assalamualaikum,
lama tak update blog nih... nak cakap busy lagi, mmg busy pun... bila 2 3 org dah tegur, rasa macam tak istiqamah pulak buat kerja nih...
minggu ni macam biasa, quite busy sikit, tapi alhamdulillah terkawal semua benda, walaupun ada yg tak terkawal sikit... minggu lepas ada briefing STMS (STF Management System) utk semua HiComm clubs n societies... dekat melaka, hari jumaat malam... macam biasa, boss aku bagi briefing, aku yg tukang buat slide presentation dia... overall semua ok, terkawal... aku habis touch-up aku punya slide tu betul² sebelum briefing... busy bebeno teman...
minggu lepas, masa utk aku approve invoice yg dah aku generate... minggu lepas jugak meeting utk buat ICU (invoice central unit) module... minggu lepas jugak aku submit report BU (business unit) study dekat puan... minggu lepas jugak ada dinner alumni mmu, yg dibuat di muara sg duyong, melaka... prof gauth pun datang... apa lagi aaa minggu lepas? tu je kot lebih kurang...
minggu ni aku continue approve invoice students... pastu kak emy start generate invoice utk kali kedua, utk cek student yg ada buat add + drop subject... minggu ni jugak aku continue utk fixed asset module, second phase semua... minggu ni pun ada meeting utk finalize ICU module, dekat melaka... minggu ni jugak STMS dgn STAP (Student Activity Proposal) via online dah dilaunch... minggu ni jugak banyak problem berlaku di kalangan staff (bukan staff aku)... minggu ni jugak aku mula sedar (utk kali kedua) yg kadangkala, kita kena pentingkan diri kita jugak... nak buat baik kat org pun susah, ada je org yg nak ambik kesempatan... aku bukan mengharapkan appreciation, tapi kalau aku, aku akan memikirkan kebaikan yg dah org tu buat kat aku, dan insya allah itu mengatasi segala masalah yg org tu timbulkan dekat aku... salah ke aku sebenarnya?
yg pastinya, aku tak boleh nak cepat stress, cepat tention, cepat marah (tak kot)... nanti effect terus pada kerja aku, kesihatan aku, dsb... biarla, aku dah pun mintamaaf, terpulang la pada dia, mungkin dia memerlukan masa utk 'bertenang', ataupun entahla...
astaghfirullah... ampunkahlah dosa² aku, ya Allah... aku sedar, banyak dosa yg dah aku buat, mungkin ini petunjuk pada aku... ya Allah, ampunkanlah dosa²ku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment