Tuesday, September 19, 2006

BERKHIDMAT MEMIMPIN...


Kompleks baru MTD RM100j (source)

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Maktab Tentera Diraja (MTD) akan mempunyai kompleks baru bernilai RM100 juta selewat-lewatnya tahun 2010, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, dengan terbinanya kompleks baru itu bilangan penuntut akan bertambah kepada 1,500 orang berbanding 500 yang ada sekarang.

''Di samping itu, MTD juga akan melaksanakan sesi pengajian tingkatan enam dalam aliran sains dan sastera mulai tahun 2007.

''Malah kementerian akan terus mengekalkan MTD sebagai sebuah institusi sahaja dan tidak bercadang untuk menambahkannya bagi mengekalkan kualiti dan budayanya,'' katanya ketika menggulung Bajet 2007 bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Najib, penetapan itu sesuai dengan Piagam MTD iaitu ditubuhkan bagi menyediakan belia Malaysia mengambil tempat sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia, perkhidmatan awam, bidang ikhtisas, perdagangan dan perusahaan negara.

Sementara itu, beliau memberitahu, MTD tidak boleh disamakan dengan akademi tentera berprestij Sandhurst di United Kingdom (UK) dan West Point di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, MTD hanyalah sebuah sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pertahanan dan ia mempunyai pelajar tingkatan empat dan lima sahaja.

''Sehubungan itu, MTD tidak boleh disamakan dengan Sandhurst dan West Point kerana maktab tentera di negara ini tidak melatih pegawai kadet untuk menjadi bakal pegawai Angkatan Tentera Malaysia.

''Isu penyamaan dengan kedua-dua akademi tentera di AS dan UK untuk melahirkan bakal pegawai tentera yang berkelulusan tinggi dalam pengajian ketenteraan akan diambil kira dalam program pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” jelasnya.


=======

dwen say : kenapa tak buat benda nih 10 or 11 tahun lepas? sempat gak aku merasa... dah la elaun dah naik 100% last 2 years... huhuhu... semoga RMC dapat lagi melahirkan insan² yang berguna, sejajar dgn piagam dia "maktab tentera diraja ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan belia-belia malaysia mengambil tempat sebagai pegawai² kanan perkhidmatan awam, dan menjadi pemimpin² dalam bidang ikhtisas, perdagangan dan perusahaan negara" huhuhu...

No comments: