Thursday, July 12, 2007

BPR OH BPR...


senang rupanya jadi org malaysia ni ye...

=====
Siasatan rasuah Johari Baharum ditutup – Peguam Negara

PUTRAJAYA 11 Julai – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum ditutup.

Ini kerana TIADA APA-APA KETERANGAN yang boleh mengaitkan Johari dengan sebarang kesalahan rasuah kononnya menerima RM5 juta bagi membebaskan beberapa pesalah yang ditahan mengikut Ordinan Darurat 1969, menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara yang dikeluarkan kepada Bernama, di sini hari ini.

Abdul Gani berkata, BPR membuka lima kertas siasatan setelah menerima maklumat berhubung perkara itu pada 5 Mac lepas dan menjalankan siasatan rapi termasuk mengambil pernyataan pesalah-pesalah yang dikenakan tahanan mengikut ordinan itu serta meneliti penyata-penyata akaun yang berkaitan.

“Bagi tiga kertas siasatan yang dibuka, siasatan BPR mendapati pesalah-pesalah yang dikenakan tahanan tersebut menafikan ada memberi apa-apa wang rasuah kepada Datuk Mohd. Johari Baharum.

“Sementara itu dua lagi kertas siasatan yang dibuka didapati pesalah yang ditahan yang merupakan saksi penting tidak dapat dikesan oleh pihak BPR setelah mereka dibebaskan dari tahanan,” kata Abdul Gani.

Abdul Gani berkata, hasil siasatan BPR melalui saksi-saksi dan dokumen berkaitan mendapati tiada apa-apa keterangan yang boleh mengaitkan Johari dengan sebarang kesalahan rasuah.

“Oleh yang demikian, Peguam Negara telah mengarahkan siasatan BPR yang melibatkan kelima-lima kertas siasatan terhadap Datuk Mohd. Johari Baharum ditutup,” tambah kenyataan itu.
=====

in summary:

1. 3 kertas siasatan yg pertama, pesalah nafikan yg dia bagi rasuah...
2. 2 kertas siasatan yg kedua, pesalah yg dilepaskan dah tak dijumpai...
3. so, siasatan ditutup sbb tak boleh nak siasat...

huhuhu... malaysiaku... "CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG..."

No comments: