Friday, October 28, 2005

SAKINAH


assalamualaikum,

tadi masa nak pergi kerja (tumpang abah aku hantar mak aku), aku baca la akhbar Siasah... ada artikel pasal lirik lagu Mawi - Aduh Saliha... lirik lagu ni ditulis oleh loloq... dalam artikel tu, dia ada komen lirik2 lagu yg loloq tulis nih... aku pun ambik la satu lagu yg dia tulis, nyanyian XPDC... tajuk dia sakinah...

=======
Asalnya
Memang dulu
Aku tak percaya
Sehingga aku jumpa Sakinah

Cinta boleh mencair segala
Biar keras bagai teras buana
Katakan cantik mana aku tak tergoda
Sehingga aku jumpa Sakinah

Pintu hati yang tertutup
Terbuka
Datang azam nak mengolah
Rancak dunia
Berlagu tipu daya
Mustakim semula

Biarlah... orang-orang
Macam aku bahagia
Biarlah... orang-orang
Macam aku merdeka

Tutup mata
Buka mata Sakinah
Dalam lena
Dalam jaga Sakinah

Kenal diri siapa sebenar
Cairlah segalanya
Yang tinggal hanya benar
=======

bila tengok lama² lirik dia, baru aku dapat tangkap maksud dia (rasanyala)... memang mendalam sebenarnya lirik dia... bagi aku, lagu ni bukan lagu yg dibuat atas dasar cinta sesama insan, tetapi lebih dari itu... sakinah = ketenangan... di sebalik itu?

setiap orang ada pandangan masing²... what say you?

Thursday, October 20, 2005

10 CARA RAI RAMADHAN


assalamualaikum,

10 cara meraikan Ramadhan :

1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasiq. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan dahaga. (Riwayat Bukhari).

Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seorang itu berpuasa, maka janganlah dia bercakap lucah, berbuat fasiq dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka hendaklah dia menjawab: "Aku sedang berpuasa.'' (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Menghidupkan malam dengan beribadah (Qiamullail). Sesungguhnya ibadah Qiamullail adalah kegemaran Nabi dan para sahabatnya. Kata Aishah r.a.: ''Janganlah kamu meninggalkan ibadat Qiamullail kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkannya. Apabila Baginda sakit atau keletihan, Baginda bersolat dalam keadaan duduk."

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau membangunkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: "Solat, solat." sambil membaca ayat 132 daripada Surah Thaha yang bermaksud: Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa.

3. Bersedekah. Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Sabda Baginda s.a.w: Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. (Riwayat Tirmizi).

4. Menjamu makanan. Golongan salaf amat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada orang lain dan mendahulukannya daripada ibadat sunat yang lain. Kesan daripada jamuan boleh menimbulkan kasih sayang dan persaudaraan. Ia juga dapat memudahkan seseorang itu masuk ke dalam syurga Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamulah makanan, sambungkanlah silaturahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, kamu akan memasuki syurga dengan selamat.(Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Baginda s.a.w. bersabda lagi di dalam hadis yang lain: Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa itu. (Riwayat Ahmad).

5. Banyak membaca al-Quran dan menangis ketika membacanya. Sebahagian besar para salaf mengkhatam al-Quran ketika mengerjakan Qiamullail padai malam Ramadan tiga hari sekali. Ada juga yang mengkhatamnya seminggu sekali. Terdapat juga mereka yang mengkhatamnya sepuluh hari sekali. Mereka juga sentiasa menangis ketika membaca al-Quran.
Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a. membaca Surah Al-Mutaffifin. Apabila sampai kepada ayat 6 yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam. Beliau menangis sehingga rebah dan tidak berdaya lagi meneruskan bacaan berikutnya.

6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari. Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim bahawa apabila Rasulullah s.a.w. selesai menunaikan solat Subuh, Baginda akan terus duduk di tempat solatnya sehingga terbit matahari.

Menurut sebuah hadis lagi, Baginda s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat Subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah s.w.t. sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna. Kata Albani: Hadis ini sahih.

7. Iktikaf. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf selama 10 hari di dalam bulan Ramadan. Manakala pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.

8. Mengerjakan umrah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Pahala mengerjakan umrah di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

9. Mencari-cari Lailatul Qadar. Nabi Muhammad s.a.w. akan mencari Lailatul Qadar pada bulan Ramadan dan menyuruh para sahabat mencari-cari malam tersebut. Baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadan dengan harapan supaya dapat memperoleh Lailatul Qadar yang penuh keberkatan dan keistimewaan.

Ubay bin Ka'ab berkata: "Antara tanda dan alamat Lailatul Qadar sebagaimana yang telah diberitahu kepada kami oleh Rasulullah s.a.w., ialah matahari terbit pada pagi hari tersebut dalam keadaan redup." (Riwayat Muslim).

Di dalam hadis lain, Aishah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, jika aku bertemu dengan Lailatul Qadar, apa yang patut aku katakan?" Jawab baginda: "Katakanlah: Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul 'afwa fa'fu a'nni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah segala kesalahanku)." (Riwayat Ahmad dan Tirmizi. Kata Albani: Hadis ini sahih).

10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Sesungguhnya siang dan malam pada bulan Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa, maka rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab. Di antaranya ialah: Waktu berbuka, Sepertiga malam yang terakhir, Waktu Sahur dan Hari Jumaat.

Oleh yang demikian, para salaf amat prihatin dalam memantapkan amalan mereka dengan memperbanyakkan zikir, berdoa dan memohon keampunan daripada Allah yang Esa.

Daripada Muhammad bin Wasi, katanya: "Aku melihat beberapa lelaki, di antara mereka ada seorang yang tidur sebantal dengan isterinya dalam keadaan berlinangan air mata, sedangkan isterinya tidak sedar.

Diriwayatkan bahawa Ayyub as-Sakhtayani bangun mengerjakan solat sepanjang malam dalam keadaan yang senyap sunyi. Apabila telah hampir waktu Subuh, barulah terdengar suaranya, seolah-olah beliau baru terjaga dari tidurnya.

Alfatihah... (sumber dari Utusan Malaysia, 20 Oktober 2005)

Sunday, October 16, 2005

WANITA


kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk

didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita berharap pada yang binasa
engkaulah wanita istimewa

sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan

Thursday, October 13, 2005

IMAN


assalamualaikum,

artikel ni panjang, tapi memang bermanfaat... diambil dari email aku sendiri...

=======
Iman

Tiga hal yang akan menjadikan seseorang merasakan manisnya iman, menurut sebuah hadits yang bersumber dari Anas ra, adalah:

1. Mengutamakan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya dari yang lainnya;

2. Tidak mencintai seseorang kecuali karena Allah, dan

3. Takut akan kembali kepada kekufuran sebagaimana takutnya dilemparkan ke dalam neraka.

Iman dan keyakinan bagi seseorang adalah sesuatu yang mutlak diperlukan. Hidup tanpa iman akan terasa hampa, tiada arti dan makna. Sebab tanpa iman seseorang tidak tahu untuk apa dia hidup, mau diapakan kehidupan ini, dan bagaimana setelah hidup. Hidup jadi terombang-ambing oleh situasi dan keadaan. Ke mana arah angin bertiup ke sanalah mereka pergi.

Oleh karena itu iman adalah sumber ketenangan, sumber kebahagiaan, sumber kenikmatan dan kelezatan. Orang yang tak memiliki iman hidupnya dipenuhi oleh kegonca ngan. Tidak stabil. Kadang bergembira ria, tapi dalam waktu yang dekat bersedih hati hingga merana, meratap, menangis, histeris. Saat gembira lupa daratan, saat terkena musibah putus asa. Begitulah corak hidup orang yang tak memiliki iman.

"Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia membelakangi dengan sikap sombong, dan apabila ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa."
(QS. Al-Israa': 83)

Sebaliknya, orang yang hatinya dipenuhi dengan iman hidupnya selalu tenang. Di saat mendapatkan karunia Allah, tidak lupa daratan, tetap merasakan bahwa kenikmatan ini semata-mata dari Allah, karenanya perlu dinikmati, juga disyukuri. Jika terkena musibah atau bencana, maka ia tetap menyadari bahwa semua ini datangnya dari Allah.

Salah satu ciri dari kehidupan orang yang beriman itu adalah tenang. Hidupnya tidak diwarnai dengan kesedihan yang berlebihan, tidak juga kegembiraan yang luar biasa. Tetap optimis menghadapi setiap kondisi. T idak lekas putus asa, sebab dia yakin bahwa Allah berkuasa atas segala sesuatu. Allah kuasa pula mengubah keadaan sewaktu-waktu. Kekuasaan itu terletak di tangan-Nya secara mutlak.

"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah, di samping keimanan mereka (yang sudah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi, dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. Al-Fath: 4)

Anatar iman dan ketenangan punya korelasi yang positip. Jika iman ada, ketenangan musti tumbuh. Jika ketenangan tumbuh di hati seseorang, maka iman akan semakin bertambah. Pertambahan iman akan menambah ketenangan. Dan begitu seterusnya.

Karenanya iman itu pasti dapat dinikmati, bahkan iman adalah kenikmatan yang paling tinggi. Tidak ada kenikmatan yang melebihi iman. Tiada kelezatan yang mengungguli iman. Karenanya bersyukurlah kita yang telah memiliki iman.

Adalah sesuatu yang tidak wajar bila ada orang yang mengaku beriman, tapi hidupnya tidak tenang, tidak merasakan kenikmatan. Orang yang demikian mungkin saja beriman secara salah, atau mungkin iman itu belum sampai menancap dalam dada. Bibirnya saja yang mengaku beriman, sementara hatinya kosong melompong.

Berikut ini ada beberapa amalan utama yang menjadikan seseorang dapat merasakan kelezatan iman. Barang siapa yang hatinya dipenuhi dengan keutamaan ini, dipastikan dapat merasakan manisnya iman. Ada tiga hal yang perlu kita upayakan.

Mengutamakan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi yang lain.

Cinta memang urusan perasaan, tetapi tanda-tandanya nampak dalam perbuatan. Mengaku cinta tanpa memberikan bukti nyata, namanya cinta dusta. Bila persoalannya dengan sesama manusia, kelanjutannya bisa ke pengadilan. Tetapi dalam hubungan dengan Allah, bisa berakibat tertolaknya semua amalan, karena disinyalir imannya bukan iman betulan. Bukti cinta di antaranya adalah dengan menomorsatukan yang dicintai. Selama belum mengutamakan syariat Allah dalam kehidupannya, pengakuan cinta seorang muslim terhadap Allah masih diragukan.

Padahal tanpa dilandasi cinta, pelaksanaan ibadah yang penuh pengabdian, pengorbanan yang disertai keikhlasan tidak akan pernah terjadi. Tanpa cinta, pelaksanaan syariat hanya akan terasa sebagai beban. Ibarat seseorang yang harus memberikan pertolongan di saat terjadi kecelakaan, bila si korban adalah orang yang dicintai, tentu pengorbanan yang diberikan akan terasa lain dibanding bila terhadap orang lain. Begitulah seharusnya membuktikan cinta kepada Allah, yakni dengan begitu gembira, dengan penuh semangat menyambut segala aturan syariat. Tidak ada yang bisa menghalangi, untuk urusan yang menyangkut terlaksananya aturan-aturan Allah dimuka bumi.

Adapun cinta kepada Rasulullah, adalah manifestasi langsung dari kecintaan kepada Allah. Karena lewat Rasul-Nya-lah ajaran Allah sampai kepada segenap manusia. Dan, Rasulullah adalah syariat Allah yang hidup, yang bisa diteladani, ditiru segala sesuatunya. Ajaran-ajaran Islam yang lebih detail, tidak selalu termuat di dalam firman Allah, tetapi bisa dicontohkan langsung pada kehidupan Rasul. Mencintai Rasulullah adalah juga salah satu bukti kecintaan kepada Allah, dan merupakan syarat mutlak bisa terlaksananya aturan-aturan syariat.

Cinta karena Allah

Setelah menempatkan Allah pada urutan pertama yang dicintai, sangatlah wajar bila kelanjutannya adalah mencintai segala sesuatu karena Dia semata. Segala hal yang tidak dicintai-Nya harus dibenci. Dan segala sesuatu yang menjadi kecintaan-Nya, seharusnyalah dicintai. Sebab, bagaimana bisa dikatakan cinta, bila ternyata yang dibenci-Nya itu justru yang menjadi kesenangan kita.

Mencintai segala sesuatu karena Allah, tidaklah akan menghalangi manusia dari kehidupan yang wajar. Justru itulah cara hidup yang paling alamiah. Karena Allah senantiasa menyukai yang baik-baik. Segala sesuatu yang dicintai-Nya pasti baik d an membawa manfaat, bahkan bukan hanya untuk pribadi melainkan juga untuk masyarakat banyak. Sementara yang dibenci Allah adalah sebaliknya, yang tentu saja akan membawa bencana bagi kehidupan manusia dan dunia.

Kadang ada orang yang beralasan, secara fitrah ia sudah menyukai kebenaran dan segala yang baik-baik. Lalu, dengan gegabah ia menyatakan sudah menunjukkan bukti kecintaan kepada Tuhan tanpa harus bersusah payah melaksanakan aturannya yang memberatkan. Orang demikian adalah omong kosong, karena ia mencintai sesuatu bukan didasarkan pada cintanya kepada Allah melainkan pada perasaannya sendiri, pada nafsunya. Nafsunya itulah yang menjadi tuhannya. Buktinya, perintah Allah sekalipun, asal dirasa memberatkan, tidak akan dilakukan. Inilah justru bukti kekafiran yang paling jelas.

Cinta kepada Allah akan melandasi segala tingkah laku seseorang dalam bermasyarakat. Memilih sahabat, lingkungan, istri, pekerjaan, pemimpin, dan semuanya selalu dilandasi pada kecinta an kepada Allah. Mereka yang termasuk dalam kategori orang yang dibenci Allah, tidak akan diambil menjadi orang dekat, apalagi dipentingkan.

TAKUT KEMBALI KEPADA KEKUFURAN

Begitu menjadi muslim, kita harus mengucapkan selamat tinggal kepada kejahiliyahan, selamat tinggal tradisi lama, selamat tinggal segala yang berbau budaya jahiliyah. Kita kubur dalam-dalam masa silam. Kini yang ada hanya Islam. Kita mulai sejarah baru, hidup baru, ketentuan baru dan segalanya yang serba baru.

Tak perlu ragu-ragu, sebab kita yakin Islamlah yang akan mengantar kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Kita mungkin satu saat bisa mengharapkan keuntungan besar dari bisnis yang kita lakukan. Tetapi apalah gunanya bila itu tidak bisa menolong nasib kita di akhirat?

Untuk bisa berbisnis, berbuat, berkarya, mengajarkan ilmu, mendidik dan lain-lain dengan sukses sekaligus punya arti untuk kehidupan akhirat, Islamkan dulu perilaku kita. Tinggalkan kehidupan jahili selekas-lekas nya, dan jangan kembali lagi. Takutlah kepada kekufuran sebagaimana takutnya kita dimasukkan ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Di samping sebagai bukti cinta, sikap meninggalkan kekufuran itu juga akan menjadikan kita mampu merasakan manisnya iman. Artinya, kita justru merasa bahagia, beruntung, senang, dengan meninggalkannya.Selama kita masih merasa eman meninggalkan kekufuran, maka cinta kita kepada Allah belum tulus. Dan, itu akan mempengaruhi perasaan kita, yang justru merasa tertekan dengan segala atribut Islam.

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
=======

semoga memberi manfaat... wallahu a'lam...

Wednesday, October 12, 2005

KU SERAH CINTA


assalamualaikum,

alhamdulillah, hari ini masuk 8 ramadhan 1426H, bermakna sudah 8 hari ramadhan meninggalkan kita.... nah, dimana kita sekarang? adakah masih ditahap yg sama seperti sebelumnya? sama³lah kita menilai diri kita, adakah puasa kita ditahap puasa awam, puasa khusus atau khususul khusus...

semalam konon³ aku nak la berbuka kat rumah, sebab hari isninnya aku sempat sampai rumah utk berbuka... hari isnin hari tu, aku keluar dari office tepat pukul 5 (check-out, terus keluar), bawak kereta macam kat litar F1 sepang, ikut seri kembangan (jangkaan dekat besraya jammed teruk), lepastu masuk serdang lama dekat dgn southcity plaza (dekat simpang nak turun besraya dah nampak jammed dia), turun highway sg besi, masuk NPE, ikut bangsar... sangkut la sikit kat depat TNB tu tapi moving... keluar exit mahameru depan klsentral tu, dah terjebak dalam jammed... sampai kat simpang nak exit jalan kuching, aku pun cilok jalan kuching, sekali kantoi jammed!!! tension la sket, tp masa tu jam baru pukul 550 petang, so ok la kot... jammed pun tak lama, sebab moving... aku berjaya sampai rumah pukul 640ptg...

hari selasa pulak, skrip yg sama... ikut seri kembangan, tapi sangkut kat ujung jalan nak masuk kat serdang lama tu... banyak la plak lori sampah... eh by the way, hari isnin hari tu sorang, semalam dgn ofismate aku... sambung balik, dapat jugak la keluar kat serdang lama, dan jalan agak lancar sampai ke exit dia kat highway sg besi... ikut jalan sama, keluar NPE, masuk jalan bangsar tu... skali kat atas flyover tu dah jammed... tension betul... lama la jugak, sampai kat trafficlight depan dataran maybank tu, lepas tu smooth sket... susur ke jalan mahameru, sangkut kat depan jalan duta... tension lagi sekali... agak lama la jugak, masa tu jam dah pukul 6... macam confirm je tak sempat... lepas je jammed, kat area pwtc tu, aku pun jadi la raikonnen, exit dekat bulatan pahang menuju ke jalan genting klang... sangkut lagi!!! arggh!!! jam dah pukul 630 masa tu... last², aku pakat dgn en samsul, berhenti kat memana berbuka kat situ... kitorang tak berjaya nak berbuka kat rumah, dan berbuka dekat masjid dekat taman seri rampai, nasibbaik ada pasar ramadhan sebelah dia, boleh la beli air secawan...

kesimpulannya dekat sini, aku memang confirm tak boleh nak berbuka dekat rumah waktu bulan ramadhan ni... sedih betul...

semalam dan hari ini aku rasa lain macam, tak tau kenapa... nak kata tak sihat, tekak aku agak tidak memberangsangkan la sekarang ni... dengan kepala agak runsing dengan masalah kat ofis yg ntah bila nak setel pun tak tau... cuma aku bersyukur sebab aku dikurniakan dgn ujian ini... ini tandanya Allah masih ingat dekat aku, dia takkan turunkan ujian ni kalau aku tak layak utk menghadapinya...

sekadar ingin berkongsi email yang aku dapat...

=======
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut
serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".
=======

wallahu a'lam... semoga kita berjaya mencari apa yg kita mahukan di bulan ramadhan ini...

"Aku semakin tidak peduli, Apa yang mungkin akan terjadi, Kerana gerak dan tindakanku, Mahu bebas dari masalah"

Monday, October 10, 2005

PASRAH SEGALANYA


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

HIJAB...

assalamualaikum,

video ini diambil dan diapdatasi dari http://cmclub.mmu.edu.my/v2/... (click 'play' utk memainkan klip video)





thanks for the director! ;-)

Thursday, October 06, 2005

DISIPLIN HATI

assalamualaikum,

dicedok dari email sendiri... semoga mendapat manfaat semua...

=======

Disiplin itu bahasa Inggeris maknanya etika atau tata tertib, dari segi syariat kita panggil Adab atau akhlak dan dari sudut bahasa Melayu kita sebut Seni. Kita boleh gunakan ketiga-tiga bahasa ini. Disiplin atau Adab atau Seni ada 2 bahagian, ada jasad, ada roh, ada luar ada dalam ( ada lahir ada batin) ada fizikal, ada Spiritual. Kalau diluar kita boleh nampak disiplin atau seni atau adabnya, macam mana pula yang dalam? Yang luar ini ramai yang boleh berlakon.

Disiplin dalam atau batin atau spritual ini terbahagi kepada 3 bahagian juga iaitu:
Disiplin Hati, Disiplin Akal dan Disiplin Nafsu.

1.DISIPLIN HATI

Hati adalah tempat untuk rasa bertuhan, rasa kasih sayang, rasa pemurah, rasa takut, rasa gerun, rasa cemas dan ribuan lagi rasa.terlalu banyak rasa. Hati sangat sensitif, sangat seni dan disitu jugalah kita sebut "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Hatilah yang mencorakkan kehidupan manusia.

Rasulullah SAW ada menyebut, "Dalam diri manusia ada seketul daging, kalau baik daging itu baiklah seluruh kehidupan manusia, kalau jahat maka jahatlah kehidupan manusia itu, ketahuilah kamu itulah hati". Kalau seorang itu, lahirnya jahat maka jahatlah hatinya. Mengapa seorang itu jadi jahat, mestilah ada sebabnya.

Bagaimana nak mendisiplinkan hati?

1. Cara yang pertama ialah kita kenalah menajamkan Rasa Bertuhan. Apabila manusia ada rasa bertuhan, ia tidak mudah putus asa atau kecewa walaupun orang kafir, cuma lebih elok kalau dia beriman. Untuk ada rasa bertuhan kita mesti kenal Tuhan. Kalau kita tak kenal Tuhan tetapi lebih kenal kuman, batu, kayu katak dll, ini dah kira parah. Macam mana nak kenal dan percaya Tuhan? Kena belajarlah. Kita kena percaya Rukun Iman yang 6 tanpa dicelah oleh jahil, syak, zan dan waham. Orang yang digelar beriman ialah orang yang percaya dan yakin 100%.

Jahil maksudnya golongan tak tahu atau tak berilmu tentang hal-hal iman.

Syak pula golongan yang percaya dan yakin 50%, tak yakin 50%. Akhirat ini ada ke tidak? Kalau tak ada macam mana? Kita bahas ikut logik akal, bukankah elok kita buat baik di tengah manusia dan tak rugi juga sekiranya Akhirat itu tak ada. Kita mesti yakin Akhirat itu ada, dan kita juga selalu berdoa minta kebaikan untuk dunia dan akhirat. Kalau betul-betul Akhirat itu ada kita tak rugi sebab kita dah berbuat. Kita tak buat baik sebab kita rasa Akhirat itu tak ada, kemudian Akhirat itu betul-betul ada, kan kita dah rugi dan tak boleh balik ke dunia untuk buat baik lagi!

Zan pula golongan yang percaya 75%, tak yakin 25%.. dia percaya semua rukun Iman cuma dia tak yakin tentang qadak dan qadar, dia tak yakin tentang rezki, takut masa depan yang susah, takut sakit hingga kena beli insurance dan sebagainya.

Waham pula golongan percaya 25%, tak yakin 75%. upacara nikah kahwin, kematian, naik haji, sembahyang sunat hari raya itu semua dia percaya. Tetapi dia berpendapat orang sembahyang ke tak sembahyang semua sama sahaja, tak sembahyang pun tak apa, entah Tuhan ada ke tidak!

Rukun Iman ada 6:
- Percaya kepada Allah. kita kena belajar ilmu ketuhanan, ilmu rasa namanya.
- Percaya adanya Malaikat, tentera-tentera Allah yang kita tak nampak tetapi ada. Musnah iman kita kalau kita tak percaya.
- Percaya kpd Kitab-kitab Allah
- Percaya kpd Nabi dan Rasul-Rasul dan menjadikan mereka idola dan suri tauladan kita. Kalau kita nak berjuang menegakkan kalimah Allah kenalah kita ikut mereka.
- Percaya kpd hari Kiamat. Kalau tak adalah hari Kiamat seperti yang disebutkan Tuhan sudah tentu beruntunglah orang-orang yang buat jahat di dunia ini.
- Percaya kpd Qadak dan qadar Allah.

2. Cara yg kedua untuk mendisiplinkan hati ialah menebalkan rasa kehambaan kita.

Selagi kita tak kenal kita ini hamba Allah selagi itulah kita tak mempunyai disiplin hati. Kalau kita tak rasa yang kita ini hamba sudah tentulah kita ini rasa kita ini Tuhan. ini merbahaya. Untuk merasakan kita ini hamba kenalah selalu merintih kepada Allah, mengaku yang kita selalu buat silap. Walaupun kita tak buat silap, tetapi sebagai seorang hamba kita kena faham yang Allah suka mendengar hambanya merintih.

Sebagai manusia sememangnya kita tak lepas dengan sifat lalai dari mengingati Allah dan tak terlepas dari dosa maka cepat-cepatlah kita bertaubat dan minta ampun dari Allah. Sekiranya kita tak ada sifat hamba segala yang kita buat di dunia ini kita rasa yang kita yang punya, kita rasa kita yang memiliki. Seorang manusia yang sedar dirinya hamba, dia berasa tidak memiliki apa-apa pun tanpa keizinan Allah. kalau Allah tak jadikan dia manalah dia boleh hidup, oksigen yang Allah beri secara percuma untuk bernafas pun kalau Allah tarik matilah kita.

3. Cara yang ketiga untuk mendisiplinkan hati ialah dengan menyucikan atau menghilangkan rasa cinta dunia. Dunia itu banyaklah. ada yang dapat, ada yang tak dapat dan ada yang terlepas. Cinta Allah itu adalah ibu segala kebaikan. Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan.

4.Cara yang keempat pula ialah dengan memindahkan rasa bertuhan, rasa kehambaan ke dalam hati kita. Macam mana caranya? Katalah semasa kita sembahyang segala perbuatan yang kita lakukan adalah yang fizikal yang kena kita jaga disiplinnya juga, tetapi yang penting adalah apa yang kita rasa didalam hati kita.

Macam mana kita nak hubungkan hati kita dengan Tuhan sewaktu itu sebab Tuhan itu bukan berketul dan tak boleh juga kita bayangkan Tuhan itu hijau atau kuning. itu semua tak boleh. Maknanya hati sewaktu sembahyang kena berdisiplin iaitu sentiasa ingat Tuhan. Ingat Tuhan itu bermacam-macam bentuk pula. ada rasa takut, sayu, sedih, rindu, malu dan bermacam-macam rasa lagi. Rasa-rasa ini sentiasa berpindah-pindah dan berubah. Macam warna langit yang sentiasa bertukar warna. kejap biru, kejap hijau, kejap kuning. Jadi sentiasalah hati itu tidak terlalai dari mengingati Allah, itulah dikatakan disiplin. Ini memang susah nak dibuat.

Katalah kita nak masukkan rasa malu dihati kita. cuba kita bayangkan segala nikmat Tuhan dalam diri, nikmat Tuhan diluar diri kita. Dia bagi kita semua anggota yang bermacam-macam, kita tak payah bayar pun. Allah beri kita rumah, isteri dan anak-anak, kereta dan bermacam-macam lagi. cuba kita tanya ini semua siapa yang punya, siapa yang bagi? Malu tak kalau hari-hari ada orang yang beri kita $10 setiap hari tanpa kita buat apa-apa. sekali dua boleh lagi tetapi kalau lebih 10 kali tentu kita naik malu. Nikmat oksigen juga dah cukup untuk membuat kita rasa malu dengan Alah. Jadi dalam nak mendisiplinkan hati kenalah dalam bentuk rasa dan pada peringkat permulaan kenalah kita menghitung-hitung.

Macam mana pula kita nak masukkan rasa takut didalam hati kita?. Allah boleh matikan dan hidupkan kita, Dia juga boleh sakitkan kita, Allah boleh miskinkan kita, macam-macam Allah boleh buat.

Rasa cemas macam mana pula? Sembahyang yang kita buat, segala ibadah yang kita buat banyak-banyak itu adakah betul semua itu Allah terima? Adakah Allah terima taubat kita? Dosa kita dengan Allah adakah sudah diampun? Sebagai hamba Allah yang beriman kita yakin dengan sifat Allah yang Maha Pengampun, maka kita kena yakin Allah akan ampunkan dosa-dosa kita tetapi kita juga yakin dengan sifat Qahhar dan Jabbar Tuhan yang membuat kita rasa cemas dengan hukuman Tuhan.

Inilah ada-adab atau disiplin atau seni-seni hati yang kita perlu perolehi.

=======

wallahu a'lam, segala yang baik dariNya, dan segala yang tidak baik adalah dari kesilapan aku sendiri... semoga mendapat manfaat...

Wednesday, October 05, 2005

MUHASABAH RAMADHAN


assalamualaikum,

at last, dapat jugak lirik lagu yg tengah on-air ni... selamat menghayatinya... ;-)

=======
Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Illahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilenturkan lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijjab antara hamba dengan Ilahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puas kita?
Adakah masih ditahap lama?

Lalu muhasabah di hujung Ramadan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa dan duri angkara


Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasa kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padaNya segala takdir

Allahu Akbar (3x)
Allahuwalillahillam
=======

DI MANA PUASA KITA? semoga ramadhan kali ini membersihkan jiwa kita yang dah lama tercemar oleh dosa²...

Tuesday, October 04, 2005

PERHITUNG


assalamualaikum,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK... SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA BANYAK KERAHMATAN KEPADA KITA, DAN SEMOGA KITA MENJADI LEBIH 'MANUSIA' DARI SEBELUMNYA...

entah kenapa, bila dengar lagu yg korang dengar ni (sorry, lagu on-air sudah ditukar kepada lagu 'Muhasabah Ramadhan') banyak kali, macam best plak... lirik dia korang boleh tengok kat bawah ni... lagu dari Brothers - Perhitung -> solo by Akbar feat TooPhat and Marcus...

=======

Peperangan yang dilalui dunia
Bagaikan tiada penghujungnya
Bila propaganda menguasai segala-galanya
Nan halusi setiap minda
Apa harus menjadi satu hala tuju baru di jalan penuh berliku
Apa kita akan bertemu dalam impian yang satu

Hari ini aku di sini lagi masih tenang dalam berillusi
Masih bertarung dengan diri
Ku melawan nafsu nafsi
Mana perlu kumelangkah?
Mana betul dan yang mana salah?
Harus hanya rasa indah sedang itu kan memusnah?

Tunggu apa ditunggu, Aku pun tidak tahu
Kini semakin lesu, Beriku petunjuk Mu
Sedar dari lamunan, Mula ternampak jalan
Kiniku dalam barisan, Kuteruskan perjuangan

Semua gerak dihitung, Tiada yang tergantung
Sedar atau tak langsung, Tiada yang melencong
Apa ini kucari, Harus merenung lagi
Cuba berkali-kali, Silap berulang lagi

A year older
Hard experience make a man bolder
A one man soldier lost and trying to stay sober
Erasing highlights of joy inside my life's folder
Trying to find peace through harder days and when the nights are colder
Alotta people never listen
Ask to keep your head up

I've held it long enough I'm getting fed-up
Flashing on the past when I led a simpler life
I'm happy with the progress
Its change that I don't like I was tearing
Sitting contemplating my carreer when
I should be on stage with a few thousand kids cheering

Turned into the heavens
And was shown the forgotten myth that
faith and love can turn a curse into gift
If you think that you've hit rock bottom think about your loved one
Your father was soldier at least you be a tough son
A tough one and when times go rough
you be the rough one
Money, power, respect will come

Aku amati satu persatu
Apa yang terjadi, apa yang berlaku
Kali ini matlamatku jitu
Sinari Impian harapanku
Telah kian lama aku mencari-cari
Di satu hari cahaya kan menyinari
Moga aku tak sendiri lagi
Dalam perjalanan untuk mencari erti

Currently the state of world.. depressing
Everywhere warring and oppression
Currency is king becoming everybody's obsession
Capitalist with animal instinct behavior
Wolves in sheep skin claiming to save you
Far from saviors only contributing to death
The magnitude of their actions
only contribute to their wealth

Word to Condoleezza Rice
These kids kind of need rice
How father and son can bomb the same city twice

I'm mad..
Watch the news at home on CNN
I'm sad..World powers do as they please where and when
It's bad..Countries Join a legion armed with nuclear bombs
The only one without a bomb most probably Saddam

Cause for alarm conspiracy theories taking lives
Ask the Almighty please guide me with the light
Cause for alarm militaries killing children in the night
Ask the Almighty please protect them with your might

=======

wallahu a'lam... semoga allah memakbulkan hajat² kita...

Sunday, October 02, 2005

KEHIDUPAN...


Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berkepanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali


Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

p/s : allah tidak akan memberikan ujian kepada kita, melainkan kita layak utk menerima dan menggalas ujian tersebut...

Saturday, October 01, 2005

SELANGOR!!!


assalamualaikum,

alhamdulillah, segala puji bagi allah kerana aku masih dapat menghirup udaraNya sehingga kini... tahniah kepada team bolasepak selangor sebab menang piala malaysia sebentar tadi, kejuaraan yg ketiganya pada tahun 2005... bermula dengan piala premier, diikuti dgn piala FA pada minggu lepas, dan baru kejap tadi, piala malaysia... apakah itu tanda kebangkitan selangor kembali sebagai gergasi bolasepak? kita tunggu dan lihat... sebagai rakyat yg tinggal kat selangor, dan yg membayar cukai pintu dengan MPAJ, semestinya aku menyokong selangor... hip hip horray!!!

setelah apa yg berlaku pada diri aku beberapa hari ini, aku rasa seperti terpanggil utk tulis blog ini... first of all, aku minta maaf pada sesiapa yg terlibat, jika mereka merasakan yg post aku kali ini agak emosional...

ramai yg tahu, aku pernah bercinta... hubungan yg bertahan selama 4 tahun lebih, yang semestinya memang banyak memori atau kenangan yg berlaku selama tempoh tersebut... perkara yg paling penting yang aku belajar dulu ialah, pergantungan kita hanyalah pada Allah, bukan pada manusia... walau 'bagai nak rak' manapun kita bercinta, walau sekukuh mana pun apa yg kita dah janjikan, yang pastinya, jodoh adalah ditanganNya, dan memang tak dapat disangkal lagi...

bila berlaku masalah dalam perhubungan kita, bagi aku (based on experience) ialah bukannya mencari kesalahan org lain yg menyumbang kepada masalah itu, tetapi apa sebenarnya masalah yg kita lakukan... memang manusia, takkan dapat lari dari melakukan kesilapan, dan sebaik² org yg melakukan kesilapan, adalah org yg bertaubat kepada allah...

kadangkala, kita lebih cepat utk mencari kesalahan org lain dari mencari kesalahan sendiri... ini juga berlaku pada aku dulu... aku cepat menuding org lain sebagai punca kepada masalah... tetapi sebenarnya, mesti ada benda yg kita dah lakukan yg membuatkan allah 'marah' dekat kita, dan turunkan ujian pada kita... mungkin kita tak pernah diuji dengan ujian sebegitu sebelum ini, dan tiba² bila allah test sikit je, kita dah mula menggelabah, habis segala jenis org kita salahkan, habis semua jenis benda kita kata tak kena... itu juga berlaku pada diri aku dulu, dan aku sedar semuanya adalah silap aku juga, bukan silap org lain...

memang betul, aku rapat dengan kawan perempuan aku, dan kalau siapa yang kenal dengan aku, memang tahu aku ni macam mana... aku bukanlah seorang yg suka nak hipokrit... ini diri aku, dan aku nak menjadi diri aku sendiri, bukan org lain... kalau siapa tak boleh nak terima dgn apa yg aku dah buat, aku minta maaf... mungkin korang kena kenal lagi dengan aku lebih rapat... aku boleh terima dengan teguran, tapi kalau aku rasa teguran tu tak tepat, aku rasa aku tetap ada hak utk mempertahankan tindakan aku...

aku bukan ego, cuma kadangkala, pengalaman yg sudah aku rasa dulu banyak mengajar aku... cemburu? aku pernah cemburu... mengongkong? pernah juga... biasalah, kalau kita sayangkan dekat seseorang, kita akan rasa seperti "ko ni aku punya, bukan org lain"... tapi kita kena ingat, selagi kita belum berkahwin, kita tiada hak mutlak ke atas pasangan kita tu... dia juga ada hak utk membuat apa yg dia inginkan... tapi, percayalah pada aku... benda² tu sebenarnya banyak membawa kepada keburukan daripada kebaikan dalam relationship... tak salah cemburu, tapi kalau sampai menuduh tak tentu pasal, itu bukan cemburu yang sihat... bertindak secara professional... sentiasa berfikiran positif... dan jika berlaku benda yg 'menggetarkan' relationship sikit, cepat² cek balik diri, apa yg dah dibuat sampai berlaku macam tu...

-aku bercakap atas benda yang aku experience sendiri, bukan experience orang lain-

isk, terover plak bercerita... semoga allah mengampunkan dosa kita... kita merancang, allah juga merancang... yg pasti, rancangan allah yg akan menjadi kenyataan... apa yg boleh kita buat, kita berdoa semoga rancangan kita adalah selari dgn rancangan allah...

kerja? macam biasa lah, sekali lagi aku kena tukar lagi jobscope... daripada in-charge utk operation cyberjaya, aku ditukarkan kepada financial management unit... buat apa unit tu? erm, basically unit ni kena buat management account utk company... kena maintain business plan company, dan of course kena make sure pergerakan revenue / expenses dalam company tu adalah seiring dgn apa yg dah dibudgetkan... kena la buat analysis sikit², benda yg paling aku malas nak buat heheheh... boss aku baru melamar aku hari tu, dan hujung bulan oktober nih, manager baru masuk utk gantikan head of operations yg sepatutnya manager level yg duduk, bukan aku yg ntah apa² ni...

last 3 weeks gitu aku dah confirmkan flight aku ke london, pada 25hb november ni... aku balik malaysia pada 3hb december... kejap je, tapi family aku yg lain pakat duduk sana sampai 31hb december... isk isk isk, bosan je la aku kat rumah ni nanti... tapi kalau aku lepak london sampai 31hb december pun, macam boss aku nak lepaskan je cuti aku... nasib baik hari tu boss aku okie, dia lepaskan cuti aku nak gi london tu nanti... so ada sesapa nak kirim? kirim kosong tak masuk priority heheh... nak kirim, kena bagi dalam bentuk pound sterling :-Þ

semoga allah meredhai apa yg telah aku lakukan, dan semoga Dia memakbulkan permintaan aku... amin...

wallahu a'lam...