Tuesday, July 10, 2007

MINYAK OH MINYAK...


macam nak naik lagi je harga minyak nih...

Rafidah: Subsidi industri gas disemak semula

KUALA LUMPUR 9 Julai – Kerajaan mengambil keputusan untuk membuat satu semakan semula secara menyeluruh terhadap industri gas bagi memastikan jumlah subsidi yang diterimanya tidak terlalu tinggi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini.

Kerajaan juga mahu komoditi itu digunakan dengan efisien.

“Penggunaan gas seharusnya untuk tujuan yang produktif, tapi beberapa industri menggunakannya untuk pembakaran kerana ia murah. Ini tidak baik untuk negara kerana menggunakan sesuatu yang sangat bernilai untuk pembakaran,” kata beliau.

“(Oleh itu), industri mestilah juga memahami mengenai penggunaan sumber gas yang efisien,” kata beliau pada sesi dialog tahunan antara persatuan makanan, pengangkutan dan farmaseutikal dengan MITI di sini.

Bagaimanapun, menteri itu tidak menyatakan bila semakan semula itu akan dilakukan dan dimuktamadkan.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, subsidi gas oleh syarikat petroleum nasional, Petronas berjumlah RM15.6 bilion, meningkat 9.1 peratus daripada RM14.3 bilion dalam tahun kewangan 2006.

Petronas menyediakan RM5 bilion dalam bentuk subsidi gas (kekal tidak berubah berbanding tahun kewangan 2006) kepada Tenaga Nasional Bhd dan penjana kuasa bebas RM6.7 bilion (naik 3.1 peratus daripada RM6.5 bilion pada 2006).

No comments: