Wednesday, November 23, 2005

LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN...


assalamualaikum,

doakan kami selamat pergi dan selamat kembali... (will be away from 24th november until 4th december)

=======
Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak kupinta
Pahit dan manis duka menghiris
Kita mengharungi dengan berani

Gurau dan sendapun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan

Entah mengapa dia
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
dia merasa megah

Biar dia mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Kerna akhirnya kita tersingkir jua

Oh... biarku pergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati
=======

wsalam warahmatullah...

Friday, November 18, 2005

CAN'T TAKE MY EYES OFF YOU...


assalamualaikum,

alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur utk hidup di muka bumi ini... semoga allah mengampunkan dosa² kita yang pernah dan akan kita lakukan...

lama jugak aku tak update, semenjak 30 ramadhan hari tu... first of all, rasanya tak lambat utk aku wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin pada semua yang kenal dan tak kenal aku... adakah kita akan dapat berjumpa dgn ramadhan yang akan datang?

minggu lepas, aku ambik cuti hari isnin dgn hari selasa... pergi walimah fahmi kat kelantan... aku drive! heheheh... dari KL dgn afizan dalam pukul 6 ptg lebih, sampai sana dalam pukul 3 pagi... memang satu perjalanan yg mencabar minda, akal, mata dan kesabaran la... aku hampir² terbabas masa dkt merapoh... dah la jalan licin, hujan renyai² semacam sedih dgn pemergian aku ke kelantan chewah!!

overall, wedding fahmi ok, memang sempoi... katanya memang tradisi kat sana, tak suka utk berlebih²... tapi aku tak sempat nak tengok wife dia, sebab kitorang sampai sana pun dalam kul 12.30ptg, balik kul 2.30ptg dari rumah dia... pengantin perempuan tak sampai² lagi kat umah fahmi tu... takpe, nanti aku pow kat dia gambar wedding diorang...

aku start keje balik hari rabu, dgn banyak gila kerja tunggu aku kat ofis... memang tak sempat langsung nak menulis kat blog nih, apentah lagi nak baca blog org lain... mana taknya, minggu depannya (semalam) ada budget committee meeting, dan aku jadi secretary utk committee tu... ow lupa nak bagi tau, aku tukar unit lagi utk kali yg ke berapa ntah aku pun tak hengat... rasanya ke-3 kot... unit aku nama dia 'Financial Management, Billing and ERM Unit', apehal ntah panjang sangat nama unit dia... apa aku kena buat? aku kena prepare management account for company setiap bulan utk top management, kena monitor budget / business plan, kena pulak handle kerja baru iaitu enterprise risk management - ERM... keje menginvoice aku pada student dibawa atas dasar ada 'longterm relationship' kata boss aku... tapi billing aku sekarang nih bukan pada student je, tapi pada sponsor, dan pada general debtors yang lain...

so balik pada kenduri, ari jumaat sebelah malam ari tu plak ada kenduri sh sarah, dekat shah alam... memang grand la, first time aku pergi majlis yg sebegitu... ok la, dia pun mampu, so takde masalah la utk dia... aku gerak dari ofis terus, sebab kalau balik rumah, confirm tak sempat la nak lepas kat federal highway tu pukul 8mlm...

ujung minggu, ada walimah kak ida / mizi plak kat masjid putrajaya... pun ok jugak, time pun sesuai... aku antara org yg awal jugak la datang walimah tu... lepas tu terus pergi beraya rumah member², sampai la pukul 11 baru balik rumah... memang hari yg penat la kononnya heheheh...

hari isnin, start balik serabut kepala... nak prepare budget nih bukannya senang, kena makesure semua figures tu betul... seb baik aku ada assistant yg boleh tolong aku, sambil aku prepare utk management acct bulan october... itu pun auditor bagi email minta respond utk acct... tuh belum lagi cost centre mintak buat virement, tambah lagi dgn billing process yg dibuat pada minggu tu jugak... berapa kerja aku aaa? jap nak kira... 1 2 3 4 5! hahahah, 5 kerja serentak... memang robot la aku... lama² botak kepala aku... tapi lepas je meeting semalam (from 2.30pm to 7:30pm), rasa lega sket, walaupun tak la lega sangat... banyak lagi benda yg kena buat, cuma aku take time utk rest kejap sambil siapkan write-up utk management acct bulan october nih...

kadangkala, kita kena buat keputusan yang tak berpihak pada kita... mungkin ada kebaikannya pada kita atau org lain, hanya allah yang tahu... bila kita buat keputusan, tak bermakna kita suka dgn keputusan yg kita buat, dan bila kita tak buat keputusan, tak bermakna kita tak suka dgn pilihan yang ada...

semuanya bergantung pada kita... bagi aku, apa yg dah ditetapkan pada kita, mesti ada hikmah dia... at first, mungkin kita sukar utk terima, tapi cuba kita fikirkan perkara yg baik dan elok yg bakal terjadi kalau kita terima benda tu... kalau tak benefit pada kita, mesti benefit pada org lain, kan? so insya allah ada bahagian yg baik utk kita nanti pada masa akan datang... yakin pada janji allah...

tadi, aku pergi la MOSTI nak sign LO diorang... dalam note staff aku bagi, dkt tingkat 3... aku pun confident la naik tingkat 3, Bahagian Kewangan... tanya punya tanya, takde pulak, bila dia dgr aku dari mana, dia suruh aku naik tingkat 4... sampai tngkat 4 jumpa mamat yg minah kat tingkat 3 tu suruh jumpa, dia pulak pelik kenapa aku jumpa dia, sedangkan takde pun projek yg diorang buat dgn MMU... cek punya cek punya cek, dia tolak aku kat bhg pembangunan kat tgkt 3 balik... aku masih sabar lagi, relax, cool je... pegi tgkt 3 jumpa minah kat bhg pembangunan, dia cakap benda tu dah hantar kat tgkt 5... aku dah bengang sket, tapi seb baik cool lagi... last² baru la dapat aku sign LO tu... apa la dorang nih, cek la dulu sebelum tolak kat org lain... yg si bhg kewangan tu pun satu, tak tau buat kerja kot... LO mesti la keluar dari bhg kewangan, mana leh keluar dari unit lain... so by right diorang kena la tau kalau LO utk company mana ke ape ke... ini tak, main taram je suruh pergi kat situ la sini la...

ok habis mengomel... nak sambung kerja balik... next week cuti panjang, yahoO!!!!!

assalamualaikum...

Wednesday, November 02, 2005

SUASANA HARI RAYA


assalamualaikum,

alhamdulillah, segala puji bagi allah yang masih memberi peluang pada aku utk menulis dkt blog nih... selawat dan salam ke atas junjungan baginda SAW...

waktu org lain semua dah ada kat kampung, tak dapat nak baca blog lagi, aku still ada kat ofis buat benda yang ntah apa² kat ofis nih... mana taknya, org semua takde, dah cuti... aku dgn beberapa org je yg sangap kat ofis nih, pergi bilik tu, pergi bilik nih kaco org lain...

sebenarnya, last week ada workshop kat celcom academy pasal FRS... mesti bebudak accountant yg lain dah tau pasal FRS nih yang nak diimplement next year... yg tak bestnya, boleh plak dia suruh submit benda² yg kitorang kena prepare tu by 7th november? gila hapenya... minggu ni dah la 2 hari je kerja, pastu barang semua dapat dalam hari jumaat hari tu... isk isk isk... nasib baik ada team leader lain, so takyah la nak pening² kepala sangat pikir pasal benda nih...

baca blog org tadi, ada yang bercerita pasal raya lah, pasal pergi shopping lah, dll... utk aku pulak, tahun ni punya raya memang takde benda yang aku prepare... even budget utk tahun ni pun memang takde... bukan taknak prepare, tapi memang short of budget... nak beli pun, bila ntah nak pakainya... bukan tak kerja, kerja... kalau nak beli, baik beli kemeja ke, slack ke, leather shoes ke, dll yang boleh dipakai nak pergi kerja nanti...

bukan aku tak pergi mana²... ada la jugak sekali 2 pergi midvalley la, jayajusco, alamanda dll, tapi memang takde langsung rasa nak beli barang + takde duit... bukan sebab aku nak simpan duit nak pergi london, tapi memang budget takde raya nih... kengkadang bila tengok keadaan org yang langsung tak mampu nak beli baju sehelai pun, aku bersyukur sebab at least aku ada duit nak isi minyak kereta nak pergi kerja... nafsu shopping? langsung tak wujud sebenarnya, seriously... sedih? ntah, nak sedih apapun, masih banyak benda yg aku boleh treasure, lagipun umur aku masih muda...

ramadhan kali ini memang membawa banyak kenangan pada aku... kenangan yang hanya aku je yang tahu... banyak perkara yang terjadi yang memerlukan aku utk merenung balik tujuan hidup aku kat dunia Dia ni... adakah aku dah tersasar jauh dari objektif asal aku? kenapa ia terjadi pada aku? mungkin ada hikmah di sebaliknya... ataupun, mungkin itu merupakan sign utk hidup aku yang akan datang? hanya Dia yang tahu...

ada 3 perkara yang menjadi hak mutlak allah, yang telah ditentukan sejak azali lagi: rezeki kita, jodoh kita, dan mati kita... benda nih memang tak boleh nak diubah... yes, kita boleh berusaha, berdoa dsb, utk mencapai apa yang kita inginkan... istikharah, solat hajat dll... semuanya boleh kita lakukan... tapi adakah kita dapat menerima takdir yg ditentukan pada kita?

'bila kita berada dalam situasi yang banyak, itu bermakna kita ada pilihan... dan bila kita sudah memilih satu pilihan, itu bermakna kita sudah membuat keputusan... keputusan kita boleh jadi takdir kita, dan mungkin bukan takdir kita... mungkin keputusan yang dibuat bukan sebab kita nak buat, tapi atas faktor² tertentu... tapi kita tak boleh nak menyalahkan takdir kalau pilihan kita tu tidak memuaskan hati kita... kita masih boleh utk menukar keputusan kita kepada keputusan yang kita akan berpuas hati... mungkin kita belum ada kekuatan utk berbuat sedemikian...'

apa yang pasti, aku tahu matlamat aku, dan aku tahu tujuan aku... semoga allah memberikan kekuatan pada aku utk terus mengharungi hidupNya, hidup yang penuh tipu daya dan ujian... semoga allah memakbulkan apa yang aku hajatkan, kerana Dia sahaja yang boleh memakbulkan hajat kita semua...

SELAMAT HARI RAYA 'IDULFITR, MAAF ZAHIR DAN BATIN... aku minta maaf kalau ada termakan, terminum, terbuat salah dll pada semua... manusia memang tak boleh nak mengelak dari melakukan kesalahan, dan semulia² manusia ialah mereka yg sentiasa bertaubat padaNya...

wallahu a'lam...