assalamualaikum,
hari nih dah masuk 19 ramadhan... alangkah ruginya jika kita tidak mengambil peluang selama 19 hari yg dah berlalu... 10 hari pertama itu rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dari allah, dan 10 hari terakhir itu adalah peluang utk kita membebaskan diri kita dari neraka allah... adakah kita berpeluang merebut semua itu?
takde ape sangat nak cerita hari nih, just semalam aku terbaca satu artikel dlm utusan malaysia, mengenai komen artis² mengenai syarat mawi (mawi lagi) jika diberi peluang berlakon... tak silap aku, ada keluar dekat tv on weekend ari tu, tapi aku tak tengok...
nih artikelnya... (source)
=======
KENYATAAN dikeluarkan oleh Mawi lantaran meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon mendapat respons dan komen beberapa artis terkemuka tanah air kita.
“Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?”.
“Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkanlah aku nak tengok sahaja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?”.
Inilah yang diulas oleh seorang pelakon ternama berkenaan (macam tau je siapa? menang banyak award nih) dengan kenyataan kontroversi Mawi yang dikatakan seolah-olah menghina pekerjaan mencari rezeki pelakon-pelakon tanah air.
Bagi saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu lebih berbahaya. Beliau bukan sahaja membidas Mawi malah lebih dari itu seolah-olah memperlekehkan hukum Allah s.w.t secara halus.
Ketetapan hukum yang ditetapkan oleh Allah sudah tentu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Dia lebih memahami apa yang baik dan buruk terhadap hamba-hamba-Nya. Mengapa mesti mempersoalkan hukum ini?
Seorang lagi artis veteran (nih pun mcm tau je kot) yang cukup kontroversi pula berkata: “Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud. Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atid jalankan tugasnya.” (na'uzu billahi min zalik... berani dia cakap macam ni?)
Tambah beliau lagi, “Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit”.
Saya agak terkilan dengan kata-kata artis veteran itu. Prinsip sembahyang selain daripada meneguhkan tiang agama dan membezakan orang Islam dan bukan Islam ialah untuk mencegah daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran. Seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keburukan dan kemungkaran.”
Apakah erti solat sekiranya ia tidak mencapai objektif yang ditetapkan oleh Allah s.w.t itu. Sebagai seorang Muslim, kita dipikulkan dengan amanah untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar kepada sesiapa sahaja mengikut kemampuan kita. Sekiranya kita melihat kemungkaran tetapi kita juga tidak mencegahnya maka kita juga akan terpalit dosanya.
Allah s.w.t tidak mengecualikan hukum kepada golongan artis. Lebih baik kita berniaga daripada terus berkompromi dengan perkara ini.
Saya ingin memohon maaf kepada golongan artis tanah air kerana kenyataan ini bukan hanya melibatkan periuk nasi anda semua, tetapi ia juga melibatkan persoalan ‘akidah Islamiah dan tahap keimanan kita kepada-Nya.
Saya menyeru agar kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan meminta bimbingan daripada para alim ulama agar kita sentiasa dipandu ke jalan yang lurus.
– MIOR ISFANDY MIOR AZIZAN,
Presiden Persatuan Mahasiswa Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
=======
dwen say : di mana kita? tepuk dada, tanya iman... jgn tanya aiman, sebab nanti dia cakap "aiman tak kisah"...
No comments:
Post a Comment