukan aku utk menghadapi audit ni, dicampur pula dgn masalah financial system yg tak pernah berhenti dari timbul, itu belum campur dengan masalah emosi aku yg semakin hari semakin tidak stabil, yang aku sendiri masih mencari punca kenapa aku perlu berasa begitu...
memang ramai yg tidak tahu, makndak aku dekat taiping tu dah operate minggu lepas... operate di bahagian kepala, akibat pendarahan di otak... ini disebabkan oleh penyakit darah tinggi yg kritikal, sehingga menyebabkan urat di kepala terputus... doktor cakap, dalam sepuluh orang pesakit, 3 org akan meninggal on-the-spot, 3 org akan meninggal dalam perjalanan ke hospital... lagi 4 org yg hidup setelah dibuat pembedahan, 2 org akan kekal paralyse, dan 2 org lagi akan koma sehingga ke akhir hayat...
semalam, dekat rumah, abah aku cakap, keadaan makndak sungguh kritikal... aku memang sedih, sungguh sedih... tapi takde org yg faham, dan taknak faham...
aku bukanlah seorang yg terlampau cerewet, atau terlampau demand... cuma banyak benda yg telah aku experienced... about the relationship, friends and so on... benda benda macam ni banyak yg mengajar aku, dan menjadikan aku lebih berhati-hati dan takut... aku bukan mengharapkan apa-apa, cuma aku mengharapkan sedikit 'respect' dari org lain, supaya aku dapat menenangkan diri aku yg sememangnya tidak tenang...
aku sedar, aku sudah jauh dari-Nya... dengan amalan yg biasa aku lakukan, aku tidak lakukan... aku tahu, ini sebenarnya silap aku, bukan silap org lain... kesilapan ini hanya aku yg boleh baikinya sendiri, bukan org lain...
entah la... yg pastinya, aku perlukan masa utk menenangkan diri, walaupun mungkin keputusan atau outcomes yg aku putuskan nanti melukakan atau mengejutkan banyak pihak, termasuk diri aku sendiri...
ya allah, aku sememangnya lemah... aku amat memerlukanMu ya allah... bantulah aku ya allah, kuatkanlah aku kembali ya allah... teguhkanlah hatiku kembali utk mentaati perintahMu dan menjauhi laranganMu... jika ini yg terbaik buatku, kau tunjukkanlah, dan jika ini bukan yg terbaik utkku, kau tunjukkanlah juga...
ya allah, aku merayu padaMu... aku berharap padaMu... aku meminta padaMu... aku menagih padaMu... ya allah... bantulah aku.... bantulah...........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment