Friday, March 03, 2006
EXPECTING THE WORST!!!
assalamualaikum,
it has been about 2 weeks since my last blog... sekarang nih susah sket nak tulis blog, nak nak semenjak dah tukar ke financial management unit ni... kalau boleh pun, post gambar la, post article, etc... kalau nak tulis dari ilham sendiri, memang takde ilham la kot... kalau ada pun cuma macammana nak manage budget kat mmu nih heheheh...
apa nak citer? banyak jek nak citer, tapi semua berkaitan dgn kerja... nanti ada org bosan plak kan? so kita citer la berkaitan dgn internet... pun org bosan gak... abis tu nak citer pasal apa ye? pasal anna nabila? tak best, sebab bukan anak aku, anak buah jek... kalau anak aku sendiri best la jugak nak citer kan?
last week, ada team building for top management kat mmu nih... boss aku tak dapat pergi sebab medical reason, so akulah yg jadi 'Director' finance ganti boss aku heheheh... team building tu dianjurkan oleh STAD @ en zamzuri... buat dekat ATMA... apa? ATMA? dekat sekolah lama aku tu... first sekali dapat call boss aku, terus aku macam berminat nak pergi... aku mintak boss aku email tentatif dia... tengok macam menarik, so aku pun agree la nak ganti dia...
sampai je kat ATMA/RMC kat sg besi tu, teringat masa sekolah dulu... best woo masa sekolah, ragging budak la, bagi hell la, helicopter la, forward roll side roll la, knuckle clap la, starlight la (korang tak faham punya, takyah faham pun takpe... tapi tu sumer method of ragging heheheheh)... pastu lepas je briefing, terus dia cakap yg kitorang kena tido kat khemah buatan sendiri (guna poncho askar), masak sendiri (pakai mess-tin, mess-cup, solid fuel)... nasib baik takde rangsum tempur dgn biskut anjing...
macam biasa, utk group aku (consist of dr david ngo of FIST, azlan of ISSU, pn aminah of library, mr rizal selamat of FOSEE, dgn nawi of STAD) aku yg kena pasang khemah... konon² ada experience la pasang khemah guna poncho tu... bila dah pasang, malam tu nak tido, commander in-charge boleh suruh semua group pindah khemah lain... hampeh betul!!! buat banglo penat², last² tido kat rumah setinggan... takpe la... janji mata pejam...
malam first tu macam biasa la, aktiviti suaikenal, reka bendera dgn nyanyi lagu patriotik yg dah diassignkan... masa ni la aku nampak yg dean/director ni sumer bukan alert sangat pasal hal² semasa dan aktiviti² luar nih... biasa la, takde masa nak fikir kot...
esoknya, aktiviti monkey-walk... lama dah tak buat benda nih... sebenarnya monkey-walk nih aktiviti di mana kita kena jalan atas tali merentasi satu ruang, ataupun dari pokok ke pokok... ada la dalam 20 meter kot jarak dia... overall, best la jugak, sebab lama dah tak buat... lepas tu terus ke tempat nak abseilling... tak best sangat, sebab tak tinggi sangat + tanah dia tak 90 degree, so tak leh melompat...
petang tu, pergi jungle tracking... ini la aktiviti yg paling aku tak suka buat ari tu... penat woo... kena naik bukit turun bukit sumer... aku nih dah la jarang exercise, so pepaham la kan, penat tak terkata... tu belum lagi campur groupmate aku... overall, sakit kaki + badan heheheh...
malam, aktiviti best, bbq nite... tapi lepas bbq tu pun ada plak sukaneka... tension tul sebab group aku kalah... group aku nih tak la terror sangat tapi asik dapat no 2... dah la no 2 takde hadiah, asik no 1 jek... tak fair betul...
esoknya last day, pagi tu ada aktiviti pistol shooting... ni la best sikit, sebab lama tak menembak... nampak sangat aku tak boelh jadi sniper, sebab menembak plate aku tak kena satu pun hahahahah... hampeh betul... nasib baik menembak sasaran not bad, maintain antara top shooter gak la heheheheh...
minggu ni, agak sibuk utk prepare for february closing... apa yg aku target dapat achieve, cuma ada benda yg aku terkilan minggu ni... biasala, bila kerja ni, kita tak boleh mengharapkan apa yg kita nak/plan tu tercapai... sometimes we cant assume that others will think like us, buat apa yg kita fikirkan... benda ni agak²nya kelemahan ke atau cabaran?
overall, minggu ni agak bosan, dgn benda² yg aku agak tak gemar, berlaku kat aku... kadangkala kita tak dapat memuaskan hati semua orang, tapi cuba utk terima pendapat atau respond org lain... kalau korang rasa korang je the best, tunggu je la masa korang kat bawah, baru tau la langit tinggi rendah...
minggu ni aktiviti penuh, dgn makan² heheheh... since ada 4 kenduri yg berkaitan dgn keluarga aku minggu ni, aku terpaksa cancelkan participation aku kat program kat melaka... harapnya mereka dapat fikir dan rasa, apa yg akan diorang buat kalau diorang kat tempat aku...
semoga allah mengampunkan kita semua...
wallahu a'lam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment