Friday, December 28, 2007

new president?


assalamualaikum wrb,

aku dpt email dari bos aku tadi...

"Please be informed that the new President wishes to meet us on Wed. 2nd January 2008 at his Cyber office. The meeting is tentatively at 2pm. Those coming from Melaka please make sure you arrive early."

apa? new president? hehehe... for those yg tak tahu cerita, yes, mmu president dah bertukar... aku dah lama tau cerita ni tp tak berani nak letak dkt blog ni lagi, kot kot la tak jd tukar ke kan?

siapa? aku pun tak sure, tp mengikut sumber, new president ni nama dia prof dr zaharin yusoff, ex-dean school of computer sciences 1995-2004 USM, lepas tu sebelum mmu dia tu dean college of graduate studies UNITEN...

hopefully dia dapat membawa mmu ke mata dunia... che wah!!!

wsalam

Friday, December 21, 2007

UPDATES!!!



assalamualaikum wrb,

allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar... la ilaha illallahu wallahu akbar... allahu akbar, wallillahilhamd...

alhamdulillah, syukur ke hadrat allah kerana meneruskan pinjaman udaraNya kepada kita utk bernafas di bumiNya... alhamdulillah kerana kita diberi peluang yg ke sekian kalinya utk menyambut antara hari kebesaran Islam, iaitu Hari Raya Aidil adha... semoga pengorbanan kita (apa saja) diterima allah sebagai pengorbanan yg diredhaiNya, insya Allah...

dah hampir sebulan aku tak update dgn cerita² kami sekeluarga... banyak yg ditempuhi since end of november 2007... nanti aku cerita satu satu...

25 nov 2007, majlis resepsi aku dan siti zuraini di bandar tenggara, johor... majlis diadakan di rumah keluarga perempuan, dengan tema 'gold-brown'... utk makluman, aku dan wife (siti zuraini) sudah diijabkabulkan pada 1 sept 2007, memandangkan kami sudah berpindah ke melaka dan utk atas alasan keselamatan, kedua-dua belah keluarga decide utk percepatkan pernikahan...

majlis diadakan dgn meriahnya, memandangkan wife aku adalah anak pertama yg kahwin dalam keluarganya dan cucu sebelah mak yg pertama yg kahwin (faham tak ni?)... nak kata melampau-lampau meriah tu takde la, ala kadar jugak la... tp meriah jugak la (huhuhu ape la aku cakap nih)...

pengantin lelaki (aku la tu) tiba pada lebih kurang pukul 2.30ptg... diiringi oleh kompang, dan disambut oleh pencak silat dan budak² jaga tol... utk pengetahuan korang, kahwin kat johor ni ada tol, so kpd yg berhajat nak kahwin dgn perempuan johor, sedia²kanlah tol ye? sekarang ni bukan zaman 20 sen bleh bukak tol... kurang²kurang seringgit dalam sampul utk setiap sorang... bleh la nak try bg 50 sen, tp sampai korang tensen la baru dia bukak hehehehe... tu baru tol budak², mak-mak budak, kakak² budak pun sama... dia tahannya sampai ke tangga pelamin... lepas tu kat situ ada plak tol dari mak andam, atau lebih dikenali dgn nama 'duit bukak kipas'... duit bukak kipas ni bukan bleh sebarang je bg, ada fixed amount dah... dulu (ntah bila ntah dulu dia) harganya RM30, lepas tu (ntah bila la lepas tu) RM50 sekarang punya rate RM80... so kpd bakal² lelaki yg nak kahwin dgn perempuan johor, pandai² la korang ye?

sebelah family aku ada la lebih kurang 1 van + 3 kereta yg datang... kengkawan aku ada la jugak 2 3 org yg tinggal/kerja dkt area selatan johor ni, yg datang kat sini... overall, majlis kitorang telah berlangsung dgn jayanya, tanpa sebarang masalah i.e. hujan, yg turun betul² lepas meja dan kerusi dkt bawah khemah dikemas...

1 dec 2007, majlis resepsi dkt KL, rumah aku... dkt KL pun diadakan dgn meriahnya, walaupun family tak cukup korum... kakak aku still dkt london, tak dapat balik sbb tiket nak balik malaysia mahal i.e. £900 one-way... takpe la kak, duan dah upload gambar dkt fotopages, korang tgk la ye... hehehe...



ketibaan pengantin lebih kurang pukul 2.15 ptg, lambat 45 minit seperti yg dirancangkan... family wife aku dari johor tiba agak lambat + sesat² semua (sbb first time datang rumah aku)... tp menurut abah aku, pukul 1 tu memang tetamu ramai sangat, tak menang tangan... kawan² family aku, kawan² aku dari sek rendah i.e. SRKTM (thanks to azib, zairi, yenti, baiti n family, danial etc - sekadar menyebut beberapa org), sek men i.e. RMC/MTD (thanks to aneng, pape, malek, icci, ongeh, shah, kamaq, bon etc - sekadar menyebut bbrp org), mmu (cord n family, sheeril n family, bank, takok, fahmi n family, aisyah n friends, arip, seng keat etc - sekadar menyebut bbrp org), office (boss - en zaidy, en samsul n family, zailani, albert, zarina, ilzam etc - sekadar menyebut bbrp org), family abg ipar aku dari ipoh, dll yg dtg ke majlis aku... huhuhu... tak menang tangan family aku dibuatnya...

cuaca pun memang cerah, alhamdulillah... tiada masalah yg berlaku, semuanya under control... majlis habis lebih kurang pukul 4.30ptg... ada jugak member² aku yg terlambat datang, so aku bg VIP services petang tu, dilayan oleh pengantin sendiri hehehe... wife aku dah penat sangat, so tak dapat nak join aku dgn member² aku tu...

majlis dah settle, apa lagi? honeymoon la hehehehe... walaupun usia perkahwinan kitorang dah 3 bulan, kitorang baru sempat utk honeymoon after majlis tu... ke mana? takdela gi UK, tp naik la jugak flight... kitorang berkesempatan ke sarawak, satu²nya negeri dalam malaysia yg aku tak sampai lagi... takde la lama sangat, 3 hari 2 malam je, sbb wife aku ada convention plak hari jumaat sampai ahad tu...


kat sarawak, kitorang pergi tour bandar kuching, hari keduanya berjalan ke rumah budaya sarawak - recommended... ada la 'sapu' beberapa buah pasu, tikar, dgn KEK LAPIS!!! kalau nak compare harga semenanjung dgn sarawak, mmg korang kena tipu je harga dia... bayangkanlah, kek lapis yg bersaiz lebih kurang 10cm x 25cm (diulang, lebih kurang) dkt semenanjung telah dipotong 4 (aku tengok dkt the curve, ada pameran kebajikan selangor), dijual dgn harga RM10-RM15 sepotong (10cm x 6cm lebih kurang), harga dia sebenarnya RM10 utk 10cm x 25cm! memang untunglah org yg jual kek lapis sarawak kat semenanjung ni kan? so lepas ni siapa nak pergi sarawak, aku nak kirim kek lapis hehehe...

seminggu lepas tu, wedding member RMC, shahrul nizam a.k.a. lembu dkt gombak... ramai gak member² aku yg datang... congrats!

tu je kot utk kali ni... nak pegi makan free sempena hari raya korban dkt MMU melaka ni... nanti aku update lagi (nanti tu bila2 la hehehe)...

wassalam...

Monday, December 17, 2007

UPLOAD!!!


upload!!!



utk yg lain², sila lawati fotopages aku...