assalamualaikum,
alhamdulillah, segala puji bagiMu kerana masih memberi peluang utk aku menghirup udaraMu, di kala aku leka dibuai kesenangan dunia... ya allah, Kau ampunkanlah aku dan Kau tetapkanlah pendirianku pada jalanMu...
hari nih genaplah 24 tahun sehari aku berada di bumi allah ini... selama 16 - 18 tahun aku hidup dalam keadaan 'boleh berfikir', masih sedikit rasanya yg aku fikirkan, terutamanya bab² mengenai kebesaran dan keesaan Allah...
tadi aku terfikir nak buat karangan 'aku sepasang kasut' kat blog nih, tapi tetiba rasa cam malas pulak... sat lagi nak tido rasanya, sebab esok aku ingat nak gi ofis, nak sambung buat preparation utk audit nih... minggu depan diorang masuk... macam biasa, aku (GL unit) kena jadi centre utk auditor tanya dan tanya dan tanya...
semalam dapat letter dari HR, extention of the contract... alhamdulillah, contract aku sambung lagi setahun... setahun je? takpe la, daripada tak sambung + kena cari kerja lain di waktu ramai graduates tengah 'ukur jalan' @ menganggur... apa yg pasti, tahun 2005 nih merupakan tahun clearance utk aku... clearance utk acct code nih... selama nih takde org yg nak tengok dan takecare pasal account code kat mmu nih, dan aku dah target beberapa acct code yg perlu aku zoom in... insya allah, selepas bank reconciliation utk collection acct aku settlekan, tahun 2005 akan diambil oleh kak sarimah under AR unit... baguslah tuh, harapnya kak sarimah dapat meneruskan perjuangan aku... berusahalah!!!
itu utk GL, utk financial system pulak, memandangkan ada beberapa masalah dgn team developer, aku terasa macam project pembaikpulihan finance module nih rasa macam tergendala la pulak... sejak bertukar pucuk pimpinan kat team developer, diorang mensasarkan utk men'convert' semua client server module kepada web-based module... bagi aku, financial module ni tak boleh dibuat web-based sepenuhnya, sebab dia memerlukan realtime punya process, whereas kalau web-based, utk save atau pergi pada next step (eg: approval after entry level etc), akan ada satu process lagi di mana kita kena buat process ini utk pergi ke next step... apa la aku cakap nih, aku pun tak faham...
tuh baru satu opinion... bg aku lagi, web-based nih tak berapa secured sangat... bila bercakap pasal dollar and cents, security kena power... taknak la nanti data yg ada kat situ dimanipulate atau ape² aje la yg boleh mengkacau data² yg melibatkan duit nih... bukan duit aku jek (gaji la tuh), tapi duit bebudak student yg bayar utk tuition fees dia, utk STF la, utk hostel fees la, dll lah yg melibatkan duit nih...
utk billing pulak, aku dalam process utk men'centralized'kan process tuition fees invoicing kat finance nih... before this, aku / billing unit / finance dah ambik alih billing utk undergraduates, IBDP, english program, dgn MBA... hari tuh masa meeting dgn prof chuah, dah agreed utk ambik alih master by research dgn MEng pulak... meeting dgn working level belum aku buat, nantilah... banyak benda yg nak disettlekan dulu... especially for audit requirement nih...
isk, bila baca balik post aku nih, rasa macam azam tahun 2005 pulak... tapi semuanya pasal kerja... kenapa? adakah aku nih workaholic? mungkin ye kot (kalau istilah ini sesuai utk keadaan aku sekarang)...
apa azam aku sebenarnya? jadi yg lebih baik dari semalam? itu memang impian semua manusia, tak kira islam atau tidak... mungkin boleh diselitkan (dengan izin) utk tidak menjadi lebih selfish dari yg lepas... selfish / pentingkan diri nih adalah satu perkataan yg subjective bg aku... bg aku, lain manusia, lain definitionnya bg selfish ni... fullstop, taknak komen lebih² sangat...
cinta? heheheh... ntah la... penat kot... cuma aku mengharapkan tindakan aku yg lepas, sedang atau akan aku ambil adalah tindakan yg digerakkan olehNya, bukan tindakan yg aku suka² nak ambil... ya allah, Kau ampunkanlah dosa² aku...
semoga allah merahmati segala apa yg kita lakukan...
wallahu a'lam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment