Wednesday, September 29, 2004

CAMERON HIGHLAND

assalamualaikum,

gambar ni diambil masa pergi cameron last month...



wallahu a'lam...

TESTING

assalamualaikum,

test test... nak dengar lagu dalam album in-team '04? sini ada 3 lagu yg aku baru 'settle'kan... hope it works!

MP3 -> Doa Buat Kekasih :: Setanggi Syurga :: Kasihku Abadi

wallahu a'lam...

Tuesday, September 28, 2004

FINANCE DIVISION

assalamualaikum,

heheheh, nih la gambar staff finance mmu cyberjaya... tak cukup 'strength' tu... where is my boss? teka la sendirik...

Monday, September 27, 2004

AKU SEPASANG KASUT

assalamualaikum,

alhamdulillah, aku masih lagi menghirup udara segar ciptaan allah... masih kuat utk menghadapi cabaran dan dugaan yg sentiasa mendatang... masih mampu utk berbakti (kalaupun tak berjuang) di jalanNya... semoga allah mengampuni dosa²ku yg telah lalu, yg sedang kulakukan dan yg akan berlaku...

banyak perkara yg berlaku, yg menuntut aku utk menghayati maksud perjuangan yg sebenarnya... perjuangan yg mengkehendakkan kita melupakan kehendak individu dan meletakkan ke tepi (put aside) kepentingan peribadi... sebagai manusia yg sememangnya lemah, aku tidak mampu utk menurut kepada yg dituntut... ego aku tercabar dan kekuatan aku kendur... apa yg harus aku lakukan?

last weekend, aku lalui dgn tenang dan meaningful... nasib baik takde drama air mata... heheh... jumaat malam, hantar sahabat ke KLIA utk sambung study di UK... semoga allah menjaganya sebagaimana Dia menjaga aku... sabtu, pergi kerja macam biasa (belum endorse lagi la cuti hari sabtu :-( ) and after office hours, rehat dekat rumah... malam tu, pergi kajang, ada urusan 'perut', sambil berbincang mengenai matlamat dan sifat... hari ahad, pergi riadah, sambil menikmati keindahan makhluk ciptaan Allah... subhanallah, sesungguhnya memang tiada tandingan ciptaanNya, cuma kita je yg tak sedar² bahawa kitalah makhluk yg paling sempurna jika nak dibandingkan dgn makhluk² ciptaanNya yg lain... semoga allah mengampunkan dosa² yg kita lakukan...

petang + malam hari ahad tu, pergi KLIA lagi, kali ni menghantar seorang lagi sahabat ke 'oversea' heheheh... sempat jugak seorang sahabat aku ni beli kasut baru kat KLIA tu heheheh... bagus bagus... cakap pasal kasut, teringat masa aku sekolah rendah dulu, buat cerita pasal 'aku sepasang kasut'... masa tu, kita punyalah bersungguh nak 'jadi' kasut yg mahal, yg berkualiti, bukan buatan gombak... walaupun kasut tu berkualiti, kasut tu tetap diletakkan di kaki, bukan di atas rak buku... kita beria² nak 'jadi' kasut yg 'imported' yg memang tahan lama la... yg tidak telus air bila lalu di tempat yg ada berlopak, yg tidak koyak bila lalu di kawasan construction, dan yg tidak merekah bila dipakai tanpa was²...

begitu jugaklah hidup kita, walaupun diletakkan di mana², kita boleh menyesuaikan diri kita... tak kira tempat, suasana, persekitaran dsb, kita diharapkan supaya tak 'culture shock' bila 'terjerumus' ke satu suasana di mana kita tak pernah hadapi sebelum ini... kita boleh membawa diri kita mengikut waqi' kita, tanpa meninggalkan atau melangkaui sempadan syariat yg dah sedia ada... persoalannya sekarang, sejauh mana kita memikirkan perkara tersebut bila kita berada di situasi tu?

erk, termelalut la pulak aku nih... esok aku nak ke melaka pulak... letihnya badan... tadi aku pergi kerja dgn en samsul, sebab kereta aku di'masuk'kan sekali lagi ke wad... jiran aku nak repair injury kat kereta aku yg dia buat khamis malam ari tuh... rerupanya, mechanic tu pun tak leh nak ketuk bumper tu, sebab bumper aku ni plastic... dia just polish sampai hilang kesannya... just nampak lekuk kalau tengok dari dekat... alhamdulillah, allah menyedarkan aku supaya sayangi Dia melebihi aku sayang kat kereta aku...

penyakit malas aku nih datang kembali... macam mana nak hilangkan rasa malas?

wallahu a'lam... semoga allah memudahkan segala urusan aku...

Thursday, September 23, 2004

PIKIAQ

Setiap orang berfikir untuk cara mengubah masyarakatnya tetapi jarang pula orang berfikir untuk mengubah dirinya sendiri. Fikirkan kemajuan diri yang ada pada anda...

Wednesday, September 22, 2004

BOLAK - BALIK

assalamualaikum,

alhamdulillah, dapat jugak aku menghirup udara segar hari ni... tadi masa on the way ke office, kabus tebal dekat exit serdang, sehingga ke exit putrajaya... kata en samsul, sebab dekat dengan UPM, so banyak sikit pokok compare to other places... ada logicnya jugak sebenarnya...

yesterday, aku pergi hantar kereta untuk service.... masa nak balik (dah siap service), sekali aku ternampak ada sedikit scratch dekat pintu belakang sebelah kanan kereta aku... i remembered that scratch tu takde kat situ pagi tadi... aku pun ape lagi, panggil la officer yg deal dgn aku... tanya kenapa ada scratch ni... dia pun admitted yg memang scratch tu takde sebelah paginya... discuss punya discuss, kereta aku kena tahan, diorang nak cat balik, free of charge... ok lah, aku pun agreed la...

lepas je settle kat situ, aku pun message la boss aku, said that i've to take emergency leave... no reply, but i called kak ina so that she can informed her... aku assumed dah settle...

sampai je ofis pagi tadi, kak ina panggil aku... dia kata, puan tanya dia kenapa aku asyik cuti je semenjak ada kereta nih... eh, aku asyik cuti ke? tak tau la pulak... rasanya semenjak ada kereta ni, baru sehari aku mintak cuti (kakak aku bertunang), campur EL semalam... yg lain tu, time off... tak kisah la... kak ina pun backing aku, so ok la kot... boss aku cakap yg dia ada bagi aku kerja banyak... sebab tu dia wonder kenapa aku kerap cuti...

last weekend, aku takde kat KL... pergi menenangkan fikiran yg tak pernah tenang ni... balik hari ahad, pergi hari jumaat malam... so far memang best... best kenapa? ada la, mana leh bagi tau... semuanya berjalan lancar, dan aku harap kelancaran itu akan berkekalan sampai bila²... insya allah...

sekadar renungan, manusia memang tak boleh terlepas dari melakukan kesalahan... tapi bagi aku, kita boleh berusaha utk meminimizekan kesalahan, atau dalam kata lain, menuju kepada perfect, walaupun sebenarnya tak boleh... macammana? kita fikir consequences atau akibat yg akan berlaku utk setiap tindakan yg kita ambil... setiap perkara yg berlaku kan ada hikmahnya, so apa yg perlu kita buat, kita fikirkan hikmahnya, dan akibatnya... insya allah, dari situ, kita boleh mengurangkan kesalahan² yg kita buat... aku cakap utk diri aku sebenarnya...

sebagai manusia, kita dikurniakan akal utk berfikir... kenapa kita tidak memikirkan consequencesnya sebelum membuat sesuatu perkara? dan apabila kita dah buat decision, kita sepatutnya responsible dengan decision yg kita buat... macam boss aku cakap, dia tak kisah dgn decision yg dah dibuat oleh kitorang, cuma macammana kita pertahankan decision or atas basis apa kita buat decision tu...

semoga allah mengembalikan hati kita pada agamaNya dan mentaatiNya...

wallahu a'lam...

Monday, September 20, 2004

NOYB

assalamualaikum,

Firman Allah SWT ada bermaksud, “Katakanlah, apabila yang hak telah datang, yang batil akan lenyap. Sesungguhnya, yang batil itu pasti lenyap.”

wallahu a'lam...

Friday, September 17, 2004

WHAT CAR MATCH YOUR PERSONALITY?

Thanx shima ;-)

-------
muanif, you're driven by what's practical

Chances are, you've got a schedule to keep, and you want to look good while doing it. You're not one for overly risky ventures — that's probably because the tried and true works just fine for you. There's something nice about predictability and knowing what you can count on and what to be prepared for. Whether you're driving to work (have you considered carpooling?) or picking up a friend for dinner, you don't want to waste time. And your four-wheeled friend should reflect that. Don't worry about flashy or fancy. The most important thing for you is reliability — a car that will get the job done (like you do), day-in and day-out.

So what's the perfect car companion, the vehicle to fit your practical lifestyle? A Toyota, Honda, or Ford Escort will do the trick for you. Ready for a test drive? Come on, aren't you tempted? (Kia pun OK kot?)

http://web.tickle.com/tests/carpersonality/
-------

wallahu a'lam...

Friday, September 10, 2004

DAH SOLAT LOM?

assalaamualaikum...

sekadar peringatan...

seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, makasetan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil membatin, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam...

Kemudian ketika datang waktu magrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita! "Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji? bukankah baru pagi tadi kita berjanji akan menjadi sahabat?"

"Aku takut!", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintahNya, ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknatNya, apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata setan sambil beredar pergi...

wallahu a'lam...

Wednesday, September 08, 2004

IQ TEST

assalamualaikum,

i tried an online IQ test just now at http://web.tickle.com/tests saje je takde keje + nak alihkan fikiran drp benda yg mengacau fikiran tuh... ini result dia... jeng jeng!!

-------
The Classic IQ Test
What's Your IQ?
Congratulations, muanif!
Your IQ score is 122

This number is based on a scientific formula that compares how many questions you answered correctly on the Classic IQ Test relative to others.

Your Intellectual Type is Visual Mathematician. This means you are gifted at spotting patterns — both in pictures and in numbers. These talents combined with your overall high intelligence make you good at understanding the big picture, which is why people trust your instincts and turn to you for direction — especially in the workplace. And that's just some of what we know about you from your test results.

-------

wallahu a'lam, semoga allah menjauhkan aku dari sifat org munafiq...

Tuesday, September 07, 2004

AS-SAFF 2 & 3

assalamualaikum,

alhamdulillah, it has been a week since my last posts on 30th august... lots of things occured, and most of them could be considered as steps for me to be more matured and appreciated the value of friendships...

last weekend, i went to cameron highlands with my officemates... ada some sort like 'family day'... just to free our mind from work problems... as for me, free from personal problem (problem's', huh?)... bukan ada problem pun, cuma tak tenteram sikit jiwa nih... maklumlah, hati kita mudah berbolak balik, dan semoga allah mententeramkan jiwa dan hati kita padaNya...

that was my first time holiday at cameron highlands, and i found that there are lots of beautiful places to go... walaupun kitorang tak pusing habis, tapi tempat yg kitorang pergi tu pun tak kurang bestnya... tapi sekarang dah tak sejuk sangat, sebab banyak hutan kat situ dah diteroka, utk buat hotel, jalan dsb...

insya allah, aku akan ke sana lagi nanti...

kerja? banyak sangat kerja yg kena aku buat... sampai aku pun dah tak tau, aku nih kena handle unit apa... kerja financial management pun aku kena buat... kata boss aku, kita kena jadi staff yg multiskills, yg boleh buat semua benda... pendek kata, kalau superheroes tu, gabungan superman, batman, spiderman, plasticman, dll... boleh ke aku buat? ntah la... yg pastinya, aku just buat apa yg aku termampu nak buat... lebih pada tu, aku buat perlahan²...

rasulullah (p.u.h.) pernah bersabda, katanya "lihat pada apa yg diperkatakan, dan jgn lihat pada siapa yg bercakap"... memang mudah utk kita bercakap, berbicara tentang kebaikan, dsb... kadangkala tak perlu kita melihat peribadi atau sahsiah org itu, tapi mengambil kata² yg baik daripadanya utk kita jadikan panduan... tapi kita kena ingat, allah s.w.t. pernah berfirman, maksudnya "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." macam mana kita nak relatekan hadis tersebut dgn ayat quran yg disebutkan tadi?

semoga allah meredhai segala apa yg kita katakan, lakukan, fikirkan, rancangkan dan tunjukkan... dan semoga allah mengampuni segala dosa² kita yg telah, sedang dan akan kita lakukan...

wallahu a'lam...