Tuesday, September 26, 2006

KEMULIAAN RAMADHAN...


ahlan ya ramadhan...

=======

ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu mengawal indera

pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

bersyukurlah pada rahmatNya
dikurnia bulan yang mulia
beruntunglah bagi mereka
yang mendapat keberkatannya

tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan

sepuluh akhir ramadhan
dikurniakan lailatul qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

sollallahu 'ala muhammad
sollallahu 'alaihi wasallam
sollallahu 'ala muhammad
sollallahu 'alaihi wasallam

sollallahu 'ala muhammad
sollallahu 'alaihi wasallam
sollallahu 'ala muhammad
ya rasulullah

=======

aku amat menantikanmu ramadhan... aku merinduimu...

semoga ramadhan kali ini membawa lebih banyak kebaikan, kerahmatan, keampunan, dan petunjuk daripadaNya...

Tuesday, September 19, 2006

BERKHIDMAT MEMIMPIN...


Kompleks baru MTD RM100j (source)

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Maktab Tentera Diraja (MTD) akan mempunyai kompleks baru bernilai RM100 juta selewat-lewatnya tahun 2010, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, dengan terbinanya kompleks baru itu bilangan penuntut akan bertambah kepada 1,500 orang berbanding 500 yang ada sekarang.

''Di samping itu, MTD juga akan melaksanakan sesi pengajian tingkatan enam dalam aliran sains dan sastera mulai tahun 2007.

''Malah kementerian akan terus mengekalkan MTD sebagai sebuah institusi sahaja dan tidak bercadang untuk menambahkannya bagi mengekalkan kualiti dan budayanya,'' katanya ketika menggulung Bajet 2007 bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Najib, penetapan itu sesuai dengan Piagam MTD iaitu ditubuhkan bagi menyediakan belia Malaysia mengambil tempat sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia, perkhidmatan awam, bidang ikhtisas, perdagangan dan perusahaan negara.

Sementara itu, beliau memberitahu, MTD tidak boleh disamakan dengan akademi tentera berprestij Sandhurst di United Kingdom (UK) dan West Point di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, MTD hanyalah sebuah sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pertahanan dan ia mempunyai pelajar tingkatan empat dan lima sahaja.

''Sehubungan itu, MTD tidak boleh disamakan dengan Sandhurst dan West Point kerana maktab tentera di negara ini tidak melatih pegawai kadet untuk menjadi bakal pegawai Angkatan Tentera Malaysia.

''Isu penyamaan dengan kedua-dua akademi tentera di AS dan UK untuk melahirkan bakal pegawai tentera yang berkelulusan tinggi dalam pengajian ketenteraan akan diambil kira dalam program pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” jelasnya.


=======

dwen say : kenapa tak buat benda nih 10 or 11 tahun lepas? sempat gak aku merasa... dah la elaun dah naik 100% last 2 years... huhuhu... semoga RMC dapat lagi melahirkan insan² yang berguna, sejajar dgn piagam dia "maktab tentera diraja ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan belia-belia malaysia mengambil tempat sebagai pegawai² kanan perkhidmatan awam, dan menjadi pemimpin² dalam bidang ikhtisas, perdagangan dan perusahaan negara" huhuhu...

Wednesday, September 13, 2006

MY HEART...


jiwang mode hahahah... jgn tegur!!! :-Þ

=======
irwanshah & acha septriasa - my heart

di sini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn't reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn't reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

=======

nak lagu? pergi kat sini atau sini

Friday, September 08, 2006

HIGH 5... OH HIGH 5...


~high 5... high 5... roti yg lebih baik...~

huhuhu... betul ke roti yg lebih baik?

tengok la kat sini dan sini kalau nak tau baik ke tak...

dwen say : beli je roti yg biasa² kalau tak roti gardenia... roti cap haji osman ke, roti cap cikgu rokiah ke... (ada ke? huhuhu)

Thursday, September 07, 2006

DOA BUAT SAHABAT...



Terdapat sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan.

Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal.

Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini? "Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan," jawab lelaki A ini. "Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa."

"Kau salah!" suara itu membentak tinggi.

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

"Katakan padaku" tanya lelaki A itu. "Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga saya harus merasa berhutang atas semua ini padanya? "

"Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!"

Wednesday, September 06, 2006

SAJAK : AKU NAK SOLAT AWAL...


(copy paste dari email...)

Sembahyang Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita
kalau kita
lewatkan sembahyang kita yea
Jika berpuasa
Amalan kita
direct terus padaNya
Tapi
Jika bersembahyang
Ada posmen pula
Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya...
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga
Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan
Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah..
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi. penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai.
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga,
La.. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai..
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka..
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Ish..
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti
Ya Allah.
Ampunkan kami.
Kerana lalai.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami
Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.
Amin...