Sunday, April 25, 2010

Anak patung yang menakutkan...

On weekend, kitaorg pergi parkson, pada niatnya (niatjelah) just nak beli beberapa bekas pyrex sebab kitaorg dah berjaya mengumpul setem dari parkson untuk melayakkan membeli pinggan pyrex dengan harga diskaun yg murah. For bonus link card holder hanya perlu kumpul 10 setem, 1 setem=RM30, untuk dapat beli mangkuk+periuk brand vision or pyrex with 60% diskaun. WOWW!!.(haha)

Tetapi niat yang suci itu telah bertukar menjadi ngeri kerana agenda yang sepatutnya dilakukan tidak menjadikenyataan. Kenyataannya ialah kami telah secara "sengaja" membeli .....







Tapi berita gembiranya instead of 10 setem skrg dah ada berpuluh setem dah, so bolehlah beli pyrex banyak sket.hehe.Ada sapa-sapa yg nak tumpang sekaki ke?

Owh,kalau ibu+ayah berpeluh-peluh dan tangan yang agak terasa berat bila membayar barangan yg dibeli, Sofea plak sgt gumbira kerana akhirnya dia mendapat baby baru. haa... baby baru yg hidup tau, Sofea yg baru nak 2 taun dah dapat baby dah. Wah!!, i dah dapat cucu gitu!. Sekarang nampaknya anak2 sofea dah bertambah jadi 3org. (Orangke?). hehe, Baby comot+tweety bird+baby alive. Kalah ibu dia baru ada sorangje.. ~wink~

Basically baby alive ni macam baby betullah, macam dulu masa kecik-kecik kan main mak-mak kan? beranganje lebih. haha. So, this baby alive lebih kurang camtulah.. Just like real baby that can "eat" can "poops" (atau dlm bahasa lain "berak"), ha.. baby ni boleh cakap "mommy, i'm hungry", pastu kita kena sediakan special doll food and feed baby ni, Bila agak2 kenyang baby sendawa BURP (sgt tak senonoh gurl burp sekuat itu oke?), then startlah dia cakap "mommy,i've made a stinky.. dengan muka sedihnya.. Laa betul2 plak baby ni "membuang". Dah mommy dia kena tukar diaper, then baby akan ajak play & sing pastu dia menguap and nak tido.. tido berdengkur lagi.

Ish.. sebenarnya kan baby ni cam scary sket, kadang2 terbayang plak buatnya malam2 dia hidup cam cerita "childs play" tu sekali dia cakap "Hi, i'm chucky, do you wanna play with me?.."

Eeee ngerikan??ish, takkan nak pulang balik kot doll ni.Oklah nak tidolah..takot!!.

babai.

Friday, April 09, 2010

Bersyukurlah...

Ntah nape tiba-tiba nak tulis pasal bersyukur ni(dpat ilham),tapi di saat ini saya sgt rasa besyukur sbb:

  1. saya berjaya update blog yang bersawang ni (ok le tu,patut bersyukur oke! =)
  2. memilih mengakhiri zaman bujang pada usia 24. (ok, yg ni bersyukur dapat ikut sunnah nabi di saat rakan2 lain ber'enjoy' saya dapat pahala. :)
  3. mendapat hubby yg sgt sayang kat saya (ya, hubby sy yg terbaik!)
  4. Ada abah yg sgt hebat! (ayah saya sgt kelako dan suara beliau (beliau??, sgt skema) sangat sedap dan merdu)
  5. Ada ma yang superwoman! (ma saya cikgu yang hebat + garang. hehe)
  6. Ada adik beradik yg best! (bole makan maggi dlm stor beramai2, makan jajan besama2, main gusti-gusti, berbagai pertandingan yg agak "budus" tapi sgt semangat untuk menjayakannya.)
  7. Ada mertua dan ipar duai yg sgt sporting (bukan sume org dapat macam apa yg saya dapat)
  8. menjadi ibu diusia 25 (dapat rasa nikmat jadi ibu,)
  9. saya sempurna (mengikut komen2 dari public, masa i sek men diaorg meng"assosiate" muka saya seperti erra fazira! - sila jangan muntah. hahaha!)
  10. Anak yang cantik (Sofea mewarisi kecantikan dan kehenseman parentsnya! - ini confirm. haha!!)
  11. Dapat beli umah masa umur 24. (Tak sume org masa muda dah pikir untuk beli umah. asset is important!)
  12. Dapat kerja di company besar (berangan keje kat bank dari kecik akhirnya dapat jugak, di saat rakan2 lain menganggur sy dapat kerja pas grade. Owh skrg dah jadi lecturer plak. Sgt suka!)
  13. Bekerja dgn org2 yang memberi pengalaman buruk dan sedikit pengalaman baik (ye, pengalaman itu membuatkan sy sgt bersyukur)
  14. Dapat jadi anak cikgu (ye, sgt best sbb dapat bnyk keistimewaan, boleh makan makanan special, dapat susu coklat percuma, masuk darjah satu masa umur 6 taun, darjah 2 masa umur tujuh taun.)
  15. Saya orang Islam (serius oke!)
  16. Masih berada di bawah pemerintahan org melayu(ini juga amat serius)

Apapun sebab untuk bersyukur sebab paling utama saya besyukur sebab ALLAH beri saya nyawa untuk saya BERNAFAS.. Terima kasih ya ALLAH, bersyukur padaMu...

Wednesday, March 10, 2010

Bersawang

Tolong!Tolong!!!,blog ni dah bersawang!!.tolong!!!.
hahaha.
itu je entry kali ini.sekian terima kasih.hahaha