Thursday, January 27, 2005

DESTINASI CINTA...

assalamualaikum,

dengarlah lagu ni dalam 31 1/2 kali... mesti best... heheheh...

DESTINASI CINTA

Menyingkap tirai hati mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu Tuhan
Tiap jejak nan bertapak debu kejahilan
Akan kujirus dengan madu keimanan

Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Takkan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya Kabur kerana dosa
Di dalam hati..

Telah kuredah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang kutemui
Hanya kecewa menyelubungi

Kugelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sebutir makrifat
Moga dapatku berteduh direndang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbuku oh tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai tuhanku...

wallahu a'lam...

No comments: