Sunday, April 25, 2004

KEMBARA HIDUP

telah jauh aku mengembara
mencari erti hidup di dunia ini
selama ini sering di salah erti
oleh mereka yang bertuhankan hati

ku musafir ke pelusuk dunia
memerhatikan gelagat manusia
ada yang gembira hingga terlupa
ada yang berduka tetapi gembira

terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
terkadang sesat tanpa haluan
sehingga punca hilang di mata
kuturutkan jua hati yang buta

ku pasrahkan padaMu tuhan
segalanya yang telah berlaku
kerana Engkaulah penentu segala
menciptakan dunia penuh pancaroba
tak terdaya rasanya kakiku melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
agar tidaku kesesatan
dari jalan syurgaMu yang ku idamkan
kerana tidakku terdaya menahan siksa neraka
layakkah pula aku untuk ke syurga

ku hanya hamba
yang diciptakan dengan kelemahan
sering daku terlupa
sering jua daku terleka
dengan nikmatMu yang melimpah di depan mata

No comments: