Wednesday, September 22, 2004

BOLAK - BALIK

assalamualaikum,

alhamdulillah, dapat jugak aku menghirup udara segar hari ni... tadi masa on the way ke office, kabus tebal dekat exit serdang, sehingga ke exit putrajaya... kata en samsul, sebab dekat dengan UPM, so banyak sikit pokok compare to other places... ada logicnya jugak sebenarnya...

yesterday, aku pergi hantar kereta untuk service.... masa nak balik (dah siap service), sekali aku ternampak ada sedikit scratch dekat pintu belakang sebelah kanan kereta aku... i remembered that scratch tu takde kat situ pagi tadi... aku pun ape lagi, panggil la officer yg deal dgn aku... tanya kenapa ada scratch ni... dia pun admitted yg memang scratch tu takde sebelah paginya... discuss punya discuss, kereta aku kena tahan, diorang nak cat balik, free of charge... ok lah, aku pun agreed la...

lepas je settle kat situ, aku pun message la boss aku, said that i've to take emergency leave... no reply, but i called kak ina so that she can informed her... aku assumed dah settle...

sampai je ofis pagi tadi, kak ina panggil aku... dia kata, puan tanya dia kenapa aku asyik cuti je semenjak ada kereta nih... eh, aku asyik cuti ke? tak tau la pulak... rasanya semenjak ada kereta ni, baru sehari aku mintak cuti (kakak aku bertunang), campur EL semalam... yg lain tu, time off... tak kisah la... kak ina pun backing aku, so ok la kot... boss aku cakap yg dia ada bagi aku kerja banyak... sebab tu dia wonder kenapa aku kerap cuti...

last weekend, aku takde kat KL... pergi menenangkan fikiran yg tak pernah tenang ni... balik hari ahad, pergi hari jumaat malam... so far memang best... best kenapa? ada la, mana leh bagi tau... semuanya berjalan lancar, dan aku harap kelancaran itu akan berkekalan sampai bila²... insya allah...

sekadar renungan, manusia memang tak boleh terlepas dari melakukan kesalahan... tapi bagi aku, kita boleh berusaha utk meminimizekan kesalahan, atau dalam kata lain, menuju kepada perfect, walaupun sebenarnya tak boleh... macammana? kita fikir consequences atau akibat yg akan berlaku utk setiap tindakan yg kita ambil... setiap perkara yg berlaku kan ada hikmahnya, so apa yg perlu kita buat, kita fikirkan hikmahnya, dan akibatnya... insya allah, dari situ, kita boleh mengurangkan kesalahan² yg kita buat... aku cakap utk diri aku sebenarnya...

sebagai manusia, kita dikurniakan akal utk berfikir... kenapa kita tidak memikirkan consequencesnya sebelum membuat sesuatu perkara? dan apabila kita dah buat decision, kita sepatutnya responsible dengan decision yg kita buat... macam boss aku cakap, dia tak kisah dgn decision yg dah dibuat oleh kitorang, cuma macammana kita pertahankan decision or atas basis apa kita buat decision tu...

semoga allah mengembalikan hati kita pada agamaNya dan mentaatiNya...

wallahu a'lam...

No comments: