Monday, September 27, 2004

AKU SEPASANG KASUT

assalamualaikum,

alhamdulillah, aku masih lagi menghirup udara segar ciptaan allah... masih kuat utk menghadapi cabaran dan dugaan yg sentiasa mendatang... masih mampu utk berbakti (kalaupun tak berjuang) di jalanNya... semoga allah mengampuni dosa²ku yg telah lalu, yg sedang kulakukan dan yg akan berlaku...

banyak perkara yg berlaku, yg menuntut aku utk menghayati maksud perjuangan yg sebenarnya... perjuangan yg mengkehendakkan kita melupakan kehendak individu dan meletakkan ke tepi (put aside) kepentingan peribadi... sebagai manusia yg sememangnya lemah, aku tidak mampu utk menurut kepada yg dituntut... ego aku tercabar dan kekuatan aku kendur... apa yg harus aku lakukan?

last weekend, aku lalui dgn tenang dan meaningful... nasib baik takde drama air mata... heheh... jumaat malam, hantar sahabat ke KLIA utk sambung study di UK... semoga allah menjaganya sebagaimana Dia menjaga aku... sabtu, pergi kerja macam biasa (belum endorse lagi la cuti hari sabtu :-( ) and after office hours, rehat dekat rumah... malam tu, pergi kajang, ada urusan 'perut', sambil berbincang mengenai matlamat dan sifat... hari ahad, pergi riadah, sambil menikmati keindahan makhluk ciptaan Allah... subhanallah, sesungguhnya memang tiada tandingan ciptaanNya, cuma kita je yg tak sedar² bahawa kitalah makhluk yg paling sempurna jika nak dibandingkan dgn makhluk² ciptaanNya yg lain... semoga allah mengampunkan dosa² yg kita lakukan...

petang + malam hari ahad tu, pergi KLIA lagi, kali ni menghantar seorang lagi sahabat ke 'oversea' heheheh... sempat jugak seorang sahabat aku ni beli kasut baru kat KLIA tu heheheh... bagus bagus... cakap pasal kasut, teringat masa aku sekolah rendah dulu, buat cerita pasal 'aku sepasang kasut'... masa tu, kita punyalah bersungguh nak 'jadi' kasut yg mahal, yg berkualiti, bukan buatan gombak... walaupun kasut tu berkualiti, kasut tu tetap diletakkan di kaki, bukan di atas rak buku... kita beria² nak 'jadi' kasut yg 'imported' yg memang tahan lama la... yg tidak telus air bila lalu di tempat yg ada berlopak, yg tidak koyak bila lalu di kawasan construction, dan yg tidak merekah bila dipakai tanpa was²...

begitu jugaklah hidup kita, walaupun diletakkan di mana², kita boleh menyesuaikan diri kita... tak kira tempat, suasana, persekitaran dsb, kita diharapkan supaya tak 'culture shock' bila 'terjerumus' ke satu suasana di mana kita tak pernah hadapi sebelum ini... kita boleh membawa diri kita mengikut waqi' kita, tanpa meninggalkan atau melangkaui sempadan syariat yg dah sedia ada... persoalannya sekarang, sejauh mana kita memikirkan perkara tersebut bila kita berada di situasi tu?

erk, termelalut la pulak aku nih... esok aku nak ke melaka pulak... letihnya badan... tadi aku pergi kerja dgn en samsul, sebab kereta aku di'masuk'kan sekali lagi ke wad... jiran aku nak repair injury kat kereta aku yg dia buat khamis malam ari tuh... rerupanya, mechanic tu pun tak leh nak ketuk bumper tu, sebab bumper aku ni plastic... dia just polish sampai hilang kesannya... just nampak lekuk kalau tengok dari dekat... alhamdulillah, allah menyedarkan aku supaya sayangi Dia melebihi aku sayang kat kereta aku...

penyakit malas aku nih datang kembali... macam mana nak hilangkan rasa malas?

wallahu a'lam... semoga allah memudahkan segala urusan aku...

No comments: