Tuesday, January 25, 2005

DAMAI & SENDU SENDAWA

assalamualaikum,

alhamdulillah, aku masih diberi peluang utk menghirup udaraNya... beberapa hari yg lepas, umat islam seluruh dunia menyambut Hari Raya 'Idul Adha... sejauh manakah amalan yang kita lakukan pada hari kebesaran tersebut dan hari² tasyrik selepasnya? kita sahaja yg boleh menjawabnya...

atas permintaan, aku upload lagu² baru kumpulan Hijjaz dan Mestica... apa? tak pernah dengar nama kumpulan? takpe, ini bukan soalan kuiz pernah dengar ke tak, tapi just nak share di samping menghidupkan kembali budaya me'nasyid' di kalangan kita semua...

masa dekat U dulu, aku pernah dikenali sebagai 'tokey cetak rompak' lagu lagu mp3... tapi bagi aku, tujuan aku buat semua ni adalah utk share, di samping memberi peluang kepada sahabat yg lain, yg tak mampu nak keluar duit rm15.90 utk kaset, ataupun rm40++ utk cd (sorry, tak tahu harga cd sebab tak pernah beli cd) utk dengar lagu nasyid... mungkin ada kalangan kita mampu beli buku cerita, mampu beli minyak wangi body shop, mampu nak tukar handset sebulan sekali, mampu nak pergi makan prosperity burger McD, mampu beli kasut kulit baru dll... tapi tak mampu utk beli kaset nasyid... bukan kaset kuliah, tapi kaset nasyid... heheheh... sorry, minta maaf pada semua yg terasa... apa apa pun, hope you'll enjoy those songs...

HIJJAZ - album DAMAI

aku hanya umar
al-quran kalamulullah
belaian ibu <- lagu nih aku suka...
berkorban demi cinta <- lagu nih pun best jugak!
debu-debu dosa
pemimpin yang adil <- lagu khas utk kerajaan malaysia...
penawar racun dunia <- aku pernah post lyric dia... cuba scroll kat bawah tu...
pesona cinta
ritma kehidupan
salli minni ya salam

MESTICA - album SENDU SENDAWA

arus ini <- lagu nih guna loghat kelantan, tapi macam tak jadik...
destinasi cinta <- lagu nih ok la, tapi slow sangat...
egois <- lagu nih aku lupa cane... ada pasal burung merak kot...
inayah <- lagu nih yg popular kat radio era
kemarau hati <- lagu nih ala² keroncong sikit...
kembali gemilang <- lagu nih aku tak ingat cane...
luqmanul hakim <- lagu nih ok la...
sendu sendawa <- burp, kenyang... heheh... lagu nih ok jugak...
siratunnabi <- aku ingat lagu raya siti nurhaliza, rupa² lagu nasyid... lagu yg aku paling suka dalam album nih...
yang abadi <- dengar je le... ok kot...

wallahu a'lam... selagi kita boleh berkongsi (bukan berkongsi kasih tau), kongsilah apa yg kita ada... semoga allah merahmati apa yg kita telah, sedang dan akan lakukan...

p/s: nak lagu apa? just jerit kat shoutbox sebelah tuh ok?

No comments: